Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, May 31, 2011

Keberangkatan mereka ke Tanah Suci~

Ahad lepas,kami sekeluarga semua ke KLIA untuk menghantar mama, ayah & Caca. Mereka pergi mengerjakan umrah. Alhamdullilah, akhirnya tercapai juga niat mama & ayah nak bawak si Caca ke sana.Umur 11 tahun dah merasa jejakkan kaki di Tanah Suci.Dulu2 masa aku 11 tahun pun, kami sekeluarga pernah mengerjakan umrah bersama2, kali ni rezeki si Caca pula. Tapi..budak kecik ni kan, blur2 lagi apa tujuan dia pergi umrah tu tau.Aku tanya dia nak buat apa nanti kat sana. Slumber je dia jawab "Nanti Caca nak duduk hotel & beli coklat banyak2". (-_-") . Ayoo..setakat nak duduk hotel & nak beli coklat banyak2 kat Malaysia pun boleh lah cik adik.Tapi tulah, kecik lagi kan.



Si Caca & kakak sepupunya,Kak Baby.
Budak kecik yang montel Caca nih!

Masa on the way nak ke airport, budak kecik 2 orang ni yang paling excited. Setiap kali nampak kapal terbang si adik Iman menjerit2.."Bang...bangg". Kapal terbang la tu sambil semangat tunjuk2 dekat kapal terbang dekat awan. Si abang Ammar pulak dah emo2 merajuk, nak ikut tok mama & tok ayah naik kapal terbang.Wehee..comel je.


Abang Ammar & Adik Iman.
Budak comel!


Holoh holoh holoh..manja ni adik Iman nih!

Sesampai je dekat airport, Mak Andak & Big bro sekeluarga dah tunggu dekat sana.Sambil2 tunggu masa nak check in, kami duduk minum dulu. Mak uda & pak uda pun join sekali rombongan nak ke umrah ni. Kiranya mereka berlima semua pergi ke sana.


Ayish ajar Ammar main game guna Ipad sambil diperhatikan oleh tok ayah di sebelah ;)Bebudak sekarang tak main dah brick game 20 in 1 macam kita kecit2 dulu. Gadget diorang sekarang Ipad, PSP, Ipod je. Hehe. Syukurlah.Rezeki diorang kan ;)


Adik Iman tertinggal kasut, jadinya kena buli dengan ayahcik dia je.
Nak lari tak boleh, lantai sejuk. Jadi beliau pasrah je. Hehe
Adik Iman comelll!! Cam gegurl je.


Bergambar dengan makcik kesayangan, Mak Andak ;)

Selesai mereka check in semua, lebih kurang pukul 1 macam tu kami pun bertolak pulang. Caca dah excited2 masa nak check in tu, yela..dapat naik kapal terbang kan. Hehe. Cuti sekolah dia yang paling syok lah ni.


(^_^)
Happily Us.
Adik je takde masa ni, boss Fradoo kena jaga kedai.

Semoga mereka diberikan kesihatan yang baik sepanjang disana dan selamat mengerjakan umrah. Semoga mama, ayah, Caca, pak Uda & mak Uda selamat pergi dan pulang ;).Ya Allah, Kau lindungilah mereka dan semoga perjalanan mereka berjalan lancar.Amin ya Rabbal Alamin~



Bzzzt..bzzttt..bzztttt!!

Lebih kurang 2 bulan lepas, aku amatlah tertarik dengan satu iklan yang ditawarkan dekat MilkADeal dan terus je purchase voucher tu tanpa was2. Deal apa? Deal ini.Bzzztttt!! Bzzttttt! Melaser keti..Hihihi(gelak sopan).Sangat tertarik sebab harga yang ditawarkan tu sangat murah, 80% off. RM39.80 instead of RM199. Menarik bukan? MilkADeal ni jahat tau, selalu je offer deal best2! Haish. Laju je tangan ni nak klik purchase. Ngihihi.So, Sabtu lepas, aku telah ke The Body Secrets dekat The Strand, Kota Damansara nun untuk buat treatment ini.Bukan seorang diri, tetapi dengan si gadis manis ini juga ;)




