Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label w-day preparation. Show all posts
Showing posts with label w-day preparation. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Cerita pasal hadiah..



Alhamdullilah. Dah kurang dah stressnya :) Thanks semua sebab sangat supportive. Terima kasih tak terhingga juga kepada jiran2 & makcik2 tersayang yang banyak menolong tuk buat persiapan kawen ni.Hmm..pagi ni nak share satu entry dari Ann (Most Fabulous Bride 2010) berkenaan dengan hadiah. Wedding gift. Which is for me, entry ni sangat menarik.

Inilah yang beliau tulis, entry bertajuk Wedding gift:Perlu atau tidak:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam ladies,



Ok. Kita serius. *Gila ahh cik puan Ann serius ;p* Ini tentang hadiah perkahwinan.Atau wedding gift.Atau hadiah kepada pengantin ;p Ann tetiba rasa nak post entry pasal ni sebab.. Bila dah kawen, baru Ann tau camne perasaan bila dapat hadiah. It's not just a gift. Yes. More to sentimental value :) Sangat appreciate even hadiah biasa2. :) Pengantin baru/lama..korang camne? Sama tak cam Ann rase? ke Ann je feeling2 sentimental sengsorang?ahahaha.


And sepanjang experience I bersama ex-pengantinss duduk tengok mereka sama2 buka hadiah and kira duit salam kaut..no words can describe camne muka dorang & family bila kira duit & nampak hadiah yg dorang dapat..hehe..macam2 expression. Bukak2 hadiah, muka ada suka gila, ada happy, ada TERHARUUU, ada sedih, ada marah tapi ketawa kuat2 etc.


Hadiah itu subjektif.

Daripada HARGA= Tidak semestinya perlu MAHAL or BRANDED orRARE.

Daripada BENDA= Tidak semestinya WAJIB beli SET CAWAN/BARANG2 DAPUR. Maksud Ann,if nak bagi hadiah, ada pelbagai jenis IDEA boleh di anggap hadiah. Bukan hadiah kahwin=wajib kita beli bagi pengantin gelas.Kalo bagi benda lain macam tak kena. Lain orang,lain la taste nya. Ada yang bagiTIKET HONEYMOON / VOUCHER2 / LAMPU TIDUR / BUKU2 tentang perkahwinan / brg2 untuk TETTTTT ;p etc sebagai hadiah perkahwinan. Ala, gelas pon hadiah jugak ape. Apa yang paling penting,NIAT nak bagi hadiah tu mesti IKHLAS.. jgn kerana ada niat lain ok :)

Cuma apa yang Ann kesalkan,ada segelintir orang yang tidak tahu erti bergurau atau serius dalam bab bagi hadiah. Ape2 pon kite mesti jaga sensitiviti pengantin. Pada pendapat Ann, wedding ni 1 event yg suci. *ewah ;p* nama pon acara meraikan pengantin baru. So, tak semua benda boleh di bawa bergurau. Sebagai contoh:

Kes pertama
1 of my friend punye wedding. Dia excited bukak sampul duit daripada sorang kawan dia. TEBAL. Siap member dia tulis nama lagi kat sampul ok. Bukak2, ........ kertas tulis 'Selamat pengantin baru' Ko mesti ingat aku nak bg ko duit kan?haha Ok. nak nangis ke ketawa?

Kes kedua
1 of my client's wedding, then rapat jadik kawan ;) Kotak punye besau. Dalam kotak ada kotak. Dah macam nak bagi surprise bday present. Last2...cuba teka apa? Tupperware. 2 bijik yg DAH GUNA. Tsk tsk. Again, nak ketawa or sentap?

