Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, November 19, 2012

Keperluan baby atau kehendak ibu bapa?

Almost 9 bulan dah kami jadi mama & ayah pada Aqil Hamzah. Banyak yang dah kami pelajari sepanjang 9 bulan ni. Dan masih banyakkk lagi yang perlu kami belajar di alam parenthood ni.Dan yang paling penting, kami (errr..lebih kepada aku) dah boleh bezakan mana satu keperluan baby & jugak kehendak mama ayahnya (errr..lebih kepada kehendak mama lah.Hehe).

Kalau dulu, masa Aqil dalam perut. Eksaitednyaaa, kalau boleh semua nak dibelikan untuk Aqil. Complete!! Benda yang tak penting2 pun nak dibelikan nya. Mujurlah ramai yang nasihatkan (terutama sekali encek hubby), apa yang patut beli & tak perlu beli.

Bila dah jadik mama ni, baru sedar yang banyak sebenarnya dibeli bukan sebab keperluan baby, tapi kehendak mama ayahnya.Macam breastpump. Eh, ni obviously lah kan ni untuk mama bukan untuk baby. Hihihi. Ni cerita berdasarkan pengalaman sendiri ni tau. Masa dalam pantang dulu pakai Avent manual sebab memang kena pump hari2, kalau tak nanti miss B akan bengkak. Pastu bila dah habis pantang, ntah kenapa mengada2 sangat pergi beli Spectra. Konon sebab nak buat stoklah, pakai electric breastpump ni cepatlah. Spectra ni memang bagus, cumanya susah nak bawak ke mana2 plus besar. Jadinya yang Avent manual jugak digunapakai sampai sekarang sebab senang nak dibawak ke mana2. Lagi satu, kalau fully housewife macam mama Aqil ni rasanya tak perlu kot breastpump memahal sebab baby akan direct feeding je pun. Akhirnya, Spectra ku disimpan di dalam almari saja. Haihh. Rasa membazir sangat. Yela, harga pun bukannya murah.Harap bila dah kerja 1 hari nanti, Spectra ni akan berjasa balik.

Lepastu stroller,mengikut pengalaman sendiri dan pengalaman dari kakak dan kawan2 yang dah ada anak, stroller ni akan digunapakai kejap je sebab bila baby dah pandai duduk dan jalan, kita lagi senang nak bawak buggy ke mana2 sebabnya ianya kecik & ringan compared dengan stroller yang besar dan berat. Jadinya terus beli buggy je,amat menjimatkan dan boleh pakai lama :D Macam Aqil dulu pinjam stroller abang Iman , sepupu Aqil sebab abang Iman dah tak pakai, so bila Aqil dah besar sikit, kami beli buggy je. Senang.Syukurlah tak ikut nepsu beli stroller masa awal2 tu.

Masa Aqil 3 bulan, aku eksaited la pulak belikan playgym untuk dia.Playgym pun rasanya bukan satu keperluan untuk baby.Kehendak mamanya. Mama Aqil je yang over. Sebab baby guna kejap je pun. Bila dia dah pandai meniarap, bergolek2, dia tak layan pun playgym dia. Dia akan mengexplore 1 rumah. Huhuhu. Bumbo seat pun rasanya tak perlu kot, sebab bila baby dah pandai duduk sendiri, dia takmo dah duduk dalam bumbo tu. Nampak tak? Mostly barang2 yang dibeli sebab nepsu mamanya, bukan baby pakai lama pun. Sebulan dua je. Pastu simpan dalam stor. Huhu. Pembaziran di situ.Ada lebih bagusnya terus beli walker dan highchair. Walker akan digunapakai lama dan highchair memang sangat2 membantu tiap kali baby nak makan. Sampai umur setahun dua pun still boleh makan guna high chair jugak :) 

Masa Aqil baru masuk 6 bulan, hati jiwa raga ni meronta2 nak kan Avent food processor pulak, kononnya sebab senang nak buat makanan Aqil. Tapi encek hubby bo layan, katanya tak perlu kot. Steamer & blender hadiah kawen pun ada, still tak digunakan, pakai yang itu je lah. Memang encek hubby lah banyak menyabarkan aku dari terus beli menda2 yang tak penting untuk Aqil ni. Dan ye, lepas Aqil dah boleh makan, dia memang tak suka puree!! Gigihlah mama dia ni steamkan buah buahan, buat puree segala, dia tolak. Yang dia suka sangat makan ialah bubur. Masak bubur pakai periuk je, tak perlu food processor bagai.Haaaa..cer bayangkan kalau dah beli food processor yang mahal tu tapi tak digunakan, memang free2 lah kena bebel ngan encek hubby. Syukurlah tak terjebak. Sekarang ni memang hari2 masakkan bubur untuk Aqil. Lepastu blend sajok pakai blender hadiah kawen tu haa :)

So,sekarang ni kalau nak membeli barang2 untuk Aqil mesti fikir dua tiga kali dulu, benda ni sebenarnya untuk Aqil atau mamanya yang over. Biasalah, anak first, mestilah eksaited ye dak. Tapiiii kalau semua benda pun nak eksaited, ayah Aqil pun boleh botak kepala (eh, bukan sekarang pun dah memang botak ke?). Hihihi. Kalau nak belanja lebih dekat barang2 anak macam walker, highcair, buggy & carseat tu takpe lah sebab benda2 ni akan digunapakai lama, so kenalah cari yang berkualiti. Alang membeli menang memakai gitu :) Memang lah kita nak yang terbaik untuk anak, tapi kalau dah sampai tahap membazir..tak elok jugak tu kan. Sekian saje perkongsian pada hari ini. Peace! :D


Jangan bazir2 tau..tak baik.
*Aqil senyum macam ada misai. Hehehe*

13 comments:

sweethOneY said...

