Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, November 12, 2009

1st Job Interview

Dua hari lepas (Selasa), ku terima email ni, dari CareerXcell.



Interview invitation. Bestnya!! Tapi yg aku terkejutnya. Semalam (Selasa) dapat email, interviewnya harini (Rabu). Boleh gitu? Aku dahla tak prepare apa2. Job position pasal Customer Service pulak tu. Homework tak buat. Cert. copy tak prepare. Resume tunggang terbalik lagi. At least kalau bagi masa seminggu tuk interview aku boley terima lagi, ni masa tak sampai 24 jam kot. Memang aku menggelabah gila plus adalah rasa excited sikit sebab first time pergi interview ni.Tapi ngan bantuan si bestie yg bertungkus lumus menolong aku siapkan segala yg patut, akhirnya semalam aku berjaya gak bersedia secara mentally and physically tuk interview tu. Dapat tak dapat job tu belakang kira, yg penting experience time interview tu.


Interview dekat bangunan AHP, TTDI


Hehe.Memang formal habislah aku pakai semalam. Excited ada, cuak2 pun ada time ni. Interview semalam adalah lama ok. 4 jam! Aku ingatkan interview je sekali tengok ada macam2 test sekali. English, Math, IT, paling tak tahan typing test pun ada. Huhu. Memula ada sedikit briefing dari CareerXcell,pasal job position, bonding, training,contract semua tu.Lepas habis briefing tu barulah aku tau rupa2nya bakal employer aku ialah Vads Sdn Bhd (join venture TM dan IBM), aku ingatkan bakal employer ialah Tmnet sebab tulis kat email tu project Streamyx Tmnet. Hmmm..ada terasa sedikit terkilan la kat sini sebab lain dari yang aku expect. Kat email tu pun takde inform apa2 pasal Vads company ni. Tapi, tak kisah lah, aku buat sehabis baik tuk interview ni.


Akhirnya,daripada 9 applicants, 4 orang telah berjaya interview ni. Dan salah seorangnya ialah aku ;) Yay! I've made it. Alhamdulilah. Memula mmg happy tapi bila fikir2 balik hati aku berbelah bahagi. Hmm..job position ni mmg takde kaitan langsung dengan apa yg aku study dulu. Memanglah masa tengah gawat ni, tak boleh nak cerewet2 sangat pilih kerja, tapi..kita mestilah nak kerja yang berkaitan dengan apa yg kita belajar dulu kan?? Balik tu discuss ngan mama, mama pun cakap benda yang sama, takkan dah penat2 belajar nak kerja kat field yang takde kaitan langsung. Tapi mama kata lagi, tuk carik pengalaman baru apa salahnya. Hmm.. Memanglah company tu provide training tapii..ntahlah. Aku rasa lain. Tak tau either boleh adapt ke tak new environmnent ni nanti. This is very new to me, obviously. From Chemistry to Customer services. Besides, aku akan diikat (bonding) dengan CareerXcell selama 6 bulan, which means aku tak boleh sukati benti kerja dalam masa tu. So, aku kenalah buat keputusan yang betul2 tepat supaya tak menyesal kemudian hari nanti.


So, kawan2 sekalian, ku perlu pandangan dan cadangan dari kamu semua. Should I take this job or not?? Sesiapa tau pasal Vads?? Company ni ok tak?? Please share with me ok ;)


14 comments:

Jard The Great said...

yg penting ade pengalaman interview.. keje shift tu wei.. stress gak tu.. t

erina try lak job2 posting yg lain... nnt terikat dgn satu job.. pastuh menyesal nnt kang.. =)

aku dulu dpt 3 tawaran keje skaligus.. ehehe..

pinkeen said...

rasa cam try dlu yg len la kak..tak desperate sgt kan? fradoo kan ade ;))

:: p R i n c E s S _ N :: said...

die ckp x keje cane...? bese cust srvice ni keje shift..tp gaji mmg masyukk..smntara tggu other offer..bole laa try...after bonding..chow g keje field awk laks..

Ptit said...

frankly speaking VADS adalah customer service level 1 untuk Tmnet. Kerja kat sana sucks giler, ari-ari kena dengar org maki, marah sebab streamyx lembab.itu sebab depa desperate nak pakai orang. sebab pekerjanya boleh berenti sesuka hati..dan sesuka ati Vads nak buang pekerja....no future..

you're chemist degree holder, sepatutnya senang dapat kerja.Kalau ko keje kat VADS pun tak dikira pengalaman kerja ko sebab bidang berlainan. Update la resume kat Jobstreet.com.my. Aku try search "chemist" jek berpuluh keje kosong keluar.

tapi kalau tanya pendapat profesional aku, better ko amik KPLI jadi cikgu kimia, mesti ko tak isi borang KPLI untuk intake Feb 2010 kan??? Ko kena selalu alert dalam hal-hal ini, sebab kengkadang application dia tak buka lama, 2 minggu jek. Tapi jangan risau, intake June 2010 masih ada. Gaji cikgu degree holder pun masyuk giler tau...dah la cuti banyak.

