Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, June 21, 2011

Cuti-Cuti Penang: Aktiviti Memuah hari kedua

Setelah kepenatan dengan aktiviti hari Jumaat tu, keesokan harinya kami memulakan aktiviti kami agak lewat sikit. Jam 11 pagi baru gerak. Ke mana? Ke Pulan Aman yo! Kak Zona kata mee udang kat dekat Pulau Aman adalah yang terbaik. So apa lagi. Mari kita terjah!

Nak ke Pulau Aman, kena naik bot. RM6 return. Sesampai je dekat jeti Batu Musang tu, ada seorang lagi blogger yang turut serta trip kami ni. Abg 13 May atau dengan lebih mesranya dipanggil Abg MayMay. Peramah je abg MayMay ni, kiranya boleh geng la walaupun festime jumpa kami2 ni,kecuali kak Masy, mereka berdua pernah berjumpa sebelum ni.



Abg MayMay yang comel & kak Masy yang manis.
Mereka serasi bersama. Ehemmmmmmmm..Mi..mi..mi~
Jom Memuah kita aminkan agar mereka bersama. Aminnnn :)


Sebelum naik bot kami sempat tempah badge untuk dijadikan kenangan Memuah Penang Trip kali ni. 10 badge kesemuanya ;)


Keri & Kak Zona tengah memikirkan idea tuk mencomelkan badge kami ;)



Mereka keriangan di dalam bot ;)



Sampai sudah di Pulau Aman. 



Dan ini lah satu2 nya restoran yang ada dekat situ yang terkenal dengan mee udangnya.

Dah happy2 sampai sini, excited nak try mee udang, tetiba terus jadi hangen sebabnya baru je kami melabuhkan punggung, owner gerai ni datang, kemas2 meja sambil mengomel. Cepat2 sikit order, kedai ni dah nak tutup, ada tempahan. Lebih kurang macam tu la katanya. Dengan muka tak senyum nya, bukan takat tak senyum, pandang kami pun tak. Perghh! Hangen gua kejap. Pakcik, kot iye ada tempahan ke ape ke, cakap manis sikit boleh.Kami ni datang dari jauh tauuuuu. 



Muka gua otomatik berubah lepas kejadian itu. 
Muka hangen la tu konon, padahal muka tak ready. Haha


Semua pakat order mee udang, Keri je order mee goreng order. Aku ngan Hemy siap order mee udang special lagi. Hoho

Mee udang ini adalah sangat sedap. 
Udangnya tu mmg fresh & isinya memang manis gitu.Terus hilang hangen tadi bila dapat makan ini. Ekekeke.Mee udang special RM10, biasa RM6.Berbaloi dengan harga.

Terima kasih Abg MayMay kerana sudi membelanja kami semua.Alhamdullilah.Semoga  anda dimurahkan lagi rezekinya dan cepat2lah masuk meminang kakak saya itewww ye. Opsss..opsss..terlebey sudah. Hee ;p

Sewaktu perjalanan balik

Ce teka kaki siapa ni? Ce teka..ce teka.


Dan Hemy telah berjaya membuat satu aksi putnam juga.



Bukan lagi aksi tangan di dada, mata ke atas #TDDMKA, ini ialah aksi tangan di bahu, mata sukahati pandang mana, hidung dikembang #TDBMSPMHD. OH EM G!


Beraksi dengan payung ninjnya. Adehhhh..tetiba teringat aksi beliau dan payung masa kat jeti. Hahahaha. Payung ninja tu terbalik keatas. Bengong betul. Hahaha

Sesampai di jeti, adik badge tu baru sipakan 4 je dari 10 badge kami. Terpaksa lah kami menunggu dengan penuh sabar. Huhu. Sambil2 menunggu tu aku sempat perhati keletah Hemy dengan wifenya.Even si Hemy di kekadang keji, tapi rupanya beliau ada sikap penyayang yang tinggi.



