Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

In trend yo.

Dulu masa cupcake baru femes, wahh! Semua pun eksaited nak buat & beli cupcake.Dahla comey kan..macam2 flavor pulak tu.


Credited to Google


Lepastu femes pulak dengan apam polkadot. Apam moden. Siap ada filling. Masa awal2 corak polkadot, sekarang ladybird lah angry bird lah. Semua corak ada. Corak 3D pun ada.

Credited to Google


Lepastu femes pulak dengan manisan France nih. Macarons! Memang comey lotey. Walaupun mahal..sanggup jugak tu beli sebab nak merasa. Manis yang amat.

Credited to Google


Bila macarons dah reda kefemesan dia, kek red velvet pulak naik takhta. Memasing pun teringin nak makan kek red velvet ni. Memang sedap. Tapi makan slice je cukup, makan banyak..muak.

Credited to Google

Tak lama lepastu, kek rainbow pulak in trend. Haaa..memasing pun hapdet fb memasing dengan rainbow kek ni. Memang femes. Aku dulu pun punyalah ngidam ngan rainbow kek ni, mujur dah dapat rasa rainbow kek yang mabeles masa beday Xiyad dulu.Each layer flavor lain2 tu tau.

Kek beday Xiyad! :D


So sekarang apa pulak yang tengah in?? Yee...semestinya Crepe Durian. Hamboihh..semua pun duk cite pasal crepe durian ni. Kat fb, ade je hari2 orang duk cite ngidam crepe durian lah, crepe durian sedap lah. Sesiapa yang tak makan lagi crepe durian ni terasa ketinggalan sangatlah gamaknya. Tak in. Hehehe. Aku pernah rasa, memang sedap! Lembuttt je. Rasa nya lite sikit dari durian. Dalam tu ada krim campur durian. Nyumm! Tapiii..makan durian betul lagi nikmattt! :D


Credited to Google



Tapiiiii..kalau crepe durian warna warni gini..errr..seram tak nak makan? Warna warni kalah rainbow kek. Huhu

Credited to fb member

Kek2 & manisan pun ada trend. Same lah jugak macam fesyen. Dulu2 femes tudung bawal, pastu shawl pulak, pastu tudung ekspres, sekarang ni tudung bawal tengah in balik. Baju pun sama. Macam2 trend. Sekarang femes dengan design peplum pulak je. Yang penting aku tak pakai lah peplum walaupun tengah in, kang orang ingat aku mengandung pulak. Huhu. Tak sesuaiii. Yang badan kurus2 kecit molek barulah sesuai gitu nak pakai peplum :)









Thursday, October 04, 2012

Dari balkoni rumah :)




Cantik kan? Macam gegula kapas :D 
Indah ciptaanNya.

Monday, June 27, 2011

Random saje ;)

Ni entry caca marba namanya. Main bubuh je cerita2 tentang apa yang terjadi minggu lepas. Dimulakan dengan hari Khamis.Malam Khamis lepas, bersama2 ngan Kak Masy & housematenya Kak Anne, kami telah ke Subway. Kak Masy mahu meredeem kupon Buy 1 Free 1 nya itu. Weee. Dahla diri ini dah lama nau tak makan subway kan, bila dioffer oleh kak Masy, terus on sajok :)


 Sesi memilih2




Best kat Subway ni boleh pilih sayur sesuka hati, aku akan pilih semua sayur kat situ kecuali olive. Hoho.Nyam2. Sos pulak chili, mustard & mayo. Gabungan terbaekk! ;)



Sambil makan sambil berjoyah even tak berapa tahu apa yang diorang bincangkan memula tu tapi last2 tahu jugak. Hahaha. Metacey kak Masy sebab dengan baik hatinya bagi Ena kupon tu, dan juga metacey bebanyak kak Anne sebab belanja Ena. Moga kalian dimurahkan rezeki ;)

Hari Jumaat malamnya pula sesi menonton Maharaja Lawak akhir dengan encik hubby dan mak. Dah jangka memang Sepah akan menang sebab lawaknya, adoyaiii..sakit perut ok! Siap Dafi datang tu tak tahan. Jozan biasa2 je malam tu. Ini membuktikan konsistensi mengatasi populariti. Congtazz Sepah. Congtazzz! :D

Hari Sabtunya pula, aku dan encek hubby ke KL Sentral untuk berjumpa dengan kazen &  makcik tercinta. Lama gila tak jumpa mereka ni, last rasanya bulan 10 dulu. Mereka stay dekat Sabah, itu pasal kami jarang berjumpa.Kami naik Putra je ke Kl Sentral sebab nak mengelakkan jem.Festime yo naik Putra sesama. Auwww ;p

Si mata bulat sayang gila dengan si mata sepet ;p


Yang cantik itu la sepupu tercinta disebelahnya ialah mak oteh yg comel. Happy sangat dapat jumpa mereka ni tapi dapat jumpa kejap je. Uhuhu.Takpelah, insyaAllah nanti kita jumpa lagi ok ;)Kagum dengan sepupu ai tu, dah hilang 6 kg,aku pulak naik 6kg. Memang betul lemak2 nya dah ditransferkan ke aku. Hoho

Aktiviti semalam pula ke Pesta Buku, SACC bersama encek hubby dan jugak mak. Best nye lahai pergi pesta buku tu. Rambang mata. Rasa macam nak beli je semua buku2 yang berkenan di hati.

Inilah hasil rembatan di Pesta Buku tersebut.Dia Lebih Tahu karya Fath Nahl Rahman,Trilogi Siri Kucing Triwarna karya Jiro Akagawa, Rojak karya Amir Muhammad dan Tentang & Kentang karya Saharil Hasrin. Puas hati! Metacey encik hubby sebab mensponspor buku Siri Kucing Triwarna tu dan metacey mak sebab belikan buku Dia Lebih Tahu ;). 


Baiklah, sekarang masa untuk mentelaah buku2 yang telah dibeli. 
Bestnye..bestnye! *mode over excited*




P/s: Mengalami kesihatan diri yang kurang stabil hari ni. Uhuu











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015