To me,daripada bg benda2 ntah ape2,siap bgtau nama, if tak sempat sangat nak beli hadiah, LEBIH BAIK salam kaut. Tak kisah la bg berapa2.Yg penting ikhlas. At least,duit2 daripada salam kaut tu la boleh buat pengantin mulakan hidup baru. Or kalau tanak bagi duit/hadiah, then datang je as a guest  & bawak badan dtg makan memeriahkan suasana. Itu sudah cukup buat pengantin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, dapat tak mesej yang cuba disampaikan oleh Ann tu? Yes..hadiah itu subjektif. Yang penting ikhlas. Janganlah pedajal orang macam kes pertama & kes kedua tu. Kalau niat nak bergurau pun, tak eloklah buat macam tu kan. Sentap hati mak nak kalau dapat barang2 gitu.Oklah, ni nak bagi hint sikit pasal hadiah. Bukan meminta2 ok, just bagi hint je supaya tak pening kepala kawan2 fikir nak hadiahkan apa masa wedding saya nanti.


Lepas kahwin nanti saya akan duduk di rumah kami which is baru lagi.Rumah baru, pepaham jela kan,serba serbi ada kekurangan lagi. Jadinya, barang2 rumah ialah gift yang paling ideal masa wedding saya nanti ;) . Tak kesah lah set pinggan mangkuk ke, set cawan ke, toaster ke, comforter set ke, rice cooker ke, iron ke, set periuk ke, blender ke, oven ke, kipas ke semua ni memang sangat2 berguna untuk rumah kami nanti. Apa yang penting, ikhlas kan. Bak kata Ann, tak bawak hadiah pun takpe, bawak badan datang makan memeriahkan suasana pun dah cukup buat pengatin :)




Ok, itu je yang nak share pagi ni. Have a great day~ :D



Inilah Ann masa wedding dia. Cantikkk kann?? Dia punya pelamin memang lain dari yang lain. Suka! Klik sini kalau nak baca blog dia, yang penuh dengan mesej2 best pasal wedding ;)



Saturday, March 26, 2011

Transformasi ;)



Ini baju nikah saya masa buat hantaran tunang dulu.
 Beli baju dah siap je ;)



Ini selepas baju nikah ditambah manik ;)
Saya senyum sampai ke telinga setiap kali tengok baju ni ~



Ini jam bilik saya dulu. Masa bilik anak dara.




Ini jam bilik saya sekarang. Bilik pengantin ;D
Cantik kan? Beli dekat Romantika dengan harga RM59 sahaja ;)


Sekian sahaja transformasi pada minggu ini ;)

Dah terasa dah debaran bakal pengantin baru..


Tuesday, March 22, 2011

We are getting married ;)



Alhamdullilah. 11 hari lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan ;)


Kepada pembaca setia blog ini, tak kira lah rakan2 tercenta, mahupun silent reader ( rasa2 nya ada ni yang yang jadi stalker ni ;p) dijemput semua hadir ke majlis perkahwinan saya pada 2 April ini ya. Kalau nak map ke majlis saya, sila email saya.Sekian, terima kasih ;)

Monday, March 21, 2011

Comel & murah ;)


Jom kita buat bunga perhiasan untuk bilik pengantin. 
Versi comel lagi murah ;)


Bunga2 kecil comel berharga RM2.90 sejambak.
Beli dekat Hot Market, Alam Sentral. Tingkat 2.



Cari pasu2 comel dekat Romantika, Alam Sentral. Tingkat 5.

Suka sangat pergi Romantika ni sebab kat sini banyak barang2 vintage & pinggan mangkuk yang comel lagi unik. Untuk pasu kecil comel kat atas tu, yang merah tu RM5,belang2 putih & hitam RM4. Dan yang warna greyish purple tu RM1 sahaja.4 biji pasu comel =  RM 14 sahaja. Murah kan  ;)


Lepastu gunting bahagian bawah bunga dan masukkan ke dalam pasu comel..dan hasilnya..



Wallaaahhh ;)



Bunga2 comel + 4 biji pasu comel = RM28.50 sahaja
Ingat nak beli bunga comel lagi, topup kat pasu belakang tu bagi gebus sikit ;)


Ok, sekarang hati girang berbunga2 sebab bilik pengantin dah ada bunga2 comel ini.

