Minggu ni Aqil memang cranky. Ada je yang tak kena. Opah dia kata mungkin "mintak akal" tu sebab nak beralih bulan.Setiap bulan kan ada perubahan baru pada baby. 2-3 hari ni Aqil asek mengamuk je bila nak menyusukan dia.Mengamuk yang beria2, macam kena cubit.Dia taknak bila saya suakan "nenen" dalam mulut dia. Tukar position bagi dia selesa, nangis. Tukar nenen kanan ke nenen kiri pun dia still nangis. Dia seboleh2 nya taknak nenen. Ditolak2 pakai lidahnya.Huhuhu. Memang rasa sedih sampai menangis lah mamanya ni .Mau tak nangis, anak dah kelaparan, tapi bila nak nyusukan dia,dia ngamuk nangis2.Tak tahu nak buat apa.Buntu.Macam2 soalan dalam kepala. "Kenapa Aqil ni, tak sihat ke? Mulut ada ulser ke? Susu mama ni tak sedap ke?.Sedih ada, risau ada,kecewa ada.Macam2 perasaan.Puas opah dia pujuk,dodoi2..last2 tu bila dia betul2 dah ngantuk, mata kuyu sangat,disuakan nenen baru dia nak minum. Maksudnya minum dalam keadaan betul2 ngantuk.Minum dalam keadaan terpaksa sebab dah haus & lapar, penat sebab menangis pun ye. Kesiannya la tengok Aqil.Huhu.Selalunya kalo dia ek ek ek lapar, suakan je nenen..bukan main laju dia minum. Siap berbunyi2.Tak sabar2.Tapi kali ni betul2 mencabar bila nak nyusukan dia.Sedihnya :'(. Tapi bukan tiap masa dia cranky macam ni, bila nak tido malam je dia akan berkeras takmo "nenen". Kalau dia bangun tengah malam & waktu siang ok je dia menyusu.
Biras bagitau mungkin Aqil dah "keliru puting". Masa tu baru tau pasal masalah ni. Nipple confusion atau keliru puting ni adalah antara masalah terbesar dalam penyusuan baby (breast feeding).Saya pun google pasal masalah ni sebab baru tahu dan baru first time dengar (nampak sangat "rajin" membaca.Huhu.). Bila dah baca maklumat & signs of nipple confusion ni, memang betul lah Aqil sekarang tengah mengalami nipple confusion. Antara penyebab nipple cofusion ni ialah penyusuan menggunakan botol. Kalau guna botol kan baby senang je nak minum..laju je susu tu keluar,dia dah selesa.Tu yang bila disuakan "nenen", baby tolak sebab mungkin flow tak sama dengan bila menyusu guna botol.Biasanya masalah ni terjadi pada baby yang mamanya bekerja dan terpaksa hantar baby ke babysitter. Masa dekat tempat babysitter tu baby akan menyusu menggunakan botol,jadi baby dah terbiasa.
Tapi untuk kes Aqil ni saya jarang susukan dia guna botol,dalam seminggu adalah 2-3 kali sebab nak biasakan dia menyusukan guna botol.Alhamdullilah Aqil dapat terima menyusu gunakan botol (walaupun kadang2 dahi dia berkerut2 masa menyusu tu,maybe dia terasa lain.Tapi dia berjaya juga habiskan susu tu).Salah satu penyumbang kepada nipple confusion ni juga ialah puting nyot2 (pacifier). Yeeeee...itulah kesalahan terbesar yang mama Aqil dah buat.Hukhuk. Sebelum ni memang memain je bagi puting tu dekat Aqil.Bila dia nak tido je baru disumbatkan (sebab even dah lepas menyusu mulut Aqil still macam nak ngempeng..nyot nyot nyot). Lama-kelamaan dah terbiasa. Bila dia ek ek ek je, bagi puting. Meragam sikit je bagi puting.Aqil pun syok je nyot2 sampai kekadang mamai2, leka lepastu tertido. Jadi bila dia dah terbiasa dibagi puting, bila lapar mama nya suakan nenen, mungkin dia ingat mama nya suakan puting (pacifier), tu yang buat dia mengamuk sakan.Menangis2 beria. Sedih hati betul bila tengok baby nangis macam tu.YaAllah..baru saya tau bahayanya bagi puting tu dekat baby. Sorry Aqil, mama tak tahu.Kalau mama tau memang TAK lah mama nak bagi kamu puting. Huhuk. Dari suka2, memain..akhirnya bagi kesan buruk dekat baby.Boleh baca pasal nipple confusion ni & pengalaman ibu2 lain pasal masalah ni dekat sini, sini dan sini.