Sanggup mengurut kaki si isteri yang penat berjalan. Ye Wawa sekarang tengah mengandung 6 bulan kalau tak silap.Biasalah ibu mengandung, kalau jalan banyak kompem kaki bengkak kan.Hemy mengurut kaki isterinya sambil bergelak ketawa. Apalah yang kelakar sangat tu. Bila aku tengok diorang, alahaiiii..sweetnya. Sweet sangat lah! Sebab bagi aku tak semua lelaki boleh tunjukkan kasih sayang macam si Hemy buat ni ;)


Lebih kurang sejam kot menunggu, akhirnya siap sudah badge kami.

This is mine. Pink karer!Memuah Penang Trip badge! I loikeee!


Next pitstop adalah ke rumah Kak Zona pula untuk membedal rambutan & durian yang fresh dari ladang beliau. Yummmayyyy~


Terima kasih bebanyak kak Zona ;)

Dah puas makan buah sambil tengok Ello Ello, kami pun gerak balik. Tapi masa on the way balik tu kami singgah ke War Museum. Kak Masy beriya nak masuk dalam tu, tapi bila memikirkan kami kekurangan masa dan juga yuran masuk RM20, kami decide untuk pergi next time jela. Sowwyyy kak Masy ;p Tak dapat masuk dalam, bergambau kat luar pun jadilah eh. Museum ni macam agak scary lah bagi aku, dah la aku tak minat perang2 nih.





Kami meneruskan misi kami seterusnya. Ke mana? Nasi Kandar Line Clear beybeh!Hohoho.Sangat teruja bila sampai dekat sini. Sebab aku macam mengidam sangat nak ke sini. Nak jugak! Nak jugak! Thanks to Wafa selaku gps yang berjaya menemukan kami dengan Line Clear.


Kedai nya memang kecil je. Macam lorong. Tapi selesa je bagi aku. Ai jenis tak kesah maa lepak mapley2 ni, asal bersih & halal,tak menjadi pape masalah bagiku ;)


Di galeri Line Clear.Ramai selebriti & artis2 pernah ke sini.Antaranya Syeikh Muzaffar, Jehan Miskin, Adibah Noor. Eh ramai lagilah



Nasi kandar ku!!
Memang terbaikkk!! Sedap kemain. Dah la ayamnya besau gila.Kuah pekat likat.Berbaloi lah bayar RM6.50. Erghh..teringat sampai sekarang.

Masa ni dah pukul 530 petang, pukul 7 swimmimg pool dekat resort tutup jadinya diorang semua pakat makan cecepat sebab nak balik awal. Nak terjun pool.Tak dapat ai nak feeling2 menikmati nasi kandar ai tu tau. Siap kena tinggal lagi. Isshh..ishh.Semangat kental perenang negara betol.


Mereka2 yang semangat iteww. Kak Masy dah macam perenang berirama dah aku tengok. Haha.Aku asalnya memang nak join berendam sekali tapi tetiba terasa tidak selesa di kepala. Angin kus2 sudah mari. Pening2.


Aktiviti malamnya pulak, lebih kurang pukul 9 malam, kami gerak ke Seri Pantai ikan bakar pulak di Bayan Lepas. Jard nak jumpa kawan nya merangkap blogger jugak, Cik Salamah Kundang & Muniy.


Kumpulan merah. Suka tengok diorang, pakai baju nak sedondon je ;)



Kumpulan hijau.Kebetulan sama hijau. Ehehe


Sesampai je kat Seri Pantai, aku menjadi hangen sekali lagi gara2 waiter yang amat tak mesra pelanggan dekat sana. Gara2 air mustakmal yang di order si Keri yang hanya buat lawak2 je time tu, terus abang waiter tu taknak amik order makan kitorang.Ya Ampunnn..memang jauh beza lah waiter dekat foodcourt tempat kita dengan foodcourt Penang sana. Mereka adalah tidak mesra. Tapi tak semua tempatlah kot, jangan kerana abang waiter seorang di Seri Pantai, habis semua waiter foodcourt Penang di marahnya.Hmmm. 