Meet the blogger.Cik Izzatul Azma ;)
Terima kasih kepada beliau sebab tolong setkan appoinment dekat The Body Secrets :)

Appointment pukul 4 petang, jadi kami berjanji untuk berjumpa terus dekat sana je memandangkan sorang dari Shah Alam, sorang lagi pulak dari Kepong. Pukul 2.45 petang dah keluar rumah sebab still blur2 nak ke The Strand tu.Memang tak familiar langsung namanya.Masa on the way nak ke sana,tetiba POM!!! Dengar bunyi meletup kuat dari bawah kereta. Saspen dah masa tu.Saspen2 pun still jugak drive sebab nak kejar masa kan. Sekali dengar pulak bunyi macam motobot..pottt..pottt.potttt! Apa pulak ni kan..dalam hati ingat eksoz pecah je.Terus drive kat line paling kiri. Sekali ada bas lalu sebelah, siap bukak pintu lagi, then tetiba ada sorang mamat ni (mebi assistant driver bas) menjeritt dengan semangatnya."Dikkkk!! Tayar awak pancittt!!!". OMG!! Tayar pancittt!! Panik dah! Nak berhenti tepi jalan macam mustahil sebab masa tu banyak gila kereta (orang ramai nak balik kampung cuti sekolah kan), terus lah drive slow2 sampai exit Subang.Bila lepas tol terus call agen2 penyelamat. Call encik hubby, beliau dekat Sg Buloh, tengah busy. Huhu. Call adik pulak, Alhamdullilah, beliau dapat datang menyelamatkan keadaan.


Flatttttt!


Hero of the day.
Terima kasih padamu wahai adik ;)
Nak harap kakak awak ni tukar tayar sendiri?? Errr..err...takpelah.
Tak reti wehh (-_-")


 Punca letupan.

Lepas dah setel semua, teruslah ke The Strand tu, sesatlah la pulak. Actually jalan nak ke sana senang je, jalan macam nak ke The Curve, Ikea semua tu tapi nak mencari kedai The Body Secrets dekat The Strand tu memang sedikit mencabar. Pening dibuatnya. Nasib ada cik Izza sebagai GPS. Hehe. Beliau da tunggu dekat sana.



Masuk2 je kedai tu terus rasa tenang disambut oleh amoi yang sweet dan lagu dalam kedai tu pulak best je didengar oleh telinga.Tenanggg je.Tapi tenang bercampur neves jugaklah sikit, yela sebab nak kena laser kan. Awww! Sekali tu bila buat treatment laser tu, tak sampai 10 minit pun ok!! Sangat sekejap! Orang tu suruh baring, then dia tutup mata kita, terus bzzzttt..bzztttt..bzztttt keti  pakai alat khas ni lah.Rasa nya? Macam geli2 terkejut gitu. Tak rasa sakit, tapi kekadang terasa panas.

Lepas tu amoi tu explain la yang voucher tu actually untuk satu treatment je, kena buat lagi 5 treatment dengan harga RM800,barulah PARMANENT selamanya.First session ni mungkin berkesan untuk 2 minggu je. Aku dah macam..ohhhh reallllyyy (-_-"). Rasa macam tertipu sedikit.No wonder harganya sangat murah. Tapi kenapa dalam voucer tu takde bagitau ponnnn.Mencik tau deal macam ni.Nak bayar RM800 untuk 5 treatment lagi?? Terima kaseh jelah.



Sebelum balik, kami berdua pergi mamam2 dulu, lepas laser2 terus rasa sangattt lapar la pulak. Hoho.Makan dekat The Big Brother. Western food. Sedap gilos makanan nya.Portion sangat besau & harga berpatutan. Licin ai makan.Nyam nyam!Makan sambil bergosip2. Actually ni kali kedua jumpa Cik Izza ni, first time masa kenduri kawen aku haritu, tapi jumpa kejap sangat, tak sempat nak borak apa, nak tangkap gambar pun tak sempat.Kali ni borak habis-habisan. Banyak story sebenanrnya kami ni. Thanks to Blogger sebab menemukan kami.Hee.Peramah & very the comel lah bakal pengantin ni.


