Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, June 30, 2011

Kisah kucing penjilat tangan.

Garfield sedang menjilat2 tangan ku.

Sambungan dari Wordless Wednesday semalam. Anda tahu kenapa kucing ini menjilat2 tangan semua orang? Bukan2, bukan sebab tangan manusia itu sedap, bukan juga sebab masin. Sebabnya kucing ini kekurangan kasih sayang. Haaa..betul. Tak percaya? Ayahcik selaku tuan punya kucing ni yang ceritakan kepada kami. Masa ni aku baru first time ke rumah ayahcik ni (keluarga belah encek hubby), masa tengah duduk2 sambil dengar mereka bersembang2, datang lah sekor kucing ni yang dibagi nama Garfield. Aku dah lah spesies tak boleh tengok kucing. Dibelainya2, digomol lah si Garfield tu. Ntah macam mana tetiba dia jilat2 tapak tangan aku. Ok, memula ingat sebab tangan aku ada bau makanan ke kan, tapi lama2 makin ganas pulak dia menjilat. Beria2 tu tau. Dua2 belah tangan. Sambil jilat sambil sondol2, gigit2 sikit plak tu. Lepastu aku sorok la tangan aku dekat belakang badan, dia pun pergi jugak belakang badan aku nak cari tangan!! Tetibe nebes..OH EM G! Kenapa kah kau kucingg??

Sekali ayahcik cerita, dengan semua orang pun dia jilat tangannya. Sebabnya dia ni kurang kasih sayang. Aku macam, "Heh, kurang kasih sayang?".Masa kekecik, umur 2 hari, maknya si Garfield ni dah meninggal kena langgar kereta. Dia berjaya survive hidup sampai sekarang. Tapi tulah, tak pernah rasa menyusu badan emaknya agaknya, jadi bila jumpa tangan, dia akan jilat2 tangan orang & sondol2 macam nak menyusu la kiranya tu. Macam nak kan perhatian pun ye jugak.Ohh..macam tu kisahnya.Kesiannye la wahai si Garfield. Tapi first time pulak aku tengok kucing menjilat2 tangan gini. Ingatkan dia tetiba kena sawan jilat ke apa.Menurut ayahcik lagi, semua kucing yang kekurangan kasih sayang akan buat gini. Jilat2 tangan orang.Kawan2 ayahcik yang ada kucing macam ni pun akan cakap benda yang sama bila nampak Garfield jilat2 tangan orang. Kucing kurang kasih sayang. Nasiblah aku ni suka kucing kan, kot kena dekat orang yang fobia kucing, tetiba kucing kekurangan kasih sayang datang jilat tangan dia, kompem kena lempang kucing tu. Haha.Sekianlah kisah kucing penjilat tangan. Kedengaran aneh kan? Tapi percayalah kerana ianya benar. Mi~ Mi~ Mi~



P/s: Berbuat baiklah sesama makhluk Allah. Kalau tak suka or fobia kucing sekali pun, janganlah sampai sanggup sepak atau tempeleng atau mencederakan kucing tu. Benci orang yang jahat2 ngan kucing ni! iskk!


Tuesday, June 28, 2011

Main masak2 mini pizza ;)

Malam tadi adalah sesi main masak2 bersama encek hubby. Hoho. Masak mini pizza yang amat sempoi tapi sedap. Thanks to Puan Arie for the recipe.Anda2 pun boleh cuba, semudah 123 je.


Meh kita tengok bahan2 dan cara membuatnya:


Bahan2 nya ialah,hotdog, cendawan butang dan cheese yang dipotong2 kecil. Semalam saya guna Kraft Singles cheese je. Hehe.Sos spagetti. Tak kira apa2 brand pun.Oh ye, roti burger jangan lupa ye ;)




Belah 2 roti burger tersebut, sapukan planta diatasnya, kemudian bubuh sos spagetti ikut citarasa anda.Saya suka bubuh lebih biar rasa masam2 gitu.



