Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Friday, November 02, 2012

Jantung rasa nak pecah!

Gara-gara semalam, dapur rumah di masuki kera! Ya Allah..berdebarnya jantung masa tu.Kuarters apartment rumah kami tinggal sekarang ni memang dikelilingi hutan. Memang selalu je cik mon & cik kera ni berkeliaran dekat hutan2 ni. Tapi tak sangka pulak sampai berani masuk rumah. Selalunya memang bukak sikit tingkap kat dapur tu untuk bagi udara masuk sikit,air ventilation.Takde pulak cik kera.Ntah kenapa semalam berani masuk pulakkkk!!

Flashback kejadian semalam.Lepas basuh toilet dalam bilik, tetiba tergerak hari nak check bubur Aqil, takut kering. Sebab masatu tengah masak bubur Aqil. On the way nak ke dapur, terdengar macam bunyi air terkeluar2 dari rice cooker kalau kita masak nasi terlebih air tu. Sekali sampai je pintu dapur...Ya Allah!!! Rupa2nya ada kera tengah godek2 bekas bawang. Besarrrrr pulak tu!! Terus berlari masuk dalam bilik. Kunci pintu! Terus nangis2 peluk Aqil. Huhuhu. Nangis. Memang panik gila time tu.Gigil2 capai henfon call encek hubby.Mujur henfon pun ada dekat dalam bilik. 5 minit lepastu encek hubby balik. Kera tu dah keluar. Tapi disebakan takut gila, mintak encek hubby check dekat bawah meja, bawah sofa semua. Takut kot2 kera tu menyorok. Huhuhuhu

Terus terfikir, Ya Allah..kalaulah Aqil tengah main2 dekat luar masa tu. Kera tu datang, buat apa2 kat Aqil.Sebab sebelum kejadian tu memang Aqil tengah main2 dekat ruang tamu.Seriaunyaaa!! Huhu..mintak dijauhkan. Syukur Alhamdulillah Aqil dalam bilik masa tu. Bersyukur sangat2. Terfikir lagi buatnya semalam kat pintu dapur, kera tu terus terkam aku..Aaaaa.Takutnya!! 

Sekarang memang fobia lah nak ke dapur. Rela tak bukak tingkap dapur. Seriau sangat. Plan nak basuh baju harini pun takpela, ku rela bungkus kain baju..basuh dekat Shah Alam. Sebab mesin basuh dekat koridor luar, dekat dapur. Eee..takutttt! Terima kasih lah dekat cik kera sebab memulakan November ku dengan penuh kejutan. Memang betul2 punya terkejut ni T_T

Terkejut beruk!!


P/s: Lepasni memang kena extra hati-hati

9 comments:

izfanora said...

macam kelakar tp mmg ada yg dh kena cmnie dulu.. kes kera kejar nk pisang.. huhu..

lebih hati2 lain kali yer.. :)

Stilla Royazrie said...

uisshhh bahaya na juak ya...dahsyat eh..mun kmk kompom panik gila...

PUAN SUE said...

teringat mase duk hostel dulu..hihi.beruk masuk dorm..huaaaaaaaa takuT!

Mommy_Cha said...

kera nak kawan ngan aqil kut? hihihi nengok aqil nomei sangat le tu...jaga2 kang kera colik aqil..naya!

4feet8 said...

extra hati-hati ya..

HEMY said...

ko dok tepi kan..ko buat mcm penyidai tapi sangkut benda2 berbunyi, loceng2 mainan si aqil tu haa...so bila dia nk try masuk terlanggar bunyi..

ct n honey said...

terkejut kera!! mmg bahayakan klu anak2 sedang leka main nanti digigitnya pula.
Saya ada buat GA.Hadiahnya handmade bag. Sesuai untuk mengisi keperluan bayi,klu sudi jomlah join sekali.

http://cthoney.blogspot.com/2012/11/handmade-bag-ct-n-honey-1st-giveaway.html

CikNaa said...

fobia gile2 kan? same cm ciknaa time ular masuk bilik air time peknenkan si razin tu.. euwwww!

zonaku said...

blh bayangkan betapa paniknya ena masa tu. tp tetap cam kelakar.


x pe, lepas ni xtra hati2.....









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015