With her new baby.Baby V :)
Nice to meet u yunk. Nanti kita jumpa lagi ok ;)


Walaupun agak kurang happy dengan bzzzttt..bzttt treatment itu, tapi saya happy sebab dapat berjumpa dengan beliau ini. Oklah, itu saja. Opppss..sedikit nasihat, kalau nak beli mana2 deal yang berkaitan dengan treatment2 ni dari MilkaADeal, call kedai tu dan tanya lebih details dulu sebelum purchase. Sebab nanti jadi macam kes ini, tertipu sudey. Hmm..

Friday, May 27, 2011

Cuti-cuti Terengganu :Bye-Bye Marang ;)

Salam Jumaat semua ;) Finally, last entry Cuti-cuti Terengganu. Pagi Ahad tu, kami menghabiskan masa menikmati permandangan pantai cantik dekat resort tu. Niat dihati nak berendam kejap kat pantai tu tapi memandangkan kami kena chekout pukul 11 pagi, hmmm..takpela, lain kali jela. Jalan2 tepi pantai pun syiokk juga. My feveret! :D























Suka sangat gambar ni..macam lukisan :)






(^_^)

Dah puas menikmati keindahan alam, masa untuk mengemas2 & check out. Masa nak isi beg dalam kereta, bila buka je pintu kereta, semerbak dengan bau air nira yang masam semacam tu. Sekali check rupanya sebotol air nira yang kami tinggalkan dalam kereta semalamnya tu dah meletup. Ye, botol tu meletup! Habis syiling kereta, sofa semua dipenuhi air nira. Huhu. Dah lah pinjam kereta ayah (-_-"). Berusaha gigih kami nak hilangkan bau menusuk kalbu tersebut. Aiyoo..


Sementara anginkan kereta, posing cecomel kejap. Sempatttt! ;p



Sotong yang dibawa balik sekali. Alhamdullilah :D



Bye Bye Angullia Beach Resort. 
Ada rezeki tahun depan kami datang lagi :)



Pukul 11 macam tu kami semua bertolak balik.On the way balik tu kami singgah beli air nira lagi untuk dibawa balik KL, sempat juga tanya penjual tu pasal kejadian air nira kami yang meletup tu, rupanya air nira ni kena disimpan dalam suhu sejuk. Kalau simpan dekat luar, lebih 2 jam, memang ia akan meletup. Banyak gas. Ohooo..itu macam ka?. Kami beli 2 botol, terus simpan dalam tong sotong tu. Biar sejuk. Air nira perisa sotong.Heehe.  

Sempat lagi singgah dekat sini jugak, beli kopok lekor. Katanya yang paling femes & sedap dekat pantai Kelulut nih.





Dan ye..memang terbukti sedap!! Keropok lekor goreng atas ni kononnya kami nak buat bekal la sepanjang perjalanan balik, sekali tengok tak sampai setengah jam, dah licin. Lembut sangat & penuh dengan ikan lekor nih. Sos dia pulak..nyum nyum! Teringat2 sampai sekarang. Murah pulak tu, sebungkus RM5, ada 30 biji rasanya.

Alhamdullilah, sepanjang perjalanan balik, cuaca cantik sangat. Lebih kurang pukul 530 petang, kami selamat sampai di KL.



Orite, sekian sahaja entry Cuti-cuti Terengganu kami. Memang sangat seronok dan pengalaman candat tu, kami takkan lupalah sampai bebila.Sekarang ni pun kalau pergi pasar malam ke, bila tengok sotong2 yang dijual kat situ, mesti kami cakap..alahaiiiiii kecitnya sotong2 ni. Diorang ni jual anak2 sotong ke? Haha. Statement tak menahan. Mentang2lah dapat candat giant sotong kan :D



Thursday, May 26, 2011

Cuti-cuti Terengganu :Jalan-Jalan ;)

Salam. Sambungan dari entry lepas lagi ;) Lepas penat mencandat sotong tu, sesampai je resort, kami terus kepengsanan.Tapiii..pukul 130 petang kami dah bangun dah, siap2 dan terus keluar berjalan2. Wehee. Tak kanlah nak bazirkan seharian dengan tido je kan, penat drive jejauh. Harus gunakan masa kat sini semaksimum nya.


