Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, July 05, 2010

Anjing



Sejak minggu lepas, ada sekor anak anjing ni berkeliaran dekat area perumahan ni. Kecik je, rasanya dalam 2-3 bulan. Mesti kena buang ni sebab dia sekor je, tak pernah aku nampak kelibat mak dia pun.Anak anjing ni comel je & sangat hyperaktif.Berlari sana, berlari sini, terlompat sana, terlompat sini,main sorang2. Tapiii..tula, nasib dia sangat menyedihkan, tiap hari memang ada je budak2 nakal yang baling dia pakai batu lah, kayulah, simbah airlah. Semalam, ada sorang pakcik ni kejar anjing tu beria2 sebab nak hambat anjing tu.Ishh..sedih betul aku tengok.Mungkin mentaliti orang melayu kita dah disetkan bahawa anjing itu haram, jadi tak perlu berbuat baik kepada ia. Patut ke? Anjing sebenarnya ialah najis. Yang mana kalau terkena air liurnya atau memegang dalam keadaan basah, maka wajib samak.Najis adalah sesuatu perkara yang boleh dibersihkan.Haram kalau memakan dagingnya. 


Ayah memang sayangkan haiwan. Jadinya tiap hari ayah akan bagi anak anjing tu makan. Tapii..ayah takdelah bagi depan rumah kan, campakkk jauh2 la makanan tu. Tak salah kan bagi anak anjing tu makan? Pahala. Sebabkan ayah selalu bagi dia makan, dia dah kenal ayah. Kalau ayah balik jogging or balik dari kedai, dia dah standby tunggu ayah depan gate. Lepastu mula lah ekor dia goyang2.Hee..comel je.Pernah sekali dia nak terpa kaki ayah, nak panjat2 tapi lepas ayah marah dia, langsung dia tak buat dah. Bijak betul lah anak anjing ni.Tiap hari, ayah balik dari kedai pukul 1-2 pagi, lepastu park kereta tepi padang, lebih kurang 20 langkah jugak dari rumah aku. Selalu aku macam risau je kalau ayah balik lambat2 macam tu sebab kawasan padang tu gelap, kekadang ada orang mabuk2. Bahaya. Tapi sejak ada anak anjing ni, aku tak berapa risau dah sebab setiap kali ayah balik je, aku dah dengar dia menggong gong gong!(err..bunyi anjing). Kiranya macam bodyguard ayah jugaklah kan anak anjing ni. Bagus! 



Tapiii..sedihnya...pagi tadi lepas ayah balik jogging, anak anjing ni duduk senyap je depan gate. Monyok. Tak ceria macam selalu. Buat tak tahu je kat ayah.Dia duduk je & just angkatkan telinga bila ayah lalu. Pelik! Tiba2 dia bangun, dan jalan mengensot, sambil buat bunyi..bunyi macam mengerang kesakitan. Huuuhu. Rupa2nya dia sakit. Aku tengok je dia (dari jarak selamat) sebab nak pastikan sakit kat mana, kaki ke perut ke, kot2 ada luka ke. Bila tengok dia ngesot sambil buat bunyi sakit tu rasa sedih je. Tetiba rasa sebak. Aku rasa mesti ada orang yg pukul dia sebab takde luka2 pon macam kena langgar. Ishh..sedih tau (T_T). Bunyi dia tu. Macam sakit teramat. Tak boleh dengar! Aku pun campak makanan kat dia. Fishball 2 ketul. Kesian dia makan sambil duduk. Kalau betul lah dia kena pukul, aku doa agar orang yang pukul anak anjing tu dapat balasan setimpal! Anjing pun makhluk Allah, ada perasaan. Allah benci manusia yang menyeksa binatang.Bagi orang lain, mungkin tak kesah, takde perasaan belas kesian..alah..anak anjing je pun. Tapi bagi aku tak. Even tengok video Hero si kuceng yang kudung dua kaki sebab kena tetak pun, airmata aku boleh berjujuran. Sedih2. Tak sanggup.Jiwa pencinta haiwan sejati mungkin.

Aku merajinkan diri sekejap tuk menggoogle kisah2 anjing sebab aku teringat pada zaman nabi ada seekor anjing ni dimasukkan ke syurga. Kisah Ashabul Kahfi



"Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ashabul kahfi; (penghuni gua) dan ;ar-raqiim; (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)(al-Kahfi: 9)...

Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu.Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah. Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Alalh menceritakan tentang mereka di dalam gua;Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya;. (al-Kahfi: 11).

Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun). (al-Kahfi: 25)

Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka;. (al-Kahfi: 18)"


Kesetiaan Seekor Anjing bernama Qitmir sendiri di sebut di dalam Al-Quran sebagai anjing yang setia kepada tuannya dan sanggup menunggu tuannya yang sedang tidur beratus tahun dengan setia dan Allah meletakkan anjing itu ke dalam syurga. Jadi, hinakah anjing? Patutkan ia diseksa?

