Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Hadiah untuk Aqil :)

Jumaat pagi yang lepas, lebih kurang pukul 10 pagi. Aqil pun baru bangun tido. "Ting tong! Ting tong!". Tetiba loceng rumah berbunyi. Lohhh..siapa pulak yang datang pepagi ni?? Bukak pintu tengok ada sebuah lori besar, Kangaroo Express. Weeeee!! Mama Aqil happy..sebabnya hadiah untuk Aqil dah sampai!!


A BIG present for u sayang :)
*muka budak belum mandi lagi.Ngee*

Apa dalam ni?? Jom kita bukak kotak ni

 Woahhhh!! Apa ni mama?? Spaceship ke?? Robot ke??

Bukan Aqil musyuk..


It's a Bright Start activity table!!  
Aqil suka tak?? Suka tak??

 Terujalah budak kecik ni :)



Sangat2 comel! Mama pun geram.
Macam2 toys atas activity table ni. Mini piano, picit2 sana, tekan2 sini. Semua toys yang boleh mengembangkan minda Aqil. Dan sebab utama belikan Aqil activity table ni sebab nak galakkan Aqil bermain sambil berdiri. Dan juga sebab ianya bulat.Hehehe. Comeyy kan. Selalu nampak activity table 4 segi je :D


Tapiiii..ada lagi hadiah untukmu sayang..



Tadaaaa!! Fisher Price musical magnetic easel! :)

Comel sangat toys ni sebab bila lekat2 toys magnet tu siap ada bunyi dan lagu lagi.


Dan ada lagi satu hadiah..hehehehe




Fisher Price musical star stacker!



Kusyuk belek mainan baru :)
Comel stacker ni sebab berlagu dan berlampu!

Aqil suka, mama Aqil lagi suka sebab semua toys ni di beli dengan harga yang SUPER murah. Seriously, 50%-80% cheaper than actual price. Yup.. all these are preloved toys, tapi sangat berbaloi sebab semuanya nampak macam baru. In a VERY GOOD condition. Kecuali adalah sikit minor scratch, buat tak nampak jela. Hehehe. Functions perfect. Berbunyi,berlagu, berlampu. Semua ok. Sukaa! Nak beli yang baru, errr..fikir berkali2 kot sebab sangatlah mahal. Activity table tu aku google harganya ialah RM240+. Gulpp!! Yang FP magnetic easel tu RM120+ kalau yang baru. Gulp lagi! Takpelah, yang preloved pun, still in good condition & functions perfect. Dan yang penting murah  Kan Aqil kan. :D

Mama Aqil beli kat mana ni??  Beli di  JuaiMurah Preloved. Mommies kalau nak beli preloved toys, recommended beli di sini.. Memang puas hati. Penghantaran pun cepat. Aku order petang Khamis, pepagi Jumaat dah sampai. Macam2 segala jenis toys ada, gerammmm je nengok.Bukan takat toys, nursing pillow, carrier, playmat pun ada. Memula macam risau jugak beli preloved toys ni sebab takut condition dia sangat menyedihkan ke apa, tapi bila dah sampai toysnya..memang puashati sangat. Senyum lebar mama Aqil ni ha. 

Terima kasih JuaiMurah Preloved :)


P/s: Korang pernah beli preloved toys tak?? Kat mana?? Meh share website link :)



Thursday, February 28, 2013

Birthday present Aqil :)

Aqil dapat banyak hadiah. Sukaa!! Aqil suka, mama pun suka. Takyah beli toys setahun. Hehehe. Syukurlah :)

Aqil feeling cam pengantin baru gitu, dapat banyak hadiah :D

Hadiah2 yang Aqil dapat. Best2 belaka. 
Set pinggan mangkuk yang warna warni, hotwheels, buku cerita, flashcard Upin Ipin. Macam2. Aqil teruja je nengok satu2 hadiah dia.Mama pun teruja sama :D


Hoohohohoho. Comel Memuah versi kartun ni. Yang obvious sangat yang tengah tu, takyah susah2 fikir siapakah gerangannya. Hahahahaha. Ops opsss. Takley ketawa lelebih. Nanti masuk kategori adik derhaka :P


Ini dari Memuah.Suka haa dia dapat riding toys baru. Boleh boucing2 lagi. Siap berbunyi2..toink! Toink!! Berlagu2 :D


Play tent dari ibu. Suka lah Aqil. Berduet main ngan kakak Intan :D



Dapat car warna pink lagi :)
Seronoklah dia mengexplore 1 rumah, main ngan mainan2 baru dia. Bukak2 semua hadiah pastu pening tak tau nak simpan mainan kat mana. Hehehe

Tido pun ngan mainan baru. Alahai anak.

