Hari2 kerja, bergaul dengan orang ramai, risiko tuk mendapat penyakit pandemik adalah sangat tinggi. Jadinya, haruslah aku ambil langkah berjaga2.
.jpg)
Sekali macam doktor daaaa...Hahaha
(erk! tu lengan ke kayu balak? tsk..tsk..tsk)
Walaupun azab bernafas bila pakai mask ni, ku gigihkan jugak pakai bila fikir azab sakitnya kalau terjangkit ngan penyakit berbahaya tu. Mintak di jauhkan la. (nauzubillah). Lantaklah orang nak kata poyo ke apa ke. Yang penting aku ada kesedaran tuk jaga kesihatan diri sendiri. Sekarang H1N1 dah meragut 51 nyawa. Takkan nak tunggu darurat baru timbul kesedaran diri. Jom ramai2 kita pakai mask. Ala..bukannya mahal pun mask tu, Rm 1 je.
Masa pakai mask ni, tetiba teringat time aku buat thesis tahun lepas. Alahai..memori..
Rindu masuk lab..huhuk~
Sekarang ni pun kualiti udara tak berapa baik. Kat Shah Alam ni lagilah, dia punya jerebu memang lain macam. Kekadang terasa nak demam pastu nak sakit2 mata pun ada. Klinik pun penuh ngan pesakit2 yang kena demam. Banyak2kan minum & makan makanan yg berunsurkan vitamin C tuk tingkatkan imun badan dan jugak banyak2kan minum air kelapa muda tuk sejukkan badan.
P/s: H1N1 is everywhere, so beware!