Salam semua.Entry kali ni nak menceritakan aktiviti kami weekend lepas.Aktiviti yang super seronok.Weekend lepas kami berdua telah bercuti-cuti di Marang, Ganu kitee. Bestt sebab dapat pengalaman mencandat sotong.First time yaww ;) Kami bercuti ni ikut kumpulan mencandat sotong ni, jadi segala aturcara & penginapan semua dah disediakan oleh pihak penganjur. Kami just follow je.
Our first trip to Ganu ;)
Hari Jumaat tu, seawal 630 pagi kami dah bertolak dari rumah.Dianggarkan perjalanan kami ni makan masa 6 jam tolak tambah berhenti makan semua tu.Pukul 8 pagi kami berhenti dekat Petronas Bentong untuk breakfast sambil tunggu peserta2 lain.Lepas plaza tol Jabor kami berhenti lagi sementara tunggu beberapa kereta lain yang pulak.
Sementara tunggu marilah kita bergambar!
Eceh..angkat satu kaki pulak, feeling post wedding photoshoot letteww.
Mestilah tangkap gambar guna timer kan.Kalau mintak tolong orang lain tangkapkan kompem kaki statik je.Hehe
Bila semua orang dah berkumpul, kami teruskan perjalanan. Konvoi beramai2.Ikut jalan dalam, lebih cepat kata leader kumpulan. Kami lalu mana2 pun ok je, asal ikut orang, kalau drive sendiri takut sesat.Dah nama pun jalan dalam ( jalan kampung) kan, macam2 lah kami jumpa sepanjang perjalanan tu. Tak tahan siap nampak lori bawak gajah lagi. Ni mesti nak bawak gajah2 tu pergi Kuala Gandah ni.
Tetiba pulak ada lembu melintas!
Kusss semangat.Syukur kami tak bawak laju
Selamat datang ke Terengganu :)
Encik hubby amik lauk ini. Dengan air limau suam
Aku pulak amik lauk ni dengan air limau ais
Penat perjalanan 6 jam terus hilang bila tengok
pantai cantik ni sebelah bilik kami.
Cantik sangat pantainya. Pasir putih & air biru.Nicee~
Alhamdullilah.Pukul 1.45 petang macam tu kami sampai di Angullia Beach Resort.Tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam.Check in, solat, rehat2 kan badan kejap lepastu kami keluar lunch.Laparrrr!! Pukul 4 petang nak kena berkumpul balik dah. Siap2 nak pergi mencandat.
Kami lunch dekat gerai makan dekat2 resort tu je.Masa tengah pilih2 lauk tu macam kagum, Woaahhh..seafood!! Ikan, udang dan yang penting sekali sotong..besar2 tu. Fresh dari laut. Harga pun mesti murah ni sebab makanan laut kan.
Encik hubby amik lauk ini. Dengan air limau suam
Aku pulak amik lauk ni dengan air limau ais
Sekali masa bayar kena RM20. Haha. Takda makna nye murah. Harga sama macam makan dekat KL je.
pantai cantik ni sebelah bilik kami.
Cantik sangat pantainya. Pasir putih & air biru.Nicee~
Bilik kami?? Oklah..lengkap semua. Tapii..bilik ni sesuai untuk orang yang banyak aktiviti luar, kira balik bilik untuk mandi & tido je. Bukan untuk orang yang memerapppp je dalam bilik. Keselesaan boleh bagi 2.5/5.
Sementara tunggu peserta2 lain berkumpul tuk sama2 gerak ke jeti, kami jalan2 pusing resort tu kejap. Landscape resort ni cantik! Penuh dengan pokok2, so takdelah panas sangat. Dahla betul2 sebelah pantai yang cantik.Memang sejuk je mata memandang.
Ok, ni budak eksaited nak pergi mencandat.
Buat peace pun sampai terkeluar jari kelingking. Lol
Sebelum gerak kami diminta untuk makan pil tahan muntah ni dulu. Supaya tak mabuk laut.
Walaupun kecil, kesannya amat mujarab!
Pukul 4 macam tu kami pun bertolak ke jeti Marang, lebih kurang 10 minit je dari resort
Ye, inilah jetinya. Bukan kompleks membeli belah tau ;)
Tengok je bot2 ni hati dah eksaited melampau.Ngee :D
Encik hubby yang eksaited jugak. Siap bawak joran tu
Kesemua kami ada 30 orang peserta, setiap bot boleh masuk 10 orang je.Jadi ada 3 bot lah semua yang pergi mencandat ni.Inilah bot2 kami.
Dalam hati, bila tengok je bot2 ni terus berdoa nak yang bot nombor 2 tu (TRF 65), sebab bot tu cantik compare dengan bot2 yang lagi dua tu. Alhamdullilah. Memang dapat bot nombor 2 tu. Yay!!
Jom tengok ape yang membuatkan bot kami masuk kategori cantik.
First, catnya baruu!!! Bersih pulak tu.Suka!
Kedua, siap ada dapur. Bot lain pun ada dapur jugak, tapi dapur kami nampak lengkap ;)
Ketiga. Sebab ini!!
Cuba teka apa belakang kayu ala2 kotak empat segi ni?
Yeeee..ia ialah toilet!! Toilet bot kami bersih, nampak selesa & kuninggg lagi.Direct to the sea. Haha
Spotlite bayakkk. Cukup untuk menarik perhatian si sotong2 :D
Bot kami semua ada 7 orang wanita & 3 orang je lelaki. Yeahh!! Semangat waja kaum hawa.Tapi, jangan perlekehkan bot kami ok, even ramai wanita, tengok hasil candatan kami nanti. Pukul 530 petang macam tu bot kami pun gerak ke kawasan mencandat sotong.
Dan bermulalah perjalanan kami sebagai pencandat sotong. Wihiii.
Aktiviti mencandat akan diceritakan dalam next entry ok.
(^_^)
7 comments:
wohoooooooooo bestnyaaaaa!!! bestnya tgk life ena pas kawen ni, mcm balas dendam pulak dia berjalan sakan ke sana sni. hihihi
tp yang, mahal jugak ek nasi campur tu.. sabar je la igtkan dekat ngan laut murahla sket kan. hehe
aku kena tunggu tahun depan la nampk gayanya
bestnye...nak itut jugakk :)
Izza:
Weheee..mana de balas dendam yunk, kebetulan ada peluang jalan2 kan..gunakan sebaik mungkin. Masa ni lah nak jejalan pepuas ;)Tapi memang besttt!
Haah, tula pasal..memang mahal pun..huhu..
Hemy:
betul..ko kena berpantang sekarang. Next year jom Memuah pegi jom! :)
Lynn:
Jom lynn!trip candat ni InsyaAllah every year ada :)
best tak resort ni? kalau untuk percutian family u recommand x?
hmmm..masa saya pergi ni bnyak renovation n resort yg saya stay tu pun oklah..3/5 tp xtaula kalo skrg dah upgrade banyak..tp mmg betul2 tepi pntai.tu yg best tu :)
Post a Comment