Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label shawl. Show all posts
Showing posts with label shawl. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Anda penyokong negara mana?

Portugal?

Argentina?

Germany?

France?

Italy?

Brazil?

Spain?

Mexico?

England?

Denmark?
Peaceee! Haha..berpinar2 tak  mata korang tengok banyak gambar muka aku?
Hahaha..

Semua orang tengah demam World Cup kan, jom terjah ShawLover tuk tengok banyakkkkk lagi World Cup Shawl. Peeewiitt. Ingat World Cup jersey je ada? Shawls pun ada maa ;p



Tuesday, June 01, 2010

Shawl retro style~

Tadaaa. Shawl baru kembali lagi. Kali ni dengan retro2 style. Cantik2 punyaaa! Antara shawl yg cantik mantik tu..

~Stripy Lovey Dovey~


~Lovely Lovey Love~


~Bubble Bubbly~


~Flowery Fantasy~


Cantik2 kan? Siapa cakap tak cantik aku sentap.(haha..gelilah emo macam nih!). Oh..dan ada satu lagi shawl terbaru...


~2 tones Cotton~
Yeahh beybeh. It's from cotton. Memang senang nak pakai ;)
Aku suka sgt yg ini!

Dan lagi, sempena bulan 6 ni, ShawLover ada buat SALE tuk kesemua jenis shawl cotton. Hanya RM10 sahaja! Banyak shawl2 cotton yg comel lotey belaka di blogshopku itu

Apalagi, dijemput anda2 sekelian tuk menjenguk ke ShawLover ok.
Banyakkkkk lagi shawl2 cantik lagi menarik menanti anda

Wednesday, May 26, 2010

Pengumuman..

Kehidupan amatlah busy sekarang. Kembali menjadi babysitter di saat2 akhir,kehidupan bertukar menjadi seperti lebah secara tetiba. Tatkala si adik baby Iman dah pandai menjadi aktif, asal aku nak mula menaip je dia datang, ketuk2 dashboard lappy secara dahsyat sampai tercabut huruf2. Segala kerja taip menaip dijalankan terpaksa ditunda (T_T). Konon nak menaip time mereka tido, tak berjaya jugak sbb bila mereka tido, aku pun tertido sekali. Haiyohhh! Banyak cerita best tertunda2 hingga akhirnya menjadi basi.Huhu. Kepada Geng Memuah sekalian, kalau berkesempatan malam ni, kita berjumpa ye, kalau tak, mmg takde rejeki nak bertemu. Aku akan pikirkan taktik camne nak pergi berjumpa kamu semua ni.Kang kalo bawak diorang kang, meroyan plak aku nak kena kejar sorang2. Bukan boleh duduk diam budak2 kecik nih. Hmmm.(Wafa, simpan souvenir kat aku tau kalau aku tak dapat jumpe korg mlm ni ;p)

Okla, masa sekarang adalah emas. Kena taip laju2 sebelum mereka bangun dan mengacau. Saja je nak buat pengumuman, blogshop ku dah ade stock baru. Hehhehe. Kali ni lebih variety sebab ada tudung syria & tudung awning jugak. Cantik2 wooooo. Tak percaya gi la terjah. Kepada Frodo Baggins, sorry gua tak smpat buat tutorial pakai kain pelikat. Next time ok. Haha. 

Ni anatara tudung2 cun & shawl2 cantik tuk batch kali ni. 


~English Style~
Tudung Lycra dengan Awning Cotton
Memang the bomb!
Made in Korea.

~Sweety Style~
Cute sgt ni!!

Tudung Lycra Syria.
Cantikkkk kan? ;)

 
Shawl yg superb cantik

Gorgeous Cotton Shawl

Memang cantik menarik tertarik lah.Gi lah melawat blogshopku ok ;)


Ok, kagum!Aku menaip entry ni dalam masa 15 minit saja. Rekod baru. Yesss!


