Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label baby checkup. Show all posts
Showing posts with label baby checkup. Show all posts

Friday, April 05, 2013

Update sempoi :)


 Ni minggu minggu lepas punya cerita. Kita bagi lum sum cerita semua dalam entry kali ni :)

Tarikh:  22.3.2012, Isnin
Tempat: Klinik Kesihatan Sg Mati, Ledang, Muar

Bestnya la hai KK dekat kampung, tak ramai orang langsung. Cepat je settle semua. Aqil jab MMR. Alhamdulillah semua ok. Berat 10.3 kg, turun 100g dari last check up. Last checkup dia masa umur 9 bulan. Nurse tanya kenapa boleh turun beratnya. Explain dekat dia Aqil ada kena muntah2 & cirit birit sebelum ni. Tinggi 79 cm, tambah 10 cm dari last check up. Meninggi dengan sihat anak mama nih. Jab MMR ni kat lengan rupanya, mama punyalah semangat bukakkan seluar Aqil, sekali nurse kata kat lengan. Ooo..kanak2 kecik dah tak cucuk kat peha lagi mama :)



Terjumpa baju melayu budak dekat bazar area Muar. Saiz 1 tahun. Comeyyy sangat! Sepasang RM25, beli 2 pasang RM40. Terus lah beli. Material kain dia sangat best, sejuk. Berbaloi sangat dengan harganya. Pakaikan kat Aqil, tangan labuh sikit, seluar pun labuh sikit. Takpelah, by the time hari raya nanti sedang elok lah kat badan Aqil. Tema kami tahun ni dark blue & tangerine :)


Tarikh 23.2.2013, Selasa
Tempat: JKids, Paradigm Mall

Esoknya bawak Aqil main2 dekat sini, JKids. Entry fee RM20. Seronok nye la hai Aqil kalau dapat masuk indoor playground ni. Perasan tak sekarang ni banyak dah indoor playground ni kan, tumbuh bagaikan cendawan. Tapi bagus tempat2 gini, anak boleh main2, mengembangkan minda. Tak panas. Tapi JKids ni tak se happening Kids e World (KeW) lah, KEW sangat best. Plus free for those babies yang tak boleh jalan lagi. Which is SANGAT berbaloi2. Hehehe

Aqil paling suka balloon room ni. Dia punya eksaited nengok belon2 tu berterbangan, macam dia pun nak terbang sekali tangkap belon2 tu.

Mama paling suka naik slide ni. Weeeee. Eh, mama pulak suka.Over tau mama ni.  Suka Aqil naik slide sampai ternganga2 mulut.Repeat 5-6 kali jugak naik side ni. Semput mama dibuatnya. Fiuhhh. Takpe, demi mu anak.


Kapten Aqil. Ready to sail :)

Kemudian, dinner kat Seoul Garden pula kita.Nyummmm!
Berjumpa dengan Memuah kesayangan. Lama tak jumpa diorang :)
Aqil melepaskan rindu kat acik Keri dia.

Lagi nak cerita ape eh?? Oh ye la..Aqil nak bagitau dia dah ada beg sekarang.

Beg Pororo! Comey kan. Sesuai je dia pakai. Tak besar sangat, tak kecit sangat. Nak gi jejalan boleh buh biskut ke diaper ke dalam beg tu. Beli dekat mana?? Semestinya di Little Intan. RM40 sahaja termasuk postage.Sila terjah Little Intan untuk banyakkkk lagi barang2 baby yang  best.

Oklah, selamat hari Jumaat semua. Semoga kita mendapat keberkatan di hari yang mulia ini. Bye :)


Thursday, August 30, 2012

Aqil Hamzah 6 bulan :)

Alhamdulillah. Dah 6 bulan anak mama ni. Syukur. Semalam ke klinik untuk monthly checkup.Macam biasa prosedur ukur panjang dan berat dia dulu sebelum kena jab Hep. B dos ketiga.


