Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Detik bermakna itu..


Assalamualaikum. Hari ni nak share detik2 paling bermakna dalam hidup saya, saat bergelar seorang mama ;)   

20/2/2012
2 hari sebelum bersalin, makan sepuas2 nya.Nampak perut montel tu? :D

Doktor nasihatkan supaya saya lahirkan baby awal dari EDD (induction labour) sebabnya baby agak besar. Ukuran BPD,AC, LF (ukuran masa scan baby 36w) semua dah matang.BPD baby masa tu dah 39w. Jadi doktor kata kalau tunggu lagi 4 minggu (which is baby's EDD), dikhuatiri baby akan membesar lagi dengan sihat.Masa dengar doktor kata macam tu terus hati dup da dup dap. Risau, takut semua ada. Tanya dengan doktor prosedur induce macam mana, ada side effect ke apa,boleh ke induce even masa tu takde bukaan pangkal rahim (dilation).Semua saya tanya, tanya, dan tanya. Yela, kalau boleh taknak induce, nak tunggu sampai betul2 sakit kuar tanda kan. Tapi lepas bincang ngan suami , mama, family semua, akhirnya saya setuju untuk bersalin awal. Keputusan yang memang susah saya nak buat ;'). Masa tu hanya fikir nak baby lahir dengan selamat je. 2, 3 hari jugak hati runsing fikir, tak putus2 berdoa.Ya Allah, tetapkanlah hatiku dah permudahkan segala urusan ku..


22/2/2012. Rabu.
Saya dimasukkan ke wad, siap sedia untuk di induce.
*Dalam cuak2 sempat lagi nak bergambar ;p*


22/2/2012. Labour room.
Bacaan oren (heartbeat baby), bacaan hijau (contraction)
Jam 9 pagi, proses induction dibuat. Doktor masukkan ubat dari "situ" dan buat sweeping ( tolong bukakan bukaan rahim). Erghh..prosedur sweeping tu memang sakit. Huhu. Dan darah keluar agak banyak. Lepas 1 jam, nurse check contraction & heartbeat baby via CTG machine. Perut saya dah terasa memulas2 time tu, bacaan contraction dah ada,tapi sangat rendah. Doktor nasihatkan suruh banyak berjalan untuk cepatkan dilation. Jalan2 lah saya dalam wad, pusing2 hospital ditemani encek hubby tersayang.Semakin lama, terasa makin sakit perutnya, berpeluh2, bacaan contraction pun makin tinggi (40-60). Nurse kata, bacaan tu still dalam moderate range.


Sabar menunggu dalam labour room.





Jam 3 petang, doktor check bukaan. Still takde dilation. Ya Allah, masa tu memang rasa sedih. Sebabya ingatkan dah ada bukaan at least 1cm. Contraction pula makin sakit. Doktor masukkan ubat induce kedua.Dia kata jangan sedih sebab selalunya anak sulung memang lambat bukaan nya.Masa tu memang saya think positive je dan sabar. Mulut tak lekang dengan "La illahailla anta subhanaka inni kuntum minazzolimin".


Nurse pantau contraction & hearbeat baby setiap 2 jam. Bila tengah malam, saya dapat rasa yang contraction makin kurang. Masa tu memang dah risau. Esok paginya 23/2/2012 (Khamis) jam 8 pagi, sekali lagi doktor check bukaan.Sedihnya, keputusannya masih sama. No dilation. Masa tu hati saya memang sebak. Doktor bagi 2 options,1. Buat induction kali ke tiga which is the last induction. Tak boleh lebih dari 3 sebab takut effect kat baby.2. Terpaksa buat c-sect.Masa dengar doktor cakap macam tu, memang hati saya sebak sangat. Saya bagitau doktor, kalau boleh saya saya taknak c-sect, jadinya saya di induce kali ke tiga. 

Jam 3 petang, sekali lagi doktor check bukaan. Masa tu dalam labour room, ditemani mama tersayang. Doktor check, still no dilation. YaAllah..sedihnya. Doktor cakap induction failed, 1/2 cm dilation pun takde.Jadinya kena buat immediate c-sect. Masa tu memang dah nangis2 dah. Ntahlah, rasa teramat sedih. I'm not prepared mentally & physically for c-sect.Memang saya tak jangka. Muka mama pun nampak sedih, tapi tak putus2 bagi kata semangat kat saya. Dia kata jangan takut, kena kuat, ni semua takdir. Dia peluk n cium dahi saya. Sedih sangat masa tu. Mama keluar, encek hubby pula masuk, temankan saya. Memang masa tu saya sangat emosi, asik menangis je. Sampaikan nurse tegur, janganlah nangis..takut blood pressure saya naik.Ok, lepas tu saya cuba cool down kan diri, encek hubby pun mulalah buat lawak2 dengan harapan saya terhibur. Kakak, makcik2 saya semua masuk bagi kata2 semangat. Alhamdullilah lepas tu saya dapat terima.Redha. Kuat. Tabah dengan keputusan ni. Ni semua ketentuan Allah.

Lebih kurang jam 4 petang, saya dipasangkan tiub kencing & drip, ditukarkan baju semua. Masa tu memang  berdebar2 sangat. . Nurse kata saya akan dibius separuh badan je, jangan risau, masa bedah tak rasa apa2 katanya. Ya Allah..memang saya takut sangat.Sangat2!

Jam 5.30 petang, saya ditolak ke opreation theater (OT).Encek hubby temankan saya, sorongkan katil sampai betul2 depan OT. Encek hubby tak putus2 bagi kata semangat "Jangan takut ye syg, selawat banyak2." Sambil gosok2 kepala saya :').Masuk je OT, badan saya dah mula menggigil, menggigil takut ditambah lagi dengan bilik OT yang sangat2 sejuk. Macam dalam peti ais.Dalam OT, saya ditukarkan katil, betul2 atas katil bedah yang atasnya tu ada lampu besar. Masa tu mulut saya tak henti2 selawat. Memang takut. Lepas dibius separuh badan, saya mula mamai. Tapi still sedar, saya dengar apa yg nurse & doktor borak2, cakap2. Muka saya dicover dengan palang berkain. 15 minit lepas dibius, check tekanan darah, heartbeat semua, saya dapat rasa perut saya digoncang2. Goncang ke kiri ke kanan. Tapi saya tak rasa sakit. Badan saya memang dah menggelatar sangat masa tu. Tiba-tiba dengar doktor & nurse semua cakap "Allahuakbar..Allahuakbar"..terus dengar suara baby menangis!! Uwekk..uwekk..Ya Allah. Hebatnya kuasa Mu! Terus termenangis time tu. Saya nampak nurse bersih2kan baby, dan terus dibawa ke saya..nurse cakap,"Tahniah Erina, dah jadi mama, nampak tak baby boy ke girl". Dalam keadaan mamai, terharu, takut segala, saya gigih jawab "Baby boy" ;').Baby saya selamat dilahirkan jam 5.53 petang.

