Semalam masa waktu lunch lari kejap pergi pejabat pos nak mengepos kad kahwin. Sekarang ni setiap waktu free adalah emas. Kena gunakan sebaik mungkin sebab rasa macam sangat kejap sangat je nak ke tarikh 2 April,banyak lagi yang nak kena buat ni. Sesampai kat sana teruslah gi kaunter nak beli setem. Kakak kaunter tu tanya, nak pos apa. Aku cakaplah nak pos kad kahwin. Dia suruh aku tunjuk kad kahwin aku tu sebab dia nak tengok size & corak envelope kad kahwin tu. Ingatkan kena guna setem 50 sen ke 60 sen ke sebab member2 aku harga cakap setem sekarang dah mahal, sekali rupa2nya kena setem 80 sen. Erk! Agak terkejut aku di situ.
Aku tanye lah kakak kaunter tu nape mahai sangat harga setem ni kan. Dia cakap sebab sekarang ni harga setem kena depends on size kad & corak2 dekat envelope kad tu. Makin besau & makin banyak corak2 atas envelop kad2 tu, makin besau lah gamaknya harga setem yang kita kena guna. Ohhh..itu macam kah? Sudah tukar kah sekarang? (gaya cakap Babyface). Hmm..80 sen pun 80 sen lah kak. Janji kad aku sampai ke destinasinya dengan selamat. InsyaAllah. Nak degil2 pakai setem 50 sen kang, dibuatnya posmen tu marah, dicampaknya kad aku ke longkang lagi sedih kan. Isssh..mintak dijauhkan la perkara2 gini ye.
Padahal kat envelope ada corak rerama seketoi ni je.
Takpelah, yang penting kita ikhlas, apa ada hal dengan harga setem kan? ;)
So, kepada B2B sekalian, ni ada sedikit tips mengepos kad kahwin untuk dishare bersama:
1) Tunjuk kan dulu kad kawen yang nak diposkan tu dekat orang yang jaga kaunter tu, biar orang tu bagitau kita kena beli setem harga berapa.
2) Sediakan wang extra semasa hendak membeli setem.
3) Kalau boleh, envelope kad tu biar kosong je supaya kena cas 50 sen je. Jimat dah kat situ. Hehe.
P/s: Alhamdullilah, batch pertama kad kawen dah selamat diposkan. Esok 2nd batch pulak ;)