Kemudian, bubuh la hotdog, cendawan & cheese diatasnya. Hias ikut sukahati. Dah macam main game pizza frenzy je ni.Haha. Oh ye, bak kata Puan Arie, untuk bau yang lebih sedap, taburkan dried oregano di atasnya.


Encik hubby membuat mini pizza extra cheese nya ;D


Bakar didalam oven lebih kurang 8-10 minit.


Tadaaaa!! Mini pizza yang telah siap!

Perasan tak cheese tu macam tak berapa cair? Mungkin kalau pakai mozarella cheese baru cair kot kan.Yang penting rasanya memang sedap sangat . Keluar dari oven je terus ngap! Roti bawah tu rangup2 je dan isi di atasnya pulak panas2 dan bila bercampur dengan cheese,walahhh! Memang perfecto!Kesedapan sangatlah adoinya pun!! Hoho.Sila lah mencuba ye kalian semua! :)

Monday, June 27, 2011

Random saje ;)

Ni entry caca marba namanya. Main bubuh je cerita2 tentang apa yang terjadi minggu lepas. Dimulakan dengan hari Khamis.Malam Khamis lepas, bersama2 ngan Kak Masy & housematenya Kak Anne, kami telah ke Subway. Kak Masy mahu meredeem kupon Buy 1 Free 1 nya itu. Weee. Dahla diri ini dah lama nau tak makan subway kan, bila dioffer oleh kak Masy, terus on sajok :)


 Sesi memilih2




Best kat Subway ni boleh pilih sayur sesuka hati, aku akan pilih semua sayur kat situ kecuali olive. Hoho.Nyam2. Sos pulak chili, mustard & mayo. Gabungan terbaekk! ;)



Sambil makan sambil berjoyah even tak berapa tahu apa yang diorang bincangkan memula tu tapi last2 tahu jugak. Hahaha. Metacey kak Masy sebab dengan baik hatinya bagi Ena kupon tu, dan juga metacey bebanyak kak Anne sebab belanja Ena. Moga kalian dimurahkan rezeki ;)

Hari Jumaat malamnya pula sesi menonton Maharaja Lawak akhir dengan encik hubby dan mak. Dah jangka memang Sepah akan menang sebab lawaknya, adoyaiii..sakit perut ok! Siap Dafi datang tu tak tahan. Jozan biasa2 je malam tu. Ini membuktikan konsistensi mengatasi populariti. Congtazz Sepah. Congtazzz! :D

Hari Sabtunya pula, aku dan encek hubby ke KL Sentral untuk berjumpa dengan kazen &  makcik tercinta. Lama gila tak jumpa mereka ni, last rasanya bulan 10 dulu. Mereka stay dekat Sabah, itu pasal kami jarang berjumpa.Kami naik Putra je ke Kl Sentral sebab nak mengelakkan jem.Festime yo naik Putra sesama. Auwww ;p

Si mata bulat sayang gila dengan si mata sepet ;p


Yang cantik itu la sepupu tercinta disebelahnya ialah mak oteh yg comel. Happy sangat dapat jumpa mereka ni tapi dapat jumpa kejap je. Uhuhu.Takpelah, insyaAllah nanti kita jumpa lagi ok ;)Kagum dengan sepupu ai tu, dah hilang 6 kg,aku pulak naik 6kg. Memang betul lemak2 nya dah ditransferkan ke aku. Hoho

Aktiviti semalam pula ke Pesta Buku, SACC bersama encek hubby dan jugak mak. Best nye lahai pergi pesta buku tu. Rambang mata. Rasa macam nak beli je semua buku2 yang berkenan di hati.

Inilah hasil rembatan di Pesta Buku tersebut.Dia Lebih Tahu karya Fath Nahl Rahman,Trilogi Siri Kucing Triwarna karya Jiro Akagawa, Rojak karya Amir Muhammad dan Tentang & Kentang karya Saharil Hasrin. Puas hati! Metacey encik hubby sebab mensponspor buku Siri Kucing Triwarna tu dan metacey mak sebab belikan buku Dia Lebih Tahu ;). 