Akhir sekali, aku menentang usul ko nak kerje kat VADS itu, kasi la peluang bebudak IT yang berlambak penganggur tuh. Kerjalah dengan Fradoo sementara tokeynya masih sihat, dia dah tua, perlu banyak berehat.
Then tunggu peluang KPLI, aku rasa the next opening adalah on Feb 2010, so you have like 3-4 month untuk buat kajian, selidik, tentang interview KPLI tuh. Untuk graduan Kimia aku rasa tiada masalah, wajib dapat. Malaysia memang kekurangan guru Kimia.

*~ aRaBeLLa ~* said...

aku setuju dgn komen Ptit ni sebab since aku keje kat TM so ade gak dengar rumours pasal VADS ni. kawan aku pernah masuk VADS handle customer service TM and quit after 2 months.

kalo ko tak tahan kena maki better tak payah..memang senang dapat keje situ sbb org kuar masuk..

~ miss femme fabulosity ~ said...

Erina.. tak payah accept.

tahun 2006 aku habis je grad, aku pon dioffer post yg sama cust service. Tp masa tue aku directly with VADS Berhad nie la.

So komen aku sama cam PTIT, kerja teruk. Seriously. Aku pon mcm ko, seblom terima pk gak kan keje susah nak dpt, pastu baru grad kunun nak experience segala tp aku nekad aku reject offer tu.

Alhamdulillah lepas tue berlambak lambak dapat offer berkaitan degree aku, Sc. Comp =D

So ko jgn cpt give up, teruskan usaha mencari lagi peluang peluang pekerjaan yg lebih baik. Kita nie dah belajar degree, takkan nak dgr maki hamun client kan? Sbb aku pengguna streamyx yg selalu maki call centre tu. Haha!


PS. Baru2 nie aku menganggur 2 bln sbb nak cari keje baru, alhamdulillah dapat. So all the best.. biasalah.. kena la sacrifice sikit kan! (^_^)

pinkeen said...

untuk kpli, takkan ada lagi intake for year 2010.untuk intake next year bagi yang mohon pada june 2009, yang masih lagi pending keputusannya.ini yang sedang di war2 kan.

dk-mie said...

KPLI dah kene stop wat mase skang..yg kene panggil tu adalah calon simpanan. btw.. cube ena try pi Tele-Temps..company ni agency pekerjaan..

Me dulu baru beberapa weeks abis final exam utk final semester tewos daftar kat sini.company ni salah satu agency pekerjaan under sumber manusia..

pas ena daftar..dowang pun akan test ena mcm2 like maths, typing, english..bla..bla..pastu dowang interview ena ape jenis pekerjaan yg ena nak n suit to ena..

then on the spot start ari tu dowang akan carik mane2 kompeni yg nk pekerja..( yg i tau petronas pon gune tele temps utk carik pekerja koz kwn i dpt at petronass..huuu jeless)
Kalau ena nak tau..amy pas je daftar ari tu, esoknya selama 3 ari berturut2 ade panggilan interview..hari ke 4 amy tewos dpt keje Research Assistant..

Ngee yg bestnye,me takyah duk carik keje..tunggu panggilan gi interview je..koz dowang carikkan.

Btw..gud luck 2 u!

fiD said...

ramai suruh kpli.. mm, jadi je lecturer, sambil sambung master kan!

Anonymous said...

betoi erina...
ko smbg mster then jd lecterr..
sure good future...hhuhuhuhu

moment said...

tok sah.. try keje lain keh.. =)

yAtie -sB- said...

hurm..xyah kot..
tp t'tplang la~
hik..hik..
pape pn all the besh 4 u..
if nk amek pglman tu leh kot..

smbung stdy pn oke gak :)
hihihi

Cik Angah said...

riri...xpayah wey kalo nak masuk VADS...my fwens hev worked there...stress mcm nak mati tgk dorg...as chemistry holder bek cari chemist post...but kalo nak masuk VADS tue, urm..x payah la haih!

rossoneri said...

kita nak tanyalah..kalo awak nak masuk keje ni kan...awak ada transport sendiri ke..xperlu naik bas/train?..kita tgh pikir kalo keje ni start pukul 7,macam mana nak pegi..train baru start kul 6..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015