Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, March 09, 2011

Badan je dekat Avillion..

Tapi hakikatnya hati ini separuh tertinggal dekat Shah Alam, separuh lagi tertinggal dekat Lembah Beringin (T_T). Apa pun saya tetap bersyukur sebab terpilih untuk attend course ni. Sebab bukan senang, majority yang attend kursus ni pun stok manager2, chemist2 yang ada working experience lebih dari 5 tahun. Saya ni hanyalah budak mentah yang baru belajar.Tapi seronok dapat berkawan dengan diorang, yang datang dari luar negara,macam dari Filipina, Thailand, Europe, Nigeria, Jepun. Eh, dari macam2 negara lagilah.They are very friendly. Even pangkat mereka besar, tapi sangat humble.Tak lokek ilmu dan tak segan silu makan lunch & dinner semeja bersama.Rasa terharu :,)

Walaupun kursus ni diadakan dekat Avillion, taraf 5 bintang. Tapi hati ni tiap hari memberontak rasa nak balik rumah je. Tolak tambah lagi 3 minggu je hari bahagia saya. Nervouss! Dup dap dup dap! Wedding favour, baju, kasut nikah.Huhu. Semua dok berlegar2 dalam fikiran sekarang.Belum lagi kusut fikir bilalah hari yang free untuk buat manicure & padicure & parmanent laser hilangkan bulu keti dari MilkADeal tu.(boleh?) Huhuhu..semakin dekat tarikh, makin kuat paniknya.Tapi panik2 pun bila dah jumpa benda2 comel kat bawah ni terus hati manyak sinang bunga2 woo. Badan secara automatiknya merembeskan hormon gembira :)


~The Desserts~
















Mana boleh tolak kan? Nyam nyam!
Lepas makan tetiba baru teringat. Erkk!! Lagi 3 minggu nak kawen??!!
Camne nak kurus nih? Ah!! I hate u Avillion!




P/s: Cepatlah hari Khamis. Tak sabar nak balik rumah. Nak lari dari makanan2 comel kat sini.Huuhu


Friday, March 04, 2011

Avillion, Port Dickson

Sewaktu menaip ini adalah dalam keadaan sangat penat & mengantuk sangat2! Minggu ni yang sangat hectic. Kerja yang boleh dikatakan lebih banyak dari biasa. Yang menjadikan ianya lebih banyak dari biasa sebabnya next week department aku akan organise satu kursus ni. Dan kursus ni bukan yang calang2, international course. Yang attend ni pun nanti those dari obersi nun. Jadinya haruslah buat sehabis baik. Tak boleh nak main2, nanti bikin malu company & Malaysia sekali. 

Kursus ni akan diadakan dekat Avillion, Port Dickson. So, pagi tadi aku dan encek bos telah pergi ke sana tuk tengok tempat tu. The meeting room, accommodation semua tu la.Plus nak berbincang pasal tentatif program kami dengan kakitangan hotel yang bertanggungjawab nanti. Sesampai je dekat sana, terus terkasima. Macam "Woahhhhh!! Cantiknya tempat ni!! Mavelles!! Fantastic!!". Haa..lebih kurang gitula keterujaan aku. Aku tau encek bos pun teruja sekali tapi buat lagak biasa2 je.Tapi serius, Avillion memang sangat menarik.Selama ni aku gi PD apesal tak pernah perasan pun tempat ni . Maybe agak tersorok kot. 

Lepas dah bincang2 dengan marketing exec kat situ, dia pun bawak lah kami berdua pusing2 area resort tu. Tunjuk kat mana meeting room kami nanti, biliknya, tempat makan nya. Semualah. Yang bagi aku memang macam "Ok, aku kat PD ke kat obersi ni.". Cantikk sangat kot! Tak percaya..tengok nih


 5 bintang diberi





 Water Chalet. 
Kalau air pasang memang nampak macam terapung la chalet tu






Niceeeee! Nama pun adults pool. So pepaham jela eh


Ada rabbit, ayam serama, burung merak.
Comellll!!!!! Sukaaa!! :D


Serious cantik! View pulak nampak laut. Nice!



Open air bathroom. Hahaha. Agak scary di situ
Nak mandi pun tak selesa kot berlubang bumbungnya tu.
Tapi ada bathtub tepi tu, bertutup. So lega sikit lah.


Yang sangat2 menariknya kat sana ialah Avi Lounge & Avi Spa nya.


OH EM GEE!! Cool gila kan. Boleh lepak2 kat sini sambil tengok sunset. 
Cantik gila!