Baiklah, sekarang masa untuk mentelaah buku2 yang telah dibeli. 
Bestnye..bestnye! *mode over excited*




P/s: Mengalami kesihatan diri yang kurang stabil hari ni. Uhuu



Thursday, June 23, 2011

Boleh pilih untuk hariraya ;)

Salam semua.Stok baru ShawLover dah sampai. Semuanya sangat comel2.Batch kali ni lebih bervariasi.Ada..

Tudung lycra awning cotton.
Material dari lycra yang sangat berkualiti


Tudung lycra bercorak dengan awning Thai silk.
Cantek cantek! Lembut je kainnya.Pilihan ShawLover nih!


Oh ye, inner neck cotton pun ada!
Memang tengah "in" sekarang ni pakai inner neck dengan shawl kan.


Boleh dipakaikan dengan shawl cotton yang baru sampai ni juga.
Digayakan ala2 loose wrap, comel yo ;)



Inner neck lycra berbling2 pun ada. Tapi ni pendek sikit banding dengan inner neck cotton.Tapi bila pakai, cantik je terletak sebab tak melekat kat dahi. Takdelah nampak tombam. Muka tombam macam ai ni sesuai sangat pakai inner gini ;)


Inner cotton pun baru direstock. Warna yang lebih menarik & kompem tertarik.Hot items dekat Shawlover ni ;)

Harganya semua memang berbaloi2. Tak percaya? Sila terjah
untuk melihat lebih banyak shawl, tudung & inner ok.

(^_^)

Wednesday, June 22, 2011

Cuti-Cuti Penang: Bye bye~

Hari Ahad ialah hari terakhir di Penang. Flight kami seawal jam 8.15 pagi.Nak pergi jalan memana pun dah tak sempat. Moh la kita direct ke airport sahaja. Seawal jam 630 pagi kami dah checkout dari resort.


Mata adalah sangat2 mengantuk. Kesembapan.

Sesampai di aiport memasing duk tapau McD breakfast dulu dan makan sepantas kilat.Ate, pepagi mestilah kena isi perut dulukan, nanti masuk angin.Masa ni perasaan memasing dah lemah longlai sebabnya masa untuk berpisah. Sob sob. Tak puas lagiiiii..huhu.


Kami bersembilan ;)
We really enjoy ourselves in Penang! Memasing otak gegila.


Time to say goodbye to Kak Zona. Sob sob. Thank u so much kakak comel. Semuanya cukup, takde terkurang apa2 pun ;)


We  Penang!


Bye bye Penang ;)


Dalam flight pulang.

Hemy sempat buat lawak samdol lagi sebeum flight bergerak.Dia dengan wife dia bawak masuk McD coffee & milo yang diorang tapau tadi tu, sekali dia cakap dengan wife dia "Tadi nak sangat milo kan, sekarang pegang la milo tu". Siap dengan aksi2 lagi. Berlawak. Sekali tup2 kopi yg dia sendiri pegang tu tertumpah.Hahahaha.Habis basah seluar dia semua. Sempat lagi cakap "Bird aku dah jadi perisa kopi".Cam harem! hahaha. Tulah, ketulahan dekat isteri lagi.Padan muka! ;p

So, habislah sudah entry Cuti-Cuti Penang kami. Even rasa macam tak puas,takpe..nak buat cemane kan, memasing ada komitmen dengan kerja & family. Kami akan pergi menghabiskan masa together2 jugak sekali lagi nanti. Kali ni dekat mana? Singapore? KK? Tioman? Tunggu je la. Heee.Memuah the best!

Baca entry yang lawak gila ni dari Hemy. Adoi..sakit perut aku ketawa!

