Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, April 29, 2013

Aish 1st birthday party!

Hari Sabtu lepas kami ke birthday party Aish Yusuf, anak bujang Erin. It's a pool party yo! Masa memula Erin invite, dah semangat dah mama Aqil dengan swimsuit Aqil, dengan pelampung bagai sampai ingatkan birthday Aish 20 hb. Punyalah semangat kan.Sekali tengok balik invitation card, 27hb hokey.Tapiii di hari event berlangsung.. Aqil tak berapa sihat, demam.. so tak dapat lah Aqil bermandi manda di swimming pool.

Sesampainya dekat Elais 2, Bukit Jelutong, masa tu lebih kurang pukul 4.45pm .Ingatkan kami dah terlambat. Call Erin rupanya majlis birthday belum start lagi. Dia still kat atas (majlis aqiqah tengah berlangsung). Oh ye, majlis ni sekali ngan majlis aqiqah. Masuk je kawasan apartment tu memang nampak tersergam cantik khemah merah putih dekat area swimming pool. Wow! Meriah sangat. Jumpalah dengan Wawa, mama Naila dan Nurul, bonda Daaliya. Alahaiiii..nyomey sangat anak dara memasing. Dah besar dah diorang. Naila dah boleh jalan. Last jumpa Naila masa birthday Aqil aritu dia baru meniti2.Daaliya pulak makin meninggi dan sangatlah peramah.Senyum je manjang :)


Dengan anak memasing. Eh..mama Aqil pinjam Naila sat :)
Aqil a bit moody. Tengok swimming pool pun macam takde perasaan je. Huhu


Naila dah main cecah2 air dalam swimming pool. 


Aqil ngan Daaliya main lumba lari  merangkak. Comey je diorang ni.
Cepat2 jalan ye comel2 sekalian.


Naila ngan Daaliya dah merengek2 nak terjun kolam, apelagiii..kasi bugel itu 2 orang anak dara..kecebushhh!! Amboiii..suka sangat memasing. Bonda Daaliya sebelum tu mention yang anak dia tak berapa suka air. Tak berapa suka air??? Masuk je dalam kolam Daaliya lah yang paling seronok! Terlompat2, siap kuak lentang. Excited.Happy sangat dia. Berpeluh aunty Wawa & bonda kena buli ngan Daaliya. Hahaha. Bonda Daaliya, sila belikan kolam plastik untuk Daaliya ok biar Daaliya boleh prektis berenang lepas ni. Naila pun seronok sangat!!  Aqil  pulak tengok dari atas je. Ciannn dia. Memang takde mood. Takpe, next time bila Aqil dah sihat, kita datang umah Aish ,berenang kat swimming pool sama2 ngan Aish ok. Eh eh..sukasuki je nak datang rumah orang :P


Yang lagi best, anak dara 2 orang ni tak mo naik! Bila angkat je punyalah mengamuk sakan memasing. Kelakar nengok gelagat memasing. Tak puas diorang berendam.

Kemudian kami masuk dewan kejap untuk acara potong kek birthday Aish. Good boy je Aish sepanjang event. Yang paling comel time semua nyanyi lagu birthday kat, dia senyuummmm je. Very the comel! Sekali masa tiup lilin..Pakkkkk!! Tangan Aish tepuk atas kek. Gamat kejap suasana! Hohoho. Pastu daddy Aish suakan muka Aish dekat kek, ngap ngap..dia makan kek tu. Comel sangat! :D

Comel kan kek Aish. Tema Elmo :D
Aqil pun datang pakai baju Elmo, ikut tema :)


And yes..meet another gojes mommy, Nadia & her baby Saif :)
Nice to meet u Nad.

Oh kejap, nak cakap pasal makanan. The foods were GREAT! Macam2 ada. Dengan kambing golek, laksa, pulut kuning, mi goreng. Semuanyaaa sedap! Memang  kami balik dengan kekenyangan perut. Alhamdulillah. Birthday party yang best! Thank you so  much Erin & family for invited us :) 

To Aish Yusuf, Happy Birthday dear! Membesar dengan sihat dan bijak ye. Be a good boy. Dengar cakap mommy & daddy ok :)

Monday, April 22, 2013

Hadiah untuk Aqil :)

Jumaat pagi yang lepas, lebih kurang pukul 10 pagi. Aqil pun baru bangun tido. "Ting tong! Ting tong!". Tetiba loceng rumah berbunyi. Lohhh..siapa pulak yang datang pepagi ni?? Bukak pintu tengok ada sebuah lori besar, Kangaroo Express. Weeeee!! Mama Aqil happy..sebabnya hadiah untuk Aqil dah sampai!!


A BIG present for u sayang :)
*muka budak belum mandi lagi.Ngee*

Apa dalam ni?? Jom kita bukak kotak ni

 Woahhhh!! Apa ni mama?? Spaceship ke?? Robot ke??

Bukan Aqil musyuk..


It's a Bright Start activity table!!  
Aqil suka tak?? Suka tak??

 Terujalah budak kecik ni :)



Sangat2 comel! Mama pun geram.
Macam2 toys atas activity table ni. Mini piano, picit2 sana, tekan2 sini. Semua toys yang boleh mengembangkan minda Aqil. Dan sebab utama belikan Aqil activity table ni sebab nak galakkan Aqil bermain sambil berdiri. Dan juga sebab ianya bulat.Hehehe. Comeyy kan. Selalu nampak activity table 4 segi je :D


Tapiiii..ada lagi hadiah untukmu sayang..



Tadaaaa!! Fisher Price musical magnetic easel! :)

Comel sangat toys ni sebab bila lekat2 toys magnet tu siap ada bunyi dan lagu lagi.


Dan ada lagi satu hadiah..hehehehe




Fisher Price musical star stacker!



Kusyuk belek mainan baru :)
Comel stacker ni sebab berlagu dan berlampu!

Aqil suka, mama Aqil lagi suka sebab semua toys ni di beli dengan harga yang SUPER murah. Seriously, 50%-80% cheaper than actual price. Yup.. all these are preloved toys, tapi sangat berbaloi sebab semuanya nampak macam baru. In a VERY GOOD condition. Kecuali adalah sikit minor scratch, buat tak nampak jela. Hehehe. Functions perfect. Berbunyi,berlagu, berlampu. Semua ok. Sukaa! Nak beli yang baru, errr..fikir berkali2 kot sebab sangatlah mahal. Activity table tu aku google harganya ialah RM240+. Gulpp!! Yang FP magnetic easel tu RM120+ kalau yang baru. Gulp lagi! Takpelah, yang preloved pun, still in good condition & functions perfect. Dan yang penting murah  Kan Aqil kan. :D

Mama Aqil beli kat mana ni??  Beli di  JuaiMurah Preloved. Mommies kalau nak beli preloved toys, recommended beli di sini.. Memang puas hati. Penghantaran pun cepat. Aku order petang Khamis, pepagi Jumaat dah sampai. Macam2 segala jenis toys ada, gerammmm je nengok.Bukan takat toys, nursing pillow, carrier, playmat pun ada. Memula macam risau jugak beli preloved toys ni sebab takut condition dia sangat menyedihkan ke apa, tapi bila dah sampai toysnya..memang puashati sangat. Senyum lebar mama Aqil ni ha. 

Terima kasih JuaiMurah Preloved :)


P/s: Korang pernah beli preloved toys tak?? Kat mana?? Meh share website link :)











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015