Biasalah, klinik takde orang..posing2 tangkap gambar dulu dengan ayah. Tihihihi
Masa kena jab punyalah nangis menjerit dia, saspen kejap mama.Rupanya nurse kata dos ketiga ni memang pekat sikit. Huhu. Tapi syukur Aqil tak demam. Memang nurse pun cakap jab yang ni baby tak demam.


Aqil si gubab mama ni berat sekarang dah 9.5kg. Panjang mantain 68cm. Alhamdulillah :) 

Makan pun berselera je dia. So far dah bagi dia blended nasi campur dengan ikan bilis dan jugak blended nasi campur kentang. Nyumm! Memang dia tak tolak la..menganga je.Tunngu 4 hari baru tukar menu lain. Kekadang macam tak sabarrr je nak tunggu 4 hari tu, nak cepat2 je bagi menu baru kat Aqil. Tapi 4 days rule ni penting sebenarnya untuk baby yg baru nak makan blended ni sebab nak tengok sesuai ke tidak menu tu ngan penghadaman dia. Alhamdulillah Aqil takde masalah poo poo lagi. Memang lancar je. Nak2 dah makan macam2 ni kan, memang sebakul la poo poo dia sampai terbobos2 (bocor) diaper. Kentut pun dah "wangi" semacam sekarang. Kekadang ingat dia poo poo, sekali check takde pun. Kentut je.Huahuahua. Cerelac beras merah tetap bagi petang2, selang selikan dengan biskut Farley's rusks tu. Kalau harini cerelac, esok biskut sedap tu pulak. Tapi biskut Farley's tu maniss sangat kan, patutlah Aqil suka. Mama dia pun suka :P. Lepasni nak kurangkan la bagi biskut Farley ni, nak bagi puree buah petang2. Lagi sedap ye dok? :D

Perkembangan Aqil sekarang dah pandai macam2.Tangan dah pantas je..semua nak pegang, semua nak tarik, nak cubit, nak tampar, nak tepuk, nak raba.Habit sekarang kalau tengah menyusu tangan dia pun sibuk nak beraba2. Raba ketiak mama la, raba perut la, kekadang tu dicubit2nya perut kita. Agaknya syok kan sebab kenyal2 berlemak gitu. Huhu.Kalau tukar diaper, tangan dia lajuuu je nak mencapai bebird dia. Kalau dah dapat ditarik2 nye pulak. Hahaha. Lucu betul keletah awak ni Aqil.Pernah sekali tu ayah dia tengah breakfast, Aqil ngan mama dia ni duduk sebelah. Aqil geramm je tengok ayah dia makan, sepantas kilat dia capai kertas bungkus mihun ayah dia tu. Mujur tak terburai ke lantai. Memang cepat je tangan dia sekarang.Lepastu dah pandai genggam tangan pastu bukak (pak cekur udang gamit).Meniarap masil malu2 lagi. Hehehe.Duduk dah lama (tetap kena jaga2 jugak, bubuh bantal keliling dia).Dalam walker dah pandai gerak2..tapi kebelakang je la. Gerak ke depan belum lagi.



Mandi memang tetap feveret dia. Pecinta air punya baby.Hydrophilic!  :D

Aqil dah 6 bulan maka mamanya pun dah dapat Diploma of Breastfeeding :D Syukur..masih menyusukan Aqil secara ekslusif lagi. Masih ada rezeki Aqil Hamzah. InsyaAllah akan teruskan sampai ke tahap PHD. tak dapat jadik prof betul, jadik prof of breastfeeding pun ok la kan. Yang penting niat dan usaha. Kena yakin dengan diri sendiri :D



P/s: Tak sabar nak try resepi2 dari buku yang Amal share kan. Thank u so much mommy Shaheem. Sharing is caring :D







Tuesday, July 24, 2012

Aqil Hamzah 5 bulan :)

Alhamdulillah. Dah 5 bulan dah Aqil.Memang terasa sangat kejap masa berlalu. Huhuhu. Kejap je terasa anak mama ni dah besar.Semalam ke klinik desa, tempat biasa untuk monthly checkup Aqil. Berat terkini 8.9kg, panjang 68cm.Syukur. Masa cucuk rilek je tak nangis.Nurse check perut dia semua,ok takde masalah. Aqil pulak peramah bukan main semalam.Nak borak2 je dengan nurse. 

