Alkisahnya pada Khamis minggu lepas, lepas kerja, ke Tebrau City, ajakan member tersayang tuk menonton pilem hantu mak limah. Haruslah pergi tengok sebab anak buah yang berumur 3 tahun pun dah pergi tengok, inikan pula makciknya yang dah berumur 26 tahun ini. Walaupun agak risau, malam tu kena tido hotel sesorang, malam Jumaat pulak tu, tapi bila dengar orang cakap yang cerita tu bukan cerita hantu,baiklah..aku setuju! Sebelum pergi menonton mak limah, isi lah perut dulu agar tidak berkeroncong. Maka ke Chicken Rice Shop la kami. Pak pak pakk! (bunyi ayam chicken rice).
Saya memilih ini!
Grilled butter chicken is back bebeh!
I'm lovin' it!
Apakah selera bakal pengantin begini?
(-_-")
Lepas makan, bergerak pantas la kami ke panggung wayang. Lagi 5 minit nak start.Dah sampai panggung wayang, check2 tiket wayang takde lah pulak. Sah! Tertinggal atas meja makan tadi. Huhu..bergegas la kami ke chicken rice shop balik yang jaraknya adalah dalam 100 langkah. Macam peserta amazing race lagaknya. Lari2 anak nak pergi kat pitstop. Sampai2 sana, pheww! syukurlah tiket tu ada lagi, buatnya kalau adik waiter tu kijam, slumber je tengok wayang tiket free. Tak ke terkilan kami ni?
Tiket mengada yang sesuka hati meniggalkan dirinya.
Pheeww! Penat tau tak!
Padahal salah diri sendiri
Takpe, exersice selepas makan makanan berlemak.
Dalam panggung wayang, memula cerita ni start, agak scary tengok mak limah nya. Huhu.Even filem komedi, tapi elemen seramnya agak menyeramkan jugak. Terkejutt aii tau! huhu. Tapi lawak dia memang kelako la. Kite bako! kite bako! hoho. (hanya orang dah tengok je paham ye ;p) Jadik kesimpulannya, bagi 3 bintang. Biasalah, dah nama filem abang mamat khlid kan, memula memanglah kelako, bile dah lama2 lawaknya jadik tak kelako.Ni bagi pandangan aku lah, orang lain aku tak tau. Macam tak berbaloi je tengok pilem ni ngan harge RM12. Agaknya pilem kat Tebrau City memang mahal kot.Haa..kan aku dah cakap peghok ni, penangan mak limah betul la. Oklah, bersurai dulu. Assalamulaikum.
P/s: Kagum jap dengan anak buah aku, camne la ayah dia boleh bawak tengok cite ni? agak2 dia seram tak eh? huhu
6 comments:
nak tunggu kuar tv jela baru tgk...lalalala
nk tgk!! tp Za x kasi laa plaks...sob..sob..
lynn:
idea yg bijak! ;p
N:
x yah la yunk..mmg de seram2 sikit..x sheshuai tuk pregnant mommy..N tgk cte rapunzel lg best ;)
akak suka cite ni! hahahahaahhaa
12 hengget? mahalnye. kt bkt raja 9 hengget..
org pun suka sangat grilled butter chicken tuu! memang menantikan kehadirannya setiap tahun. ahahaha
izza:
sedappppp kan yunk..tapi lepas makan terasa gumuk..huhu
Post a Comment