Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, November 10, 2009

Hidup bukan selalunya indah

Hari Ahad haritu boleh dikatakan hari paling menyedihkan dalam hidup. Mungkin saki2 baki kesedihan masa hari Sabtu haritu, terbawak ke hari Ahad dan pada hari Ahad pulak berlaku lagi satu kejadian menyedihkan, jadinya kesedihannya berganda2. Sedih yang teramat sedih. Sebab apa?? Tak perlulah aku canangkan kat sini. Biarlah aku,dia dan dia je yg tau. Yang penting, sabar dan redha. Sebelum tu ku bagitau awal2, ni takde kaitan pasal relationship aku ngan centahati. Kami ok je ;)

Cara aku nak lepaskan tension dan sedih senang je. Menangis (wuhuhu..mmg dasar minah ciwek yg berhati tisu). Mmg lega lepastu. Tapi ari Ahad haritu, perasaan sgt meruntun jiwa, hati luluh, jiwa kacau, nangis berbaldi2 pun tak lega2 jugak. So I decided to go out. Mencari ketenangan jiwa. Drive sorang2. Memula ingat nak pegi jumpa centahati, tapi dia pergi kenduri kawen. Huhuk. Pusing punya pusing sambil nangis2 (tapi kat traffic light merah, tahan airmata sbb malu org sebelah nampak. Haha). Cik Lisa pun bawak aku ke Sunway Pyramid. Ape kes hari Sabtu pergi Pyramid, hari Ahad pun pergi lagi. Ntahlah, mungkin weekend tersebut dianugerahkan "lawatan ke Pyramid secara 2 hari berturut2" kot. Huhu

Sampai sana around 1.30 pm. Sorang2. Terasa diri ini cool. Terus ke cinema counter, beli ticket. Marathon ok!! Showtimes pukul 2.30 dan 4.15. Wah..wah..pertama kali dalam hidup tgk wayang secara sendirian. Best jugak sebab senang nak carik seat. Yang belakang2 dan tengah. Haha. Tak payah susah2. Ada lagi 1 jam before tgk wayang.Aku pun terus ke Wendy's, nak lunch. Nyum2~


Chili idaman hatiku.

Walaupun hati gundah gulana, selera makan tetap ada. Sesiapa yg pernah pergi Wendy's kat Pyramid, diorang mengamalkan "Clean your own dish". Jadinya, lepas korang makan pepandai la bersihkan meja korang sendiri. Buang sampah & letak dulang kat tempat yg disediakan. Tapi aku tengok ramaiiii je customer yg tak buat gitu.Wuhuhu. Not good..not good. Dah kenyang perutnya, ayuh ke cinema no 8. Filem yg aku tonton ialah filem ini.




Filem arahan Bernard Chauly yg pernah mengarahkan Gol & Gincu the movie ( suka gila filem ni!). Tajuknya terang2 dah tulis pisau cukur, jadinya filem ni mengisarkan tentang 2 orang gadis gedik tapi comel yang mencari jutawan2 hebat sebagai calon suami. Siapa taknak kahwin dengan orang kaya kan?? Salah satu dialog Intan (Fazura) dalam filem ni. Si Bella pulak,( lakonan Maya Karin..tetiba aku teringat kat Arabella ;p), nak kahwin dengan orang kaya sebab nak masa depan anak2nya terjamin suatu hari nanti. Tapi akhirnya diorang sedar, duit tak mampu nak beli cinta & kebahagiaan ;). Kesimpulannya, cerita ni sangat best. Kelakar, sweet, romantic semua ada. Ku bagi 4/5 bintang. Oh my Gucci! Oh my Prada! Oh my Jimmy Choo! Mamat gigi besi dalam filem ni mmg tersangat kiut, even new actor tapi pandai dia berlakon. Comel. Tihihi. Hilang sedih kejap tgk filem ni. Sgt menghiburkan.


Lepas habis filem Pisau Cukur, terus keluar ikut pintu masuk, pergi ke cinema no 7 pulak. Slumber. Aku tonton filem ni pulak.