Tuesday, June 21, 2011

Cuti-Cuti Penang: Aktiviti Memuah hari kedua

Setelah kepenatan dengan aktiviti hari Jumaat tu, keesokan harinya kami memulakan aktiviti kami agak lewat sikit. Jam 11 pagi baru gerak. Ke mana? Ke Pulan Aman yo! Kak Zona kata mee udang kat dekat Pulau Aman adalah yang terbaik. So apa lagi. Mari kita terjah!

Nak ke Pulau Aman, kena naik bot. RM6 return. Sesampai je dekat jeti Batu Musang tu, ada seorang lagi blogger yang turut serta trip kami ni. Abg 13 May atau dengan lebih mesranya dipanggil Abg MayMay. Peramah je abg MayMay ni, kiranya boleh geng la walaupun festime jumpa kami2 ni,kecuali kak Masy, mereka berdua pernah berjumpa sebelum ni.



Abg MayMay yang comel & kak Masy yang manis.
Mereka serasi bersama. Ehemmmmmmmm..Mi..mi..mi~
Jom Memuah kita aminkan agar mereka bersama. Aminnnn :)


Sebelum naik bot kami sempat tempah badge untuk dijadikan kenangan Memuah Penang Trip kali ni. 10 badge kesemuanya ;)


Keri & Kak Zona tengah memikirkan idea tuk mencomelkan badge kami ;)



Mereka keriangan di dalam bot ;)



Sampai sudah di Pulau Aman. 



Dan ini lah satu2 nya restoran yang ada dekat situ yang terkenal dengan mee udangnya.

Dah happy2 sampai sini, excited nak try mee udang, tetiba terus jadi hangen sebabnya baru je kami melabuhkan punggung, owner gerai ni datang, kemas2 meja sambil mengomel. Cepat2 sikit order, kedai ni dah nak tutup, ada tempahan. Lebih kurang macam tu la katanya. Dengan muka tak senyum nya, bukan takat tak senyum, pandang kami pun tak. Perghh! Hangen gua kejap. Pakcik, kot iye ada tempahan ke ape ke, cakap manis sikit boleh.Kami ni datang dari jauh tauuuuu. 



Muka gua otomatik berubah lepas kejadian itu. 
Muka hangen la tu konon, padahal muka tak ready. Haha


Semua pakat order mee udang, Keri je order mee goreng order. Aku ngan Hemy siap order mee udang special lagi. Hoho

Mee udang ini adalah sangat sedap. 
Udangnya tu mmg fresh & isinya memang manis gitu.Terus hilang hangen tadi bila dapat makan ini. Ekekeke.Mee udang special RM10, biasa RM6.Berbaloi dengan harga.

Terima kasih Abg MayMay kerana sudi membelanja kami semua.Alhamdullilah.Semoga  anda dimurahkan lagi rezekinya dan cepat2lah masuk meminang kakak saya itewww ye. Opsss..opsss..terlebey sudah. Hee ;p

Sewaktu perjalanan balik

Ce teka kaki siapa ni? Ce teka..ce teka.


Dan Hemy telah berjaya membuat satu aksi putnam juga.



Bukan lagi aksi tangan di dada, mata ke atas #TDDMKA, ini ialah aksi tangan di bahu, mata sukahati pandang mana, hidung dikembang #TDBMSPMHD. OH EM G!


Beraksi dengan payung ninjnya. Adehhhh..tetiba teringat aksi beliau dan payung masa kat jeti. Hahahaha. Payung ninja tu terbalik keatas. Bengong betul. Hahaha

Sesampai di jeti, adik badge tu baru sipakan 4 je dari 10 badge kami. Terpaksa lah kami menunggu dengan penuh sabar. Huhu. Sambil2 menunggu tu aku sempat perhati keletah Hemy dengan wifenya.Even si Hemy di kekadang keji, tapi rupanya beliau ada sikap penyayang yang tinggi.