Dan aktiviti terakhir kami pada hari Sabtu tersebut adalah ke Hard Rock Hotel.Tak dapat bermalam kat sana,tangkap gambau ramai2 pun jadilah eh. Boleh simpan sebagai kenangan ;) Tapi gambaunya takde dengan ai, ada dengan Keri takpun Hemy ;)


Hard Rock Hotel yang femes dekat Penang.Mungkin satu hari nanti akan ke sini dengan encek hubby ;)




Habis sudah aktiviti hari kedua. Esoknya pepagi subuh kami dah ke aiport, mahu pulang meninggalkan Penang. Huhuhu. Tak puas, sebab banyak lagi tempat nak pergi tapi tak sempat. Tapi hati berbunga2 riang pun ada sebab dapat jumpa encek hubby balik nanti. Rindu tau. Oklah, sambung next entry aktiviti kami seterusnya.

Nah, baca enty Memuah yang lain juga ok ;)



10 comments:

HEMY said...

oh aku terharu nk nanges baca perenggan ko 'up' aku tu erina oiii..huuu..terharunya nangis ni...nangis ni....

eh..mekasih byk sepanjang trip ko yg paling byk cuba sembang or at least rapat ngn cembam, tarik dia gambar sama apa sume, suh kami bergambar sama..tu secara tak langsung wat cembam komunikasi ngn ko (kalau ada la komunikasi dia yg ko prasan). appreciate sgt

ngn kawan2 skolah aku dia dh leh masuk sebb kawan2 skolah aku jenis tarik dia in conversation gak..mekasih yee

Erina Asmawani said...

Hemy:
ko tak yah nak nangis sangat bley.Aku terbayang muka hidung kembang kau tu. Hahahaha. Tu ditulis ikhlas dari hati aku dari pe yang aku nampak haritu ;)

Yup2, aku perasan wawa banyak berkomunikasi dengan aku hari tu. Hehe. Sebab aku rajin cakap ngan dia.Berjaya jugak. Sebabya next trip sure Wawa ada sekali kan, jadinya nak buat dia selesa ngan kitorang. Takmo dia diam2 & tak selesa.

Masy said...

yeahh ena da best!!! ai jenis agak cepat givap walaupun berhati lembut. try2 gak, tp x bersungguh2 sgt mcm ena. baik adik saye niiiiiiiii ;) hehehehhe. so harap2 dak anul x terasa hati dgn aku kaa.. biasalah, manusia x sempurna uolssssss

eh nk komen apetah td, lupe dah. aiyaakkkkkkkk

Jard The Great said...

pandai ena bercerita. hehehe..

HEMY said...

haha..aku tau yg lain cepat givap...thanks lagi skali ena..zonaku pn ada sembang2 gak..tp erina plg kentall..cayalah!! ahahaha. next trip aku amek lg gambar ko

zonaku said...

aku ok2 jer... nk cakap bebanyak, aku x sempat cari point persamaan/isu untuk borak. gaya2 tu sebenarnya kene gigih, then br ok tu.

x per.. nanti2 berxtvt lagi, insyaallah dia dah blh selesa dah harapnya

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
hehehe..tol2, manusia mmg x sempurna. Takdelah, ena mcm kesian kalau Wawa join trip kita tapi dia x enjoy. Dia mmg style gitu kan, jadi kita yang peramah ni kena lah approach si pendiam. Lama2 mesti biasa punya ;)

Jard:
haha..cerita erina nama diberi ;)

Erina Asmawani said...

Hemy:
hahaha..no hal lah bro.Jiwa kena kental beb. Next trip aku tgkap pic ko sefamily jugak. Yeyeahh!

Kak zona:
akak dah kira ok kak festime dapat borak2 ngan dia, kami x berkesempatan. Tu yg rasa janggal sikit tu n nampak macam dia x suka kat kami..

yup, next time semua memuah kena rerajin cakap n approach Wawa ok. Barulah satu geng ;)

Izzatul Azma said...

Eeeee teringinnya nak rasa nasi kandar line clear tuuuu

Erina Asmawani said...

izza:
mmg sedap gila yunkkk! erghh..lapau plak dah..huhu









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015