(^_^)



P/s: 12 hari lagi. Happy yet berry2 nebes! ;)

Monday, March 14, 2011

2 benda merah yang ditunggu ;)



Bunga tisu~




Red velvet cuppies~

(^_^)

Adab Malam Pengantin




Buku yang dihadiahkan oleh kakak kesayangan ;).Terkejut masa dapat buku ni. Memula kakak cakap dia ada belikan buku untuk saya, saya main2 je lah teka, saya tanya "buku adab malam pengantin ke?". Sekali tengok betul ok. Hahahaa. Tak sangka betul. Sebenarnya dah tertarik dengan buku ni masa pergi MPH haritu, bukan sebab tertarik dengan tajuknya, tapi tertarik dengan design cover buku ni. Alahai, tersangatlah comel. Kekonon masa tu macam nak beli tapi macam..err..segannya..err..takpelah.Sekali tengok kakak kesayangan telah menghadiahkan nya.Memang beliau sangat paham kehendak adiknya ini. Hehe. I love lah! Buku ni dah lah comel, siap ada panduan berilustrasi pulak tu.Memula agak nebes jugak nak buka & baca. Ingatkan ilustrasi macam mana la kan, rupanya kartun2 comel. Kartun cicak bawah katil pengantin.Haha. Lawak je ;p




Cicak yang tension. Haha ;p

Disertakan dengan doa2 sekali.Dan ada juga dibincangkan tentang masalah yang selalu dihadapi oleh para pengantin baru pada malam pengantin.Lepas baca buku ni (bukul kecil yang boleh khatam dalam masa 20 minit je), baru faham dengan lebih jelas tentang adab2 dan peranan isteri & suami masa malam bahagia itu nanti (malam bahagia katanya..hihihi..agak gedik disitu). Sangat2 sesuai untuk semua bakal pengantin macam saya ;).Nak dijadikan sebagai hadiah untuk B2B pun sangat sesuai tau. Jangan risau, buku ni bebas lusyah. Terima kasih kakak kesayangan untuk buku comel yang amat berguna ini ;)


P/s:Open minded pliz. Jangan ingat yang bukan2 pulak ok, entry ini sekadar untuk berkongsi info ;)



Wednesday, March 02, 2011

B2B: Kad kahwin selamat dilayangkan

Semalam masa waktu lunch lari kejap pergi pejabat pos nak mengepos kad kahwin. Sekarang ni setiap waktu free adalah emas. Kena gunakan sebaik mungkin sebab rasa macam sangat kejap sangat je nak ke tarikh 2 April,banyak lagi yang nak kena buat ni. Sesampai kat sana teruslah gi kaunter nak beli setem. Kakak kaunter tu tanya, nak pos apa. Aku cakaplah nak pos kad kahwin. Dia suruh aku tunjuk kad kahwin aku tu sebab dia nak tengok size & corak envelope kad kahwin tu. Ingatkan kena guna setem 50 sen ke 60 sen ke sebab member2 aku harga cakap setem sekarang dah mahal, sekali rupa2nya kena setem 80 sen. Erk! Agak terkejut aku di situ. 

Aku tanye lah kakak kaunter tu nape mahai sangat harga setem ni kan. Dia cakap sebab sekarang ni harga setem kena depends on size kad & corak2 dekat envelope kad tu. Makin besau & makin banyak corak2 atas envelop kad2 tu, makin besau lah gamaknya harga setem yang kita kena guna. Ohhh..itu macam kah? Sudah tukar kah sekarang? (gaya cakap Babyface). Hmm..80 sen pun 80 sen lah kak. Janji kad aku sampai ke destinasinya dengan selamat. InsyaAllah. Nak degil2 pakai setem 50 sen kang, dibuatnya posmen tu marah, dicampaknya kad aku ke longkang lagi sedih kan. Isssh..mintak dijauhkan la perkara2 gini ye.