Terima kasih banyak2 semua yang sudi bagi hadiah kat budak umur setahun ni. Moga kalian dimurahkan rejeki. Aminnn :)


Wednesday, June 01, 2011

Wordless Wednesday: Thank u sooooo much Memuah for this wedding gift! :)
















\(^_^)/

Manis macam gula ;)

Tak boleh tido. Tadi dah baring, dah siap2 untuk tido. Tapi bila pejam mata, teringat encik hubby. Peluk bantal, pusing kanan, pusing kiri, still tak boleh tido jugak. Uhuhuk. Lain nya perasaan bila takde encik hubby di sisi.Rinduuu (-_-)

Bila rerindu ni mulalah teringat semua benda2 manis yang dia pernah buat (ecehh..nak start menjiwang lah ni.Bagi can lah eh.Ngee ;p). Encik hubby sekarang pandai buat suprise tau.Sehari sebelum pergi cuti2 Terengganu haritu, encik hubby balik ke Shah Alam (masa tu aku stay dekat umah mama, Shah Alam) dengan bawak beg baju kesayangannya dia tu. Dia ada satu beg baju oldschool empat segi yang akan dia bawa ke mana2 je. Senang katanya, dalam tu boleh sumbat semua benda. Malam tu kami borak2 sambil aku kemas2 beg nak ke Terengganu,tetiba encik hubby suruh amik cardigan yang aku pesan dari beg baju oldschool dia tu.Cardigan tu tertinggal kat rumah Lembah Beringin masa tu. Buka2 je beg baju oldschool dia tu, nampak sesuatu yang berwarna pink. Berplastik. Hati dah berbunga2 dah time tu. Hihihi. Rupanya beliau saja nak suprisekan wife dia ni.Beg laptop isterinya ni dah lama dah putus talinya, jadi encik hubby hadiahkan beg laptop yang baru. Pinkkk lagiiii. Sukaa sangat tahu!Memang terkejut den dibuatnya :D







Tak sangka betul dapat beg laptop idaman ni ;)



Dan baru2 ni, beliau buat kejutan lagi..dengan menghadiahkan isterinya ini..








Eyyyyy...Thank u so much sayang ;)
Kenapa manis sangat ni?? Nanti wife u ni diabetic camne? Hee..

Happy sangat lah bila dapat suprise camni. Sebab macam tak percaya je encik hubby pandai buat suprise2 comel macam ni.Orang lelaki ni saja je taknak tunjuk manis2 sangat masa bercinta kan,tapi lepas kawen barulah dia tunjuk.Save kemanisan untuk kegunaan selepas kawen.Hehe.Semoga kemanisan ini kekal sampai kami tua dan selamanya.Aminn.Terima kasih banyak2 sayang. U r sooo sweet! Semoga awak & saya dimurahkan rezeki . Love u so muchy2.Tunggu suprise versi saya pulak ok.Weee :D






P/s: Alaaa..lagilah tak boleh tido lepas buat entry ni. Sob sob (T_T)

Monday, March 14, 2011

Adab Malam Pengantin




Buku yang dihadiahkan oleh kakak kesayangan ;).Terkejut masa dapat buku ni. Memula kakak cakap dia ada belikan buku untuk saya, saya main2 je lah teka, saya tanya "buku adab malam pengantin ke?". Sekali tengok betul ok. Hahahaa. Tak sangka betul. Sebenarnya dah tertarik dengan buku ni masa pergi MPH haritu, bukan sebab tertarik dengan tajuknya, tapi tertarik dengan design cover buku ni. Alahai, tersangatlah comel. Kekonon masa tu macam nak beli tapi macam..err..segannya..err..takpelah.Sekali tengok kakak kesayangan telah menghadiahkan nya.Memang beliau sangat paham kehendak adiknya ini. Hehe. I love lah! Buku ni dah lah comel, siap ada panduan berilustrasi pulak tu.Memula agak nebes jugak nak buka & baca. Ingatkan ilustrasi macam mana la kan, rupanya kartun2 comel. Kartun cicak bawah katil pengantin.Haha. Lawak je ;p




Cicak yang tension. Haha ;p

Disertakan dengan doa2 sekali.Dan ada juga dibincangkan tentang masalah yang selalu dihadapi oleh para pengantin baru pada malam pengantin.Lepas baca buku ni (bukul kecil yang boleh khatam dalam masa 20 minit je), baru faham dengan lebih jelas tentang adab2 dan peranan isteri & suami masa malam bahagia itu nanti (malam bahagia katanya..hihihi..agak gedik disitu). Sangat2 sesuai untuk semua bakal pengantin macam saya ;).Nak dijadikan sebagai hadiah untuk B2B pun sangat sesuai tau. Jangan risau, buku ni bebas lusyah. Terima kasih kakak kesayangan untuk buku comel yang amat berguna ini ;)


P/s:Open minded pliz. Jangan ingat yang bukan2 pulak ok, entry ini sekadar untuk berkongsi info ;)



Monday, December 21, 2009

Sedihhhhhhhhhhh..