Antara perkembangan Aqil sekarang ialah sangat aktif mengiring. Kekadang je terlangkup meniarap tapi still tak dapat nak adjust tangan sebelah yang terhempap bila meniarap tu. Mama yang tolong betulkan tangan dia. Lepastu, kalau dapat meniarap mula lah nak angkat2 montot, menonggeng.Tak taulah style meniarap apa tu.Hehe.Tangan dah pandai capai2 mainan.Capai2 masuk ke mulut.Tarik rambut, tudung, baju mama, tarik janggut ayah dia pun dah advance. Air liur jangan cakap..berlemuih je baju semua.Dah pandai menyembur2.Pandai berlakon jugak..kalau baring merengek2 nangis manja2, bila angkat senyum kemain. Baringkan balik mula merengek balik. Hehehe. Banyak akal dah ni. Bila tengok orang makan pulak..tenungggg je lepastu mulut dia pun ikut mengunyah sekali. Ololololo..kesian sangat tengok. Tapi kekadang bagi jugak dia rasa sikitttttt, lepastu mesti dia buat muka teruja macam nak lagi :D Hohoho. No sayang..nanti masa raya baru leh makan ye. Masa tu dah 6 bulan Yeayy! Lagi satu, Aqil ada habit baru. Kalau masa menyusu, tangan kanan dia akan tepuk2 rambut dia sendiri sampailah dia tertido.Mungkin tu cara dia popok diri sendiri agaknya. Tak pun menikmati enaknya susu sambil tangan tepuk2 rambut sebab teruja melampau. Hahaha.Comel la haiii perangai kamu ni anak. 


 Isap ibu jari. Tandanya dah ngantuk. 


Buat muka comel kesian dekat ayah dengan harapan ayah belikan swing ni ;p


Perkembangan mama Aqil pulak. Sedang bersedia fizikal,mental & emosi untuk menghadapi masa akan datang (tetiba ayat novel). Harapnya semuanya berjalan lancarlah hendaknya. Nevesss! Lepastu rambut sekarang gugur bagaikan dedaun di musim luruh. Kalau lepas mandi taknak tengok lubang air tu sebab takut tengok rambut2 gugur yang berkumpul. Huhuhu. Rambut ni dah lah jenis nipis, semakin menipis. Siap tanya encek hubby "Kalau saya botak,sayang lagi tak?". Sayanggg..cintaaaa sangat katanya.Ok, terus tak risau2 dah. Hehehe. Perubahan hormon. Semua ibu2 lepas bersalin komfem alami masalah yang sama jugak kan ;)

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan dah. Teringat Ramdahan tahun lepas,tengah preggy 2 bulan, fasa mabuk2 yang kronik. Tapi berjaya jugak berpuasa. 2 hari je tak puasa sebab tak larat. Masa tu encek hubby yang bangun pagi gigih sediakan sahur semua. Terharu betul kalau ingat balik.Kali ni saya pula yang sediakan sahur untuk dia (dah memang tugas isteri kan.Hehehe). Pagi tadi masa kami tengah bersahur, Aqil pun bangun jugak nak bersahur. Potpetpotpet mulut dia bercerita.Lepastu tetiba tertido sendiri. Hehehe.Oklah, selamat menjalani ibadah berpuasa semua. Semoga kita diberkati olehNya. Jom kumpul banyak2 pahala :)

Friday, June 29, 2012

Aqil Hamzah 4 bulan :)