Padahal kat envelope ada corak rerama seketoi ni je.
Takpelah, yang penting kita ikhlas, apa ada hal dengan harga setem kan? ;)

So, kepada B2B sekalian, ni ada sedikit tips mengepos kad kahwin untuk dishare bersama:

1) Tunjuk kan dulu kad kawen yang nak diposkan tu dekat orang yang jaga kaunter tu, biar orang tu bagitau kita kena beli setem harga berapa.
2) Sediakan wang extra semasa hendak membeli setem.
3) Kalau boleh, envelope kad tu biar kosong je supaya kena cas 50 sen je. Jimat dah kat situ. Hehe. 




P/s: Alhamdullilah, batch pertama kad kawen dah selamat diposkan. Esok 2nd batch pulak ;) 

Tuesday, March 01, 2011

Edisi B2B: Tag Terima Kasih ;)

Alkisahnya bercerita tentang tag terima kasih ni, sebenarnya sebelum tempah kad kahwin, aku dah semangat mendesign satu corak comel ni.Mmm..bukan corak lah, lebih kepada karikatur versi kartun. Dengan harapan berbunga2 yang design ini akan menjadi cover untuk kad kahwin aku nanti. Hari2 lah duk menghadap kartun ni, duk betulkan sana, betulkan sini. Designkan tudung & veil tuk pengantin perempuan, pakaikan songkok & baju Melayu untuk pengantin lelaki. Tambah love2 merah. Dah puas hati dengan design tu, terus print. Lepastu tunjuk kat mama. Dengan harapan mama akan cakap "Eee..comelnya, cantiknya. Pandai anak mama design, boleh jadik card designer lepasni". Haha. Poyo la pulak. Kononnya bajet mama nak puji lah tapi takdelah sepoyo tu ;p

Sekali rupa2nya, ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya renyai2 di tengahari. Realitinya, masa mama tengok je de design tu mata dia dah terjegil. Ayat keluar dari mulut dia " Awak ingat kita nak buat birthday party ke design kad camni. Mama tak berkenan. Carik design lain". Hahaha. Amik kau..kan dah kena aku se das. Ringkas dan tajam ayat mama. Kiciwa beb..tapi sebesar kuman jelah kiciwanya pun sebab bila aku belek2 balik design kad tu lepastu, ha'ah lah betul la pulak cakap mama, design ni cam bebudak tadika je. Hahaha.Teruslah mendapat idea untuk buat tag terima kasih je. Mama kata ok. So takdelah aku terkilan sangat kan. At least design aku ni diguna pakai jugak lah. Hehe. Suka! ;p 

Jadinya, pengajarannya di sini ialah, masa pilih design kad, kena bincang2 dengan parents jugak.Tak semestinya cantik dan comel di mata kita, cantik dan comel di mata parents kita jugak kan.Lepastu, kalau parents tak berkenan dengan design yang kita pilih, bawak2 lah tukau design lain. Pilih design yang kalau boleh, kita suka, parents kita pun suka. Sebab bab2 kahwin ni kita jangan fikir hati, perasaan & pilihan kita sendiri je.Ye.. tau..kenduri kahwin nanti kenduri kahwin kita,tapi..siapa yang banyak keluar duit untuk kenduri kita tu nanti, kawan siapa yang ramaiiii datang masa kenduri kita nanti. Mestilah parents kita jugak kan. Jadinya, senangkan lah hati diorang jugak ok. Biar semua orang happy masa wedding kita nanti. No heart2 feeling. Barulah kita aman tenteram majlis nanti ;)


Ini lah design yang telah dirijek! Hehehe.

Takpelah tak dapat bubuh dekat kad kawen, bubuh dekat tag terima kasih pun ok what..kan? kan? Segan kot mama dengan ayah nak bagi kad kawen tadika ni dekat kawan2 dia.Ngee.So, ingat ye adik2 semua, buat kenduri kawen tak semudah macam buat birthday party ye ;P





Monday, February 28, 2011

Just 32 days to go :)

Esok dah masuk bulan 3. Terasa sangat2 sekejap masa berlalu. Macam pejam celik pejam celik je. Lagi 32 hari saya akan bertukar status. Perasaan saya? Mestilah happy ;) tapi perasaan nervous lagi lebih daripada perasaan happy sebenarnya. Bulan 3 nanti, entry saya akan lebih kepada persiapan saya menuju hari bahagia saya. Kiranya my B2B month la, all about my preparation for my BIG day. Semua akan saya share kan dalam blog kesayangan ni, untuk share dengan anda semua dan juga untuk simpanan kenangan terindah saya untuk masa depan kelak ;) 