Lebih kurang pukul 6.30 petang, saya ditolak keluar dari OT, direhatkan sekejap dekat satu bilik ni sebab badan saya masa tu menggigil sangat. Nurse selimutkan saya dengan selimut panas dan muka saya terasa gatal2. Nurse cakap tu effect dari ubat bius.Dari pinggang ke bawah memang saya tak rasa apa2. Kebas. Kemudian saya ditolak keluar ke wad, encek hubby setia menunggu kat luar. "Terima kasih sayang" sambil gosok2 kepala, cium dahi pipi saya semua sambil dia tersenyum2. Masa tu saya memang dah mamai, ngantuk teramat.Tapi saya still ingat lagi senyuman encek hubby time tu, senyuman seorang ayah :,)

Sampai di wad, mama menuggu.Mama cium dahi saya. "Alhamdullilah, semua dah selamat".Memang pengalaman yang saya takkan lupa sampai bila2.Sakit? mestilah sakit.2 hari lepas operate baru saya terasa betul2 sakit, berdenyut2. Tapi lepas makan pain killer, Alhamdulilah ok. Hari Sabtu, saya dibenarkan balik. Terima kasih tidak terhingga dekat Dr Marzita (my gynae), nurse2 yang merawat & layan saya dengan sangat baik sekali sepanjang 4 hari saya dekat sana. Memang saya puas hati sangat2 dengan service di DEMC. Terima kasih juga dekat encek hubby tercenta, mama, ayah, adik beradik, family in law, kawan2 tersayang yang tak putus2 bagi semangat dekat saya dari awal sampai selamat segalanya. 


Terima kasih Ya Allah.
Saya sekarang seorang mama :')
My Little Khalifah.
Date of Birth: 23 Feb 2012
Time: 5.53 pm
Weight: 3.52 kg
Mode of delivery: EMLSCS due to fail induction.


Our first family picture :')


Friday, February 17, 2012

Semoga dipermudahkan segalanya :)


Salam Jumaat :) Pejam celik dah nak masuk 38 minggu dah saya mengandung. Dalam zone berjaga2. Doktor nasihat kalau dah keluar tanda2 macam air ketuban pecah, contraction yg kerap dan constant, keluar lendir + darah, cepat2 lah pecut ke hospital. So far saya takde lagi tanda2 ni, kecuali pernah rasa dah contraction palsu (Braxton Hicks).Berat sekarang dah 81 kg..wiiii.Total naik dekat 15 kg jugak since mengandung.Oh, dan sekarang sangat2 terasa sakit dekat "bawah" tu. Setiap kali nak berjalan memang sangat2 terasa.Kalau tiap kali duduk atau baring, lepastu nak bangun..lagi terasa sakitnya.Ada yang kata sakit tu sebab baby dah mula turun (engage) ke tulang pelvis. Harapnya betul..aminnn. Sebab latest antenatal checkup masa 37weeks haritu, baby belum turun lagi, happily berenang2 kat atas lagi.Suka baby mama ni duk dalam perut mama lama2 eh ;)Baby sihat Alhamdullilah.Berat baby pun dah +3kg.Si montel2 mama ni :D Nurse nasihatkan supaya banyak2 kan jalan, brisk walking, buat light exersice supaya baby cepat turun.Ye, skrang memang gigih jejalan je (even jalan dah ala2 penguin besar yg comel, tetap kena jugak exersice).

Last week saya ke Hospital Sg Buloh sebab kena refer specialist sana ( kenapa? semuanya ok, doakan saya :)).Tengok keadaan hospitalnya sangat ok. Macam hospital private. Servis pun laju. Maybe sebab hospital baru kan :) Jatuh cinta pandang pertama. Mungkin dari DEMC akan bertukar ke Hospital Sg Buluh? Ecehhh.Tak kisah lah kat mana saya bersalin nanti, semoga dipermudahkan prosess kelahiran anak saya ni.Dipermudahkan segalanya.Dah hujung2 pregnant macam2 difikirkan nya. Terlalu banyak sangat fikir sampai jadi takut,risau, nervous lepastu nangis2. Ish..ish..not good lah emo2 ni. Padahal takde apa2.Mebi emo seorang ibu yg sarat mengandung ;)

Mungkin juga ini entry terakhir sebelum saya deliver, jadinya saya disini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf andaikata pernah terlukakan hati sesiapa.Mungkin ada yg terasa dengan entry2 saya sebelum ni. Mohon maaf bebanyak ye.So sorry :( Dan doakan saya semoga selamat melahirkan little khalifah ni.9 bulan perjalanan indah dah saya lalui, sekarang bakal ke dunia baru pula. Parenthood :) :)


Doakan saya ye kawan2 ;)




P/s: Apa2 update nanti saya akan update di Twitter je :)

Friday, February 03, 2012

Perjalanan indah :)

Pejam celik pejam celik Alhamdullilah dah nak masuk 36 minggu dah usia lil khalifah dalam perut ni ;) Dah hampir 9 bulan tapi masih segar lagi dalam ingatan waktu festime buat UPT (Urine Pregnancy Test). Masa tu dah lewat 2 hari, bangun pagi2 tu terus semangat buat test..timbul double line. Tapi yang 1st line tu agak blur.Hati dah excited, cumanya tak terlampau excited lagilah sebab ingat nasihat member, dia kata kalau 1st line tu blur2 tak semestinya preggy. So,tunggulah sampai hari ke 5, still lewat lagi. Terus encek hubby kata jomlah check kat klinik, lagi tepat.Masa buat UPT kat klinik memang nampak jelas terang dah double line nya.Doktor kata  saya dah 4 minggu preggy. Syukur sangat masa tu.Perasaan kami hanya Dia je yang tahu. 2 orang suami isteri asek tersengeh2 je dalam klinik tu.Happy sangat! :D


Happy Us in Penang :)
Oh rindunya korang!

