Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, November 27, 2008

Girls' Day Out

Aku ngan angkatan girlfriend2ku..Bubud, Maria & Zalika merayau Alamanda harini. Maria & Zalikha nak balik Kuching da tak lama lagi. Harusla melakukan farewell activity tuk mereka. Maria pulak InsyaAllah grad sem ni. Kuranglah sorang girlfriendku thun depan. Huhu.

~Depan : Aku & Bubud, Belakang : Maria & Zalikha~

Sampai kat Almanda, terus cari mkanan. Yela..masa tu dah pukul 2, mestila perot dah bergoncang mintak isi. Ngehngeh. Walaupun Maria & Zalikha sibuk nak bershopping tapi kitorg (Aku & Bubud) heret diorang g foodcourt dulu. Kita mknnn dulu!

~Jeng..jeng..jeng..Chicken chop ngan meehoon sup~

Ahaha..Aku mkn meehoon sup. Yang chicken chop tu kongsi ngan bubud. Tapi meehoon sup agak mengecewakan la. Tak sedap. Sup tawar mcm air. Huhu. Jadi, aku tak habislah mkn meehoon tu. Mkn Chicken chop yang lazat tu je.

Lepas makan, perut dah gembira. Kitorang jejalan jap. Beli tiket wayang. Cerita "Quarantine". Semalam kuar ngan cintahati tak dapat tgk kan, hari ni aku dapat gak tgk. Agaga.Beli show kul 6.20 tapi time tu baru kul 4.45. Sebabkan dah boring jejalan dalam Alamanda tu, sementara nak tunggu masuk wayang. Jom kita g piknik kawan2....


~Tadaa..Kami di Taman Botani~

Sempat lagi kami g Taman Botani. Wahhh..Cantiknya tempat ni. Kami teruja gila. Yela..masing2 first time datang sini. Bersih dan sgt indah. Dahla takde orang. Sunyi je. Apa lagi, bergambar la kejenya dan dah namanya piknik, haruslah ada mkanan. *mkn lagi*

~Sgt nyummy..waffle banana choc & butter honey~

Lepas dah bersuka ria, santai2 mkn waffle, tgk jam dah kul 545. Haruslah pergi Alamanda balik nak tgk wyg. Huhu. Tak sempat nak tawaf satu Taman Botani yang indah tu. Sebelum balik, jum tangkap gambar kejap kawan2..


~Aksi gembira riang ria~


~ Aksi lompatan tak berjaya~

Masa ni dah kul 6, haruslah kami ber'drift' ke Alamanda balik. Sampai Alamanda dah kul 6.15, sebelum masuk tgk wayang, kami sempat beli popcorn lagi. Ahaha. Makan lagi. Pastu berlari2 anak yang comel masuk wayang. Dah duk dlam tu, iklan2 jap, cerita pun start. Memula tgk cerita tu, part dalam balai bomba..Haih..bosannya. Aku menguap 2-3 kali. Dah la pening tgk video tu gerak2. Dalam hati "Haih..siapalah ckp cerita ni best". Aku pun tgk jela. Tapi bila dah part dlam apartment tu, dah saspen2. Tak ngantuk dah. Mata aku terus bulat. Tak tahan scene yang dekat lif, kami terr..menjerit berjemaah serentak, terkejut nye pasal tgk zombi anjing gle tu. Huhu. Skali lagi kitorng terr..menjerit berjemaah scene yg kat ats loteng. Maria menjerit kuat gile. Ahaha. Klaka tgk dia. Kesimpulannya, cerita ni boley tahan lah. Agak seram (sbb berjaya buat kitorng terr..menjerit) tapi mula2 bosan.

Pastu balik kul 9. Hujan lebat. Aku kalau drive mlm2 nie mmg agak tak sukala sbb rabun2 ayam skit. Ditambah ngan hujan lebat kan, mmg slow motion jela aku drive. Drive slow motion pun leh terbabas smpai Puchong. Kitorang pun hairan. Ahaha. Mybe slh masuk exit kot. Tapi berjaya gak akhirnya smpai Shah Alam. Smpai Shah Alam, perut aku lapar blik. Ajak dorang mkn, dorang surrender dah, tak muat dah perut dorang. Tapi kenapa perut aku lapar lagi nih. Huhu. Aku beli nasi lemak bawah umah Maria & Zalika pastu mkn lagi. Ye..perut je kecik tapi nafsu mkn cam buaya. Macam mane nk diet nie?


No comments:









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015