Bulan 3 pulak saya memang super busy, dengan kursus selama seminggu dekat Port Dickson nanti, dengan internal training lagi.Huhu.Harap2 saya dapat buat semua persiapan saya dengan tenang. Taknak kena syndrom bridezilla,bakal pengantin yang depress. Oh tidak! Mintak dijauhkan. Sekarang ni persiapan cuma nak fokus dekat wedding favors, nak touch up sikit2 lagi bilik tido, barang2 hantaran & fitting baju. Oh ye, lagi satu kad kahwin. Sekarang tengah operasi melayangkan kad kahwin. Fiuhh~ Semoga segala persiapan berjalan lancar. Aminn ya rabbal alamin~


Saya si penghitung hari..
Gambar kredit adik Keri :)
Eh..eh..jadik pantun dua kerat pulak



P/s:Kawan-kawan..doakan saya ye ;)

Thursday, February 24, 2011

Edisi B2B: Lagi kisah kad kahwin

Menjawab soalan cik Sapphire pada entry yang lepas, dekat mana saya tempah kad kahwin? Cik Sapphire,saya tempah dekat Amazon;). Saya tahu pasal kedai ni masa pergi karnival pengantin bulan 12 haritu. Sebelum tu mestilah survey2 dekat kedai lain jugak kan.Kenapa saya pilih Amazon ni instead of kedai2 kad yang lain? Of koz la sebab harga & pekejnya yang sangat menarik.Nak tahu apa pekejnya? 


Harga kadnya 79 sen sekeping.
Simple yet very cute. Sukaa! :)
 


Lepastu dapat FREE...


 1000 pcs kotak muffin ni.Muat2  untuk letak muffin.
Nak bubuh telur or coklat or bahulu or gegula pun boleh.
Dah save banyak untuk doorgift kan.


Oh oh..bukan tu je..dapat FREE

 2 bunting panjang jugaaa!
1 untuk reception belah saya,1 untuk reception belah lelaki nanti.
Senang. Tak payah tempah2 kat kedai bunting dah ;)


Menarik bukan? :) Bagi saya harganya tu  sangat berbaloi. Tak tahulah kalau tempat lain ada lagi murah. Bagi saya (lagi), as long as kad tu bawah RM1 tu kira okla kan. Jangan terlalu murah or terlalu mahal. Yang sedang2 je. Ikut kemampuan masing2. Yang penting ikhlas ;).

Saya tempah kad ni dekat Amazon Shah Alam.Dekat seksyen 7, sederet Nasi Lemak Cinta Sayang yang baru. Senang kalau kedai kad dekat2 dengan rumah ni sebabnya senang nanti kita nak datang tengok draft kad , nak betul2kan mana yang patut & nak collect kad nanti.Service nya pun bagus.Kad siap on time. Highly recommended! Para2 B2B sekalian yang belum tempah kad kahwin lagi, silalah riki-riki kedai Amazon ni ok.(Perghh! Riki-riki..dah macam gaya rempit plak. Haha). Riki-riki maksudnya ialah jenguk2 or usha2 la. Bahasa bebudak zaman sekarang. Hehe.Kalau pergi karnival pengantin nanti (yang akan datang), confirm lah jumpa booth Amazon ni.Banyak jenis kad  & kotak boleh pilih kat situ nanti ;).



P/s: Oooo..dah tahu dah, asal entry pasal kawen je mesti guna "saya-saya". Automatik.Rasa lebih sopan sikit kan ;p

Wednesday, February 23, 2011

Edisi B2B: Kad Kahwin - Done! :)


Alhamdullilah, siap akhirnya kad jemputan ku.Happpyyyynyaaaa..
Perasaan sekarang adalah berbunga2 cinta.
Jam dah pukul 1 pagi tapi aku gigih lagi melipat2 kad ni
Excited!!