Sanggup mengurut kaki si isteri yang penat berjalan. Ye Wawa sekarang tengah mengandung 6 bulan kalau tak silap.Biasalah ibu mengandung, kalau jalan banyak kompem kaki bengkak kan.Hemy mengurut kaki isterinya sambil bergelak ketawa. Apalah yang kelakar sangat tu. Bila aku tengok diorang, alahaiiii..sweetnya. Sweet sangat lah! Sebab bagi aku tak semua lelaki boleh tunjukkan kasih sayang macam si Hemy buat ni ;)


Lebih kurang sejam kot menunggu, akhirnya siap sudah badge kami.

This is mine. Pink karer!Memuah Penang Trip badge! I loikeee!


Next pitstop adalah ke rumah Kak Zona pula untuk membedal rambutan & durian yang fresh dari ladang beliau. Yummmayyyy~


Terima kasih bebanyak kak Zona ;)

Dah puas makan buah sambil tengok Ello Ello, kami pun gerak balik. Tapi masa on the way balik tu kami singgah ke War Museum. Kak Masy beriya nak masuk dalam tu, tapi bila memikirkan kami kekurangan masa dan juga yuran masuk RM20, kami decide untuk pergi next time jela. Sowwyyy kak Masy ;p Tak dapat masuk dalam, bergambau kat luar pun jadilah eh. Museum ni macam agak scary lah bagi aku, dah la aku tak minat perang2 nih.





Kami meneruskan misi kami seterusnya. Ke mana? Nasi Kandar Line Clear beybeh!Hohoho.Sangat teruja bila sampai dekat sini. Sebab aku macam mengidam sangat nak ke sini. Nak jugak! Nak jugak! Thanks to Wafa selaku gps yang berjaya menemukan kami dengan Line Clear.


Kedai nya memang kecil je. Macam lorong. Tapi selesa je bagi aku. Ai jenis tak kesah maa lepak mapley2 ni, asal bersih & halal,tak menjadi pape masalah bagiku ;)


Di galeri Line Clear.Ramai selebriti & artis2 pernah ke sini.Antaranya Syeikh Muzaffar, Jehan Miskin, Adibah Noor. Eh ramai lagilah



Nasi kandar ku!!
Memang terbaikkk!! Sedap kemain. Dah la ayamnya besau gila.Kuah pekat likat.Berbaloi lah bayar RM6.50. Erghh..teringat sampai sekarang.

Masa ni dah pukul 530 petang, pukul 7 swimmimg pool dekat resort tutup jadinya diorang semua pakat makan cecepat sebab nak balik awal. Nak terjun pool.Tak dapat ai nak feeling2 menikmati nasi kandar ai tu tau. Siap kena tinggal lagi. Isshh..ishh.Semangat kental perenang negara betol.


Mereka2 yang semangat iteww. Kak Masy dah macam perenang berirama dah aku tengok. Haha.Aku asalnya memang nak join berendam sekali tapi tetiba terasa tidak selesa di kepala. Angin kus2 sudah mari. Pening2.


Aktiviti malamnya pulak, lebih kurang pukul 9 malam, kami gerak ke Seri Pantai ikan bakar pulak di Bayan Lepas. Jard nak jumpa kawan nya merangkap blogger jugak, Cik Salamah Kundang & Muniy.


Kumpulan merah. Suka tengok diorang, pakai baju nak sedondon je ;)



Kumpulan hijau.Kebetulan sama hijau. Ehehe


Sesampai je kat Seri Pantai, aku menjadi hangen sekali lagi gara2 waiter yang amat tak mesra pelanggan dekat sana. Gara2 air mustakmal yang di order si Keri yang hanya buat lawak2 je time tu, terus abang waiter tu taknak amik order makan kitorang.Ya Ampunnn..memang jauh beza lah waiter dekat foodcourt tempat kita dengan foodcourt Penang sana. Mereka adalah tidak mesra. Tapi tak semua tempatlah kot, jangan kerana abang waiter seorang di Seri Pantai, habis semua waiter foodcourt Penang di marahnya.Hmmm. 