Semalam monthly checkup Aqil yang ke 4 bulan. Measure tinggi dengan berat je, takde cucuk. Alhamdulillah..sihat anak mama nih. Kami buat checkup dekat klinik berdekatan je.Ate..duduk Lembah Beringan yang aman damai dan tenang dari segala kesibukan ni kan, klinik desa lah paling dekat dengan kami. Tak kisah lah klinik bandar ke klinik desa ke yang penting kelengkapan klinik tu semua cukup dan kami suka sebenanrnya pergi klinik desa ni sebabnya:
1) Tak ramai orang, serius lengang je tiap kali kami datang.
2) Kerja jadi cepat sebab tak lama menunggu, jadi encek suami tak payah amik cuti.Time off je. 
3)Nursenya punyalah baik. Friendly & very informative!.Memang berbeza lah dengan nurse2 kat klinik kerajaan yang ramai patient sampai kekadang nak senyum pun tak sempat. Huhuhu
4) Boleh buat macam klinik sendiri. Eh :p


Berat: 8.3kg. Panjang 65cm.
Amboih..siap posing lagi kamu atas penimbang tu ye Aqil. ;p
Kaki siap terangkat2..tak muat dah.Hehehe
Mama cuak je time ni takut dia shiuuuuu..mengeluarkan air pancut keemasan dia tu.Mujur tak :D

Masa nurse plot graf, berat Aqil dah masuk zon oren which is slightly overweight. Mama nya dah saspen. Nurse cakap jangan risau, kalau baby fully breastfeeding, berat dia naik banyak pun tak perlu risau.Sebab kalau macam Aqil ni dia besar sebab ikut mama & ayah dia yang besar. Yang penting dia sihat. Tapi lepas nurse dah kira BMI Aqil, ok. Still dalam range normal. Sebab Aqil panjang,jadi sesuailah dengan berat dia. Hoyeahh! Alhamdullilah :D

Nurse tanya ada amik atau makan apa2 untuk perancangan keluarga. Saya jawab belum lagi. Dia pun suggestkan lah pil dan alat2 yang sesuai. Dia cakap biasanya orang tak nak amik pil hormon sebab takut gemuk (sayalah tu.ngeee).Sebenarnya bergantung dengan badan orang tu sendiri.Ada yang makan pil ni badan dia still mantain. Dia cakap lagi,tapi kalau tak nak pakai apa2 pun boleh, merancang secara semualajadi. Yang penting confident! :) I like..bagus nurse nih.Pastu saya tanya lagi..kalau czer memang kena jarak anak 2 tahun ke nurse, macam mana kalau terrrrr mengandung lagi sebelum 2 tahun? Nurse kata sekarang ni tak kisah kalau nak pregnant awal sebelum 2 tahun pun, sebab tengok individu tu,kalau rahim dia dah sihat,luka ok,tak menjadi masalah. Yang risikonya tu bila luka dalam still tak sembuh lagi dan mengandung takut makin lama baby makin besar dalam kandungan,bleeding dan paling ditakutkan uterus ruptured.*Gulp! Telan air liur jap. Saspen!* Aqil, mintak adik lepas 2 tahun ye sayang,jangan mintak awal2 sangat. Hehehe


Klinik takde orang, sempat lagi tangkap gambar family.
Kan dah terbuat macam klinik sendiri. Hehehe ;p

Lepas dah selesai semua, balik tu ayah Aqil belanja makan pizza hut. Yeayyy!

 Haruslah try pizza stik baru tu kan. *kes terpengaruh iklan lagi*
Seriously pizza ni sangat sedap! Terasa stik ayam ngan sos bbq nya.
Macam ni lah baru indah rupa semacam iklannya (pribahasa baru)


 Ini adalah wajib ;)


Try dessert baru ni jugak. Homemade cookies with ice cream. Selalu order volcano je. Yang ni pun sedapppp! Hingga menjilat2 sudu.Eh, saya tak berani nak makan sejuk2 lagi (sebab bf kan),ice cream tu pun makan sesudu je,lepastu tunggu cair baru makan. Hehehe

Oklah, selamat hari Jumaat semua. Selamat bergumbira bersama keluarga di hari minggu :)

Monday, May 28, 2012

Aqil Hamzah 3 bulan ;)


Baru balik dari klinik, Aqil 3 months check up. Berat terkini Aqil 7.6kg,panjang 64cm.Alhamdulillah..sihat anak mama ni. Semoga terus sihat dan membesar dengan bijak dan aktif ye sayang :)