Apakah perasaan anda, tatkala baru lepas solat asar kat surau di sebuah kolej tempatan, keluar2 surau dengan perasaan segar, tetiba dengan sekelip mata je perasaan tu berubah...apabila..



kasut kesayangan takda di tempat asal

kasut kesayangan takda di mana2 setelah penat mencari

kasut kesayangan telah HILANG!!!

lebih menyedihkan lagi..

kasut tu hadiah harijadi daripada bestfriend tercenta

Sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

(T_T)



Kenapa dalam banyak2 kasut cun yg lain, kasut rimau ni jugak yg di kebas. Huhu. Sedih..tapi nak buat camne, menangis air mata darah pun tak guna. Redha je lah, tak ada rezeki. Moga org yg mencurinya tu terima balasan yg setimpal. Ish..terkilannya :(



Pakai tak sampai 3 bulan pun..





Tapi takpelah, sempat kita sama2 gi Perth
Sob..sob :,(


Nasib ada kasut lain dalam kereta, kalau tak, mahu seharian aku kaki ayam kat sini. Huhu.Sabarlah, dugaaann..dugaan



P/s: Sorry babe, aku tak sengaja hilangkan kasut comel tu :,(

Monday, November 09, 2009

Supriseeee!!!

Tarikh kejadian : 7 Nov 2009 (Sabtu)
Masa kejadian : Lebih kurang 1pm
Lokasi kejadian : Chicken Hartz, Sunway Pyramid



Alkisahnya begini, pagi Sabtu haritu, aku ngan Yah dah planning nak pergi Wangsawalk, shoppin2 + berjumpa centahatiku. Sekali masa ku sampai rumah Yah tuk jemput dia, Ipah pun nak join. Takpela, the more the merrier kan ;). Aku suruh Ipah drive Cik Lisa sebab badan aku kena alergik gatal2, so tak boleh fokus driving. Dok tergaru2 je. Masa kami bertiga on the way, tetiba Ipah cakap nak singgah Sunway Pyramid kejap, nak ambil tiket wayang yg kawan dia dah tolong belikan. Kawan dia tu staff kat pyramid katanya. Kitorang pun ok je ( padahal dlm hati aku "ish..banyak songeh la minah ni". haha).Boleh gak sambil2 tu cuci2 mata tengok kasut. Sekali Ipah tetiba ajak makan Chicken Hartz, katanya dah lapar. Aku on je sebab dia nak belanja. Masa ni aku blur2 dan pelik sikit sbb tadi dia cakap nak gi ambil tiket wayang, ni tetiba nak makan pulak. Haish..macam2..


Sekali aku masuk, jalan belakang sikit (ikut Ipah). Tiba-tiba...




SUPRISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!

Ok, aku terkejut, terharu, tergamam, terkedu..semua ada..





Siap dikalungkan bebulu angsa pink vogey2 gitu oleh Lan
Omaigod! Omaigod!


Ramai yang ada kat situ, kawan2 tercenta..

Pijan, Yah (selaku the planner), Ipah (yg peluk aku), Dini dan Linda



Jejaka kat depan tu Pojie dan Lan (selaku planner assistant)



Aaaa..terharunyaa..sampai termenangis2 aku..huhu


Tiba-tiba, ada satu lagi suprise...






Centahati tetiba muncul dari mana ntah datang bawak cake..Omaigod!!
Padahal baru call 1/2 jam sebelum tu, cakap tak sabar nak jumpa nanti,alih2 dah terpacul tersengih2 depan aku. Haha. Gila kentang punya terkujat.Masa aku call tadi dia kata baru bangun tido,siap buat suara baru bangun tido lagi. Haha.Pandai coverline eh syg.