Dan aktiviti terakhir kami pada hari Sabtu tersebut adalah ke Hard Rock Hotel.Tak dapat bermalam kat sana,tangkap gambau ramai2 pun jadilah eh. Boleh simpan sebagai kenangan ;) Tapi gambaunya takde dengan ai, ada dengan Keri takpun Hemy ;)


Hard Rock Hotel yang femes dekat Penang.Mungkin satu hari nanti akan ke sini dengan encek hubby ;)




Habis sudah aktiviti hari kedua. Esoknya pepagi subuh kami dah ke aiport, mahu pulang meninggalkan Penang. Huhuhu. Tak puas, sebab banyak lagi tempat nak pergi tapi tak sempat. Tapi hati berbunga2 riang pun ada sebab dapat jumpa encek hubby balik nanti. Rindu tau. Oklah, sambung next entry aktiviti kami seterusnya.

Nah, baca enty Memuah yang lain juga ok ;)



Monday, June 20, 2011

Cuti-cuti Penang:Aktiviti Memuah hari pertama!

Alhamdullilah. Memuah Penang  trip yang dirancang lebih setahun lepas akhirnya berjalan dengan lancar. Congtazzz Memuah.Congtazzz! Di dahulukan dengan ucapan terima kasih kat Wafa selaku pensonspor tiket flight kami semua dan juga kak Zona selaku tuan rumah yang dah buat sehabis baik untuk kami sepanjang kat sana.Mekaseh bebanyak. Trip kali ini disertai oleh kakak Masy, Bella, Keri, Jard, Wafa, Zona, Hemy & isterinya, Wawa.7 perempuan & 2 lelaki.Sepatutnya encek hubby join sekali, dah siap belikan tiket dah tapi hampa beliau tak dapat cuti. Huhu.Takpelah, takde rezeki.Sama jugak dengan Kak Aima & suami yang sepatutnya join sekali trip ini tapi atas faktor keselamatan beliau dan babynya dalam perut, beliau pun tak dapat join. Huhu. Next time ok kak ;)




Berlepas ke Penang adalah jam 6.55 pagi hari Jumaat. Jadinya untuk tidak menyusahkan orang lain dan juga tidak mahu merabakkan poket untuk naik teksi tuk ke LCCT awal2 pagi tu, Khamis malam lebih kurang pukul 1250 pagi, aku dengan kak Masy dah ada di airport.Bersama2 ngan pasangan kekasih kawan tetapi cinta si lelaki tidak dilayan oleh si gadis, Bella & Keri. HAHA. Kami lepak2 di McD kejap sambil makan2.




Bella, aku, kak Masy dan Keri. 
Haih. Geleng2 kepala aku tengok si Keri nih.


First time kami tido airport uolls.Tido tepi2 jalan je. Dengan beralaskan lantai sejuk dan beg sebagai bantal.Sangat kesian. Tapi disebabkan terlalu sejuk sampai lemak2 ini pun tak mampu tuk membekalkan haba secukupnya, pukul 4 pagi macam tu kami pergi ke surau. Nasib bukak, sambung tido disitu dan terus solat Subuh sekali. Jam 615 pagi, semua geng Memuah dah berkumpul di departure hall. Yeahh. Penang, kami datang menyerang!!




Penambahan Hemy & isterinya dibelakang itu. Wafa duduk sebelah aku. Tiada dalam gambar.Dan itu yang jelir lidah itu,Si keri lagi. Ish ish.Kesian budak ni.Geleng kepala lagi. Hahaha




Awan yang cantik sangat sepanjang perjalanan. Ditemani bulan siang.Begitulah awan nano nano nano nano nano nano nano nano.Ok cukup2.Perjalanan adalah amat sekejap. Borak2 dengan Wafa perihal tunang & kawennya, tup2 je dah sampai. Cuba bayangkan kalau naik kereta..fuhh! Mau kematu buntuit kan ;p


Sesampai je dekat airport Penang, kak Zona dah menunggu kami dengan banner atau kertas ini. 