Setelah menggoogle,rupanya banyak jugak kisah nabi mengenai anjing.Antaraya (aku copy paste je). Rasulullah pernah mengkisahkan kepada para sahabat tentang seorang lelaki yang menjumpai anjing di padang pasir yang terus menggonggong sambil makan debu karena kehausan. Lantas lelaki itu menuju ke sebuah sumur dan mengisi sepatunya dengan air sumur tersebut. Kemudian, dengan penuh kasih sayang, ia memberikan air itu kepada anjing yang kehausan tersebut. Hingga akhirnya, minumlah anjing tersebut dengan puas. Dengan adanya tindakan yang dilakukan lelaki itu, Nabi bersabda: “Kerana itu (tindakan menolong anjing yang kepayahan), Allah berterima kasih kepada orang yang memberi pertolongan itu serta mengampuni dosanya.” (Riwayat Bukhari). Ada juga kisah pelacur yg diampunkan dosa2nya selepas dia memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya sebagai tempat takungan air.

Dan mengejutkan, aku terjumpa blog ini juga Lelaki berjubah bersama anjing2 nya. Mengejutkan tetapi menarik tuk dibaca dan berkongi bersama anda semua. Bacalah dengan minda yang terbuka dan hentikan memandang hina dan menyeksa binatang.Kesimpulan yang aku boleh buat, janganlah kita suka hati meghina binatang, sesungguhnya binatang pun makhluk Allah dan punya perasaan. 









Mintak izin letak pic ni ok encik MKI


~Renung2kan dan selamat beramal~ 


P/s: Banyak ilmu aku dapat dari aktiviti menggoogle hari ni.

14 comments:

Masy said...

bodo tau sape yg buat camtu kat anak anjing tu T___T akak takot gak anjing tp takde laa smpi angin takde ribut takde tetibe nk belasah dia.

banganggggg laaa sape yg buat tuuuuu T__________________T

zonaku said...

call la SPCA amik anak anjing tu.. sian dia....


aku pun sangat takut ngan anjing, tp sder nyer la aku nk pukul ker apa ker.. nmpak jer, aku cabut lari dulu.....

zonaku said...

xpun call PAWS 03-78461087. kang diorg leh amik n letak dia kat adoption program


sian lak dia kat situ org dok pukul2. aku dah call spca, dia rekomen soh call paws ni.

try la sebelum dia maik teruk kene pukul

Lady Antz said...

anjing ni najis.. tapi kalau pegang tak dosa.. kalau pegang najis dosa, ari2 basuh berak dosa la.. ehhehe..


tula, mentaliti org2 melayu ni kene re-set sket.. atuk akak belah mak pun bela anjing dulu, sebab nk jaga rumah. kwsn rumah besar ngn dusun2 buah dan ader 3 rumah sewa, so kalau ada anjing, senang sikit nk jaga pencuri or mane2 org yg nak buat khianat atau nk buat benda2 yg tak senonoh... hehe...

bagus entry ni chik.. i like ;) hehehe..

Lady Antz said...

**tambahan - najis kalau pegang tak dosa tapi kene bersihkanlah.. kalau tak takleh bwk semayang... tang tu dosa la.. semayang tak sah ;)

fiD said...

anjing pon haiwan juga kan... nanti dia akan "tolong" kita d akhirat...

Princess Ayang said...

cik erina.. boleh tak tolong g mana2 klinik vet, mintak tolong dgn Dr Vet suruh amek anak anjing tu.. kesian dia, takut manusia2 tak berhati perut ni g pukul dia lagi..
tolong sgt2..

Aidy Shahiezad said...

setiap benda yg bernyawa ciptaan Allah tue haruslah dihormati tak kiralah haram atau halal sekalipun...

perlu diingat, yg haram hanya najisnya dan juga memegangnya ketika basah sahaja... sama gak macam najis kita sendiri, kena pegang gak kan kalau nk basuh... renung2kan, selamat termenung...

sekian...

Anonymous said...

T_T sedih..kalau amy pon kompem nangis.buduh ok kalau ada org pukul anak anjing. Baru2 ni pun nampak ada sekor anak anjing (sama macam dlm pic tu) dah mati kena langgar. Ari2 pegi sekolah nampak dia main2 tepi jalan. Minggu lepas nampak dia dah mati terbaring. Wuuuuu..dah tak nampak dia goyang2 ekor lagi pepagi.

moment said...

seriusly aku lg suka anjing dr kucing.. Heheh

kt sabah, aku dah lengai ngan anjing.. Tp mereka juga sgt scary ok..

Mmg haram tp xwajib utk mlakukan benda2 haram kt dia..kan?

Qib said...

comel pulak anjing tuh..
hehe..
klu kering bulu x pa kan??

Jum singgah belog Pink!

Tips menjadi comel !

Bapak said...

alahai ingat kucing je kena buang, ada juga anjing dibuang...

Bapak suggest Erina call SPCA atau PAWS tuk selamatkan anak anjing tu..

p/s : ada award tuk Erina..

pRincESs_N said...

papepon..anjing still binatang jgk..stahu N kita cume x bole mkn daging die..tp klo nk tlg bg mkn..msh dgalakkn..

Redbloodsnow said...

eee yanggg!!! sumpah...ngalir aek mata mek baca kisah anak anjing ya aie. tedah nya. mek pun doakan juak mun mena ada org paluk puppy ya, menahan nya timak balasan yg setimpalnya. ANJING PUN MAKHLUK CIPAAN ALLAH GAK OKEH!!!

Mun mek diat keadaan puppy tok live² kompom nangis mek. mek x tahan die menatang x bermaya koh. tedah nya :( tulah mana² org yg keji ngan ank asuk tok :(

Mek doakan ktk n bapak ktk mendapat berkat n redha dr ALLAH berkat tak 2 bait ngan makhluk ciptaan..aminnn :)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015