Dan cara mengatasi masalah nipple confusion Aqil ni ialah dengan katakan TIDAK pada pacifier!! Sejak semalam dah mula tak bagi Aqil puting. Memula tido dia macam tak lena,kejap2 terjaga (sebab selalu kalau pakai puting nyot2 tu lena tidonya), tapi Alhamdullilah dia takde masalah nak direct feeding. Bila disuakan nenen, laju dia minum macam biasa.Sangat lega!! Tapi tu la, bila dia dah kenyang..still macam nak nyot nyot mulut dia tu. Habis jari2 dia hisap. Mungkin sebab dah biasa berputing. Takpe sayang..mama rela kamu hisap jari2 kamu tu dari hisap puting lepastu nanti kamu keliru. Oh tidak.Mama taknak masalah ni jadi lagi. Memang menyedihkan.Huhu. Kesian anak mama ni, patutlah cranky je.Maaf ye sayang, memang salah mama.Lepasni mama kena banyakkan membaca lah, cetek lagi ilmu mama dalam breast feeding ni.
Jadi kepada mommy & mommy to be sekalian, jangan bagi puting kat baby ok.Memang kekadang ianya membantu disaat2 kritikal, tapi bila dah terkena masalah nipple confusion ni mama nya yang kritikal nanti.Huehue.
Say No to pacifier!
Holoh2..Aqil buat muka sedih nak berpisah ngan putingrnya.
Takpe sayang, demi masa depanmu :)
*Toingggg! Buang puting Aqil dalam tong sampah*
P/s: Memang terasa sedih sangat hati mama bila Aqil kena masalah ni.Sedih teramat. Alhamdullilah dah jumpa penyelesaiannya. Sangat lega! :')
12 comments:
Nasib baik berjaya jugak jumpa puncanya.. Kalau tak mesti sedih je tengok Aqil meragam kan :(
oo sian mama die sedih bile aqil duk cranky...sabar ye...
banyakan bersabar ok..
Ena, kat pacifier pn mmg dah tulis penggunaan puting akan mengganggu penyusuan ibu :)
Mase kite beli pacifier MAM ade words tu. Tapi beli gak hahaha~ konon keperluan la nanti :P
hohoho aqil...
dulu kakak raihanna pulak xnak pacifier, nak nenen jek.botol susu pon xmo...bayangkan 9bulan baru nak belaja pakai botol susu...sib baik ibu dia xkerja ;p
kiki..kan ada aku tulis ke reply komen ko pasal sedara ko bagi puting je masa aku citer poblem xiyad cranky. Mmg tak disarankan sangat pacifier ni
bwk Aqil dtg bahau ye 2nd june ni.. klu x dia akn cranky plak nnt..hikhik
*perkataan "cranky" tu mcm ala2 'Chucky!' >:D
time kasih info ni awak..saye baru jer nak ajar anak pakai puting..hahaha..tapi nampaknyer..tak yahlah..takut lak kalau jadi macam tu..tapi nanti satu hari nanti nak hantar pade pengasuh biler dah start kerje..mesti jadi macam ni gak kan..sebab kene nyusu pakai botol..hurrmm...
Izza:
mmg sgt sedih yunk..dia punya nangis tu..huhu..sayu hati dengar.mama dia pun cam nak nangis sekali.
Lynn:
Ye lynn..dah jadi mama ni kena banyak2 bersabar..Alhamdullilah problem solved :)
Sue:
Ye sue..sabar :)
Ell:
mmg ada tulis tu tp xtau la plak jenis gangguan penyusuan nya sampai serius gini..huhu..
Ena lagilah, puting tu bukan beli pun, sekali dalam hamper yg org hadiahkan, saja gatal2 nak try..terus termelekat..
Mar:
Fuhhh..tu lagi mencabar. Alhamdullilah Aqil x tolak kalo nyusu botol tapi tula, dahi berkerut2 nak menghabiskannya..hehe
Hemy:
Haah, aku ingat lagi. konon sumbat puting sbg penyelesaian bagi baby cranky..sekali tgk masalah besar lain yg timbul..huuu
Wafa:
InsyaAllah..tgk mood si kecik dulu. Kalo xde pape hal mmg bawak :)
Hahaha..chucky junior. Boleh? Hahaa
Aty:
Oh nooooo Aty. Jgn start bagi Qaleef pacifier ok. Sbb nanti dia dah suka pastu jadi kes macam ni.sedihhhhh sgt tau. Tapi kalau botol xpe..pakai yg close to nature punya botol. InsyaAllah dia x confius ;)
Post a Comment