Ingat lagi masa tu baru je balik dari Memuah Trip Penang.Dahla masa kat Penang tu sangat aktif, terlompat sana, terlompat sini bergambar. Haha. Padahal kalau dikira2 balik, masa ni baby dah mula "diproses" dalam womb saya. Tapi masih awal kan, tak rasa apa2 perubahan lagi KECUALI masa ni nafsu makan memang membuak2.Nak makannnn je kerjanya masa kat Penang tu. Lepastu cepat pulak rasa lapar.Ingat lagi saya cakap, saya makan ni untuk '2 orang'. Masa tu memain je, tak tahu pun memang dah ada '2 orang' ;)

Masuk minggu ke 6, saya rasa sakit kat bawah perut macam period cramp. Ingatkan normal untuk perggy mommy sakit macam tu sebab womb nak mengembang kan tapi rasa tak sedap hati. Bila kencing terasa panas je lepastu pekat warna kencingnya. Sebabkan risau, kami terus check kat klinik. Sampai je klinik tu, doktor tu dah saiko2 kata kemungkinan mengandung luar rahim la, itu la ini la. Semua yang negatif je. Masa tu memang dah sedih sangat dah. Kenapalah doktor ni cakap yg negatif je,rasa nak balik je time tu pergi klinik lain.Sedih sangat2 sedih. Dalam hati tak putus2 doa agar baby sihat tak apa2. Doktor suruh saya pergi minum dulu, penuhkan pundi kencing sebab dia nak buat scan. Masa awal2 ni, embrio terlalu kecil, jadi kena penuhkan pundi kencing baru nampak embrionya masa scan.Masa minum tu air mata dah berjurai2, encek hubby tak putus2 cakap..sabar sayang, sabar.Syukur Alhamdullilah masa scan tu nampak bulat kecil macam kantung dalam womb saya ;'). Doktor kata bukan mengandung luar rahim. Terus buat urine test. Resultnya, saya rupanya kena urinary tract infection (UTI).Doktor nasihat supaya minum banyak air & habiskan antibiotik yg dibagi. Alhamdullilah 2 hari lepas tu dah sembuh :) :)

Masuk minggu ke 8, loya2 dan tak lalu makan mula menyerang. Takde morning sickness tapi evening sickness. Start pukul 3 ke atas je mesti muntah. Mulut rasa tak sedap tiap masa. Beg plastik memang jadik bestfriend, sentiasa ada dekat saya. Dalam handbag, dalam kereta, dalam bilik tido, semua tempat ada beg plastik. Standby sebab masa tu nak muntah memang tak kira tempat & masa.Masa tu pulak bulan Ramadhan, memang dah alang2 tak ada selera makan, jadi saya berpuasa. Alhamdullilah, dalam keadaan lembik2 tu 2 hari je saya tak dapat puasa. Itupun gara2 tak larat bangun sahur. Encek hubby sangat sabar layan kerenah saya masa ni,( bukan masa ni je tapi sepanjang mengandung..hehe), bila teringat balik rasa sedih pulak sebab tak dapat masakkan sahur & lauk untuk berbuka. Sekali dua je kot saya masak. Ingat lagi,masa tu bila tiap kali muntah mesti nangis. Rasa sebak je. Pastu ada kawan ni nasihatkan, ni lah pengorbanan menjadi seorang ibu. Masa tiap kali muntah atau pening, loya, berdoalah moga Allah kurangkan dosa kita :)

Sebabkan tak lalu makan & loya, berat turun sampai 4 kg. Alhamdullilah masuk minggu ke 15, loya semua hilang & selera makan dah ada balik & berat pun bertambah :).Start antenatal checkup dekat klinik kerajaan (kk) & jugak DEMC every month. Keadaan mama & baby sihat kecuali masa checkup kali pertama kat kk, HB saya rendah,kurang dari 10. Jadi nurse nasihatkan banyak makan bayam, daging dan kerang.Sekarang HB dah ok, tak rendah lagi ;) Masa minggu ke 18, saya dah mula rasa baby gerak :,). Subhanallah.

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, baby membesar sihat & makin aktif. Saya pun semakin membesar dengan jayanya.Hihi.Dah masuk bulan terakhir mengandung dah..Perubahan fizikal diri memang sangat ketara. Muka dah kembang, kaki pun semakin menggemuk ;p. Kekadang rasa macam tak percaya je yang saya akan jadi mama tak lama lagi. Lepas bersalin nanti mesti saya rindu saat2 masa saya mengandung ni.Rindu saat terasa perut ni beralun2 sebab baby bergerak, rindu nak gosok2 perut yang bulat ni, rindu encek hubby letak telinga kat perut sebab nak dengar heartbeat baby ;').Indahnyaa.Bersyukur sangat dapat rasa semua ni.Tapi dalam masa yg sama saya tak sabar nak jumpa lil khalifah ini juga, tak sabar nak jadi mama, tak sabar nak masuk fasa parenthood. Dalam tak sabar2 ni ada terselit rasa nervous juga. Hee.Lebih kurang 4 minggu je lagi nak masuk ke alam baru. InsyaAllah. Semoga Allah permudakan segalanya, dari saat saya mengandung, melahirkan dan membesarkan anak saya kelak. Aminnnn :) :)


Rasa macam tak percaya
:') 

Monday, January 16, 2012

Agenda Terkini

Salam. Happy new year 2012! ( dah 16 hari berlalu baru nak wish ;p). Tatkala menaip ni, si khalifah kecil sangat aktif di perut mama dia. Beralun2 perut ;)Alhamdullilah..semoga semakin aktif dan sihat baby mama ye.Huihh..lama sungguh tak mengupdate apa2 ye. Jadinya mari saya update serba sikit secara ringkas apa agenda terkini.

Firstly, minggu lepas checkup 32 minggu. Alhamdullilah both baby & mama sihat. Berat baby dah 2 kg. Wee..si comel comel! Gynae kata perut saya nampak kecil (kecil eh? saya rasa besar..hehe) tapi baby membesar sihat. Syukurlah ;) Cumanya berat saya turun 600 g. Sepatutnya ibu mengandung kena gain weight 2 kg every month kan,tapi mungkin disebabkan last month saya demam panas & batuk kuat. Jadinya takde selera makan & berat turun. Uhuk. Risau!Tapi gynae & nurse kata dun worry..pasni kena banyak makanan berkhasiat tuk gain weight balik. Oh, bercakap pasal demam panas & batuk kuat..memula saya memang tak makan apa2 ubat (sebab takut makan ubat sebarangan ) tapi demam & batuk makin menjadi2.Tak boleh jadi. Encik hubby kata kalau takmo pergi klinik, jom terus gi DEMC, admit je kat sana.Terus saya ke klinik. Uhuu..taknak kena admit wad.Doktor bagi ubat batuk, antibiotik & ubat demam yang sesuai untuk ibu mengandung. Alhamdullilah..lepas dah habis makan semua ubat2 yang doktor bagi barulah demam & batuk perlahan2 beransur pulih. Huihh..kalau tak, setiap kali batuk terasa sakit kat perut.Sampai terkeluar air mata menahan sakitnya. Minum air madu campur perahan limau jugak membantu untuk legakan batuk. Thank u Kak Masy for the petua ;) Jadinya untuk para2 ibu mengandung, kalau sakit, demam ke batuk ke jangan takut untuk ke klinik & makan ubat yang doktor bagi ok. Jangan dibiarkan sakit tu melarat tanpa makan ubat, jangan risau..doktor tau ubat apa yang sesuai untuk ibu mengandung. Fikirkan baby dalam kandungan.Usaha, doa & tawakal ye.InsyaAllah :)

