Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, January 18, 2013

Aqil Hamzah 10 bulan :)

Salam Jumaat semua. Fiuhh..lama pulak rasanya tak update blog. Sekarang agak busy. Busy like a bee. Maklumlah, dah kerja..(padahal kerja ngan ayah sendiri je..hihihi)..tetap jugak terasa tak cukup masa 1 hari 24 jam. Yelah..bangun pagi jalankan tugas sebagai surirumah, kemas2 rumah, sapu, mop, basuh baju, jemur baju segala, uruskan Aqil. Pukul 2pm off to Fradoo sampai pukul 6pm. Balik masak lagi untuk suami tercenta. Lipat baju lagi. Manja2 ngan Aqil, manja2 ngan ayah Aqil.. eh eh ;p Tu yang terasa macam tak cukup masa je. 

Banyak menda nak cerita nih. Nak cerita mana dulu ni..hmmm..hmmm.Cerita pasal perkembangan Aqil Hamzah lah dulu. (Asik lah cerita pasal Aqil je kan..nak buat camne, excited mama memang gini,semuanya pasal anak). Alhamdulillah si manja sayang mama ni nak masuk 11 bulan dah. Banyak sungguh benda baru yang dia belajar sepanjang umur 10 bulan ni. Antaranya ialah masa awal 10 bulan dulu dah pandai menjulur ke depan, angkat2 bontot dan duduk sendiri dengan ensemnya. Hohoho. Excited gila mamanya ni bila tengok Aqil pandai menjulur ke depan, sebab selama ni asiklah meniarap gostan je. Laju plak tu bila dah menjulur..macam komando. Lepastu duduk pun memang sebelum ni dia dah stabil, tapi kita yang duduk kan. 2 minggu lepastu..pandai merangkak pulak.Sekarang duk gian merangkak keliling rumah. Macam anak rimau versi manja. Comelll! Hihihi. Dan baru2 ni (minggu lepas), dah pandai berjalan guna riding toys tu dengan lajunnya. Pandai panjat2 jugak. Sikit2 panjat kaki mama, panjat badan ayah, panjat dinding, semua nak panjat.Bila dapat panjat..sukaaa!! Aqil dapat belajar menda baru sekali gus masa dia 10 bulan. Dari menjulur, duduk sendiri, merangkak..sekarang macam nak berjalan pulak. Syukur ya Allah. Yee..memang Aqil manja2 lambat sikit pandai semua ni tapi tak kesah lah..janji Aqil sihat dan aktif. Perkembangan baby kan lain2 :)

Pon ponn!! Aqil nak lalu ni..sila bagi laluan 

Berat mantain 10.5 kg (timbang sendiri pakai penimbang digital kat umah ni). Tapi sekarang nampak macam dah susut sikit sebab demam panas minggu lepas, takde selera makan.Alhamdulillah sekarang dah sembuh. Selera makan dah ada balik. Suapkan bubur ke sup ke mesti habis. Nyumm! Yang terbaru ni bagi dia bubur campur sayur ngan kicap..pun habis.Ingatkan saje je buh dalam 2-3 titik kicap kat bubur dia,nak bagi dia rasa manis2 masin sikit, sekali habis ok. Suka pulak dia. 


Masa dia demam haritu. Ciann. Doc advise suh letak kain lembab kat kepala dan jaram 1 badan sebab nak bagi suhu turun. Tapi Aqil tak suka bila kita letakkan kain lembab kat kepala dia. Konon nak buat ala2 turban tu, dicabutnya. Nahh..sekali mama ikat macam tudung gini.Tak boleh dah dia nak cabut kain tu..terus pasrah dan redha. 

Suka betul baca buku sekrang ni, asal bangun tido, sebelum tido belek buku dulu. Masa demam haritu, ada satu hari ni..tetiba dia terjaga pukul 130 pagi..tak nangis, tetiba duduk belek buku. Ingatkan dia mimpi..rupanya memang nak baca buku. Pukul 3 pagi baru dia tido balik. Peel pelik masa demam. Huhu.