Oh, sangat best! Even aku bukanlah peminat tegar beliau tapi aku dibesarkan dengan lagu2 beliau. Filem ni menceritakan semua aktiviti2 beliau, tarian, set pentas, untuk konsert This It Is yang patutnya diadakan di London tak lama dulu. Lagu2 dalam filem ni, yang mana beliau nyanyikan masa rehearsal sangat best.2 jam dalam ni mmg berbaloi2, terasa macam tgk konsert beliau secara live.Mmg ramai sgt yg tgk filem ni. Full house. Ntah camne tengah syok2 layan lagu tetiba otak aku teringat balik kisah menyedihkan tu, terus airmata berlinang. Termenangis secara airmata berlinang je tau bukan menangis sedu sedan bagai. Ish..ish..kalau org sebelah aku perasan aku tengah nangis mesti dia ingat aku peminat setia no 1 MJ, sedih gila pasal kematian beliau. Kehkeh. Tapi aku termenangis kejap jela, pastu enjoy tgk filem ni balik. Lagu2 dalam ni mmg best lah, yg tak bestnya tgh aku kusyuk2 tgk filem, orang yang duduk seat belakang aku baik punya berdengkur. Hish..hapada!! Nak tido balik rumah la!.Ku pusing belakang, bagi jelingan maut sikit, terus kawan si berdengkur tu kejutkan dia. Haa..aman sikit.Ku bagi 4/5 bintang tuk filem ni.


Pukul 620pm habis cerita ni, centahati dah risau call2 suruh aku balik. Hmm..tapi hatiku malas nak balik. Tapi disebabkan tak mau dia kerisauan, aku balik jugaklah. Tapi bukan terus balik rumah. Macam takde mood lagi nak balik rumah. Aku pusing2 lagi, dalam keadaan hujan lebat. Jiwa still sedih bila teringat kejadian tu. Hujan lebat diluar seumpama memahami jiwaku yg kesedihan (chewahh!).Jadinya aku cari ketenangan kat rumah-Nya. Ku pergi Masjid Shah Alam tuk solat Maghrib & Isyak berjemaah. Alhamdullilah..memang tenang hati aku lepastu. Duduk dalam masjid automaticly jiwa & perasaan kita jadi tenang kan?? ;)


Pastu, aku ajak Yah pergi dinner sama2 sambil luahkan apa yg terbuku kat hati aku sepanjang harini.Bila semua dah diluahkan, sama2 kongsi pendapat dan setelah dinasihatkan oleh dia. Akhirnya, aku lega. Even ada sikit lagi rasa sedih, tapi takpelah, ku anggap ni sebagai satu dugaan tuk mematangkan aku. Hidup bukan selalunya indah kan? Sabar dan senyumlah. Allah always with us ;)

10 comments:

Juliet said...

Sabar ye erina..walau apa yg ko hadapi, be strong! =)

Aku x tahu apa problem yg buat ko sedih, but what I can see, most people yg baru lepas celebrate bday, mesti akan sedih lepas tue..

Mcm badi plak kan! Sbb aku pon penah rasa. Mebi betol cakap org org tua, kalau gembira jgn terlebih2 sebab nnt kita akan berduka.

Wallahualam lah!

Cheers,girl!!

Erina Asmawani said...

Yup..betul tu babe..mmg betul org2 tua ckp jgn gembira terlebih2 sbb nanti kita akan sedih. Kebetulan mmg terjadi kat aku..huhu..tapi jgn risau. Ku dah ok sekarang..thanx babe ;)

P/s: Tapi aku suka suprise birthday party. Tak kan serik ;p

εïз .y a t i e.sb. εïз said...

pape pn alwiz smile (=
h0pe pe je dpt di dhdpi dgn baek..

wah~
enj0y btul wknd kat pyramid..
msti s0nok sgt tg0k 2 m0vie dlm shari :)

zonaku said...

yup dear...
hidup x selalunya indah, langit pun x selalu cerah..

nak buat camana kan... it's up 2 u 2 bring smiles to yourself.

Masy said...

sesekali kene gak sedih, baru la belen hidup ni :) tp jgn la sedih lama2 k~

Sharif John said...

Keep moving forward

moment said...

menangis? aku pn akn nangis bila hati sudah penuh! errr sib baikla boel nangis.. klu tak leh.. adeh!~ payah wooo~

Izzatul Azma said...

ena sangat cool :)

tak penah lg tgk wayang sorang2 la yang.. best ekk?? kena try bila jiwa kacau t.. biasa mkn sorang je.. or pusing2 sorang2 :)

iza pun ske sgt citer pisau cukur tu.. si gigi besi tu tersangat lah comel.. nak2 lagi bila pakai short.. wowww... comel tiut gila kan.. citer tu mmg best :)

pelangi said...

cik erina..
saya rasa macam nak nangis je baca entri kamu ni.
walau tak tahu hujung pangkal but I can feel how it hurts.
Sila tabah ya.
Ingat Tuhan itu sentiasa menguji hamba-Nya sebab Dia sayang.
Take care ya.
Jangan sedih-sedih lagi tau. :))

Erina Asmawani said...

Thanx u all for the supports. Sgt2 terharu ngan support yg korg bagi..ya..life must go on! Sekarang dah x sedih2 dah ;)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015