Lagi..agenda paling excited sekali ialah laundry day!! Hehe..minggu lepas gigih saya membasuh baju2 si khalifah kecil. Mama kata dah boleh basuh & prepare almari baby & beg untuk dibawa ke hospital nanti. Bila dah ada green lite dari mama & encek hubby haruslah mama-to-be ni excited me"laundry" kan. Encek hubby volunteer nak basuhkan tapi kesian pulak kat beliau,penat kerja segala, alang2 kat rumah saya takde buat apa, jadinya biarlah saya yang buat. Exercise ni. Handwash, basuh ala kadar je, setakat rendam kejap ngan baby detergent & bilas & keringkan. Masa sidai baju2 ni..holoh holoh holoh..comeynya semua2 ni. Geram! Hilang terus penat membasuh ;D Tujuan membasuh ni sebab nak bersihkan baju2 baby ni dari segala kotor & habuk. Memanglah baju baru kan,nampak bersih suci je..tapinya kita tak tahu kotor2 yg berselindung disebalik baju2 baru ni (pesal ayat skema tetiba ni). Dan betul lah, masa rendam kejap baju2 & towel2 baby, air yang jernih sebelum tu berubah jadi keruh, means kotorla tu kan. So, better basuh dulu baju2 ni. Kulit baby kan sensitip.

Newborn-3 months old attires ;)
Mostly warna putih & biru je. Ada jugak beli warna merah, hijau, kuning semua tu, tapi untuk 6-9 months. Saya tak basuh sekarang, bila baby dah besar sikit & dah boleh muat baju saiz tu baru basuh.Next batch punya laundry day.


Mittens& booties comel. Ikan2.Ni sebab ayahnya hobi memancing la ni, nak jugak ada unsur2 ikan kat baju baby. Hehe

Bila dah kering semua, lipat elok2 bubuh dalam almari. Wangiiiii! 

1 bakul khas untuk towels, napkins & selimut ;)


1 bakul khas untuk mittens& booties, barut baby & towel kecik ;)



1 bakul kecik bawah tu khas untuk letak segala toilettries (bedak,minyak yuyi, cotton buds) semua ;)Dan itu sahaja baju si khalifah kecil yang dah dibasuh. Tersesat legging pink polkadot pulak. Comel sangat, tu yang beli jugak warna pink.Hoho.Nampak macam sikit je kan baju2 ni, tapi saya rasa mencukupi. InsyaAllah. Baby kan cepat membesar ;)

Dan perasan tak background almari tu ada gambar2 kereta comel2 tu? Disebabkan nampak kosong je belakang tu, jadinya saya lekatkan dengan wall sticker bagi nampak ceria sikit. Ngihiihi. Wall sticker beli kat kedai serbaneka, RM3.90 je.

Ni lah wall sticker tu sebelum dilekatkan ;)

Disebabkan murah & berkualiti (gam nya kuat), saya beli 2! Satu lagi saya beli yang ini..


 Cute height measurement scale chart ;) Deco dekat bilik khalifah kecil.


 Sebelum 


Selepas 

Cute kan?? Hololoh..Nanti boleh deco2 lagi ;) Hmm..nak cerita banyakkk lagi ni tapi stop sini dulu la. Montot dah lenguh duduk lama sangat. masa untuk rehat & membaringkan diri. Wehee..sambung esok ya ;) 

Thursday, December 22, 2011

Update ;)

Hmmm..apa nak update ni? Hmm..pasal pregnancy? Oklah, dari merepek ntah pape,atleast ada update something.Minggu ni nak masuk 30 weeks dah. Alhamdullilah ;) Terasa sangat cepatttt masa berlalu. Perut memang sangat2 bulat. Bukan perut je, hidung, jari jemari2 semua pun bulat.Kaki pun dah start bengkak, tapi lepas tido letak bantal kat kaki (tinggikan sikit), esok paginya dah surut. Tapi saya suka je keadaan badan yang bulat ni. Bila lagi nak merasa kan, time preggy ni lah.I'm feeling great and enjoying every single second of my pregnancy ;). InsyaAllah lepas berpantang get in shape balik. Saya yakin boleh. Kakak saya sebagai sumber inspirasi.Yeahh! 

Kesihatan? Selasa lepas buat 28weeks checkup dekat klinik kesihatan (KK). Seperti biasa, sangat ramai. Duduk sampai kebas2 buntut, kaki, jari segala. Tapi sabarrr ;) Result? Alhamdullilah. Blood pressure ok, urine ok, hb ada rendah sikit.Doktor bagi iron tablets. Placenta dah upper segment. Syukur sangat2 :D Lepastu yang merunsingkan masa tu ialah lepas timbang berat, naik 3 kg! Within 2 weeks naik 3 kg..err..memang saspen! Dalam hati mesti kena minum air gula pasni..tapi nurse tu tak kata apa pun.Masa jumpa doktor pun doktor tengok result semua dia kata ok, mama sihat, baby pun sihat. Tak perlu minum air gula :) Hopefully tak kena lah smpai bebila..hehe.Tapi sekarang kena jaga makan, takmo berat naik mendadak lagi.

Barang2 untuk baby? InsyaAllah semua dah lengkap.Memang tak nak beli dah. Stop stop! Terlalu banyak sangat pulak baju2 dia nanti yang ntah2 boleh pakai sekali dua je. Cukuplah total dalam 20 helai baju (rompers+sleepers). Haritu semangat dah nak basuh baju2 ni, sekali encek hubby cakap still awal lagi. Mama pun kata gitu. Nanti takut baju2 nya berhabuk balik. Mama kata dalam 8 bulan nanti bolehlah start basuh. Ohoo..ok mama. Excited kan nak basuh awal2 :D

Hmm..sekarang tengah survey2 set berpantang. Ramai recommend kan brand Nona Roguy & Leesa Formula. Harga lebih kurang sama..around RM250-RM350.Complete la dengan pil postnatal, gel kurus segala. Tapi bila fikir2 balik & atas nasihat orang2 berpengalaman, saya tak belilah yang set. Beli secara asing2 je sebab mereka kata kalau time pantang jangan amalkan makan pil2 ni sebab takut baby kena jaundice. Memanglah pil2 tu selamat dimakan masa pantang tapi untuk baby kita tak tau lagi kan tahap antibodinya macam mana. Mungkin pil2 ni tak sesuai dimakan masa breastfeed kan. Lagipun doktor akan bagi banyak vitamin & supplement after bersalin nanti. Makan yang tu je ;)

Oklah, tetiba dah banyak pulak berceloteh ni.Stop dulu, nak sambung gi deco2 bilik baby. Takde deco apa pun, just tempek2 wall sticker je. Hehe.Bye


Si bulat ;)


Tuesday, November 29, 2011

Checkup 26 minggu.