Wednesday, May 19, 2010

Mari! Mari!

Haritu aku bukak akaun formspring kan? Sempat jawab satu je soklan, "Berapakah ukuran bentuk badan?". Aku syak mesti Hemy yang tanye ni.Hahaha. Pastu semalam satu hari busy gi interview, malam baru bukak blog, masa nak log in formspring,(konon2 nak tengoklah berapa "banyak" soklan orang tanye kan), sekali aku lupa username ngan password aku weh. Kahkahkah. Dah cuba 10 kali ngan macam2 nama username & password, tak boleh2 jugak. Jadinya, berkuburlah akaun formspring aku ye. Tak payahla korang nak tanya2 dalam tu.Kalau ada apa2 soklan, tanye direct sudeyy. Nak buat balik akaun. Tak koser lah aku. Nampak sangat bukak akaun ni secara tak ikhlas kan? Hahaha

Hari ni baru ada masa nak update blogshop ngan stock2 baru. Padahal dari hari Sabtu lagi dah beli stock2 ni. Kesuntukan masa. I'm a very busy woman lately. Hee.Jadinya..terimalah sebahagian dari stock baru ShawLover ye. Selamat mencuci mata ;)

~Lovely Batik Shawls~
Cantikkkk kan? ;)

~Fantabulous PolkaDot Shawls~

~Sweety PolkaDot Shawls~

~Fabolous Graffiti Shawls~
Ingat kat dinding je ley but grafiiti? Kat shawl pun boleh lah.
Hehe. Very2 nice!

~Inner 3 tones~
Cam ustazah Erina ;)

Banyaaaaakkkkk lagi shawls yg super cantik, tertarik, menarik kat ShawLover. Sila2 lah menjenguk ye. Terima kasih daun keladi, kalau baik hati, silalah order sekali. Wihihi ;)



Monday, May 10, 2010

Stock baru ;)

Kali ni ada banyak shawl cotton. Very the cantik & comel2 belaka. Shawl 3 tones pun da restock dah. Lagi, ooh..ada inner 4 tones juga. Tersangatlah cantik ;) Ni lah antaranya...


~Lovely Love Shawls~
(terlebih muncung sudah..haha)


~Sweet Flowery Shawls~


~Fantastic PolkaDot Shawls~


Inner 4 tones dengan shawl 4 tones
I'm loving it :)

Banyak lagi shawl2 cotton lain.Gi terjah kat ShawLover ok ;)

Oh ye,semalam Hari Ibu kan. Selamat hari ibu semua ibu2 di dunia, dan juga bakal2 ibu ;) Konon nak bangun pagi2 nak buat cupcake tuk mama sekali terrrrbangun lewat,mama dah siap masakkan breakfast dah. Huehue.Pergi kat mama ngan muka sememeh baru bangun tido  peluk mama, kiss pipi dia, salam mintak ampun, sambil2 buat muka comel "Selamat  Hari Ibu Mama" sambil senyum2. Hee. Sekali mama jawab, "Bukan hari ni je, hari2 pun hari ibu tau, hari2 kena peluk cium mama, hari2 kena minta maaf ngan mama". Hehehe.Yela, betul tu..hari2 pun hari ibu.Saya setuju!!! Tak payah tunggu Hari Ibu tuk peluk, sayang, cium dia. Hari2 pun boleh buat kan. Hargailah mereka selagi mereka masih hidup. Syggg gila kat mama & ayah. Mmmwahhh~ 

Friday, April 30, 2010

Ladies Coach & new shawls beybeh ;)

Hari Rabu haritu pergi amik stock shawls. Biasanya aku gi naik komuter je.Save cost & time. Senang! Masa tengah duduk2 tunggu train tu terdengar satu announcemnet. Pasal Ladies Coach which is coach khas tuk ladies sahaja yg start pada hari ni (maksudnya hari Rabu haritu la). Ulang sekali lagi..Ladies sahaja.Wahhhh! Syoknya KTM berhad buat macam ni. Bagus sangat2.Takdelah kami warga hawa kena berasak2, berhimpit, berlaga2 ngan kaum Adam lagi. Best2. 

