Masa kat PD haritu, kazen ku si Y punyalah beria2 nak pergi naik banana boat. Gaya dah macam org mengidam, asik banana boat je. Jadi aku pergilah bawak dia. Kang kempunan pulak dia. Hehe. Masa sampai pantai tu lebih kurang kul 645 ptg. Mmg motip utama tuk naik banana boat je, pastu balik. Takmo mandi2 bagai. Jadi kami pun berjalan2 kat tepi pantai tu, tanya2 harga banana boat. Mmg rezeki kamilah kebetulan masa tu ada beradik nak naik banana boat jugak, so kami join sekaki. Lagi ramai, lagi jimat!
Sebelum menaiki banana boat
Dengan air pasang nye..mmg terbaiklah!! Terlambung2 aku atas banana boat tu. Jerit sakan tiap kali boat langgar ombak besar. Huish..semput dada. Pastu time nak jatuh, boatman bagi pusing baik punya. Tergolek2 lah kami di dalam laut. Tapi tak berape nak syok sbb tergolek kat tempat cetek.Tak thrill. Tapi layannnnn! Berbaloi lah tuk RM10 yg dibayar.
Semasa menaiki banana boat
Selepas menaiki banana boat. Dengan kawan2 baru yg tak sempat berkenalan pon
Dah puas hati naik banana boat, ingatkan nak balik rumah terus. Skali ada pulak beach boy ni offer tuk naik Storm. Perghh! Dahsyat tu Storm. Aku tgk org naik benda tu pun dah naik seram. Apa tah lagi kalo sendiri yg naik. Memandangkan offer beach boy tu amat menarik. RM 30 je means RM 15 sorg, kitorg pun on je! Mana nak dapat harga tu, selalu RM25 sorg. Haha.Jadinya,alang2 naik banana boat, naik jugak Storm sekali. Peribahasa baru ye kawan2 ;p
Pernah tak korang naik Storm? Bukan..bukan Blackberry Storm. Bukan juga Storm kilat tu. Ni Storm sejenis boat berani mati. Memang berani mati. Label 18SG!
Ye ini lah STORM!!!
Nampak cam biasa je, lebar ala2 ikan pari. Tapiiii..di sebalik kebiasannya tu, benda alah ini sememangnya thrill giler. 3 kali ganda lagi thrill dari Solero Shot Genting tu. Camne nak naik benda ni?? Senang je..sangat senang. Pakai life jacket, kemudian baring di atas storm tu sambil pegang pemegang yg disediakan. Ye..baring ye BARING! Korang dapat imagine kan tak?
Dalam keadaan jantung dah mula laju, berdebar2 gak aku ni, storm ni pun ditarik oleh boat. GEDEGANG! Langgar ombak! Terlambung kitorang. Maintan lagi. Sekali boat dah bawak lajuuuu..hambikkkkk! Ngan ombak besar. GEDEGANG! GEDEGUNG! Terlambung2 kitorg wehhhhh.. Serius macam terbang! Badan tak jejak dah. Mmg terapung2 je. Kami pun ape lagi Aaaahhhhh..aaahhhh!! jerit bagai nak gila! Mmg gila wehhh. Kalo pesen boat ni tarik staright je takpe, ni ke kiri ke kanan gaya orang mabuk. Pergh. Mmg mengucap aku dalam hati.Tangan da lenguh ni tahan tak nak bagi lepas.
Kami yg sedang bertarung nyawa di atas Storm!
(maaf gambar tak berapa jelas)
Sekali boatman tu lap baik punya. KECEBUR!!! (bunyik jatuh dalam air). Aku tengok kazen aku dah hilang. Hahaha. Selamat dah dia terhumban ke laut. Gaya terhumban dia mmg best. Kaki dia boleh terpusing 360 darjah. Dari ke depan terus terbalik kebelakang ngan bdan2 dia sekali. Pastu boatman tu tarik kazen aku naik, duk atas storm balik. Masa ni dah letih gila dah badan.Ingatkan dah habis, nak bawak kami ke tepi. Sekali...
Dia gi bawak makan angin lagiiiii. GEDEGANG! GEDEGANG! Storm langgar ombak. Mmg dah macam superwoman dah kami. Bertebang terbangan. Aku siap jerit.."Dah! Dah! Cukup! Cukup! Stop!!!" .Punyalah dah tak larat, sekali storm kami langgar ombak paling besar sekaliiii!!
KECEBUR!!!
Sekelip mata aku dah ada kat alam lain.Pemandangan aku gelap gulita!Mata dah pedih2. Rasa terapung2. Rupanya aku dah terhumban dalam laut weh! Dah la dalam, kaki tak jejak dasar, terkapai2 aku dalam laut! Memang gila! Yang lagi gila..tetiba aku perasan skarf yang cover rambut aku dah tercabut.Hilang! Dengan getah2 rambut skali pun hilang! Memang hebat betul penangan Storm ni. Mereng kejap otak aku jadinya.
Pastu dah tak larat dah aku. Kazen aku pun sama. Dah lemah longlai dah kami. Kitorang pun di tarik ke tepi.Laut dah gelap, hampir maghrib, dua org pompuan ni terjerit2 kat pantai.Memang lah gila.
Kami yg menjadi mangsa Storm. Gile ting tong sampai keluar bintang2.
Kesimpulannya,memang thrill wa cakap lu!! Even penat, letih menjerit, sakit2 badan, skarf rambut hilang, tapiii mmg BERBALOI2! Gua tak serik beb..mau naik lagiiiii nanti! Hahaha.Korang gi lah try naik kalau pergi pantai Teluk Kemang. Serius mmg syok!! Sesuai sangat tuk org yg ada masalah tekanan, tension, jeritlah puas2 kat laut sana tu. Hehe.
5 comments:
pasni kalau ada aku nk try la..ehehehe
aiseh, cam teringin, tp blh x kalau x mo jatuh dlm laut????????
aku kat spesis pantai jer
banana boat pon akak da serik. storm pulak? meninggal. hahahahha
tp klu x tercampak, xpe laa. akak ni x reti berenang, fobia woooooo tercampak masuk dlm laut. air laut masuk dlm otak, otak jadi masin!!
takmooooooooooooooooo
ohh diriku tlh dpantang kan pegi ke laut....
Hemy:
u shud try it beybeh..naik ngan cembam..konfem best gile ;p
Kak Zona:
Ley sis..ley di rekues tuk jatuh ke tak..
Kak Masy:
Sormmmm besttttt! Powerrr!!! hehhe..api tula..serius pengsan air laut masuk idung, mata, telinga semua..tapi tak masuk otak lg kak..seamat..hehe
N:
pas kawe baru ley g laut yunk..nanti sunburn..huhu
Post a Comment