Harini telah berjaya pergi buat monthly checkup seorang diri tanpa ditemani encek hubby. Hoyeah! Bangga pada diri sendiri kerana berjaya menjadi seorang mama-to-be yang berdikari.Haha (orang lain pun pergi sorang2 la ;p). Kesian pulak encek hubby nak kena selalu amik cuti.Dahla sekarang tengah hujung tahun,jadinya kerja banyak di ofis nun.Kalau checkup swasta memang dia amik cuti, sebab boleh scan & dia pun boleh masuk sekali. Tapi kalau klinik kerajaan, kesian tengok para2 suami. Dah la kena menunggu lama,pastu takde scan pulak.Ciannya.Jadinya saya amik keputusan untuk pergi seorang diri je.Lagipun si khalifah kecil mama ni kan ada (gosok2 perut :D).

Pagi tadi seawal jam 8 pagi saya dah gigih keluar rumah nak ke klinik. Tapi sampai je kat sana..Ya Allah, ingatkan saya lah paling awal, rupanya ramaiiiii lagi yang datang lagi awal. Penuh klinik! Sampai takde seat. Bayangkan klinik kesihatan yang sebesar2 alam tu sampai takde seat. Uhuk huk.Demi kesayangan mama, diteruskan jugaklah agenda, amik nombor dan berdiri kat tepi2 dinding sementara tunggu nombor giliran. Bila nampak je orang bangun, cepat2 duduk kat seat tu. Fiuhh..lega!


Menunggu punya lama sampai kenyok2 kertas.

Dah lega dapat seat..tunggu punya tunggu, apesal nama saya tak dipanggil2 nurse ni. Sabar. Dah 1 jam, tak panggil2 jugak. Duduk mula tak selesa, sakit pinggang,tangan semua dah kebas. Bangun kejap regang2kan badan.Nak mengeluh pun tak baik, lagipun klinik kerajaan kan, dah la free, bersabar je la bayaran yang kita boleh bagi.Akhirnya sampai jugak giliran saya.Amik berat. Berat terkini 73.8kg (mantop bukan? Haha).Alhamdullilah sihat, takde masalah dengan berat badan.Naik secara normal. Lepastu amik BP, urine segala. Alhamdullilah, semuanya pun ok. Kena injection kancing gigi untuk kali kedua jugak tadi. Tak sesakit macam festime kena dulu la. Akhirnyaaa..setelah 3 jam lebih dalam klinik tu, settled semua!! Boleh balik dah. Wehuuu! Lenguh dah kaki2 ni.Perut pun memang sangat lapar!

Balik tu terus ke Secret Recipe, Ole-Ole untuk membelanja makan diri sendiri ini. Oh,I'm sooo in love with SR mee curry! Sedap tak terperi yo. Dahla portion besar! Sedappnyaa! Sekarang tak kesah pergi makan sorang2 pun sebabnya si khalifah kecil kan ada, dialah peneman setia mama ke mana2 jua sekarang. Sayanggg dia nih! (gosok2 perut..lagi :D)


Nyam nyam. Alhamdulilah. Kenyang ;)

Bila dah kenyang, pusing2 dekat kedai baby sebelah SR tu kejap, niat di hati nak cuci2 mata je tapi mana boleh tahan, mestilah tercuci poket sekali.Wihiihi. I bought some cute baby stuff :D

Terbeli topi baby comel, kasut baby comel & toiletries set Anakku. Ingat taknak beli toiletries lagi tapi sebabkan nak bekas bertutup tu, terus beli. Boleh macam gitu? Haha. Macam kan takde jual dah je nanti.

Balik tu terus simpan dalam bakul khas untuk barang2 baby.Kasi sumbat semua2 je dalam tu.Semua ada, dari towel, baju2 sampaikan hanger kecik pun bubuh dalam tu. Senang tak sepah2 dah.Nanti nak basuh baju2 tu semua baru keluarkan balik. Sekarang ni misi membeli & mengumpul dulu barang2 si comel :D

Almost full! Maksudnya udah2 la tu beli barang baby. Beli barang untuk mamanya pulak lah lepas ni. Set berpantang semua tu. Ngee..baiklah!(nasihat diri sendiri).

Simpan dalam picnic basket je pun. Hoho.Tapi senang nak bawak pergi mana2 nanti. Masukkan je semua barang baby dalam ni.Tak payah bawak beg2 dah :) Penat buat checkup tadi terus hilang bila tengok barang2 si kecil ni.Alahaiii anak mama, membesar dengan sihat ye sayang ;)


Thursday, November 24, 2011

3D scan :)


Salam. Semalam adalah hari yg sangat bermakna for me & encek hubby sebabnya dapat jumpa khalifah kecil kami secara 3D. Yup, saya buat 3D detail scan ;) Kalau diikutkan appointment yang dibuat oleh gynae, saya sepatutnya buat 3D scan ni awal lagi, masa 22 weeks tapi sebabkan tarikh tu encek hubby tak dapat cuti, jadi kami ubah ke tarikh lain. Kenapa buat 3D scan awal sangat? Gynae yg nasihatkan sebabnya nak tengok kedudukan uri saya sebab masa awal mengandung, uri saya agak rendah sikit.Masa tau tu memang risau, tapi bila tanya kakak saya (masa mengandung anak kedua dulu pun dia ada masalah yg sama), dia kata jangan risau, InsyaAllah takde apa2. Mama pun nasihatkan benda yang sama.Alhamdullilah semalam masa scan, semuanya dalam keadaan baik. Khalifah kecil sihat, kedudukan uri saya pun ok. Gynae cakap tak perlu bimbang sebab uri saya tak menutup pangkal rahim, nanti bila rahim semakin mengembang, InsyaAllah uri akan bergerak ke atas sikit. Semoga segalanya dipermudah kan ya Allah. Memang lega sangat bila gynae cakap macam tu :')

Mula2 gynae scan baby macam biasa dulu tapi lebih details,ukur otak, jantung, kaki, jari, tangan, tulang belakang semua. Masa tu memang rasa excited sangat, nak nangis pun ada.Macam tak percaya si khalifah kecil membesar dengan sangat cepat.Berat dia sekarang da 940 gram.Almost 1 kg.Aktif pula tu. Alhamdullilah. Lepastu gynae switch ke 3D pula. Masa festime tengok wajah dia, tak tau nak cakap perasan macam mana. Tak boleh describe.Happy sampai speechless. YaAllah, baby mama & ayah, comelnya kamu! ;) Tapi speechless untuk sekejap je la, lepas tu terus tanya gynae macam2. Excited kan.Hehe. Encek hubby pun sangat excited. Nampak dalam tu macam ada bubble2, gynae cakap tu bukan bubbles, tu tali pusat dia. Ooo.Pastu gynae tanya, dah tau kan gender baby? Ni tengok dengan lebih detail..nampak tak? Memula kami macam tak nampak, bila gynae pusing sikit baru kami nampak jelas sejelasnya. Eheee..comel! Lama jugak lah 3D scan ni, dalam 30 minit macam tu. Memang puas dapat jumpa si kecil. Tengok aksi dia, mulut ternganga2 macam menguap, gerak sana, gerak sini. Hehe.Lepas scan, gynae explain pasal baby. Semuanya sihat. Alhamdullilah, syukur Ya Allah.Keluar dari bilik gynae asik tersenyum je ;) Pada yang tertanya, 3D scan dekat DEMC, RM250, dapat CD sekali. Dalam tu banyak gambar si khalifah kecil & 4 video. Sekarang ni asik nak belek gambar & tengok video si kecil je :)


Sleeping cutie!
Our precious ;)

P/s: Sangat besar kuasa Allah kan ;)


Thursday, November 17, 2011

24 minggu.


