Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, July 23, 2010

Campur2 punya cerita

Masa makin menjeles2 dengan aku sekarang ni. Takde bagi peluang langsung tuk aku update apa2. Ni kebetulan habis aktiviti awal, tak boleh sia2kan masa yang ada ni. UPDATE segera! Oklah, mula dengan mukadimah untuk memperkenalkan roomates ku yang baik2 belaka ni. Eh, perlu ke kenalkan? Mestilah perlu sebab aku sayang diorang. (sendiri tanye sendiri jawab.Boleh? Haha)

Yang cantiks berkurung ayu tu Arina namanya, yg manis si tinggi lampai ditengah, Jasmine dan bermuka sangat bulat bertudung comel itu ialah Erina. Muahahaha. Ye..Arina dan Erina, nama pun dekat nak sama, ade chemistry nih ;)

So far amat happy sebilik dengan mereka2 ni. Sangat understanding & sporting gila. Kalau layan berborak boleh tak tido malam jadinya.Even adik2 sahaja mereka ni tapi no problemo, mereka sangat baik & pandai jaga diri. Dengan groupmate pon sangat happy!. Diorang boleh masuk kepala, yang laki ada sengal2 jugak. Perangai memasing sangat kelakar.Tiap hari ade je lawak bunguk memasing.Haha.Yang gegirl semua pon bebaik n comel2 belaka.Memula ade gak antara diorang yang "aku kau" je ngan aku..sekali tekantoi depa tau umur aku yang sebenar, depa dok panggil kakak pulak.Ayooo..no kakak2 plis..rasa tak best (sebenarnya terasa tua. Hahaa). Yu ai yu ai sudeyyy ;P. Paling tak tahan ada yang ingat umur aku 23. Boleh?? Aww..perasan muda kejap ai ;p. Dan kat sini secara tiba2 telah terjumpa dengan sorang blogger yang comel lotey.Cik Nilam namanya. Memang comel orangnya ;))  Kebetulan satu group sukan pulak.Yeahh..ade geng blogger dah.


Yeahhh! Bersama si jelita2 ;)



Ni time fire drill.Sempat tangkap gambar lagi. Muahaha



Saye yg kelihatan makin GCB distu.
Gumuk Cerah Bulat. Hoho

Ok, mari bercerita pasal aktiviti2 sepanjang minggu lepas dan sampai ke harini. Hari Sabtu pagi minggu lepas ada kuliah Subuh. Lepastu tengahari ada sports day. Yee..melakukan aktiviti sukan di tanah tinggi genting amat tidak bersesuaian sekali tapi bagus jugaklah sebab seminggu kat sini, tapi setitik peluh pun takde keluar. Ishhh..so unhealthy kan. Even aku tak take part dalam any sport game minggu lepas (minggu ni baru join, main futsal & tarik tali. Futsal? Tarik tali? Belasah je weh..asalkan join. Bha ha ha), aku tetap gak berpeluh sebab menjadi supporter yang paling agresif disamping menjadi penulis markah di scoreboard semata2 nak menyibukkan diri tuk mengeluarkan peluh. Wihihi.Sport group aku ialah PLANTATION! Yeahhh! Masa support plantation grup main volleyball, everytime dapat point, jerit "PLANTATION IS THE BEST! PLANTATION IS THE BEST! sambil pegang & melambai2 kan daun2 lalang yg panjang2 tu sebagai simbolik plantation la kan. Hasilnya memang berbaloi! Berjaya mensaiko kan pihak lawan dan akhirnya team kami menang. Yay! Jumpa di final ya lagi dua minggu ;)



Gambar ihsan cik Nilam ;)




Yeah! Inilah gadis2 supporter grup plantation ye.
Yang comel kecik molek pakai shawl hitam tengah2 tu la Cik Nilam
(^_^) 

Untuk game netball pulak, kalah tipis ngan pihak lawan. Huhu. Takpe. 5-6 je pun. Plantation 5, pihak lawan 6.My team already did their very best. Ada yg baru first time main. Kira ok lah tu kan ;) Tapi court netball kat sini mmg besar gila!! International size.Pergh! Memang semput2 la player semua.

