Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, February 25, 2011

From Lanchang with love (Part 3)

Sambungan dari entry From Lanchang with love (Part 2). Selagi tak habis cerita pasal aktiviti kami kat Lanchang nun, selagi tu la rasa macam berat je nak buat entry baru. Ni episod terakhir ok.Jadinya banyak gambar akan ditempekkan dan biarlah gambar2 itu yang bercerita (let the picture tell the story). Aku story sikit2 je la ye.

Lepas seronok bergelumang dengan haiwan2 kat Deerland park tu, cepat2 kami balik ke rumah Wafa semula. Gotong royong tolong dia masak2 secara pantas. Sebab tengahari tu ada majlis housewarming. Wafa baru pindah rumah baru ;) So macam ada makan2 sikit lah, with us (geng memuah) dan opismate beliau.




Ini lah Cik Wafa kita selaku tuan rumah
Bersama2 housematenya, Nadiah ;)


 Nasi Ayam buatan Wafa yang perghhhh!!!
Nyam nyam


HOMAIGOD!!
Kek coklat yang dibuat oleh Wafa dengan penuh kasih sayang
Terbaikkkkk wehh! Nyam nyam.
Erghh! Tetiba teringat2 pulak..huu


Dah habis  makan2 kenyangkan perut, kami terus siap2 pergi ke Kuala Gandah. Yeayyy! Tempat yang paling2 ditunggu oleh semua geng Memuahhh especially aku!! Apa yang menarik sangat dekat tempat ni eh?? Jeng..jeng..jeng...





3 orang gadis sedang  menunggu giliran untuk 
melakukan sesuatu aktiviti.
Melakukan sesuatu? Aktiviti apakah itu??





Aktiviti Menaiki Gajah!!!
Hohoho.
Eksaitedddd!!






Memula ingatkan masa naik gajah ni, ada lah seat kat atas gajah tu kan. Takdelah rasa cecuak, tapi bila tengok takde apa2 kat atas badan gajah tu, duduk gituuu je,timbul sedikit rasa cuak. Sikit jela tapi ;p Gayat yang lebih sebabnya gajah tu punyalahhh tingggi!!



Yeyeahhh! Kami yang keseronokan menaiki gajah. Hehe. Padahal gajah tu bawak pusing tak sampai 5 minit pun. Eksaited kami je lebih. Ehhh..mestilah eksaited, bukan semua orang dapat naik gajah kan. Nak2 free..tak payah bayar. Haruslah lagi seronok ;p. Actually tempat yang kami pergi ni ialah dekat Pusat Konservatif Gajah, Kuala Gandah. Tak perlu bayar apa2 untuk tiket, cuma tiket free tu akan diedarkan terhad 150 keping je setiap hari kepada pengunjung. Jadi, siapa cepat, dia lah yang dapat. Boleh booking jugak. Nak tahu lebih lanjut, klik kat link atas tu ye.







Suka tengok gambar ni sebab tengok kaki gajah tu..comelllll kan. Macam gajah tu tengah berjalan2 riang ria sambil menyanyi. Lalalaa~. Jangan nak riang ria sangat kau gajah, tak nampak aku kat atas nun, terpaksaaaa pegang pinggang abang gajah tu hokey (matiklah panggil abang gajah.haha) sebabnya bila gajah tu bergerak, automaticly terasa badan tak seimbang dan rasa macam nak tergolek kebawah. Huhu. So, nak tak nak, terpaksalah pegang abang gajah tu kan. Padahal sebelum mula gajah tu bergerak, abang gajah tu dah cakap, pegang baju dia, sebab nanti terasa macam nak jatuh, aku tak nak..kekonon tak pe lah kalau tak pegang kan. Sekali kau..gajah jalan je, aku dah cecuak!Terus pegang kuat2!! Demi keselamatan ku.Masa ni lagi 45 hari nak jadik pengantin, boleh pergi naik gajah pulak kann. Hoho. Takde pantang darah manis betul ;p


Pastu sesi membelai2 si jumbo. Anak gajah comel2. Ada dua ekor. Sekor capik kakinya sebab kena jerat..huhu..poor jumbo, sekor lagi sempurna fizikalnya. Manja gila ok anak2 gajah ni, rasa nak amik sekor bela dekat umah.




U see..u see..very the comel kan dis Jumbo!!
Hololololoh.Eee..dah la manja. Geget kang!