Alhamdullilah. Dah masuk usia 24 minggu dah si khalifah kecil ni. Lebih kurang 6 bulan. Terasa cepat betul masa berlalu. Betul lah kata orang2 berpengalaman, kalau teruk mabuk2 masa trimester pertama dulu terasa lambatnya la masa berlalu, masa tu nak cepat2 masuk trimester kedua. Tapi bila dah masuk trimester kedua, bila mabuk2 semua dah hilang, terasa sangat kejap. Tetiba terasa..eh eh..kejapnya dah 6 bulan.Banyak perkembangan positif yang saya lalui sepanjang trimester kedua ni. Antaranya ialah:

  • Alhamdullilah, selera makan dah kembali. Takde masalah nak pilih2 makan lagi. Semua pun makan. Tapi tak boleh makan sekali harung banyak2. Perut cepat rasa kenyang. Makan terlebih banyak pun bahaya, boleh mengundang muntah. Jadinya,saya makan sikit2 tapi kerap sebab sekarang memang cepat rasa lapar juga.
  • Berat terkini dah masuk BMW 7 series. 72 kg. Ye..pencapaian paling berat sepanjang hidup. Tapi saya bersyukur sebab berat naik tidak secara mendadak dan kesihatan saya dan baby juga takde apa2 masalah.Kalau berat tak naik2 lagi buat saya risau.
  • Semakin bertenaga. Ada je benda nak buat. Tak boleh duduk diam. Memang beza sangat dari trimester pertama dulu yang sangat lembik, nak buat apa2 pun takde tenaga. Tido je. Zzzz.
  • Suka berjalan2 & shopping2. Bila terasa semakin bertenaga ni suka pulak nak berjalan2. Tapi..cepat rasa penat pulak lepastu. Lepas jejalan, balik tu kompem tido kepenatan macam orang baru lepas lari pusing padang 3 kali. Fuhh..memang terasa penatnya.Berjalan pun dah slow, memang macam ibu2 mengandung. Takdenye nak jalan laju2 dah (apetah lagi nak berlari atau melompat kan. Haha). Encek hubby pun dah belajar jalan slow sekarang.Barulah seiring sejalan :D Kalau tak masa memula dulu saya asik kena tinggal je, semput nak berjalan laju ikut dia.
  • Perut pun makin membulat.Dah obviously nampak perutnya. Kalau dulu time duduk je baru nampak, sekarang time berdiri pun dah nmpak perut yang comel itu. Tapi bukan saja perut, semua pun lah membulat.Especially hidung (muehehe..)
  • Little khalifah pun semakin aktif. Kalau pagi2, dia yang yg akan kejut mama dia ni. Tendang2. Dan tendangan & tumbukan dia pun makin padu sekarang. Memang terasa gedebuk! macam tu. Kalau baring, time dia bergerak, boleh nampak perut saya pun beralun2 bergerak. Dia pun dah boleh respon dengan haba, kalau saya atau encek hubby letakkan tangan dekat perut mesti dia akan bergerak.Comelll! Membesar dengan sihat ye sayang mama ;)
  • Kerap buang air kecil. Pergi jejalan shopping mall sekarang ni harus melawat toilet dulu. Padahal tak banyak pun air yg keluar..sikittt je tapi memang tak boleh tahan2. Baby dah membesar kan, jadinya ruang untuk pundi kencing pun makin mengecil. Kalau over ketawa & terbesin pun boleh terkucil. 
  • Tido berbunyi. Bukan berdengkur tau. Tapi bila baring tu bunyi nafas saya memang kuat. Macam orang kena semput. Tapi bila berdiri & duduk takdela pulak bunyi tu bila bernafas.Saya perasan, nafas saya pun sekarang pun macam makin pendek. Cepat betul mengah kalau naik tangga ke angkat baju ke.
  • Dah terasa dah susahnya nak tido malam. Mengiring ke kiri tak lena, mengiring ke kanan tak lena.Serba serbi tak kena.Jadinya sekarang ni memang saya elak tido petang, biar malam tu saya betul2 ngantuk, senang sikit nak tido. Kalau duduk lama2 dalam kereta pun rasa tak selesa, sakit pinggang.
  • Emosi semakin stabil, semakin ceria dan gembira :D
Hmm..itu jelah kot perkembangan & perubahan diri ini sepanjang trimester kedua ni.Lagi 4 minggu akan masuk trimester ketiga pula.Alhamdullilah.Semoga kesihatan saya & baby terus baik sepanjang mengandung ni. Tinggal 16 minggu je lagi.InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segalanya.Aminnn ;)

Gambar terbaru. 24 minggu ;)
Dah ada baju kurung mengandung dah. Weee.

Oh oh..sebelum terlupa. Mommy2be sekelian, weekend ni ada expo baby dekat MidValley. Moh le kita serbu tuk survey2 & beli apa yang patut.InsyaAllah kalau takde pape hal saya akan pergi sebab sementara masih larat ni lah nak bershopping kan :) 

2nd maternity & Children Expo
18th-20th November 2011
10am-9 pm
Midvalley Exhibition Center


Friday, October 28, 2011

October babies ;) *update*

Bulan ni ramai kawan2 saya dapat baby. Baby sulung mereka.Eee..bestnya! ;) Dengan teknologi sekarang, kita boleh tahu perkembangan mama & baby macam mana sebab disaat2 akhir nak melahirkan pun mereka sempat update status fesbuk lagi.Kalau ayahnye yg update tak pe lagi, ini mama yang tengah tahan contraction pun sempat update status lagi. Kita yg membaca status mereka ni yang berdebar2.Hehe. Apa2 pun Tahniah diucapkan kepada mereka. Mesti seronok sangat bila nampak baby dah ada dalam dakapan ;)

Firstly, tahniah kepada rakan baik saya Norzee & Yusuf atas kelahiran baby boy sulung mereka ;)