Also known as Pink Coach ;)

Ladies coach terletak kat tengah2 antara ketiga2 coach yang ada. So mmg khas tuk ladies ye.All the time. Kaum lain jgn menggatey nak masuk. Masa aku duk dalam tu, kata first day, siap ada org KTM check nak tengok ada tak warga Adam yg tersesat dalam tu. Bestlah duduk dekelilingi ladies je. Rasa tenang je & wangiiii senantiasa.Haha.Masa nak balik, aku rasa ramai lagi yg tak perasan pasal program ni, jadinya adalah dua tiga warga Adam meluru masuk kat ladies coach ni. Baru je duduk sekali ada sorg makcik ni sound."Awak ni tak malu eh? Ni ladies coach lah. Awak pergi duduk depan sana!". Terus laki2 tu wat muka terpinga2 pastu blah duk tmpat lain. Hihi. Kesian..maybe dia tak tau. Free2 je kena sound ;p

Jadi, ku sebagai pengguna komuter mmg berpuas hati lah dengan adanya Ladies Coach ni. Nasib kami terbela. Kalau time peak hour, nak bersesak2, berhimpit2, berlaga2 ngan kaum sendiri pun gua tak gentar. Tak payah nak bergelumang ngan warga2 asing yg err....(sila isi tmpat kosong).Yg penting coach kami wangi. Hoho. Terima kasih KTM Berhad :))) Oh ye, tuk yang kapel2 tu or yg suami isteri, janganlah panik, takdelah korang kena duk separate kan, korang duklah kat coach yg lain tu. Sbb yg tu laki n pompuan ley duduk. Takde plak ckp yg dua coach lg tu tuk Man Coach. Ladies je yg ada coach sendiri sbab kami kan special :)))

Ok, sekarang masuk bab Shawl pulak. Wewiiiitttt. Shawl baru dah ada. Kali ni sendiri jadik model. Sbb saje2 je nak cuba membiasakan diri pakai shawl ni.Taknak feeling Anita2 lagi. Even ada jerawat batu besar gila kat dahi pastu sunburn tak hilang lagi. Slumber je la ;p. Ni butik shawl, jadinya lebih tertumpu kepada shawl, bukan segmen pencarian gadis berwajah mulus. Wihihi.Ni lah sebahagian shawl2 cantik yg ada. Harga maintain RM10 je. Jom terjah jom ;)

Lovely Polka Dot Shawls~
Ni mmg hot in town lah ;)


Extravaganza Shawls~
Menarik, tertarik!


Sweety Simple Shawls~
Sweet & Simple ;)




Lovely FairyTales Shawls~
Ni cantik nih!! :)




Pretty LoveBox Shawls~
Simple yet very nice ;)




Gorgeous Burberry Shawls~
Ekslusif tau ;)


Extravaganza Shawls~
Superb ;)


Princess Shawls~
Lovely ;)


Lovely Merak Shawls~
Cantik & unik! ;)


Twinkle Little Star Shawls~
Comel nih ;)

Tuk lebih banyakkkkkk lagi shawl yg cantik2, gi melawat ok..
(sila klik)

Oklah,Selamat berhujung minngu semua & Selamat Bershopping di ShawLover
(^_^)


Monday, April 26, 2010

Cantiknya Corner ku ini ;)

Salam semua..minggu lepas ku senyap je kan. Ada bisnes maa.Tu yg kebizian tu. Minggu lepas dari hari Isnin smpai hari Jumaat aku di PD (baca: Port Dickson). Ada bukak booth tuk pesta konvo politeknik PD. Wihihi. Sudah pandai ada booth2 sekarang. Ni pun sbb akak aku yg encorage, dia lecturer poli tu, kebetulan dapat satu booth, so berjual jualan lah kami. Aku sudah tentu menjual shawl kan. Kata tokey shawl..hihik



