Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Wednesday, November 14, 2012

Cuti-cuti Penang :)

Lama dah kami plan nak pergi bercuti ni, dari Aqil 4 bulan lagi rasanya. Tapi encek hubby cakap Aqil kecit lagi nak bawak jejalan jejauh, tunggu dia besar sikit. Ok2.Sekarang Aqil dah 8 bulan setengah, dah big boy, so masa untuk pergi bercuti2!! Wehuuu! Our first family holiday! Destinasi pilihan ialah ke Pulau Pinang.  

Hari Sabtu seawal jam 830 pagi dah bertolak. Aqil dengan mama duduk seat belakang. Aqil duduk dalam carseat. Alhamdulillah, dia takde meragam pun sepanjang perjalanan kami ke sana . Elok je dia duduk dalam tu. Angkat bila dia nak menyusu je.Umpan Aqil dengan macam2 toys.Letak toys yang gantung2 lah, yang bunyik2 lah, yang berlampu2 lah sebab tak nak bagi dia boring. Dah rupa taska bergerak pun ada seat belakang tu. Hahaha

 Jam 12 lebih kami sampai ke jeti Penang. Kami naik feri! :D
 Sonok Aqil tengok laut bergelora masa atas feri tu :)
Kereta kena bayar RM7.70 untuk naik feri.

Masuk pusat bandar kami sesat barat pulak dah. Memasing konfiden je ingat senang nak carik hotel,dah la GPS rosak, sekali ambik ko..berpusing2. Hotel kami kat Tanjung Bungah, punyalah gigih carik sign Tanjung Bungah tak jumpa2, rupanya ikut sign Batu Feringgi. Kihkihkih. Komfiden lebih mama ngan ayah Aqil ni.


Akhirnya pukul 2 lebih kami jumpa jugak hotelnya.
Kami Check in di Rainbow Paradise Beach resort.
Best!! One word to describe the hotel :D
Hotel dibooking di website Booking.com je. RM140+ satu malam, including breakfast. Memang cari hotel yang ada swimming pool & dekat ngan pantai sebab nak bawak Aqil swimming. Hee. Kami ingatkan bilik yg kami book just bilik je, rupanya ialah suite. So memang berbaloi dengan harganya.Worth it.


Dan aktiviti pertama Aqil dalam hotel ialah MANDI!!
Segar2 kan badan.Cian dia penat duk lama dalam kete.
Dan semestinya Aqil terkepak2 eksaited masa mandi dalam tub yang besar tu! 

Petang tu kami tak kemana2. Rehat2. Hilangkan penat. Malam tu kami ke Batu Feringgi nite market. Bersama2 ngan Kak Zona :)


Dekat lobi.Aqil tunggu acik Zona yang tak sampai2 ni. Hee

Sebelum ke nite market, isi perut dulu dekat Khaleel. Femes jugaklah kedai mamak ni dekat Penang. Mama Aqil semestinya makan nasi kandar!! Hohoho. Kalau datang Penang automatik jadik gila nasi kandar sebab kat Penang jelah nak rasa nasi kandar yg bebetul sedap terangkat! Nyum!


Dengan Kak Zona. 
Jejalan nite market, macam biasa..mata semestinya rambang tengok barang2 comel kat sana. 1 jam jugaklah jalan2 kat nite market tu. Tu pun tak jalan sampai hujung. Memang panjang. Kami takdelah memborong sakan, just beli souvenirs untuk family members. Aqil tido je sepanjang kami berjalan2 tu. Good boy :)

Aktiviti esok paginya pulak ialah bawak Aqil ke pantai. First time dia ke pantai. Kaki dia jejak je pasir pantai,tangan terkepak2. Bila ombak lalu kena kaki dia, eksaited!! Kadang2 macam takut2 pun ada jugak maybe sebab airnya sejuk. Aqil sampai sekarang pun still mandi air suam2 lagi.Tapi bila dah lama2 dudukkan dia kat gigi air tu,suka pulak dia. Especially bila ombak datang. Suka kemain siap nak tangkap2 ombak lagi :)

Aqil first introduction to beach :)

Lepastu kami terus ke swimmong pool.Since Aqil dah boleh terima main2 ngan air sejuk masa kat pantai tu, so masa masuk je dia dalam swimimming pool, bertambah suka lah dia.Siap terkodek2 lagi kaki ngan tangan dia. Sekali bila mama dah pakaikan dia neck float..terus dia krik krik krik. Terdiam. Hahaha.Tangan ngan kaki dia stop terkodek2. Mebi dia rasa tak selesa dengan neck float tu. Rasa tercekik kot. Bila bukak, ceria2 balik macam biasa. Main air sengih2. Satu lagi barang yang direject oleh Aqil selepas food feeder.Nampak sangat mama je yg beria2. Hohoho. Tapi comel je bila Aqil pakai neck float ni, badan dia terapung2.