Muhammad Ikhtisham Zulkarnain
D.O.B : 13 Oktober 2011
Berat: 3.5 kg 

Yang kedua, tahniah kepada kawan kami (kawan saya & encek hubby) Shahira & Shukri atas kelahiran baby girl sulung mereka ;)

Nur Shameena Batrisya
D.O.B: 24 Oktober 2011
Berat: 3.8 kg

Dan yang terbaru, tahniah kepada Hemy & Cembam atas kelahiran baby boy sulung mereka, Xiyad Asytar .Xiyad ialah Memuah baby yang sulung. Yeayy! Masa si Hemy duk twit detik2 cemas masa si cembam nak melahirkan semalam, saya yang baca ni pun jadi cemas.Pergi jenguk blog dia tuk tau kisah dia dalam labour room. Saspen saya baca.Hee




Xiyad Asytar
D.O.B: 26 Oktober 2011
Berat: 3.1 kg
Gambar Xiyad fresh baru keluar dari womb ;)



Weeee. Comel2 kan baby2 ni.Bam bam! Alhamdullilah, selamat semuanya. Mereka semua dilahirkan secara normal. Tahniah kepada mama2 yang berjaya push baby2 mereka ;) Perkembangan baby & mama sekarang pun Alhamdullilah sihat.Tapi baby Shameena Batrisya kena jaundice sekarang ni, sama2 kita doakan baby Shameena cepat sembuh ok.Kepada kawan2 saya ni, selamat menempuh alam ibu bapa. It's a learning process ;)

Saya perasan sekarang baby newborn montel2 kan. Anak2 buah saya dulu masa lahir semua bawah 3 kg (kecuali Intan,3.2 kg). Ada orang cakap sebab faktor pemakanan si ibu masa mengandung. Susu untuk ibu mengandung antaranya penyebab baby jadi montel. Yeke? Hmmm..tapi kalau mama & ayah memang dah genetik montel,tak mustahil la baby pun ikut montel sekali kan (refer kepada saya & encek hubby.Haha). Takpe baby montel, janji sihat. Itu yang penting. Turn saya jadi mama lagi 18 minggu, InsyaAllah. Semoga mama & baby sentiasa sihat hendaknya. Excited ni, tapi nervous in the same time. Semoga segalanya dipermudahkan ;)


P/s: Semua gamba baby saya cilok dari fb parents mereka. Mintak izin ye ;)

Friday, October 21, 2011

Catatan seorang suami dari wad bersalin.



Eh..chop! Bukan suami saya tau.Hehe. Tapi suami Cik Eppa saat2 dia temankan isteri kesayangan dalam wad bersalin bertarung nyawa untuk lahirkan anak sulung mereka.Sebelum2 ni banyak baca pengalaman si ibu waktu melahirkan, tapi hari ni saya nak share entry dari pengalaman si ayah pula. Macam mana perasaan dia waktu si isteri menggigil2 tahan contraction, setiap detik bermakna tu semuanya si suami ini catatkan.Sweet sangat! Saya yang baca ni pun, dari tahap nervous, debar2, ke tahap happy sampai nak mengalir air mata pun ada. Kekadang terketawa sebab kelakar sangat. Ada part isterinya tengah push push, dia pun push jugak sampai terkentut. Haha.*Opss..terketawa pulak ;p*.Bila baca entry ni, baru saya tahu betapa perlunya si suami saat melahirkan anak nanti. Memang si suami tak boleh tolong gantikan tempat si isteri, rasa kesakitan yg ditanggung waktu nak melahirkan tu tapi genggaman tangan suami, urutan, kata2 semangat, lawak2 jenaka semua tu sangat membantu si isteri rasa tenang.

Entry ni pun sangat2 sesuai di baca oleh bakal2 ayah macam Hemy yang tak lama lagi je nak jadi ayah ;). Anda semua pun baca tau.Baby mereka nama Anis Kaisah an- Nasuha sangattttt comel! :)

(Sesiapa yang takut darah jangan terkejut pulak nanti ada gambar uri. Bagitau awal2 ni). 

Entry pengalaman si suami

Entry pengalaman si isteri


P/s: Fuh fuh fuh. Breath in..breath out.Rasa debar2 tiap kali baca entry pengalaman orang bersalin ni.Tapi bila tengok baby mereka yg baru lahir, comelnya. Rasa geram! Semoga dipermudahkan perjalanan saya untuk menjadi seorang mama :)



Tuesday, October 18, 2011

Maternity wear :)


Dari sehari ke sehari, perut ini semakin membulat.Fizikal pun semakin membesar bagaikan juara.Kalau dulu boleh muat lagi baju2 biasa, tapi sekarang tak boleh dah. Bahagian perut menjadi sangat ketat. Seluar apetah lagi, kompem2 tersangkut kat peha.Hoho. Jadinya, inilah masanya untuk menshopping maternity wear :D


My first maternity dress. Weee! ;)
Macam tak percaya je sekarang dah pakai baju mengandung.
Baju ni beli dekat Hari-Hari je dengan harga Rm22.90 sahaja! Murah kan? Dah la cotton yg jenis berkualiti tinggi, ada corak lace comel2 pulak. Love it! ;) Masa ni kebetulan masuk kat Hari-Hari, nak cari seluar tido, sekali ternampak pula maternity dress ni, banyak pulak tu design comel2. 

My first maternity pants :)
Wehee..yang ni beli kat Scarlet dengan harga RM49 sahaja. Memang best dan selesa je pakai sebab seluar ni ada getah lembut kat perut, jadinya tak terasa ketat bila pakai.Kat Scarlet pun banyak maternity wear yang comel2. Yang formal, casual, untuk pakai pergi kerja, semualah ada. Harga pulak memang affordable :)

Lagi satu, yang bestnya pasal maternity pants ni, ada getah yang kita boleh adjust kat tepi pinggang. Kiranya, tak kira besar mana pun perut nanti, still boleh pakai seluar ni, just adjust je getah ni ikut keselesaan ;)

Fikir2 balik, tak perlu lah nak belanja beli maternity wear yang mahal sampai ratus2 sepasang tu kan, pakai kejap je pun, lagipun kualiti lebih kurang sama, baik beli yang macam ni je. Ngee.Dah boleh jimat banyak disitu (ohoo, nak jadi mama ni memang kena berjimat cermat ok). Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai ;).