P/s: Kena cucuk tak nangis pun tau, hero nih! :D

Monday, April 09, 2012

Perkembangan Aqil Hamzah

128 Mac lepas, Aqil first month checkup. Disebabkan mamanya ni masih lagi berpantang di kampung Muar,jadi checkup Aqil dekat klinik kesihatan (KK) area kampung ni je la. Pengalaman ke KK dekat kawasan memang sangat2 berbeza dengan KK dekat Shah Alam sana tu (or mana2 bandar2 lah) sebabnya dekat KK kawasan kampung ni dahlah nurse2 sangat friendly, dan yang penting sekali sangat lengang. Takde ramai ibu2 duduk bersusun2. Seriously lengang.Memang best sungguh kalau ibu2 mengandung buat monthly checkup kat KK ni, tak payah tunggu lama2 sampai kebas2 montot.

Ditemani mama tersayang. Aqil tido dengan nyenyaknya.Baik budi tak banyak kerenah ;)

Nak tengok betapa lengangnya KK ni?



Haaa..kerusi semua kosong. Mama siap duduk kat sofa sambil tengok cerita Nora Elena lagi. Hehe

Alhamdullilah, perkembangan Aqil dan mamanya sihat. Luka mama dah sembuh sepenuhnya.Blood pressure, hb, urine, berat badan semua ok. Aqil pun membesar dengan sihat, berat bertambah 1.6kg dan panjangnya bertambah 7cm :) Talipusat bersih. Aktif. Dan masa nurse bagi injection kat Aqil pun dia nangis kejap je,sebelum tu dia tido, lepas kena injection..uwekk uwekk nangis, lepastu sambung tido balik. Boleh? Mama dia yang cuak lelebih. Hehe

Sekarang kalau buat monthly checkup kena bawa 2 buku.

Yang biru tu Aqil Hamzah punya :). Yang merah tu mama punya, pakai buku merah yang lama tu (masa mengandung.

Bercerita pasal perkembangan Aqil Hamzah, dia sekarang dah mula nampak (lebih fokus).Kalau sebelum ni pemandangan dia tak berapa fokus lagi, sekarang kalau mama dia agah ke sesiapa agah ke dia dah pandai senyum2. Dah pandai tengok kamera, memang macam mama dia suka kamera. Haha.Mulut pun dah keluar macam2 bunyi. Comey2 ;)

Si mata bulat :)


Suka ketawa2 ;)


Kalau letak kat bouncer, leka je dia tengok tv, kekadang sampai tertido sendiri :)


Tido paling lena atas peha mama dia, kalau angkat je pindah ke tilam terus bangun. Memang magic!

Paling suka bila mandi, excited kaki menendang2. Tapi kalau lepas mandi, lambat sikit pakaikan baju, mulalah dia menjerit sakan. Sejukk!. Minum susu pun makin banyak, sekarang dah 3oz sekali minum. Bangun malam pun dah kurang sekarang ni, tak selalu macam dia baru2 lahir dulu.Sebulan lebih, banyak perkembangan Aqil. Gembira hati bila tengok perkembangan dia. Seronok sangat. Hilang segala penat, ngantuk tak cukup tido segala bila tengok dia senyum2. Eyy..geram! Inilah kelebihan anak kan,penyejuk hati ;)



P/s: Dan hari ini dah 47 hari usia Aqil, mama pun dah habis pantang. Yeayy! Sepanjang tempoh berpantang berjaya hapuskan 16kg lemak2 degil :)

Tuesday, November 29, 2011

Checkup 26 minggu.



Harini telah berjaya pergi buat monthly checkup seorang diri tanpa ditemani encek hubby. Hoyeah! Bangga pada diri sendiri kerana berjaya menjadi seorang mama-to-be yang berdikari.Haha (orang lain pun pergi sorang2 la ;p). Kesian pulak encek hubby nak kena selalu amik cuti.Dahla sekarang tengah hujung tahun,jadinya kerja banyak di ofis nun.Kalau checkup swasta memang dia amik cuti, sebab boleh scan & dia pun boleh masuk sekali. Tapi kalau klinik kerajaan, kesian tengok para2 suami. Dah la kena menunggu lama,pastu takde scan pulak.Ciannya.Jadinya saya amik keputusan untuk pergi seorang diri je.Lagipun si khalifah kecil mama ni kan ada (gosok2 perut :D).