~Cantiknya Corner~


Tu diaaa..Cantiknya Corner nama booth kami. Nape Cantiknya Corner? Sebab slalu customer datang cakap "cantiknya..cantiknyaa yg ni" sambil belek2 tudung2 & shawl kami.Hoho. Sambutan Alhamdullilah, habis semua shawlnya.Yay! Gerai sebelah pun jual shawl jugak, persaingan agak sengit di situ. Tapi takpe, persaingan secara sihat namanya. Best ah ade booth gini, secara automatiknya mengajar kite cara tuk berbisnes, camne nak tarik customer, nak layan kerenah diorang mase tawar menawar semua tu. Seronokk~ :) Tengok budak2 ni konvo, datang nagn ibu bapa, teringat zaman aku konvo dulu. Best kan time konvo, tapi kesian ar kat ibu bapa kena tunggu lama2. Huu.

Macam2 perangai customer aku jumpe spanjang kat sana. Ada yg sweet giler perangai, ada yg tak berape nak sweet. Yang sweetnya, ada laki yg call isterinya tanya nak tudung camne, belek2 tudung yg warna isterinya suruh beli. Da jumpe terus beli tanpa byk songeh. Sweet tau suami belikan tudung tuk isterinya, siap tau lagi isterinya suka tudung yg camne. Yang lagi sweet, anak belikan tudung & brooch paling mahal tuk ibunya sempena hari ibu. Holoh..holoh..so sweet. Ada gak student siap bawak lecturernya ke booth kami, suh lecturer nye plih nak shawl yg mana. Dia nak belikan. Hehe. Amboi dik..nak bodek lecurer suh bagi markah lebih ke ape ni? ;p

Yang tak sweetnya yg bile banyak sangat songeh. Dah belek2 tudung, dah kirai2 kain cotton dari dalam plastik, dah tawar menawar sampai sehabis tawar, last2 blah camtu je. Tak best la perangai camni.Yela..ko dah tawar menawar, dah kuarkan kain2 dalam pastiknya, then kte dah bagi the best price pastu takmo beli. Ape ke motip ko tawar harga tu? Ish..ish..not goodlah perangai camni.Kalau nak tgk2 je, cakap jelah nak tengok je, tak yah tawar2 harga. Dah confirm nak beli barulah tawar menawar. Sekian tips membeli kain dan tudung dari saya.Hehe. Customer lelaki gak yg best bab beli kain & tudung ni, pilih2, berkenan terus beli. Tak payah mintak tawar2 harga bagai. Senang cerita :)

Kat sane kami de jual tudung , brooch (sambutan paling hangat nih!), kain cotton dan semestinya shawl.Kata jual shawl kan, haruslah aku memperagakan shawl2 ku kat sana. Haha. Dari tak reti pakai, terasa cam Anita Sarawak bagai, terus expert dah, segala jenis shawl aku tibai. Senang pulak pakai shawl ni. 
  
Cececeh..yuna yuni plak dia. Kuikui


Shawl bunga2 ;) I loikeee..


Shawl lobang2 pun da pandai pakai. Kemajuan..kemajuan.
Haha..

Masa ni muka dah sunburn. Huhu. PD mmg panas ar, even aku duk bawah kemah je, tapi tetap surburn. Bahangnye tu lain macam sikit. Kena bertapa dalam umah sebulan la pasni nak cerah balik.Kuikui.Masa last day, acara meruntuhkan harga dijalankan. Harga runtuh a.k.a SALE la tu!! Siapa yg tak suka sale kan? Masyukk! Pastu sesi bergambar ngan jiran2 ;) Even baruuuu je kenal, semangat kejiranan kami sgt tinggi. Seronok melayan keletah student2 yg bukak booth kat sini. Semangat panggil customer, terjerit2  "Bang beli bang, kak beli kak!!" mcm nak carik gaduh pun ade. Takpela dik oi, asal ko ade semangat, yg penting pengalaman tu. Bukan senang muda mudi  nak berjual2 gini.


