Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Resepi Bubur Ayam McD

Siapa2 yang suka sangat makan bubur ayam mekdi macam saya ni boleh lah mencubanya. Resepi yang sangat simple dan sedap! Lagi sedap dari bubur ayam mekdi rasanya .Terima kasih kat Wafa untuk resepi ni :D

1 cup beras + 5 cup air + 1 inci halia yang dicincang halus.
Rebuskan sampai beras kembang.
Ni makan untuk 2 orang (sekali tambah :D)


Bila beras dah kembang, masukkan 3 sudu stok ayam pekat Maggi dan hirisan2 ayam. Adjust2 la kemasinan nya.Nak rebus ayam tu dulu boleh, nak masukkan mentah2 pun boleh. Saya rebuskan ayam & hiris2 dulu. Extra ayam! :D


Siapp!
 Masa nak makan boleh tabur daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan. Saya tak suka semua tu jadi gantikan ngan daun sup. Hasilnya memang sedap! Sebab banyak ayam dan memang ala2 bubur McD tu. Selamat mencuba! :D 

Oh oh..semalam first time makan Cadbury Crunchie nih.Sedapnyaaaa! Dahla hantu Cadbury Dairy Milk, hantu cruchie jugak, bila dua2 bergabung, meletup! Nikmat tak terkata..suka suka! Tapi kat sini takde pon nampak coklat nih.Nak kena carik kat Langkawi gak nih beli (ingat Langkawi tu dekat).Hehehe. Ingat lagi dulu masa zaman duk hostel, coklat & crunchie adalah stok makanan wajib dalam locker ok.Walaupun crunchie ni manis tapi suka gak makan sebab keras bila nak menggigit tu tapi cair dalam mulut. I loike crunchie!



 with golden hokey pokey honeycomb pieces :D


Semalam jugak first time makan flaming crunch kepsi nih (banyak betul ko makan). Dalam iklan punyalah nampak sedap,sekali dah makan.Hampa!! Indah khabar dari rupa. Pedas memang pedas tapi macam ada rasa rempah pelik2 sikit. Ntah. Ke mulut saya je rasa macam tu.Kepsi original ngan ayam goreng spicy mekdi jugak tetap terbaek. Isk. Kes pengaruh iklan la ni.

Hampa2 pun tetap la abis jugak kepsi ni. Ate, dah rezeki..tak baik dibuang2 ye dok :)

Haa..tajuk bubur mekdi, diakhiri dengan ayam kepsi. Sekian.


Thursday, January 19, 2012

Baked macaroni & cheese ;)

Sejak akhir2 ni rajin pula memasak. Teringin nak makan itu ini, tapi yang masak sendiri. Takmo yang beli2. Adakah ini sejenis mengidam jugak? Hoho.Jadinya hari2 gigih menggoogle resepi. Kali ni nak share resepi baked macaroni & cheese pula. Pertama kali buat. Thanks to kak Nannie for the recipe ;) Saya memang ikut bulat2 resepi dia.(Mintak izin copy & paste resepi ye kak Nannie) :D

Bahan-bahannya:


300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese mozarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa

Mixed vegetable (ikut suka banyak mana, saya letak sikit je.Hee)

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

Cara memasak :


1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.

2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi bersama2 mixed vege dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.



Makaroni yang dah siap di masak :)

3. Bila dah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

Saya pakai mozarella cheese ;)

4. Masukkan macaroni yang dah siap tadi kedalam bekas pembakar. Taburkan cheese di atasnya. Bakar dalam suhu 180 C selama 40 minit atau sampai keju bertukar ke warna golden brown . Dan hasilnya.. 



Tadaaaa! Siap!
Menggiurkan? Silalah mencuba..memang sedap ;)


P/s: Portion ni sesuai untuk 3-4 orang. Sangat banyak ;)


Tuesday, January 17, 2012

Sardine puff home-made ;)

Semalam petang telah berjaya membuat sardine puff. Iye..rajin ok membuat, bukan beli punya. Aura rajin tetiba datang dah. Memang senang, simple dan yang penting sedap! Nak tahu resepi sardine puff yang senang & sedap ni...jeng jeng jeng..

Bahan utama: Puff pastry jenama Kawan
10 pcs = RM5 sahaja dekat Carefour

Dengan adanya puff pastry ready made ni, tak payah susah payah nak uli2 puff pastry lagi ;)

Dan bahan seterusnya ialah sardin dan sebiji telur.

Sardin tu saya masak dulu, setengah orang lenyek2 je. Ikut selera masing2. Telur tu untuk buat sapu atas puff biar kuning keemasan nanti ;)

Sebelum letakkan inti sardine, hiris2 dulu puff pastry macam kat bawah ni.Separuh je tau, jangan hiris penuh pulak nanti bocor intinya. Hehe



Dan lepas dah letakkan inti, tutup tepi2 puff tu pakai garfu. Nak lekatkan pakai telur atau air pun boleh ;)



Susun comey2 atas tray (sapukan sikit butter atas tray tu nak elak melekat) dan jangan lupa sapukan telur atas puff.



