Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Tuesday, April 02, 2013

Anniversary kami yang ke 2 :)


Kalau nak diingat balik, cara kami memula kenal dulu memang kelakar. Kalau Najwa Latip ada lagu cinta mukabuka, kami nih old version lagi..cinta friendster yo! Siapa kat sini dulu pernah ada akaun friendster angkat tangan?? Sep sikit..kita memang dari generasi yag sama.Kalau yang tak kenal frendster tu mebi korang termasuk dalam kategori adik2 lagi. 

Serius, memang tak kenal dia langsung. Hanya disebabkan oleh profile picture friendster je kami berkenalan. Kekonon nak imbas balik kenangan nak amik lah gambar profile picture tu kat friendster, sekali tengok akaun friendster dah lenyap. Habis semua gambar nostalgia kami dalam tu. Sobs.Awal tahun 2003 tak silap (umur aku 19 tahun, BBNU sangat!), kami kenal.Wow, 10 tahun dah ok. Masa tu aku study kat UiTM Sarawak, dia study  kat KL. Mula2 komen2 gambar, pastu ber testimonial pulak (kat friendster kan pakai testimonial..kahkahkah), pastu tukar2 no tepon. Ntah kenapa dengan dia berani pulak aku bagi no tepon. Masa tu rasa macam dia ni orang yg boleh dipercayai.

Start dari situ lah kami mula rapat. Even jauh terpisah laut Cina Selatan, tapi kerap gak dia call, sms jangan cakap lah,laju je jari jemari ni taip sms kat henfon 3310 kesayangan. Mula2 kawan, kawan baik, kawan gila2 pastu ntah macamna tersayang pulak. Gila kan..tak pernah jumpa tetiba nak sayang. Memang gila.Dia banyak kali ajak jumpa tapi aku selalu jela mengelak, takut. Nak jumpa takut, tapi ber sayang2 ko berani pulak kan. Hahaha. Dipendekkan cerita, tahun 2006, masa tu aku konvo diploma..bertemulah akhirnya kami buat pertama kali face to face. Bayangkan aku dengan baju kurung, lip lap berlabuci, dengan high heel bagai (kata konvo kan, harus meletop :P), jumpa lah dengan si kekasih hati tu. Masa tu ramai kawan yg jadi bodyguard dari jauh, katanya kalau apa2 hal terus call. Diaorang cuak sebab kawan dia ni berani jumpa orang yg dia kenal kat alam maya je. Diorang cuak, aku lagilah cuak masa tu. Jantung rasa nak terkeluar.

Tempat pertama kitorang dating dekat McD besar seksyen 3 tu. Kata first time jumpa kan, harus aku gelabah. Tetiba tak banyak cakap. Padahal kalau dalam phone tu mulut macam mak joyah je peramah. Masa first time jumpa dia terus terasa macam ada 1 perasan yang dialah orang nya. Macam mana eh nak cakap..hmm..perasan yang kita dah jumpa dengan orang betul. Haa..gitulah.Macam ada chemistry.Bercintan cintun 4 tahun,kitorang target lepas habis degree cepat2 dapat kerja pastu nak tunang. Tanggal  20/11/2010 akhirnya kami bertunang. Kurang 6 bulan lepastu, pada 2 April 2011, Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan.Kami sah menjadi suami isteri.Dan hari ini genaplah usia perkahwinan kami 2 tahun :')

Syukur sangat ditemukan dengan dia, suamiku. Biarlah aku sorang je yang tau betapa baiknya suamiku itu. Dan bersyukur sangat dengan kelahiran Aqil Hamzah yang menceriakan lagi kehidupan kami. Semoga kami terus bercinta dan bahagia hingga ke syurga.Semoga jodoh kami berkekalan ke akhir hayat.Siapa sangka dari Friendster, sekarang kami suami isteri. Inilah namanya jodoh kan :)



My precious :')