A lovely yummilicious cake from him :)
BR tau..tihhihi (gedik, nak yg mahal2 je)



Me with 1 of my birthday gift wish ;p
Muka tetiba berubah menjadi pink dan mata bengkak2 sebab over nangis.Oh..tidak comel



Lepak2, makan semua. Pastu balik. Kesimpulannyaaa..sangat happy! First time dapat birthday suprise selama 25 tahun hidup.Thanks kepada semua especially my besties Yah & Lan sebab diaorg yg sgt byk bersusah payah tuk semua ni. Trillion Thanks ;)



Bergambar reramai sebelum memasing bersurai. Kena pakai gak bulu angsa pink vogey2 tu..tetiba terasa diva pulak..ahaks. Yang penting muka aku mmg pink jelah. Masa datang menangis, masa nak balik pun menangis.Apa ke ciwek sgt minah ni?? huhu..




Tetiba aku dibagitau bubud baru sampai. Ala..kesiannya dia. Kitorg dah kuar dia sampai. Huhu. Sebab aku tak tahu menahu pun dia akan join, so we dicided to eat at foodcourt JJ je. Huhu. Kenapa kat situ?? Ntahla..sbb ada tako tao sotong berjanggut merah ala2 milipede kot. (milipede= ulat gonggok. Uuu..) Takpe eh bubud, nanti aku blanja kau aiskrim BR :)




Tada..the lovely gifts & cards from them. Sukaaaa!!!!
2 ekor kucin pink,cute pink strawberry, & Malindi leopard. Wow2!
Thank u so much. U all really made my day ;)
Happy gila!
\(^_^)/






P/s: Walaupun ada benda kecik yg menspoilkan hari bahagia tu, xpela,aku anggap tu sebagai dugaan. Kadang2, orang yg paling dekat dengan kita ialah orang yang paling menyakitkan hati kita & akan menikam kita dari belakang. Chill Erina ;)


Thursday, November 05, 2009

Ke alam dewasa



Alhamdullilah. Hari ni genap umurku 25 tahun. Syukur sebab umur ku dipanjangkan sehingga harini tuk menikmati segala yg diberi oleh Nya. Kalau dulu masa zaman baru masuk U, 25 tahun ialah target ku kahwin. Tihihi. Rupa2nya takdelah semudah tu kan. Panjang lagi perjalanan ni tuk sampai ke arah itu. Sekarang yang penting tuk melangkah ke alam pekerjaan. Ingatkan dulu, kerja ni senang je dapat, lepas2 habis study, tup2 terus dapat kerja. Tapi sebaliknya. Takpelah, aku akan terus berusaha dan berdoa. Allah know the best for me :)


Malam tadi, pukul 11.55 malam jam aku, tengah aku duk leka melayan facebook, tetiba "Meow..meow..meow..meowwww" bunyi handphone ku, tanda ada mesej masuk. Dari si bestie. Ku bukak mesej tu "Burfday girl turun bawah jap skrg!". Wohoho. Ada suprise kah??? Cuak2 jugak la nak turun sebab dia pernah tibai member dia ngan telur & tepung sampai jadik cekodok member tu time birthday dia. Tapi perasaan excited aku lagi tinggi dari cuaklah. Hehe.


Duduk dalam kereta dia, lepak2 borak2 jap. Dia datang semata2 nak wish birthday,siap ngan nyanyi2 sekali. Comeyyy gla bini orang ni. Mentang2 lah suami dia takde, slumber kuar memalam eh. Haha. I really appreciate it babe & sangat terharu. Dia buat aku sengih2 happy malam tadi. Borak tak lama, sebab dia kerja harini, so kena balik awal. Sebelum dia balik tu, dia ada bagi aku somethiing yg buat aku lagiiii terharu.



Ko saje nak bagi aku gemuk kan ?? Haha
Tapi aku sukaaaaa..Love u so much babe!!
U made my night~~


Thanx babe for the cake and the book. Moga kita sama2 memperoleh rezeki yg melimpah ruah tahun ni k ;) Hmm..sekejap je dah 25 tahun. Ku harap dengan melangkah ke alam dewasa ni, aku menjadi semakin matang, mendapat kerja yg stabil dan sentiasa di berkati oleh Nya. InsyaAllah. Korang doakan aku cepat dapat kerja ok dan moga2 tahun depan ku dapat hadiah "itu" juga.Hehe. Aminnnn..



P/s: Harini centahati first paper. Good luck syg. Do ur very best ok ;)


Wednesday, November 04, 2009

Untuk mereka2 tersayang


Saya mahu ini, Malindi, saiz 6 ok ;)




Saya mahu ini juga, vintage sling bag ;)
Lagi vintage, lagi sukaaa..