Aktiviti kelas tuk minggu ni pulak super best. Kecuali semalam, belajar pasal Financial. Nangis wehh..dengan kena kira profit, cash flow segala, nombor besaq2. Gila nanges. Huhu. Tak paham (T_T). Tapi gigih jugaklah siapkan assignment yang dibagi. Oh, kat sini serius cam uni life, siap ada assignment2 bagai, lepastu ada scorecard lagi...ala2 reportcard lah. Recordcard ni nanti akan dibagi kat bakal2 bos kitorang tuk tengok performance kitorang kat sini. Dont play2 ok. Sangat strict! Lagi, setiap hari akan belajar subjek baru, subjek dari engineering course la, akaun la, marketing la. Macam2 subjek adalah.

Antara talk yang aku suka pulak ialah dari Mr Loke & Dr Palan.Memang mereka serius best. Sangat bermotivasi betul tiap kali lepas dengar ceramah diorang. Rasa kalau dengar 4 jam pon tak bosan. Ceria sokmo! Kitorang ada dapat buku ni jugak dari Dr Palan. Thanks Dr Palan. We love ya ;))

Buku motivasi. 
Yeahh! I wanna be a rainbow creator ;))


Casing nya sangat cantik. Dalam box lepastu dalamnya penuh dengan buku, buku mini, bookmark, poscard & CDs. Suka! Sesuai tuk dijadikan hadiah & hantaran. Hee ;)


Oh, semalam ada latihan sukan jugak. Berlatih tarik tali yang diikat dengan pokok. Ya Ampun. Tak sangka rupanye tarik tarik adalah game yang sangat menyakitkan. Aku ingatkan main tarik2 je, rupenye ade banyak taktik2. Semalam main tarik2 tak sampai 2 minit pun aku rasa penat gila. Sakit peha! Tangan semua sakit, habis segala kudrat tenaga aku guna.Huhu. Tak dapat dibayagkan kalau time game betul2 nanti.Huu (T_T)




Ni masa mula2, tarik2 manje2 lagi.
OMG! Bulatnye mukaku. Cam donat. Faktor tudung mungkin. 
Eceh! Sedapkan hati sendiri ;p




Haa..ni pulak aktiviti untuk harini. Pasal marketing. Kami kena design produk guna suratkabar lama dan guna strategi 4Ps (Product,Price, Promotion, Place) tuk marketkan produk tu. Dan grup kami dengan kreatipnya telah menghasilkan ini..


It's an Eco-Tube ;D
Cantik bukan? Bakal dijual dengan harga RM10.80.
Wihihi

The fashion designers ;)) Heee..

Best gila time ni, semua grup hasilkan produk yang gila2 punya kreatip. Ada satu grup tu nama produk Pamela Expose. Women Lingerie dari suratkabar lama. Haha.Dahla grup tu semua lelaki.Modelnya pun lelaki. Siap pakai lagi lingerie tu.Bunguks sungguh! Malu ai tengok bra & g string tu tau.

Fuh..akhirnya! Siap jugak satu entri yang penuh campur aduk ni. Puas hati. Dari sehari ke sehari nak update tapi takde masa. Nanti ada masa aku taip entry baru lagi. Banyaaakkkkk sebenarnya lagi nak story ni tapi masa memanglah terhad. Haishh. Oklah, selamat berhari minggu ya semua. Take care ;)


P/s: Minggu ni ade game futsal. Wishmelak ok ;))




4 comments:

Masy said...

mmg kene jual betul2 ke hape tu ena? huahahahahaahhah

yaaa selamat gudlak laa main futsal tu ok! :)

sapphire said...

xleh jadi nih..kne promote The Eqo-bag ala sapphire !

go plantation !
sila all out utk futsal esk yer cik erina !

:)

pRincESs_N said...

wahh..da siap ade buku rainbow skg...dlu time N bg slide jekk....x adil...hihihi

Izzatul Azma said...

teringat time gems dulu pun, seminggu duk sana tak berpeluh langsung smpi jatuh demam terus. tidur aircond, mandi air panas. ish.. tu yg petang2 turun padang tengok org main, boleh? ahaha. tgk je la :P peluh jugak apa jd supporter kan :P

yang, xde ke gmbr pamela expose tu? ahhaa









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015