Jom jalan-jalan! :D


Tempat pertama yang dituju oleh kami ialah Pasar Besar Payang. Sukalah pergi pasar kalau ke tempat orang ni sebab kat pasar tu lah kita boleh jumpa benda yang lain dari lain.Yang takda jual kat tempat kita pun.Tapi sebelum memulakan operasi tawaf pasar, kita basahkan tekak dulu.Cuaca masa ni teramatlah panas. Panah sang!! Bak kata orang ganu.Hee.




Cendol + pulut =RM1.50 je. Terbaekk!

Terus lah kami memulakan operasi.Jalan2 dalam pasar tu, cari2 apa yang patut. Yang rare2.Untuk dibeli sebagai buah tangan untuk family tersayang ;). Setakat beli belacan, kedai runcit depan rumah pun ada kan ;p Antara buahtangan yang kami beli ialah ini..


Ini lah yang paling rare.Telur penyu!
 Ganu kite. RM40 = 10 biji.
Sabah mari pun ada, tapi kecik sikit saiznya.


Semang! 
Kuih tradisi orang ganu. 
Rasanya manis cam gula2 kapas tapi ni versi keras. I loike ;)
Sekali makan habis berterabur tepung. Haha.

Lagi beli biskut sagu, biskut bijan, keropok2 ikan yang kering tu of coz la beli kan sebab murah.Tapi tak banyak, cukuplah untuk buat buahtangan.

Keluar2 je pasar tu kami jejalan kejap dekat waterfront tepi pasar. Tapi disebabkan panas, tak jadilah nak bergambar2 bagai. Tetiba, mata kami terpandang pulak dekat satu pondok atas bukit ni. Jalan lah ke situ, rupanya atas tu ialah Bukit Puteri. Kira macam salah satu tempat bersejarah dekat Kuala Terengganu.Kena bayar RM1 sorang untuk naik ke atas Bukit Puteri tu. Punyalah tinggi. Semput aku dibuatnya. Wuwu. Takpe2, exersice!



Atas ni ada kubu, singgahsana yang dibina oleh Sultan Baginda Umar sebagai tempat untuk baginda berbincang pelbagai strategi dengan pembesar2 lain. Ada pondok genta (loceng besar) yang beratnya 175 kg, kegunaannya pada zaman dulu,kalau ada kebakaran ke musuh menyerang ke, genta ni akan dibunyikan untuk memaklumkan kepada rakyat jelata supaya berjaga2. Sekarang genta ni digunakan pada bulan Ramadhan, untuk menandakan masuknya waktu berbuka. Dekat Bukit Puteri ni juga kubur Syed Yasin, salah seorang pembesar Negeri Terengganu.Itulah antara tarikan di Bukit Puteri ni. Dah boleh jadi cikgu sejarah dah lepas ni. Hee.





Nak bergambar berdua guna timer tapi ini hasilnya. Tak sempat!
Lol


View dari Bukit Puteri.

Ok, dah dapat sikit ilmu sejarah Terengganu, lokasi seterusnya kami nak ke Masjid Kristal pula. Sebelum tu kami tanyalah sorang pegawai MBKT ni, direction nak ke Masjid Kristal. Encik tu bagilah direction, encik hubby cuba untuk mengingat apa yang encik tu cakapkan. Yang pasti kena lalu atas jambatanlah kalau nak ke sana. 




On the way ke masjid tu, ikut apa yang encik pegawai tadi tu cakap plus ikut signboard lagi, akhirnya kami jumpa lah masjid kristal tu masa lalu atas jambatan. 


Masjid kristal di sana, kami di sini.

Tapi masalahnya lepas dari jambatan tu kami tak tahu nak lalu mana dah. Takde signboard.Kami uturn balik, tapi still jugak tak tahu nak guna jalan mana. Lost.Huhu. Akhirnya kami ambil keputusan untuk balik je sebab dah agak lewat, malam tu pun ada aktiviti bbq lagi. Takde rezeki nak masuk Masjid Kristal yang cantik itu, insyaAllah satu hari nanti.