Hahha. So cute la u kakak! Sampai buat banner lagi.

Dan terus kak Zona bawak kami makan breakfast. Macam tau2 je perut aku tengah mendidih kelaparan kan. Lapar sangat ok! Kak Zona bawak kami ke sini.


Pergi Penang haruslah pekena nasi kandaq wehh!!

Sepanjang hidup ni aku tak pernah makan nasi kandar, jadinya misi trip kali ni aku memang dah menanam azam (menanam azam katanya) untuk mencuba nasi kandar! Yeahh! So, haruslah aku memilih nasi kandar sebagai menu breakfast.


Hohoho. Sedap ok. Nyum2. Tapi harganya, kalau bukan RM5 ke atas bukan nasi kandar la tu.


Ini adalah patung lelaki yang membawa kandar.
Sama je pulak mukanya dengan uncle cashier tu kan.Hehe

Ok, bukan nak cerita pasal uncle tu. Motip aku letak gambar ni sebab nak menceritakan sedikit pasal sejarah nasi kandar ni. Menurut kak Zona, orang dedulu jual nasi berlauk pakai kandar tu. Jadinya sepanjang perjalanan, kuah2 dalam kandar tu tertumpah2 dekat atas nasi tu. Tu pasal lah, kalau makan nasi kandar, wajib kena ada kuah campur. Segala jenis kari & kuah dibubuhnya dan haruslah nasi putih. Kalau nasi warna kuning tu bukan nasi kandar dah, nasi beryani namanya.


Red velvet yang dibawa oleh Jard.Thank u Jard ;)



Dan mereka2 yang kegirangan menikmati red velvet sambil menunggu roti canai & tosey memasing.Ok, pic ni mesti Keri crop buat profile pic fb.HAHA



Hemy yang tak sabar2 nak menikmati nasi lemak telur gegar nya itu. Kita kasi gegarr telur itu! Haha

Terima kasih banyak2 kak zona sebab belanja kami semua breakfast pagi tu, seterusnya kami terus ke kedai jeruk tuk menyoping jeruk2. Apalah maknanya kalau ke Penang tak bawak balik ole2 jeruk kan.

Macam macam2 jeluk ada maa.Lu pilih saja.Mulah2 punya

Kemudian terus kami ke TM resort pula.Puas hati stay dekat sini sebab bayar murah je & servisnya bagus. Thanks to Bella sebab uruskan hal2 kediaman nih.


Tapi tak boleh check in pun lagi time ni. Masih awal, jadinya kami letak barang2 dulu dan lepak2 kejap.

^_^
Tengok lah si Keri tu. Memang budak #dasarputnam




 Lepas tu kami semua terus shoot ke Bukit Bendera yo! 




Hemy si driver terlampau.
Terima kasih jugak kat beliau sebab sudi jadi pemandu kami. Walaupun kekadang terasa macam naik roller coaster tapi beliau berjaya memandu dengan amat cermat sekali. Congtazz Hemy..congtazz!

Kami di dalam van.
Motip ko nak makan kepala Wafa tu Keri? Haihh. 
Budak si Keri memang tak reti duduk diam. Dialah yang paling bising, yang paling putnam dan yang paling emo.Kalau gelak tu dah macam Seth Tan.Haha

Dia senyap time ni je.Tapi still jugak ada bunyi sebenarnya.
Krohhhh.Krohhhhh.Krohhhhhh.

Haih. Adik siapalah ni.


Sebelum sampai Bukit Bendera, hati ini sangat berkobar2, sekali dah sampai sana, scaryyyynya! Rail cable car tu nampak sangat curam ok. Takut. Huhu. Ye, ni first time naik cable car ke tram ke panggilnya tu.Panggil tram je la eh. Huhu.Nebes nebes.



Sangat curam @_@



Tiket RM8 sajok! ;)

Eceh, sekali bila tram ni dah bergerak..tak nebes pun uollss. Mak je yang cuak lebih. Haha.