Teruja tak?
Nak tahu lebih lanjut pasal Aviilion ni

Gambar spa lupa pulak nak amik sebab terlalu terkasima dengan spa nye. Lepas dah jalan2  tengok2 semua, kami pun pergi lunch. Try rasa masakan kat sana. Harga memang paham2 je lah kan. Lepastu menu pulak ala2 errr..ni apa..ni apa ni. Ha...macam tu lah. Encek bos pilih menu bla bla ostrich bla bla with rice. Aku lupa full name menu tu. Yang pasti aku ingat ada ostrich lah. Masa dia order tu aku macam..errr.."Encek bos, u pernah makan ostrich ke?". Dia kata tak pernah, sebab tu nak try. Ok.Exotic sungguh. Aku order nasi goreng kampung je. Bak kata encek bos, nasi goreng kampung kat kafe ofis kita pun ada. Haha. Tak sama kot. Ni Avillion style.


Ostrich di dalam nenas.Menu encek bos

Masa sampai je menu ni encek bos pelik. Dia tanya kenapa daging ostrich ni macam ni. Aku jawab "Ntah, ni pun first time saya tengok daging burung unta". Encek bos terkejut. Lepastu dia cakap, "Oh I tot ostrich is ayam belanda".Hahaa.Rupenya beliau dah tersalah anggap! Dia ingat ostrich tu ayam belanda.Scary kot tengok daging ostrich tu.Aku pun try la amik seco'et nak rasa (encek bos offer eh,kang jangan ingat aku slumber plak nak rasa tanpa segan silu) Masuk je mulut, kunyah sikit.Erkkk! Rasa daging kambing. Kembang tekak. Encek bos pun makan macam ala2 terpaksa je, sudahnya beliau pun tak berjaya habiskan.Kecian dia.


My nasi goreng kampung = RM28
Nasib baik sedap. Alhamdulliah

Lepas dah settle semua, kami pun chow balik opis. Banyak kerja lagi nak kena buat.On the way balik, boleh pulak aku tersengguk2 mengantuk. Haiyooo..ni semua gara2 nasi goreng kampung la nih. Mesti encek boss perasan aku terlentok2 tu. Malunyaaa! Huhu. Sampai opis, sambung balik kerja. Finalize buat sijil, name tag, settlekan gift semua untuk participant nanti. Fiuhhh~ Baru aku tahu macam mana nak organise event ni. Bukan kerja senang. Kena deal dengan ramai orang. Tapi aku suke je. Sebab diberi peluang untuk organise benda ni. Dapat belajar benda baru :)



Balik kerja terus sms encek tunang. "Sayang, nanti honeymoon tak payah lah gi jauh2 lah. Gi Avillion sudah ;)"

Ok, masa untuk tido. Rabak dah mata ni. Selamat malam~



P/s: Bulan yang amat busy (T_T). Kepada kawan2 tersayang, nanti saya akan jumpa kalian k untuk bagi kad. Jangan merajuk tau kalau saya bagi lambat sikit. Huhu. Sorry.





Monday, December 27, 2010

Christmas exhange gift party~

Last week ada exchage gift party kat ofis. Seronokkkk! ;)

 Dominos heavennnnn ;)


  
Dapat hadiah besar dari ofismate, Sally ;)


Dapat towel pokodot-riben-biru yang sangat comel gila.
Thank u Sally ;)
Oh, teddy bear tu sangat cute  kan. Jeles kat orang yang dapat ni!


Bagus jugak exchange gift party ni sebab masing2 happy dapat hadiah. It's a good therapy to release tension. Nanti nak request kat boss suh buat party camni lagi. More often ;) hoho


Okla, happy Monday blues everybody! ;D

Thursday, December 16, 2010

Chocolate Heaven


Jom kita buat coklat. Mula2..

1) Mixing
Coco powder, sugar, etc.


2) Moulding


3) Demoulding.


4) Letak choc atas biskut. Makan!!
Aummm!


5) Letak choc dalam beaker kecik




6) Kacau2 pakai sudu kecik.




7) Masukkan dalam mulut. Aummmm lagi!
Heaven. Heaven.
(^_^)
Tak hirau nak makan banyak2 sebab kita tau ingredients choc ni.


Hantu mak Limah balik rumah.
Hohohohoho.
Encek tunang nak kawen ngan saya tak kalo gigi saya camni? hoho

Breakfast coklat, lunch coklat, dinner coklat.
Heavennnn ;D
Gumuk! Gumuk!