\(^_^)/

Nampak lagi comel banding dengan soft copy. Puas hati sangat lah.
Berbaloi bayar 79sen sekeping.
Masa untuk melayangkan perutusan raja sehari. Yeayy~




P/s: 5 weeks left! Dup dap dup dap

Sunday, February 13, 2011

Senyum je :)

Semalam pergi ke butik pengantin bersama encek tunang untuk memilih baju sanding & pelamin untuk wedding belah encek tunang nanti.Bukan pergi bersama encek tunang sahaja, bersama familynye juga ;). Mak, kakak2 dan abang beliau pun ada bersama2.Perasaan yang sangat happy. Walaupun masa memula ada sedikit malu2 & nervous tapi bila dah lama sikit dah hilang nervous nya.Lebih kurang 6 minggu je lagi mereka akan jadi family saya, buat apa nak malu & nervous2 lagi kan? :)


Untuk belah encek tunang nanti, tema warnanya ala2 begini..

Purple (dark or light)+ white+ light cream



Masuk2 je dalam butik tu,rasa excited sangat sebab baju2 kat situ sangat cantik2! Terus pergi ke area baju2 warna purple & start pilih. Kami (saya & kakak2 encek tunang) berkenan dengan dua jenis baju pengantin ni. Dua2 pun sangat cantik bagi saya, so saya try kedua2 baju tu untuk tengok mana lagi menonjol di badan saya. Sebab orang kata, nak pilih baju ni, tak boleh pilih ikut mata je, kena sarung kat badan sekali baru tahu baju tu sesuai & cantik untuk kita ke tak.



Memula saya try yang ini

So niceee!!
Warna light purple.
Combination of lace & songket
Sekarang trend pakai macam ni kan, baju lace & kain songket ;)
Moden style ;)






Dan kedua ialah ini...

 Ini pun sangatttt cantik!
Warna dark purple
Lace & penuhhhhh dengan manik2.
Nampak macam ala2 tradisional.
Cantikk sangat!

Masa ni susah nak decide nak pilih yang mana satu. Yang light purple cantik, dark purple pun cantik. Dalam dilema sekejap. Lepastu mak andam suggest encek tunang pun try baju penangtin jugak, nak tengok beliau lebih sesuai dengan warna apa. Light purple atau dark purple. 





So, inilah hasilnya

Sweet je kan warna ni. So soft ;)



Ini pun cantik!!
Sangat menonjol ;)
Motip letak love2 sebab nak anda  semua fokus 
kepada baju,dan bukannya muka.
Hehehe

Dan lepas encek tunang try baju pengantin dan berpasangan dengan saya, barulah keputusan berjaya dibuat. Yeayy! Kami akhirnya decided untuk memilih baju yang  berwarna..........tetttt!! Mana boleh bagitau, tak suprise la nanti kan? Heee. So, pendapat anda, yang mana satu lagi tertarik & menarik? :)

Lepas dah settle semua, malam tu ke rumah abang encek tunang, ada bacaan yassin dan makan2 sikit.Keduri kesyukuran dan doa selamat versi kecil ;). Jadi, saya telah membeli ini..


Donashi by Big Apple
Comel gila ok donashi ni, rasa sayang nak makan ;p


P/s: Ayat harini ada sedikit skema dan versi ayu2 sikit.Haha

Thursday, February 10, 2011

The Bidadaries

Cantik kan kalau dalam gambar kawen nanti ada kawan2 yang berpakaian sedondon?