Pagi tadi seawal jam 8 pagi saya dah gigih keluar rumah nak ke klinik. Tapi sampai je kat sana..Ya Allah, ingatkan saya lah paling awal, rupanya ramaiiiii lagi yang datang lagi awal. Penuh klinik! Sampai takde seat. Bayangkan klinik kesihatan yang sebesar2 alam tu sampai takde seat. Uhuk huk.Demi kesayangan mama, diteruskan jugaklah agenda, amik nombor dan berdiri kat tepi2 dinding sementara tunggu nombor giliran. Bila nampak je orang bangun, cepat2 duduk kat seat tu. Fiuhh..lega!


Menunggu punya lama sampai kenyok2 kertas.

Dah lega dapat seat..tunggu punya tunggu, apesal nama saya tak dipanggil2 nurse ni. Sabar. Dah 1 jam, tak panggil2 jugak. Duduk mula tak selesa, sakit pinggang,tangan semua dah kebas. Bangun kejap regang2kan badan.Nak mengeluh pun tak baik, lagipun klinik kerajaan kan, dah la free, bersabar je la bayaran yang kita boleh bagi.Akhirnya sampai jugak giliran saya.Amik berat. Berat terkini 73.8kg (mantop bukan? Haha).Alhamdullilah sihat, takde masalah dengan berat badan.Naik secara normal. Lepastu amik BP, urine segala. Alhamdullilah, semuanya pun ok. Kena injection kancing gigi untuk kali kedua jugak tadi. Tak sesakit macam festime kena dulu la. Akhirnyaaa..setelah 3 jam lebih dalam klinik tu, settled semua!! Boleh balik dah. Wehuuu! Lenguh dah kaki2 ni.Perut pun memang sangat lapar!

Balik tu terus ke Secret Recipe, Ole-Ole untuk membelanja makan diri sendiri ini. Oh,I'm sooo in love with SR mee curry! Sedap tak terperi yo. Dahla portion besar! Sedappnyaa! Sekarang tak kesah pergi makan sorang2 pun sebabnya si khalifah kecil kan ada, dialah peneman setia mama ke mana2 jua sekarang. Sayanggg dia nih! (gosok2 perut..lagi :D)


Nyam nyam. Alhamdulilah. Kenyang ;)

Bila dah kenyang, pusing2 dekat kedai baby sebelah SR tu kejap, niat di hati nak cuci2 mata je tapi mana boleh tahan, mestilah tercuci poket sekali.Wihiihi. I bought some cute baby stuff :D

Terbeli topi baby comel, kasut baby comel & toiletries set Anakku. Ingat taknak beli toiletries lagi tapi sebabkan nak bekas bertutup tu, terus beli. Boleh macam gitu? Haha. Macam kan takde jual dah je nanti.

Balik tu terus simpan dalam bakul khas untuk barang2 baby.Kasi sumbat semua2 je dalam tu.Semua ada, dari towel, baju2 sampaikan hanger kecik pun bubuh dalam tu. Senang tak sepah2 dah.Nanti nak basuh baju2 tu semua baru keluarkan balik. Sekarang ni misi membeli & mengumpul dulu barang2 si comel :D

Almost full! Maksudnya udah2 la tu beli barang baby. Beli barang untuk mamanya pulak lah lepas ni. Set berpantang semua tu. Ngee..baiklah!(nasihat diri sendiri).

Simpan dalam picnic basket je pun. Hoho.Tapi senang nak bawak pergi mana2 nanti. Masukkan je semua barang baby dalam ni.Tak payah bawak beg2 dah :) Penat buat checkup tadi terus hilang bila tengok barang2 si kecil ni.Alahaiii anak mama, membesar dengan sihat ye sayang ;)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015