Monday, December 13, 2010

JB lagi ;)

Bersiap sedia dengan hati ceria ke JB




Sepanjang perjalanan..
cuaca yang cerah & awan yg cantik ;)


Confectionery lab, Sime Darby Kempas


Sampai hari Jumaat di sini. Memproses coklat.Suka! Aku selalu ulang alik JB ni sebab labnya dekat JB.Dekat tempat kerja sekarang ada lab tuk buat analisis minyak je. Jadi, kalau nak buat coklat, kena la turun JB. Coklat..coklat..siapa mau coklat? :D

Thursday, November 04, 2010

Kisah si pembuat roti


2 hari training untuk membuat roti


Kami yang terlibat


Hari pertama kami buat puff pastry

Oh, di muka gadis bertudung belang itu ialah pipi, bukannya roti.



Inilah doh puff pastry.
Tepung-margerine-tepung-margarine.
Selang seli.
Pastu lenyek2 pakai sheeter.


Masa untuk masukkan inti.
Sardin.


Hasil kreatif kami.
Yang kuning2 atas tu ialah kuning telur.
Bagi warna golden2 dekat puff nanti.


Lepas bakar.
Semua tangan macam pirana menyambar.
Oh,serius memang sedap gila!



Hari kedua. Buat bun manis inti kacang merah.



Bahan-bahannya




Sebelum




Selepas
Sedapppp! Makan panas2.


Sebelum lagi.
Ada dua muka comel disitu (satu hidung tergolek)




Selepas
1 muka comel yang tinggal
1 lagi tak jadi muka dah
Roti yang mengembang, gebu dan montok!


Kesimpulannya, training yang amat menarik. Pertama kali buat roti dan puff pastry. Uli dengan tangan sendiri. Dan jangan terkejut, dalam bakery product mostly ada kelapa sawit. Haa..from the margarine and shortening. Oh, i love my job. Dem much! Bergelumang dengan kelapa sawit, coklat, roti semua, dapat teka tak berat badan aku sekarang berapa? Siapa betul aku bagi minyak masak Alif 5 kg. Lalala.


Wednesday, October 27, 2010

Gambar sahaja











 Sekian

JB = Johor Bahru bukan Justin Bieber


Ya Ampunn..banyak nye cerita pending. Kisah "JB part 3" belum taip lagi, dah ada kisah "3 dara pingitan di rumah kosong". Kisah "ketagihan terbaru" belum sempat karang lagi, dah ada kisah "JB part 4" pulak. Tengok! Punyalah banyak benda nak cerita sebenarnya tapi amatlah ketiadaan masa. Bila masa dah ada, ketiadaan mood pulak melanda. Ish ish ish. Oklah, secara pantas,ini ialah kisah JB part 4. Kisah JB part 3 belum sempat taip lagi, lompat part 4 dulu. Boleh pulak main lompat2 eh? Boleh kan aje.


Alkisahnya sekarang, di waktu ini, aku di bumi JB. Sekali lagi.Seperti biasa, atas urusan kerja. Pagi2 seawal 710 dah berangkat terbang ke sini.Ok, macam ni lah ala2 krologinya pada hari ini ye.Gigih bangun pagi,pukul 430. Sebabnya baju tak pack lagi. Then pukul 6 terus memandu laju ke Subang Airport. Ciss..ingat Subang Airport tu jauh sangat lah kan cam nak pergi KLIA. Tengok2 pukul 615 dah sampai.15 minit je dari rumah.Takpe biar cepat asal selamat.


 Mata sembab kesan dari tak cukup tido.Sangat sembab.




 Pukul 810 selamat tiba di Airport Senai, JB.





Pertama kali naik firefly. Kapal terbang kecil bewarna oren.


Dari airport terus ke tempat kerja.Harini banyak menghabiskan masa di bakery room. Belajar cara2 nak buat kek dan roti sambil2 buat observation. Guna marjerin & shortening keluaran Sime Darby.

Sebenarnya mix pakai mixer, bukan pakai tangan macam dalam gambar. 
Ni aksi semata



Belajar buat topeng Halloween pakai doh roti juga.
Bha ha ha. Happy Halloween semua.
Takut tak?



 Hasil roti dari doh buat topeng tadi. Haha.
Tipu je




 Kek yang sedap gila!!


Masa nak balik tadi lalu kat store room ternampak ni pulak. Disebut sebagai Kemkot, tapi ejaannya agak mengelirukan disitu.



 Hahahahaha
Tetiba gelihati ;p



Dan balik dari tempat kerja terus check in dekat Dorsett,JB. Sangat kagum. Hotel yang super cantik. Satu malam RM200. Awesome! Kalau tak cantik tak tahulah nak cakap apa.


Oh ye, kali ni pergi berdua. Dengan officemate dan semestinya lah dia seorang wanita.
Oklah, mau tido suda. Selamat malam.
Assalamualaikum ;)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015