On the way balik ke resort, kami singgah beli air nira ( air tuak) yang popular dekat Kuala Terengganu ni. Sepanjang perjalanan ada je nampak sign air nira yang dijual oleh peniaga2 kecil kat situ. Kami beli 2 botol. Memula encik hubby minum. Lepastu dia bagi aku, dia kata mesti aku suka air ni. Aku pun rasalah, tapi sebelum tu bau2 dulu, erk..lain macam je baunya ni.Sekali dah masuk tekak.errkkkk!!! Manihhh letinggg! Rasa air nira tu manis sangat dicampur rasa masam2 sikit. Err..memang sekali tu jelah aku minum. Can not go!


Yang pertama dan mungkin yang terakhir.
Air nira yang bukan kesukaan saya.
Tapi encik hubby suka pulak air ni. Habis sebotol diminumnya.
Wuwu. Lain orang lain ciatarasanya  kan.

Malam tu pukul 8, diorang start buat bbq, membakar sotong2 fresh dari laut hasil candatan kami semua. 

Sesi membakar sotong2 besaaarrr :D
Pic kredit to Mr Nik

Tapiii aku tak dapat join pun aktiviti bbq ni, tetiba mengalami masalah penghadaman. Sudahnya duk melepet (rehat2) dalam bilik je. Tapi dapat jugaklah rasa sotong, ayam & hotdog bakar yang encik hubby tapaukan. Hehe. Masalah penghadaman pun tetap jugak lalu makan ok. Dasar montel. Ngee.Oklah, sekian sahaja aktiviti hari kedua.Esok last entry CCT ok ;)

Wednesday, May 25, 2011

Cuti-Cuti Terengganu: Aktiviti Mencandat Sotong ;)

Minggu ni takde wordless wordnesday pulak. Ada longest entry je, ye..entry kali ni sangat panjang ye. Harap bersiap sedia.Hee.Ni sambungan dari entry lepas. Lebih kurang pukul 5.30 petang kami bertolak ke tempat mencandat yang amik masa 1 jam jugak.Jadinya, sepanjang perjalanan, kami menikmati keindahan alam.Alhamdullilah, cuaca petang & malam tu sangat baik ;)



Cantik kan matahari & awan ni.


Budak eksaited. Ngee ;)

Lebih kurang pukul 6.30 petang,sampailah kami kat tempat mencandat. Banyakkk rupanya bot2 lain kat situ yang datang mencandat. Kiranya memang lubuk sotong lah.


Nampak tak bot2 lain tu?

Sesampai je kat sana, kami masing2 diberi ini. Tak perlu pakai rod, tali tangsi ni je.Dengan 3 biji rapala (umpan palsu). Inilah yang digunakan untuk mencandat sotong.



Sebelum tu abang bot tu explain la cara2 nak mencandat.


Memula lepaskan tali tu sampai ke dasar laut.


Lepastu, tarik tali tu.
(Ayu lah pulak aku duduk mencandat macam tu.Haha)


Then, lepas. 

Tarik lepas, tarik lepas.Kena buat macam ni untuk tarik perhatian si sotong. Kalau statik je memang sotong tak berminat nak makan umpan kita.Kalau terasa macam berat 2 kali ganda tu maksudnya sotong dah sangkut lah tu.

Lenguh jugak lah tangan nak menunggu sotong ni makan. 10 minit lepas tu tetiba encik hubby dah eksaited tarik tali ke atas bot. Beliau berjaya mendapat sotong! Woahh! Semua kagum. Haha

Double pulak tu.
Good start sayang! :)


Tak lama lepastu, kakak sebelah pulak dapat sotong.



 Dan mereka2 pun dapat juga!

Semua happy2 dapat sotong. Mana sotong aku nih?? Masa tengok ramai dah dapat sotong, encik hubby pun dah 5 ekor sotong dah dapat, terus beruasaha gigih. Buat aksi tarik lepas tali dengan bersungguh2. Geram kan, kita sorang je belum dapat lagi. Hehe. Sekali tetiba rasa berat..haaa..mesti ada sotong nih!!


Gigih menarik tali ke atas!


Weheeee!! 