Perkembangan dekat school, Alhamdulillah..dah masuk 2 minggu ni, sekarang dia dah nampak macam suka pergi school. Kalau dulu punya lah nangis melalak bila kita bagi dia kat teacher (sampai mama pun rasa nak melalak). Sekarang ni dah pandai depakan tangan nak kat teacher. Tapi dia nak dengan sorang teacher ni je dengan mak dia. Ngan teacher lain dia lom mesra lagi. Pandai memilih ni.Tapi kira oklah dia dah nak pergi school. Kalau dulu masuk je laman school dia dah nangis mendayu2, masa hantar nangis, masa ambik pun nangis. Sekarang tak nangis dah. Cuma kekadang adalah dia nangis2 sikit macam teringat2. Tapi perubahan yang ketara lah, dia macam dak boleh terima.Syukur sangat2. Dia paham, mama bukan sesaja nak hantar dia gi school, mama nak gi work. Cumaaa..tu lah, still takmo minum susu dalam botol lagi. Makan bubur & minum air kosong je. Tapi ada jugak masa, bila mak suakan susu dalam botol kat dia, dia minum..tapi ta banyaklah. Dalam 2 kali sedut pastu takmo dah. Takpelah, harap pasni lama2 dia ok. InsyaAllah. Nak paksa2 pun tak boleh jugak. Lagilah dia marah nanti.

Dan sudah ada 2 batang gigi.Jyeahh!

Punyalah suka menggigit sekarang ni. Adoyaiiii. Kalau time menyusu tu..tetiba ngeeeetttt! dia geget siap tarik lagi. Fiuhhhh!! Sabar jelah. Pastu buat muka comel. Huh! Tak jadi mama nak merajuk. Haihh..budak banyak akal nih. 

Sekian cerita pasal Aqil. Nanti kalau ada masa nak update cerita pasal gi Sabah aritu pulak. Banyak gila cerita pending. Oklah Bye.


P/s: Sekarang ada promo price untuk Natalshape & Natalicious. Sekotak RM80, 2 kotak RM138 sahaja. Kalau berminat contact Erina 0126424061. Cepat2 :)



18 comments:

HEMY said...

kecik ati amir aqil plak gigit tarik nyusu...hahahahahaha

xiyad baru skali try tolak wlker dia..skang dia leh tolak cun dh.cuma walker susah nk ctrol arah ...masih tak jalan lagi la tapi

xiyad menang gigi je laaa

Masy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
DYatie ABakar said...

hihihihihi. comel pulak dipakaikan 'tudung' begitu. :p

ieza ashaari said...

sume mommy cam mimpi ngeri je kan kn gigit niple.. hihi..

serius, tergelak2 tgk aqil kn pakai 'tudung'.. hahaha..

erin said...

hahaha..aqil pakai tudung buat muka camtu mcm m.cik garang, tergelak auntie tgk..comel sgt aqil ni...

Unknown said...

Hai..

Wah masuk 10 bulan dah pandai banyak bende..gud boy..anak I pun duk gostan ja skang ni..gulin2 gostan..hahahaha

mommychaa said...

hamboi duduk Fradoo sampai kul 6ptg yang paling taktahan tu. pasni akan ku jenguk Fradoo tu, nak mkn ABC Coklat meletop meleleh bergabung! kahkahkahkah!
Aqil...nanti dah besau sila amik alih business atok. Kalo nak expand business boleh discuss dengan Mikha, hahahahahah!

cha said...

haha mmg byk akal la aqil ni. good good :p

Erina Asmawani said...

Hahahha..dia tak kecik hati.sharing is caring katanya

Erina Asmawani said...

Kalau Xiyad tolak riding toys tu mesti mesti laju sebab boleh kawal sikit..gigi memang Xiyad champio

Erina Asmawani said...

Haha..sorry kak, Ena terdelete komen akak ni pastu xtau camne nak undo

Erina Asmawani said...

Terpaksa pakaikan dia gitu.huhuhu..Aqil redha je :)

Erina Asmawani said...

Ye..memang sgt nightmare, tapi pastu bila dia dah buat muka comel, terus cair hati..tak jadi nak marah;)
Alasan..jgnlah gelakkan Aqil aunty, Aqil majuk nanti kang..

Erina Asmawani said...

Alasan plak dah..taip alaaaa..tadi..autocorrect jadi alasan.lol

Erina Asmawani said...

Hiihihi..makcik garang nih..jgn gelakkan Aqil ok aunty Erin, Aqil marah nanti *garang tak? Garang tak?* :p

Erina Asmawani said...

hai chennai :)
Alhamdulilah..10 bulan ni memacam dia pandai sekali gus...tak lama lagi mesti alya pandai menjulur ke depan jugak :)

Erina Asmawani said...

Sampai pukul6 tu..demi mencari sesuap abc tuk anak tercinta..hehehehe..
Gabungan coklat, kacang krup kerap krup kerap dan ais krim.Perghh..pas mommycha makan Konpem adik baby berjoget2 dalam perut..datang tau mommycha..akan ku tunggu dirimu! :D

Harusss..bisness turun temurun nih..kena kekalkan sampai bebila :) insyaAllah

Erina Asmawani said...

Tenkiu aunty Cha :)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015