Hari Ahad, sambil2 duk golek2 atas katil rehatkan badan, teringat pulak kat tag cik Nilam ni,tag pasal ada apa dalam bag anda? Ohh.memandai je aku letak tajuk. Dengan automatiknya terus semangat menyelongkar segala harta karun dalam handbag kesayangan, tangkap gambar dan terus update kat blog, sementara semangat update masih ada.
Kat atas tula segala jenis harta karun yg ada dalam handbag.
1- Wallet. Wajib!. Segala mak nenek kad penting2 dan juga duit ada dalam nih. Kalau keluar tak bawak wallet, ibarat keluar tak pakai kasut.
2- Hp BB kesayangan.Sangat penting nih. Untuk call org2 tersayang cakap kita balik lambat sikit. Tuk call org2 tertentu kalo ada emergency, untuk surf fb time stuck kat traffic jam. Bha ha ha..sangat penting kan.
3. Oil control film. Benda ni pun sangat penting. Can't escape an oily face! Kat mana2 pun wajib bawak, kalo tak de menda ni terasa cam orang minyak je setiap masa (-_-").
4.Beg make up. Tisu,foundation, eye liner, blusher, lipstick, makeup remover wipes, semualah ada dalam ni.Tak rajin make up pun sebenarnya tapi bawak je beg ni dalam handbag sebab senang nanti tak payah carik2 lagi. Semua complete dah dalam 1 beg.
5. Kamera. Ohhh..i love to capture the moment. Setiap masa adalah sangat berharga sebab once masa tu dah berlalu, tak boleh diputar balik. So kita abadikan moment indah tu dalam potrait ;)
6. Shopping bag. Sekarang dah jarang guna bag plastik kalau shoppin. Semua sumbat dalam ni je. Shopping bag ni banyak membantu, nak2 kalau hari Sabtu & Ahad.No plastic bag day.
7. Kipas mini. Sangat berguna kalau pergi kat tempat yang super crowded dalam cuaca yg amat terik. Contoh, kalau pergi pasar pagi kat Stadium Shah Alam setiap hari Ahad tu, tak pun kat Jalan TAR masa hari weekend. Boleh lemas tak cukup udara dibuatnya. Huhu
8. Ubat pening yg super power. Lately ni selalu je pening2, doktor cakap kurang tido. Bawak je standby dalam beg.
9. Watson's passport.Wajib dimiliki oleh semua kaki Watson macam saya.Setiap minggu wajib gi Watson.Hehe. Baru jadi member minggu lepas. Dalam ni penuh dengan kupon2 diskaun yang sangat berbaloi2 ;)
10. One drop perfume. Perfume di saat2 emergency. Satu titik, wangi sepanjang hari. Haha. Ye la tu kan ;p
Itulah saja harta karun yang ada dalam beg saya. Sekarang nak tag Kak Masy, Kak Zona, Wafa, Kak Ieja, Arie, Mazlinda dan Shira. Tahniah, anda terpilih.Sila revealkan harta karun dalam bag masing2 ye ;)