Malam tadi feeling pengantin baru jap, mengimbau kenangan balik tengok video hari bersejarah kami. Bestnya kan masa nikah, sanding semua tu. Kenangan terindah :)


Monday, April 02, 2012

Anniversary pertama :)

Tahun lepas, di tarikh hari ini 2 April, di waktu ini..saya sah bergelar seorang isteri kepada lelaki yang amat dicintai :)

Saat diijabkabulkan :)

Terasa masih baru je lagi majlis resepsi kami yang penuh indah :)







Alhamdullilah, kami jalani kehidupan suami isteri selama setahun ni dengan penuh warna warni :)

Belajar mengenal hati & diri masing2 bersama2 :)



Belajar untuk menjadi suami isteri yang terbaik bersama2 :)


Belajar menghadapi susah senang bersama2 :)


Belajar naik basikal bersama2. Eh eh? ;p

Belajar menjadi ayah & mama mithali bersama2 :)

Alhamdullilah.Banyakkkk saya pelajari sepanjang setahun perkahwinan kami ini. Semoga jodoh kami kekal hingga ke Jannah. Saya bersyukur kerana menjadi rusuk kiri kepada lelaki yang disayangi.Thank you so much sayang for being such a greattttttt hubby & daddy! :)

Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan lelaki2 ini dalam hidupku :')

2 lelaki yang dicintai :')
Kelahiran Aqil Hamzah menceriakan lagi hidup kami :)


Saturday, October 31, 2009

1st Anniversary~

Pejam celik pejam celik, hari ni genap setahun rupanya aku berblogging . Daripada cerita kasut putih (kehkehkeh..), tukar jadi cerita erina. Tadi aku belek2 entry lama, first komen dan org yg rajin komen entry aku dulu ialah Paiseh. Hehe. Kira pemberi semangat la tu, ye la..mestilah kita happy sebab ada org komen entry kita. Terima kasih bebanyak bro. Then 1st follower, ialah Aklima. Sekarang dia dah jarang update blog dia mungkin sebab semakin busy. Daripada zero, sekarang dah ada 46 followers.Walaupun sikit je bagi korang tapi bagi aku jumlah tu sangattttlah ramai sebab ku bukanlah blogger tegar, update pun sekali sekala (termasuk entry ni, aku baru post 176 entries je ;p),so I really appreciate those yg suka baca blog ni.Paling penting sekali terima kasih kat kawan2,followers and those yg rajin meninggalkan komen2 membina.Terima kasih jugak kat those bloggers yang mempromote Fradoo Abc kat blog dorang. Terharu babe. Dan dari blog juga aku dapat kenal ramai kawan baru. Tak sangka pulak blog ni lebih kurang macam social networking jugak, padahal dulu masa mula2 berblog motif nak luahkan isi hati je. Kalau tak berblog, mesti aku tak jumpa mereka2 yang best ni. Para senior bloggers ;)


Kepten Luffy, Kueh Bakar, Jard, Wafa & Sis Masy yg hensem ;)
(huhu..baru ku tau Kapten dah privatekan blog dia..sadis)


Sis Aima yg comel ;)
(Ala..lama tak jumpa sis..huhu)



Shahrul, Sis Zonaku, Sis Dahlia, Sis Anne, Joegrimjow, Bro John, Bro Hemy



Dan kalau aku tak berblog, mungkin aku tak dapat hadiah konvo best ni dari Kak Zonaku
Terima kaseh banyak2 kak ;)


Even ada jugak komen dari sorang dua anonymous yg tak membina langsung dan berunsurkan cacian, sikit pun tak patahkan semangat aku tuk terus berblogging. Sebab ni hobi aku and I enjoy it. (Bukan macam si anonymous yg hobi suka mengutuk org!Bwuekk..Loser! Kalau tak suka blog ni jgn baca lah!). Lastly, thanx again kepada semua & semoga ukhuwah kita berkekalan. (^_^)


~Sayang anda semua~
Gambar takde motip.Lol











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015