Kemudian, jumbo 2 ekor tu di bawak ke sungai untuk aktiviti "Mari mandikan gajah".Ye..semua orang pun boleh join mandikan gajah ni. Ada jugak aktiviti " Dihumban ke sungai oleh gajah". Haha..ye..memang ada. Pengunjung hanya perlu naik ke atas gajah, then gajah tu jalan 2 -3 langkah, terus dia humban orang atas dia tu ke dalam sungai. Cara gajah tu humban,dia (gajah) akan jatuhkan badan dia secara mengejut, kenonon macam terpeleot la. Wehuuu. Nampak macam menarik kan.




Tengok tu, punyalah asyik diorang memandikan anak2 gajah tu. Tourist lagi lah, siap pakai bikini lagi tau. Aww..so sexyy. Aku rasa lelaki2 yang tengok tu pun bukan fokus kepada anak gajah yang dimandikan, lebih fokus kepada awek2 mat salleh yang pakai bikini tu. Cuci2 mata ;p Aku pun memula agak eksaited nak join mandikan gajah ni, sekali tengok ada sekor anak gajah ni beraks dan najisnya terapung2 dalam sungai terus CANCEL!! Geliks laaa.Huhu. Pukul 3 lebih camtu kami pun pulang sebab kena cepat2, nak buat satu lagi aktiviti lepastu. Yeayy~



Dari kiri: 
 Keri yang bawak perdana exec laju gila siap buat lap leper lagi, 
Cembam a.k.a Najwa,wife Hemy yang pendiam..hehe 
Hemy yang automaticly jadik agak pendiam
 jugak sebab bini dia ada. Dia kena behave.Hahaha
Kak Masy dan Kak Aima yang comel momel
Memuahhh!




Balik semula ke rumah Wafa,kemas2 bag, pukul 5 terus pulang. Tapiiii..sebelum pulang kami singgah ke Bukit Tinggi dulu. Hoho. Seronokkkk!!! First time pergi kat Bukit Tinggi nih. Bak kata kak Masy, tak dapat pergi France, pergi France yang imitation pun jadilah. Lol. Apa lagi, dah sampai tempat cantik, haruslah aktiviti bergambar dijalankan ;) Sayangnya encek tunang takde, kalau tak mesti dah boleh buat pre wed photoshoot ;) Maceh tak terhingga kat Keri & Hemy selaku menjadik photographernya.Almaklumlah, mereka dua je yang ada kamera canggih ;p Nah, layan pic2 maveles hasil tangkapan mereka ye.Super2 cantik!!Haa..kali ni baru betul2 let the picture tell the story, aku dah ponek nak menaipnya. Enjoy the pic ok.Hee..










Ok, cukup la tu ye..letak lagi banyak gambar kang berpinar pulak mata anda semua. So, itulah aktiviti kami sepanjang 14-15/2. Menghabiskan masa bersama geng memuah tersayang. Pada sesiapa yang tak tahu, gelaran geng memuah ni dibagi oleh Hemy untuk blogger2 yang rapat dengan dia. Tak tahulah macam mana, dari kawan biasa2 je, sekarang kami jadik close together.We are more like brother & sister. Chemistry kami kuat kot ;) Macam tak sangka je kan, dari dunia alam maya ni, kita boleh jumpa kawan yang betul2 kawan ;). Kepada Kak Masy, Kak Aima, Wafa, Keri & Hemy, maceh banyaaaaaak2 untuk trip yang best ni. Untuk Kak Zona, Jard & Bella jangan tak join pulak Memuah trip pergi Penang Jun nanti hokey (eh, kak Zona memanglah wajib join kan.Hehe). Kita kasi gegarrrrr Penang nanti! Weehuuu ;) Sayang kamu2 semua. Memuah~






P/s: Fuuhh..lega..takde pending entry pasal Lanchang dah ;)


6 comments:

Masy said...

wiihuuuuuuuuuu!!!!~ tu laaa kan? padahal kenal dlm blog je. we're just lucky to know each other yg x reti menipu dlm hal kawan2 ni hahahahahahahhahaah!!

jaga2 penang, kitorang gempur sane pulak!!! miahahaahhha

Aima Othman said...

i like!! yeah..dh jadik mcm kakak abang adik plak..adik bungsu mestilah keri yg manje2 gitew..hhahaha

owh..i ade entry lanchang yg pending.hhuhuhuhu

Erina Asmawani said...

Masy:
kan kak..macam magic je kite semua ni..the magic of freindship ;)
Yeahhhh! Penanggg..jaga2..hehe

Aim-a:
memanglah kak aima, si bongsu mmglah si keri yg spoil tu..haha..

cepat buat kak ;)

Aima Othman said...

dah buat dah.check it out!!hihihi

pRincESs_N said...

sonoknyerr yunk jenjalan...kek coklat tu menggugat imanku..

k.e.r.i. said...

geram gila aku tengok bear yang kita peluk tu.
wuuwuu~









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015