Kalau versi omputeh, mereka dipanggil bridesmaids


So sweet je pakai dress sedondon gini ;)


Kalau versi Melayu, ade yang panggil pari-pari..hee




Ada yang panggil dayang-dayang

Alahai..cantik je kan

Nak lagi rare, pakai lah hulubalang-hulubalang.Hoho

Smart gitu semua pakai kunen2.Hehe
Gambar semua hasil ehsan google ye

Versi saya pulak, saya gelarkan mereka, The Bidadaries :)

6 orang sahabat & sepupu kesayangan telah dipilih untuk menjadi bidadari masa wedding saya ;) Mereka semua kompem akan kelihatan comel2 dengan baju kurung bunga pink kecik2 nanti.Oh ye, ahli keluarga dan makcik2 juga pakai sedondon nanti. Cuma lain2 warna. Untuk ahli keluarga, pakai warna merah cili dan untuk makcik2, mereka akan pakai warna ala2 silver ;) Kenapa kena pakai sedondon ye? Supaya nanti senanglah para tetamu nak kenal, diorang ni ahli keluarga dan kawan terdekat saya. Takdelah susah mereka nak cam tuan rumah nanti kan. Plus, mereka ni pun boleh tolong memeriahkan dan menceriakan lagi majlisnya.Boleh mintak tolong pinjamkan tangan juga. Mintak tolong bagikan doorgift ke, tolong jagakn candy buffet dekat doorgift corner ke.Dan yang paling penting nanti nak mintak tolong mereka posing comey2 ramai2 untuk outdoor photoshoot nanti. Lagi ramai, lagi meriah. Kan?  ;) 


Ni pic masa saya jadi bidadari untuk wedding bestfriend saya dulu.
Mei 2009

Puan Nazliah & Encik Romi

Sangattttt sweeeeet kan? ;)
Tak sabar untuk posing masa wedding saya pula ;D


P/s: 49 hari lagi!

Sunday, February 06, 2011

Edisi B2B: Wedding Preparation (2)

Pejam celik pejam celik. Dah masuk bulan dua. Serius terasa masa berlalu sangat cepat. Dalam entry Edisi B2B sebelum ni, to-do list saya untuk bulan 1 ialah ini:


1) Caterer  
2) HIV & Talasemia Test.
3) Siapkan borang nikah.
4) Beli 60% of barang2 hantaran.
5) Tempah kad kahwin
6) Survey barang kemas untuk nikah
7) Survey doorgift
8) Lose weight : 2 kgs :D

So, inilah progress nya:

1) Caterer: Booked!

Mama kalau boleh nak caterer dari Shah Alam sebab nanti senang. Tak kelam kabut. Kalau amik yang jauh2 takut caterer tu masak sehari sebelumnya & takut lauk tak tahan lama. Jadi, masa pergi karnival pengantin hujung bulan 12 haritu, saya, mama dan encek tunang sama2 ke sana untuk carik caterer dari Shah Alam yang terbaik untuk para tetamu yang datang nanti.Bagusnya pergi ke karnival pengantin ialah sebab kita boleh rasa lauk2 caterer kat situ :) Jadi, mama puas hati dengan caterer ini.Lauknya sedap & pekejnya pun berpatutan. Harapnya masa kenduri nanti pun lauknya maintain sedap macam kat karnival tu lah. InsyaAllah.

Klik sini untuk ke websitenya.


2) HIV & Talasemia test: Done!

Mesti cakap apa? Terima kasih. Haha. Mesti teringat peristiwa tu. HIV test dah settle. Cuma Talasemia test tu tak sempat nak buat pulak. InsyaAllah kalau berkesempatan nanti pergi buat.Kenapa mesti kena buat Talasemia test ni? Klik link tu untuk tahu lebih lanjut pasal Talasemia ni ok.


3) Borang kebenaran nikah: Done!

Alhamdullilah. Sebenarnya prosedurnya tak rumit pun. Asalkan semua borang yang perlu kita isi & bawa tu lengkap. InsyaAllah takde apa2 masalah. Nanti saya cerita lebih lanjut pasal prosedur kebenaran kawen ni ok :)


4) Beli 60% of barang2 hantaran: Done!

Seronok sopin barang2 hantaran ni :D.Lagi 40% akan beli dalam masa bulan 2 ni & bulan depan.Kena beli sikit2, kalau beli sekali harung, kompem hujung bulan nanti makan rumput.Hoho


5) Tempah kad kahwin: Done!