Berhimpit2 dalam tram untuk bergambar comel.
Ok, kak Zona, awak sangat comel di sini ;)


 Pemandangan di atas Bukit Bendera. Subhanallah. Memang cantik!




 Sejuk je atas ni. Mendamaikan ;)
Dah puas melompat2, bergambau2, kami pun turun. Banyak lagi tempat nak pegi nih.


Masa turun amatlah scary (sekali lagi) sebab berjaya duduk depan sekali.Pergh! Memang gayattt! Tapi kejap jela. Huhu



Nice picture! Tengok bendera tu. Berkibar seiringan;)
Kredit to kak Masy



Sebelum balik resort untuk mandi & rehat, kita isi perut dulu. Sekali lagi aku makan nasi kandaq tu tau.Haha. Kali ni makan dengan ikan goreng pulak. Sedap2! tapi tak sesedap yang Kayu tadilah.


Nasi kandaq Khaleel




Kami yang segar bugar selepas berehat dan mandi. 

Tahniah kak Masy kerana berjaya mencaras Wafa. Haha



Next pitstop kami adalah ke Taman Botanic Penang.


Sebelum masuk tu kami pekena aiskrim RM2 ni dulu. Heavennn~
Dan disebabkan aiskrim ni jugak aku nyaris kena kejar dengan seekor monyet rakus. Demyuh monyet! Isk! 

Apa yang menariknya Taman Botani ni? Hmm..sesuai untuk berekreasi & bergambar. Oh, membuang peluh pun ye. Kami siap terlompat2 dah rupa teletubbies dah. Haha.


Ai memang suka bergambar ;)



 Ai suka tangkap gambar orang jugak tapi tak reti pkai kamera DSLR. Sekian.


2 teletubbies jantan sdang menari canggung diatas udara.Ewah ewah


Jangan bagi makan dekat monyet, kalau tak..kakak berdua ni akan datang menggigit kamu! Haha




Bagaikan raksasa & orang kecil. Haha

Dah puas mengeluarkan peluh & membakar lemak, kami ke tempat menambah kalori pula.Barulah seimbang.




Tempat seterusnya adalah, makan2 di Gurney Drive yo! Aku berjaya menelan..

Asam laksa penang. 
Uniknya asam laksa penang ni banding dengan laksa tempat lain ialah petis atau otak udangnya.Kena gaulkan sekali baru makan. Sedap tapi ada rasa manis sikit.


Char kuey teow. Sedap!! RM 3 je. Murah!

  Dan ini.Apa eh nama ni kak Zona. Rojak kan? Yang ini adalah terbaikk! 

Dan pitstop terakhir pada hari Jumaat tu adalah ke pasal malam Batu Feringgi. Even kaki dah lenguh2 time ni tetap jugak gigih nak berjalan. Ate, dah sampai Penang, haruslah jalan pepuas kan.Memang panjang gilaaa pasar malam ni. Terus rasa kaki semakin mengurus lepas balik dari pasar malam ni. Haha.Antara barang yang telah berjaya menarik perhatianku..

Lampu bulat2 ini.Memang comel ok,menyesal pulak tak beli 2 3 set.Boleh pakai time hariraya.


Macam2 warna & jenis ada.Ada bentuk bola takraw. Bentuk bunga, rerama. Eh memang syomelll lah!



T shirt ini pun comel ;)

Sesampai je resort, terus kepengsanan memasing. Tapi yang tak tahan tu pukul 545 pagi aku dah dikejutkan oleh Wafa, ajak turun swimmimg pool. Gila kan diorang, lepas Subuh terus terjun berenang dalam swimming pool. Haha. Aku taklah, sambung tido balik. Swimming dalam mimpi lagi syok. Hoho.Dan begitulah aktiviti kami sepanjang hari Jumaat. Next entry sambung aktiviti hari Sabtu pulak yang semestinya lagi happening!

Ni entry2 dari Memuah yang lain pula. Enjoy reading  ;)


(^_^)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015