Ayam Penyet AP
Ayam penyet is my fevereto! Suka bangattt makan ayam penyet nih.Hari2 makan ni pun takpe.(Eh, tapi sekarang kena banyak2 makan ikan.Tihihi). Ayam penyet yang paling best bagi aku ialah Ayam Penyet AP. Sedapnya lahai..dengan ayamnya yang besar dan rangup dan lembut,sampai boleh makan dengan tetulang sekali (betul tak tipu), dengan ulam2 nya, dengan tempe & tauhu nya dan yang paling penting sambalnya tu. Homaigodd! Memang pedas gilaaa sambalnya tapi sedap! Kau dah berpeluh2 tahan pedas pun kau stilllllll jugak nak makan lagi sambalnya tu. Terbaik! Memang perfecto! Aumm! Kami kalau makan kat sini amik 2 set ayam penyet plus sayur masak lemak sekali. Sedap! Yang best dekat AP ni, menu makanan & minumannya memang banyak sangat pilihan. Harga pulak memang berbaloi. Kat Shah Alam ni dah ada 2 kedai ayam penyet AP ni, satu kat seksyen 7, satu lagi dekat seksyen 18. Dekat je dengan rumah. Hoyeah!! Oh, dekat WangsaWalk pun ada.
Hari Rabu lepas lunch bersama2 ngan sahabat kesayangan, Puan Nazliah kita. Disebabkan selalu dah pergi AP, kali ni try makan dekat Wong Solo pulak.Dengar2, ayam penyet kat Wong Solo ni best jugak.
Ayam Penyet Wong Solo
Hmmm..kelihatan menarik,sedap jugak. Ada terung balado lagi.Tapinya tak kick macam AP lah. Kat Wong Solo ni semuanya kecit, ayam, tempe, tauhu, semua kecit je. Lagi satu sambalnya tu.Huhuhu. Memang tak kick.Tak pedas berapi macam sambal AP. Menu kat sini pun tak banyak pilihan, menu minuman nya lagi lah, tak bervariasi macam AP.Dari segi harga pulak, rasanya sama je.Jadinya, AP tetap pilihan dihati!! ;) Wahhh..dah macam segmen jejalan cari makan plak dah ni.
Ok, tutup cerita pasal makan2, sekarang mari kita berfleksologi pula. Anda penah buat urutan refleksologi? Kalau belum dan ingin mencuba, pergilah ke sini.Memang highly recommended!
Kakiku, Tingkat 4, Sacc Mall
Apa yang best sangat tempat ni? Seperti yang diberitahu dalam entry sebelum2 ni (rasanya ada dah buat entry pasal Kakiku ni), tempatnya sangat tenang & cozy. Tukang urutnya pula memang berpengalaman, walaupun mereka tak dapat melihat (OKU),tapi kalau sekali diorang urut tu..wuiiii, terasa sampai ke tulang. Lagipun ni refleksologi, jadinya mereka tahu kita sakit apa time dia tengah mengurut tu. They have the power of touch ;)Lagi satu, kita tak perlu risau kalau bawak encik hubby kita sekali sebabnya dekat sini ada tukang urut lelaki, jadinya tukang lelaki urut customer lelaki, tukang urut perempuan urut customer perempuan. Dan juga, yes..price dekat sini memang affordable. Kira memang sangat2 berbaloi la lebih2 lagi kalau amik refleksologi yang set, memang berpatutan.
Encik hubby yang sedang menikmati refleksologi kaki ;)
Masa ni beliau sorang je yang urut sebab tukang urut perempuan ada cutomer lain, malas nak tunggu jadi biarlah encik hubby buat dulu.My turn is next week :D
Kalau terasa sakit yang amat kat bahagian2 tertentu dekat kaki masa orang tu tengah mengurut maksudnya kita ada masalah dengan bahagian lain tubuh kita.
Haritu masa tukang urut tu tengah urut2 kaki encik hubby, encik hubby ada rasa sakit kat hujung kaki, tukang urut tu cakap ni selalu sakit tulang belakang ni. Memang betul pun. Duduk je dekat ofis, lenguh2 la badan.Sekali tetiba tukang urut tu tanya, awak ni baru kawen ye? Terkejut encik hubby.Macam mana lah tukang urut tu boleh tau kan. Hee.Walaupun mereka ada kekurangan, tapi diberi kelebihan istimewa macam ni.Allah memang maha Adil kan. Lepas urut tu memang kaki rasa ringan je, walaupun sakit2 sikit. Kalau first time buat refleksologi ni memang sakit sikit, tapi lepastu tak sakit dah.Oklah, salam Jumaat semua :) Tetiba ending macam nak cepat je ;p
12 comments:
wee kena byk mkn ikann? ada berita gembira ke yunkkkkk ;)
hr tu kan bwk iim pegi urut gak, dia x suka. haha. dia tu penggeli orgnyaa
hahaha......
awak dah penah buat entry pasal tempat ni dl... dah 2 tahun lepas kot.
lum berjaya cari keberanian nk buat lagi....
dulu selalu buat refleksology kaki, memang badan rasa ringan pas tu.
tapi ketagih la plk pastu, tiap2 bulan mesti nak kena refleksology kaki...heheh...
aku tak penah makan kat ayam penyet AP..tp selalu p wong solo sebab dekat bangi je..hehe..jadi takleh nak compare... :)
kat seksyen 9 pun ade ayam penyet AP ni. lg satu ade Ayam Penyet RIA. mmg antara AP, Wong Solo & Ria, sedap lg AP sbb pedas!! Ria pun sedap, kurang sket pedas tp mmg sedap drpd Wong Solo. wahwah padahal dulu sanggup ke Bangi semata2 nk mkn kt Wong Solo hahahahah
jom ayam penyet!!
izza:
aik..belum lagi la yunk..hehe..kan tgh buat persediaan ;)
Ena pun memula g urut ni geli sangat, lelama ok dah..hee
kak zona:
2 tahun lepas?? Tula..ena rasa macam ada pernah buattapi malas plak nak kelebek entry lama..
caiyok kak! satu hr nanti akak mesti cuba! ;)
izza:
aik..belum lagi la yunk..hehe..kan tgh buat persediaan ;)
Ena pun memula g urut ni geli sangat, lelama ok dah..hee
kak zona:
2 tahun lepas?? Tula..ena rasa macam ada pernah buattapi malas plak nak kelebek entry lama..
caiyok kak! satu hr nanti akak mesti cuba! ;)
Bapak:
tauuu xpe..addicted kan..tapi best lepas tu badan rasa fresh ;)
Lynn:
u should try AP then. memang berAP lah. Sedappp!
Kak Masy:
oo..kat sek 9 pun ade eh. Haah, ayam penyet ria, penah makan gak..tak mampu jugak kalahkah AP. Hadoyai..sedapnya! Jom kak jom!! haha
nk kne urut laaa..nk rs..x penah rs org urut ni..brape arga nya ririn????PM aku kat FB ek..hehehe...
masak lomak dia mmg best...den suka sgt la haih......
Pojie:
g la try pojie..best! ko mesti rasa kelainan pastu..harganya, aku selalu amik set kaki & badan..urut kaki 20 minit+ badan 40 minit =RM51. banyak lagi pekej2 lain..yg pentng mmg berbaloi..
Linda:
sedapppp sangat kan..ai like it too ;)
Post a Comment