Ingat tak kisah sang kancil dan kerbau tu?;p. Hoho. Oklah,untuk kad kahwin,saya dan encek tunang telah sepakat untuk menempah dekat Amazon. Ni pun jumpa masa dekat karnival pengantin haritu. Tertarik sebab pekej yang ditawarkan memang best. Tempah mana2 kad 75 sen ke atas, dapat free 1000 pcs kotak muffin comel dan free 2 pcs bunting. Dah jimat banyak dah kat situ. Lagipun kedai nya dekat je. Area Shah Alam, so saya senang nak ke kedai tu. Klik sini untuk ke websitenya.


Lagi teaser kad kawen saya ;)

InsyaAllah akan siap 21/2 ni.
Bulan 3 dah boleh dilayangkan. Yeay~

(^_^)


6) Barang kemas untuk nikah : Done!

Sebenarnya..encek tunang dah belikan untuk saya, tapi saya belum belikan cincin untuk dia lagi ;p. InsyaAllah dalam bulan 3 nanti. Actually tak rancang pun untuk beli barang kemas untuk saya ni dalam masa terdekat ni. Tetiba satu pagi ni, pagi2 buta, encek tunang call, cakap datang rumah dia sekarang, kita nak pergi kedai barang kemas. Saya macam blur2..eh, kenapa tetiba je ni kan. Rupanya haritu hari last SALE dekat kedai barang kemas tu. Family encek tunang suruh kami pergi haritu jugak. Saya pun bergegas lah pergi sana. Ditemani kakak encek tunang, kami pun ke kedai barang kemas. Sampai dekat kedai tu kakak dia suruh saya pilih2 dulu. Tak sampai setengah jam pun saya pilih, terus dah terberkenan dekat satu barang kemas ni. Simple, comel dan latest design. Kakak dia pun kata cantik dan encek tunang pun suka. Jadi, teruslah beli. Senang cerita :)


7) Doorgift: Done!

Actually half done. Beg dan bekas untuk diisi dalam beg tu dah dibeli.Cuma chocs @ cookies untuk diisi dalam bekas tu belum buat lagi. Yup..chocs@ cookies tu kami satu family akan gotong royong buat sama2 nanti ;) InsyaAllah hujung bulan ni atau awal bulan 3 dah start buat dah.



8) Lose weight: 2kgs

Hahaha.Satu ni je tak tercapai lagi.Berat saya berjaya turun 800g je. Serius, saya pun tak tahu kenapa, dulu masa nak bertunang, saya gigih berdiet, turun naik gym. Tapi bila nak kawen ni, semangat saya nak lose weight tak berkobar2 dah.Haihhh..syndrom apakah ini ye?Orang lain nak kawen gigih berdiet tapi saya liat sungguh nak berdiet secara serius. Tapi saya bertekad, by end of this month, kena hilangkan 2 kg jugak! Nak kena pergi gym balik.


So itulah progress sepanjang bulan 1. Alhamdullilah, semua selesai kecuali yang last sekali tu je. Huh!. Ini  to-do list untuk bulan 2 pulak:

1) LOSE WEIGHT: 2 kgs!
2) Hias bilik tidur pengantin
3) Buat "Thank You" tag
4) Hias frame2 comel untuk guest book corner 
5) Settlekan guest list
6) Siapkan bekas2 hantaran
7) Fitting baju sanding
8) Kalau sempat nak buat pre wed photoshoot ;)
9) Dah boleh start hantar kad kawen via pos
10) Kena rajin buat lulur & pakai masker! Lulur kat rumah sudeyy ;p


Tinggal 55 hari je lagi untuk bertukar status. Perasaan sekarang adalah bercampur2. Kejap2 happy, kejap2 nervous.Semoga segala urusan berjalan lancar.  InsyaAllah ;)


Sekarang ni rajin pulak main "tacap2" muka.
 Tapi lepastu tak suka, sebab muka jadi lain.
(T_T)


P/s: Sejak dua menjak ni rajin pulak pakai "saya" instead of "aku". Terasa ayu kejap.Awww :P










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015