Me 20 weeks preggy ;)

P/s: 2-3 menjak, entry pasal preggy je kan. Mahapla, excited mom to be memang gini.Nanti cerita pasal lain pulak ok. Have a great day!  ;)




Monday, October 10, 2011

Anak nyiaw yang menggeramkan~


Ini adalah gambar terbaru,secara candid.Abaikan kain macam tersingkat tu. Haha.Sabtu lepas, ke kenduri doa selamat seorang kawan.Sesungguhnya baju kurung yg dipakai itu amatlah sendat di bahagian perut. Takde pilihan lain sebab ini je satu2nya baju kurung yang ada kat rumah mak metua. Kain jangan cakap lah kan..muat untuk disarung, tapi tak boleh di cangkuk.Zip je la gamaknya.Lepas pakai baju kurung ni, tersenyum2 depan cermin tengok perut sendiri.Macam tak percaya.Dah nampak besar! Suka ;) (padahal baju kecik kan.Haha).Sandal tu sarung Bata comfit sudah,janji lembut selesa .Memang dah macam mama2 kan :P 

Masa ni encek hubby tengah tolong kemaskan meja2 kat luar rumah dengan kawan2 dia, jadinya si isteri buyong ni disuruh duduk tepi je. Tak boleh menolong apa2, tolong tengok je.Nasib kawannya ni (si tuan rumah)ada anak kucing comelllllllll. Dapat berulit kejap. Sangat comelllll la anak kucing dia. Sebelum ni just boleh tengok je anak2 kucing jiran yang comel2 dari balkoni rumah, nak pegang encek hubby tak bagi, apatah lagi nak belai2 dorang (kekadang degil juga terrrpegang ;p. Tak boleh tahan! Diorang sangat adorable!).Tapi kali ni encek hubby bagi lampu hijau, agaknya kesian tengok isteri dia ni tercongok je duduk kat tepi tu takde buat apa.Apa lagi..masa tuk lepaskan geram kat anak kucing tu! Eyyyyy.. comel tau tak anak kucing parsi ni! ( Ok, padahal memang hantu kucing, tengok kucing kurap tepi jalan pun kata kucing tu comel geram2! Ngee)


Oh geram! Anak kucing muka manja..dahla telinga ke bawah. Comelll!


Anak kucing mencium perutku. Hehe. 
Besar dah perut ni, obvious! ;)

Balik tu terus rekues kat encek hubby nak beli baju kurung maternity.Hehe. Senang nnti nak pergi kenduri2 ada baju kurung besar kan, sepasang cukuplah :)

Thursday, October 06, 2011

Trimester kedua ;)


Alhamdullilah, sekarang dah masuk trimester kedua. Banyak perubahan berlaku antaranya yang paling ketara ialah selera makan. Kalau masa trimester pertama dulu memang takde selera makan, siap kena paksa2 lagi sampai nangis kalau nak makan, sekarang dah kembali normal. Kalau lambat sikit makan mulalah perut masuk angin.Berat pun dah bertambah.Senang hati tengok berat naik, kalau berat semakin menurun,tu lagi buat saya susah hati. Mual2, muntah semua dah hilang. Syukur. Semakin banyak tenaga, tak lembik2 dah, cumanya selalu ngantuk.Penyakit ngantuk ni still tak boleh hilang dari dulu cuma kalau masa awal2 mengandung dulu rasa macam nak tido 14 jam sehari je, tapi skrg dapat tido 8 jam pun dah cukup. Kalau dapat bantal tu syoknyelah baring2 tido. Hehe.Kalau dulu paling tak boleh terima bau bawang tapi sekarang dah boleh, siap boleh masak lagi. Alhamdullilah. Betul lah orang kata masuk je trimester kedua je semuanya akan hilang. Yang penting sabar dan banyak berdoa ;)


Hari Isnin lepas pergi monthly checkup dekat DEMC. First time ke sini, selalu ke Umra dan klinik kerajaan. Gynae yang kami jumpa, Dr Marzita, sangatlah baik orangnya. Banyak info dia bagi. Masa scan baby adalah time yang paling happy kalau buat monthly checkup. Boleh nampak perkembangan si khalifah kecil kami yang makin membesar dengan sihat ni.. Minggu ni baby dah masuk 18 minggu, masa doktor scan tu kami dah nampak dia punya tengkorak muka, tulang belakang, tulang kaki, tulang tangan semua dan baby bergerak sangat2 aktif.  Ada sekali tu nampak macam baby tengah pandang menghadap kami dan angkat sebelah tangan macam say "Hai" dekat mama & ayah dia. Hehe.Dan dah nampak gender baby juga! ;).Alhamdullilah, baby sihat. Saya pun sihat.

Dan saya pun dah dapat rasa baby bergerak. Masa first time rasa tu,memula saya ingatkan angin, tapi bila letak tangan dekat perut saya dapat rasa baby bergerak. Dup dup! Kuat baby tolak. Masa tu perasaannya tak boleh nak describe.Its a great feeling!! Subhanallah. Ada nyawa lain dalam badan saya :').Dan sekarang memang kerap rasa baby gerak, especially kalau lepas makan. Sangat aktif. Dup Dup Dup! Dia bergerak2.Kejap rasa belah kiri, kejap belah kanan.Comell! Mungkin baby pun tengah happy makan time tu sambil kicking & punching. Hee.

Lepas checkup dekat DEMC, kami ke klinik kerajaan pula. Kebetulan hari appointment sama. Jadinya hari Isnin lepas memang hari monthly checkup sedunia lah ;p. Saya lebih suka chekup dekat klinik kerajaan sebenarnya banding dengan swasta sebabnya dapat buat buku merah ( yang dinasihatkan dekat semua ibu mengandung harus ada buku merah ni) dan dekat klinik kerajaan checkup nya sangat details. Dari tahap hemoglobin dalam darah, paras gula, air kencing, semua di checknya dan tak perlu kena bayar apa2. Tapi yang lemahnya klinik kerajaan ni, kena tunggu lamaaaaa sangat sebab ramai orang. Kalau dekat swasta (yang so far saya pergi), hanya check berat dan blood pressure je. Tapi yang bestnya dekat swasta, dapat jumpa si khalfah kecil kami ;). Everytime checkup diorang akan buat scan. Klinik kerajaan takde scan. Klinik kerajaan & hospital swasta memasing ada kelebihan & kelemahannya, ikut keselesaan & kemampuan kita tuk pilih yang mana ;).

Barang2 yang wajib saya bawa kalau ke mana2 sekarang ;) Diari Hamil, Buku merah & supplements yang doktor bagi.*Obimin & obical tu sangat besar, kekadang rasa nak tercekik masa menelannya

Buku Diari Hamil tu sangat comel, sebab semua info pasal hamil ada dalam tu.Perkembangan baby setiap minggu, doa2 dan surah2 yang patut diamalkan masa mengandung, tips2 untuk bakal ibu dan ayah dan resepi menu berpantang pun ada. Semua lengkap ;)


Ni perkembangan baby masa minggu ke 13.Masa ni dah nampak kepala, badan, kaki dan tangan dia ;)


Perkembangan si khalifah kecil kami minggu ni. Minggu ke 18 ;)

Alhamdullilah, semoga perjalanan saya tuk menjadi seorang mama di permudahkan olehNya. Dan semoga baby kami membesar dengan sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Aminn ;) 









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015