Ena ni mcm paham2 je apa yang berlegar dalam kepala otak Izza skrg ni. Sbb tengok2 list ibu2 kat blog ni utk buat rujukan, sampai Izza dah jadi confused, ini kehendak ke keperluan baby ni. Contohnya mcm sterilizer, betul2 ke perlu semua. Last2 Izza decide mak ayah kita dulu pun rebus guna air panas je hahaha so I followwww.. Mmg confused sangat tengok2 list ni, sbb ada barang yang rasa mcm eee perlu ke ni ? Perlu ke tu ? Last2 sebelum nk beli apa2 tu marilah muhasabah diri dulu tanya perlu ke tidak sbb keperluan tu pun bergantung pada diri masing2 kan.. Ada yang kata perlu, ada yang rasa tak :)

PUAN SUE said...

Setuju 100 peratus.su pn tpkir nk wt entri ni tp buat2 pn..hehe

aTy _faRed~ said...

same macam aty jugak..!!! sebijik...huhu

erin said...

yerp, rin bersyukur sbb x beli fisher price rocker wpun tergoda gile..tahan je nafsu, bumbo seat pun x beli, steamer n bkender pun tak, ron pun jenis yg akan fikir betul2 sblum beli pape, tkut ,embazir, kang dh nyesal, pastu stiap kali tgk brg yg x dipakai mulala sakit hati..hehe

Masy said...

btw it's 'alah membeli menang memakai', bukan 'alang' ye. alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. hehehe

akak sok pinjam aqil punye laaa eh. malas nk beli *iye laaaa tuuuu hahahhaahha*

HEMY said...

aku pulak..mmg tak tau pn buggy kapeee...yg aku tau hok letak anak sorong tu sume stroller. aku dulu beli skali ngn carseat.

sbb dh pk nk biasakn dia dok dlm carseat masa bawak keta..xnak susahkan mak ayah dia..tu yg beli tu..hehehehe.

smpi bali dh stroller tu alhamdulillah..

yg lain2 ko sebut tu..bo layan la aku nak bli..hahahahahha

Mr n Mrs Zaidi said...

hahahha..betul2, kdg tu ade benda yg xpakai sgt pun kn....for second babynie boleh list yg perlu, dan buang yg mne tak perlu

Izzati Asyraf said...

baru merancang nak beli playgym utk aisy..kena pk 3,4 kali dulu ni..aisy dh 3 bulan lebih..bila baca ni macam tak perlu kot..kecuali en.suami nak sponsored....hehe..

Ros Anis Rusli said...

kannnnnn! kita je ove saited nk bli suma..pdhl anak x amek port pon..suma yg kita beli suma kehendak mak anak jek! haaishhhhh! tp napsu sukar dikawal..acane???huhu

Erina Asmawani said...

Izza:
First baby yunk..kalau boleh nak lengkap semua. Padahal benda2 tak penting pun masuk dalam list jugak. Last2 nanti..tak guna pun. Huhu. Macam strelizer tu ena sokong..memang tak perlu pun takpe. Ena pun rendam je botol2 Aqil ngan air panas. Jimat pun ye. So pasni Izza taulah nak beli apa yg patut n apa yg tak ok. Jangan menyesal di kemudian hari. Hehe. Tapi tulah, bergantung pada diri memasing :)

Sue:
kannn..takpe Sue, ena dah buatkan untuk Sue ni. Hehehe

Erina Asmawani said...

Aty:
rasanya semua mommy experienced menda yg sama kot kan Aty. Hehe. Maknye yg eksaited lebih :P

Erin:
Good mommy!! Tulah, kekadang perasaan kita ni membuak2 je nak membeli itu ini kan, padahal benda tu takdelah penting.Ade je alternatif lain. Tau takpeee..memang sakit hati je tengok barang2 yg dah beli tapi tak pakai. Kalau menda tu mahal lagi sakit hati.

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
Ooohh...alah eh. Hahaha. Ok2, akan diperbetulkan. Tenkiu kak.

Bolehhh je. Sharing is caring :) Takyah bazir2.

Hemy:
Stroller besau sikit dari buggy. Hehehe. Takpe..asal kecit, senang bawak tu pun dah kira ok. Takdelah ko nak beli buggy lagi kan.

Bagus2. Aku rasa ayah2 memang tak amik pot menda ni semua sebab diorang tahu menda2 ni tak penting sangat pun. Mak2 je yang biasanya hover. Hahaha

Nurul:
Kannnn..tuk second baby mesti dah lagi expert mana yg penting :)

Erina Asmawani said...

Izzati:
Tak perlu pun Zati..terus beli toto besar & tikar evamatik lagi seronok baby nak golek2 nanti. Tapiiii..kalau ayah nya nak belikan takpelah. Hehehe

Anis:
tulah maksalahnya...nepsu raksasa kita ni. Hahaha. Ena kalau barang tu mahal je mesti fikir 16 juta kali lah nak beli. Kalau murah2 takpe fikir 2-3 kali je. Hehehe









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015