Ini pun, Mng wallet ;)





Dan yang ini juga, skinny jeans ;)




Last sekali, mahu yang ini, Baskin Robin cake :)
Tak mahu yg gabak, nak yg kecik comel je
(All pics credit to Google)




Sempena esok, saya mahu hadiah2 kat atas ni.Tak malu ke mintak2 hadiah ni?? Ngee..setahun sekali apa salahnya kan. Lagipun mintak ngan org2 tersayang je bukan dengan semua org.Ni kira berangan2 jela tapi kalau mereka nak bagi betul2 lagi bagus. Suka sangat2. Sebab benda2 kat atas ni (kecuali kek) nak diguna pakai masa gi holiday nanti. Kira dah save budget lah kalo diorang nak hadiahkan. Yang wallet tu tak penting pun, tapi kalau ada org kesiankan saya pakai wallet buruk koyak2, hadiahkanlah. Hohoho(tak malunya).To kakngah yg cun,abang yg hensem dan adik yg macho, please..please..please..saya mahu benda yg kat atas tu. Tak mahu benda2 lain. To bestie & centahati juga, jgn buat2 lupa & buat2 tak nampak ok ;p I Love you all so mush~


P/s: Esok tua setahun. Gugugu (harini guna "saya" nampak sopan sikit, yelah..nak mintak hadiah kan. Haha)


Monday, February 23, 2009

Uuu..La..Laaa..

Mentang2 la takde kelas harini, jadinya aku pergilah beriadah. Beriadah di mana? Di Gulati's dan Kamdar. Semalam dah pergi, hari ni pergi lagi. Hahaha..Tak kisah la pergi berapa banyak kali pon, yang penting aku dpt temankan si bestie beli brg2 tuk persiapan kawen dia. Dapat gak aku menyumbangkan idea2 (menyumbangkan duet tak mampu lagi..ngeee).


~Si bakal pengantin & adik beliau yg comel~


Oh, dan hati aku sgt happy harini sebab dapat purse baru. Lalalala..gumbira ok. Yah went to Jakarta last 2 weeks and she bought me this gojes LV's purse. Sgt cantek dan aku sgt2 suka! Hee..Tima kaceh Yah =). Ai sayang yu lebih tau. Hee..


Cantek kan? ;)


Ok, cukup2. Its time for me to study now. Enjoy2 jugak, study jangan lupa. Hehe. Daa~



P/s: Dan sememangnya jugak harini aku byk gila makan. Mana diet aku pergi ni? Huhu..Diet..Diet..sila kembali pada diriku ini..Haih~

Thursday, February 19, 2009

Untuk mama tercenta =)

Sok beday mama. Yay! Haruslah ada hadiah tuk mama kan. Tahun ni tak susah sgt fikir nak hadiahkan apa tuk mama sebab mama dah gitau awal2 apa yang dia nak. Heheh. Jadinya, lepas kelas tadi, aku terus gi kedai yang ada jual barang yg mama idam2kan tu.





Aku ke Tupperware Store. Hakhak. Tak pernah aku sampai tupperware store ni ok. Dahla memula aku tak tau tupperware store kat Shah Alam ni kat ne. Selalu yang aku tau barang2 tupperware ni order dari catalog je. Tapi bila aku google, rope2nye ada storenya kat Shah Alam ni. Kat seksyen 24. Hee..Nasib baik dekat je.


Masuk2 kdai tu, kakak kat situ punya lah peramah. Pot pet pot pet. Padahal aku ni datang nak beli 1 benda je. Dia suh aku jadik ahli la..itu la..ini la. Huhu. Aku cakap aku nak beli benda ni (sambil tunjuk kat catalog), suh akak tu ajar sket camne nak pakai benda tu. Puas hati, aku bayar terus blah. Tak boleh duk dalam tu lama2, kang terus migrain.Ngee..


Ini lah yg dibeli tadi..
Jeng..jeng..water container yg best tuk mama..hee..



Tapi, sebenarnya mama nak yg jenis ni....



tapi aku tengok yg tadi tu lagi smart dari yg mama nak ni. Ni cam simple sgt. Lagipun yang tu ada holder, cam best je. Senang nak bawak gi mana2, mana tau nak gi piknik ke nanti kan. Lalala..


Pastu trus gi gift shop berdekatan sbb nak carik kotak besar nak taruk water container ni dalam tu. Sekali tgk takde plak.Kotak yg paling besar pun tak muat nak letak water container tu. Huhu. Jadi, aku beli je paper bag yg paling besar kat situ ngan reben comel :p


Sampai umah, mulakan operasi mencantikkan hadiah. Dan hasilnya..


Tomey tak? Hee..


Harap2 mama suka la nanti. Ok, pasni operasi wat kek plak. Wish me luck =)








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015