Akhirnya berjaya mendapat sotong pertama!! Walaupun kecit je. 
Alhamdullilah.Happy gila masa dapat sotong nih :D
Perasan tak atas tudung aku tu macam kena percikan air? Actually, masa kita angkat je sotong naik atas udara, sotong2 ni akan memancut2 kan air @ dakwat untuk melindungi diri dia. Banyak pulak tu air dia.Siap berbunyi lagi..Pstttt!! Psttt!! 


30 minit lepas tu dapat sotong kedua. Weee :)


Nah!! Amik ni..sotong ketiga yang berjaya ditumpaskan.
Masa mencandat, tetiba terasa beratttt sangat, ingatkan dapat 3 sotong sekaligus . Sekali tarik naik atas. Woahhhh!!!Besarrrr gila kot. Macam sotong gergasi!! Habis baju, tudung semua kena dakwatnya

Masing2 pun happy2 je mencandat. Tangan memasing gigih tarik lepas, tarik lepas tali.  Pukul 10 malam macam tu abang bot tu tanya nak makan ke tak. Soklan bonus tu. Haruslah kami nak makan. Lapar tau. Abang bot tu masak nasi ( pakai rice cooker) dan goreng sotong2 yang fresh dari laut tu.Adalah 20 ekor digorengnya.Goreng macam tu je, no garam, no bawang, no serbuk kunyit. Rasanya?? Sedappp! Manis2 kenyal gitu.


Nyummmaayyy!! Amik 2 ekor sotong sebab share dengan encik hubby.
Tapinya encik hubby makan sikit jela pulak, dia dah start rasa pening2 lalat dah masa ni. Terpaksalah isterinya ni menghabiskan semua.




Telur sotong!! Shedapp! :D
Mana la tak montel, atas bot yang bergoyang ni pun dia boleh lalu makan.Haha.Nak buat camne, lapar kot.

Lebih kurang pukul 1130 malam macam tu, air dah mula surut. Abang bot tu cakap, kalau time surut tak banyak sotong, better tido dulu, kumpul tenaga balik, lepastu dalam pukul 230 pagi macam tu air pasang, start mencandat balik. Badan pun dah letih jugak la time tu. Kami pun carik port untuk landing, terus tido. Leganya rasa dapat regangkan badan. Aahh..


Zzzzz...nyenyak. Bergoyang2.
Terasa macam tido atas tilam air :D

Pukul 230 pagi macam tu tetiba terdengar sorang brother ni (dia tak tido) menjerit eksaited dia dapat sotong 3 sekaligus. Kami yang tersedar ni terus macam..Wuiyoo..powerr!! Semua pun, terpisat2 bangun, capai tali masing2 & terus campak ke laut. Hahaha. Kelakar sangat  masa ni. Even memasing ngantuk gila lagi tapi sangat gigih. Ada kakak ni sambil2 mencandat..tertido tapi tangan still bergerak.Tarik lepas tali. Gigih je :D


Hasil candatan lepas pukul 230 pagi. Menjadikan total semua yang berjaya dicandat, 13 ekor. Banyak la tu kan for newbie macam aku ni.Hehe. Encik hubby dapat 21 ekor. 


Beliau siap dapat ikan lagi. Ikan mayong.Tercapai gak hasrat beliau nak bawak balik ikan :)



Inilah hasil candatan kami semua ;)
Banyak!! Hampir penuh bekas putih tu!!
Syukur Alhamdullilah.

Lebih kurang pukul 6 pagi macam tu kami pun bertolak balik.

Nampak cahaya matahari baru nak terbit.
Subhanallah.Cantik kan ;)


Hasil  candatan bot lain dan hasil candatan bot kami ;) 

Sesampai je kat jeti, bot lain semua tengok hasil tangkapan kami, semua terkagum sebab hasil candatan kami sangat banyak.Hoho. Jangan pandang rendah bot ramai wanita hokey ;) Ni semua rezeki kan. Pukul 730 pagi kami sampai resort lepastu terus pengsan! Tapi bukan pengsan lama, kejap je, rehatkan badan, rugilah pulak dah drive jauh2 tapi tido je kan. Hee. Next aktiviti kami bersambung ke next entry ok :)

Selesai sudah aktiviti mencandat kami. Pengalaman yang sangat2 seronok! Terasa macam nak repeat lagi pergi sini tahun depanJom pergi candat jom! :D 













Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015