Dengan jiran2 tetangga
Dengan Ain si tokeh Tonna Shawl & adik2 menjual float ;)

Ngan adik2 menjual beger special :)

Oh ye, lupe nak gtau.. sepanjang aku kat sana menjaga booth ni, aku ditemani oleh kazen aku yg suwit muwit ni. Kebetulan dia dah abes study, aku ajak dia join sekali.Jgn memain, bakal cikgu math yg garang ni ;p

Si moncong & Miss Y yg berwarna warni :)

Nak cite gak, sepanjang kami kat sana selama 5 hari, kami lunch niiiii je, xdak makanan lain dah. Dah ketagih.Sodapp gilos!!

Nasik Ayam Dara.
 Secukup Rasa. Nyummy! RM4.80 je.

Sekian saje cerita aktiviti sepanjang minggu lepas. Nanti sambung cerita lagi.Cerita lebih extremmee! Sekarang nak blogjogging pula. Fuh..fuh..fuh..




Tuesday, April 13, 2010

Lodeh hai mak lodeh..

Uiks..dah lama rupenye aku tak update blog ni. I'm cowyyyy.Tihihi. Almaklumlah, kehidupan sekarg amat busy menghadap blog lagi satu tu. Alhamdullilah..jualan memberansangkan. Semua shawls dah SOLD OUT! :)) Happy yippie yay! Thanx kpd semua customer ShawLover sekalian. Memuahh korang!

Aku dapat idea jual shawl ni sbb aku suka tgk shawl yg cantik2, macam2 corak ada & aku sukaaa tgk org pakai shawl. Terbentuk je kat muka dorg tu. Shweet mweet je. Tapii..hakikatnya aku sendiri tak pernah pakai shawl (bercorak). Hohoho. Muka aku sgtlah tak sesuai memakai shawl. Tersangatlah bulat mcm cik siti wan kembang. 

Nak dijadikan cerita, haritu aku pon trylah satu shawl ni.Shawl ni teramatlah cantik.Kata tokey shawl, haruslah try2 tuk market kan shawl sendiri kan.Hehee. Lepas dah try, trus tergelak pada diri sendiri. Sooo tak boleh blah muka aku wehhh. Lain terus. Tapi aku still gak menggedik tgkap gambar, kekonon nak simpan gambar kenangan pakai shawl la kan. Kendian, aku pun merajinkan diri tuk edit gambar tersebut and upload kat facebook as profile pic. Masa lepas edit tu, tetiba aku terperasan yg muka aku de iras sikitttttt sorg diva ni. Hahahahahahahha. Mungkin mata aku agak blur time, so aku abaikan je lah perasan tu. Takkan lah sama pulak kan.Ni terlebih edit nih

Masa nak uplod gambar tu fikr 100 kali gak sbb muka aku lain bebenau, rasa kelaka je..tapi nak marketkan shawl nye pasal, aku gamble jelah. Tak sampai 24 jam, aku dah tukar profile pic lain. Tak sanggup nak bubuh lama2. Hahahha..so not me lah.


Awww..nilah ai memakai shawl..so makcik2 ;p
Errr..korang agak2 cam sape? hihi

Dan dalam masa 48 jam juga, gambar ni terus menjadi hot kat fesbuk ku. Mari kita ikuti komen2 mereka. Mari!


sila klik tuk elak mata rabun


sehinggalah si Lalan bg komen yg jujur lg ikhlas


dan ianya pun terusssss berlarutan..


dan lagi..


kesimpulannya..

Hakak nitaaa sayanggggg semua! Memmuahhh!
hahaha



P/s: Sorry kak nita.Takde niat pape pun.Hee










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015