Bakar dengan suhu 190-195c selama 20-25 minit. Dan hasilnya...

Tadaaaa! 

Simple & senang je kan nak membuatnya.Hidang pulak dengan air teh o panas. Uiii..sedapnya!

Inilah resepi dan cara2 membuat sardine puff yang simple. Yums!
Selamat mencuba! ;)



Tuesday, November 22, 2011

Teh Garam??



Alkisah pada satu malam yang aman damai ni, encek hubby tengah kusyuk baca buku diari hamil. Baca perkembangan bayi dari minggu ke minggu sambil senyum sorang2 (entah apa yg dia seronok sangat baca tu kan..hehe) sampailah ke bab persediaan berpantang. Saya tengok dia kusyuk baca 1 resepi ni. Tanya dia " Nanti masa unny dalam pantang, sayang nak masak kan?"." InsyaAllah, boleh" encek hubby jawab. Alololo..tomeynye! Pastu dia sambung balik kusyuk baca resepi tu. Sekali tetiba encek hubby tanya " Sayang, teh garam tu apa??" sambil kerut2 kening. Haaa..teh garam? Ape tu?Saya pun baru festime dengar. "Mana sayang? Mana yang tulis teh garam tu". "Niiii.." encek hubby tunjuk.







1/2 sudu teh garam.

Encek hubby ingat 1/2 sudu "teh garam". Hoho. Sakit perut ketawa. Adoyai suami ku..comel sungguh!


Tuesday, August 16, 2011

Apam polka dot jadi pelangi ;)

Haritu sempat belajar buat apam mini polka dot dari kakak kesayangan, rupanya senang amat je buat nya. Oh, kakak kesayangan saya ni memang hebat bab2 buat kek, muffin, segala coklat ni. Di hujung jari beliau je. Resepi apam mini ni beliau ambik kat My Resepi ni je. Sebijik2.Jadi, untuk sesiapa yang nak try, klik je link My Resepi tu ok ;) InsyaAllah, jadi.

Dah siap buat adunannya, asingkan dalam mangkuk2 kecik untuk bubuh pewarna kesukaan.




Untuk hasil kerja yang lebih cantik & mudah, bubuh adunan tu dalam piping bag. Senang! Picit2 je 




Ini ialah apam polka dot versi belum masak.



Bila dah masak, harus menggebu begini. Kalau tak gebu mungkin disebabkan masa pukul telur tu tak lama, jadi telur tak kembang.

Si comel2 telur dinosor ;)

Tapi disebabkan saya dah bosan buat polka dot ni, saya buat corak lain pulak. Corak pelangi !!


Hoho. Comel bukan?

Lepas ni nak try buat corak ladybird macam ni. Serius comel, dahla gebu sangat!

Si comel2 ladybird! Kredit to Kak Ila

Sangat comel untuk dihidang masa Hari Raya nanti. Cubalah ;)


P/s: Haritu ada someone email tanya no telefon Abg Man pelamin,masa nak reply tertekan button delete pulak, jadinya..tak dapat nak reply. Huhu. Btw,kepada yg bertanya tu..ni no Abg Man tu ok (0192000798) ^_^

Tuesday, June 28, 2011

Main masak2 mini pizza ;)

Malam tadi adalah sesi main masak2 bersama encek hubby. Hoho. Masak mini pizza yang amat sempoi tapi sedap. Thanks to Puan Arie for the recipe.Anda2 pun boleh cuba, semudah 123 je.


Meh kita tengok bahan2 dan cara membuatnya:


Bahan2 nya ialah,hotdog, cendawan butang dan cheese yang dipotong2 kecil. Semalam saya guna Kraft Singles cheese je. Hehe.Sos spagetti. Tak kira apa2 brand pun.Oh ye, roti burger jangan lupa ye ;)




Belah 2 roti burger tersebut, sapukan planta diatasnya, kemudian bubuh sos spagetti ikut citarasa anda.Saya suka bubuh lebih biar rasa masam2 gitu.



Kemudian, bubuh la hotdog, cendawan & cheese diatasnya. Hias ikut sukahati. Dah macam main game pizza frenzy je ni.Haha. Oh ye, bak kata Puan Arie, untuk bau yang lebih sedap, taburkan dried oregano di atasnya.


Encik hubby membuat mini pizza extra cheese nya ;D


Bakar didalam oven lebih kurang 8-10 minit.


Tadaaaa!! Mini pizza yang telah siap!

Perasan tak cheese tu macam tak berapa cair? Mungkin kalau pakai mozarella cheese baru cair kot kan.Yang penting rasanya memang sedap sangat . Keluar dari oven je terus ngap! Roti bawah tu rangup2 je dan isi di atasnya pulak panas2 dan bila bercampur dengan cheese,walahhh! Memang perfecto!Kesedapan sangatlah adoinya pun!! Hoho.Sila lah mencuba ye kalian semua! :)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015