Swimming time! :D
Yang bestnye, lepas Aqil naik dari pool baru teringat yang Aqil tak bukak diaper!! Kahkahkah. Patutlah berat semacam je anak mama masa nak angkat keluar tu. Haaa..memang penuh lah PetPet menyerap air kolam dan air pantai. Jangan risau, diaper bersih tu. Sebelum pergi pantai dah tukar diaper baru :P

Dah mandi2, Aqil dah rehat tido,aktiviti seterusnya kami ke Nasi Kandar Line Clear!! Tekak duk terbayang2 kesedapan nasi kandaq dari bangun tido lagi. Memang the best lah nasi kandar Line Clear ni. Masa kitorang sampai dalam pukul 3 petang macam tu, tuddiaa..baratur panjang sampai ke jalanraya. Tapi gigih jugaklah kami beratur. Tapi service diorang memang laju. Ketiak pun tak sempat nak berpeluh lagi masa beratur tu dah sampai kat tempat order nasik.


Nasi Kak Zona, lauk ikan + telur masin =RM5
Nasi mama Aqil, lauk ayam goreng + sayur = RM7
Nasi ayah Aqil, lauk ayam goreng + sotong + telur ikan = RM22.
Haa..tuddiiaa, ayah Aqil bebetul lepas ngidam makan nasi kandaq!

Sesiapa yang pernah pergi Line Clear ni taulah macam mana sempoinya kedai ni. Masuk2 masa beratur akan jumpa dapur dia dulu. So masa beratur tu nampaklah segala menu yang dorang masak. Kari udang besar2, kari kepala ikan pun besar2. Semualah besar2. Nampak jugak diorang buat air ice lemon tea pakai lemon. Baru betul2 ice lemon tea ni kan. Selalu pakai limau je. Dahla ayam goreng Line clear ni memang terbaikkk!! Masa makan tu, setiap gigitan ayamnya tu terasa kenikmatannya. Nyumm! Balik tu siap tapau lagi ayam gorengnya 3 ketui.Hehehe

Plan asal sebelum ke Line Clear ialah nak ke toy museum, tapi rupanya toy museum dah tutup. Hampa betul kami. So, lepas dah makan, plan nak ke butterfly farm & Gurney Drive pun terpaksa dibatalkan sebab hujan. Tak tahu nak ke mana lagi, kami jalan2 pusing 1 pulau. Mujur Kak Zona ada, dia lah jadik tourist guide kami.Heehe. Dari Padang Kota Lama, ke Georgetown, Bayan Lepas, Balik Pulau, Batu Feringgi. Semua kami lalu. Nampaklah jambatan Pulau Pinang kedua yang still dalam pembinaan tu. 1 jam setengah complete pusing 1 pulau. Kecit comey je Pulau Pinang ni rupanya :)

Esoknya, hari Isnin jam 11 pagi, kami checkout dah. Berakhirlah cuti-cuti Penang kami selama 3 hari 2 malam ni. Serius rasa tak puas. Kalau boleh nak stay lama lagi. Nak gi jejalan banyak tempat lagi.Tapii, takpelah..walaupun masa terasa sangat singkat, kitorang enjoy!! :D

Sebelum balik, haruslah tangkap gambar family dekat bilik hotel yang cantik ittew 

We had a really great time :)


Till then, Bye bye Penang. Aqil nak balik dah. InsyaAllah, panjang umur Aqil datang lagi. Masa tu Aqil mesti dah boleh berjalan, berlari dah.Metacey banyak2 acik Zona sebab bawak Aqil jejalan.Muahhh!!



 P/s: Rupanya toy museum tu bukan tutup, dah berpindah tempat. Huhuhu. Takpelah, takde rejeki.




10 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

Tudiaaa sampai rm22... Memang true makan nasi kandar nih...masa aku gi gurney drive tu memang hujan lebat..tapi sebab stuck dlm jam dgn sesat sempat sampai masa dah reda..punya gigih kan..hahah

CaDLyNN said...

rm22? amboi..
aqil nmpk sgt enjoy! gud boy la dia..

Aty Fared said...

Aty suker gi penang..:-)

Aty pon tnggu qaleef besar sikit br plan nk gi bercuti..br syiok kan..:-)

Masy said...

akak pon aritu lalu je kt area gurney drive tu, mkn kt padang kota. tp x sedap ngak padang kota tu.. sian tourist. hehe

Unknown said...

bestnya bawa aqil jenjalan..kalau kat penang memang wajib makanmkat line clear tu..menu wajib cendol dia..memang kick!! hehehe..

erin said...

bestnya pergi penang, last rin pergi tahun 2006, adik ade je duduk kat penang, tapi sekali pun tak sampai lagi rumah dia. tunggu Aish besar baru seronok nk jalan, kecik2 ni renyah sikit.

Erina Asmawani said...

Bella:
gigih betei ko ni, ngalahkan orang ngidam. Hohoho. Mujurlah dah reda hujan, kalau still hujan lebat tu aku rasa ko tetap redah gak gi beli pasembor tu kan. Hahaha

Lynn:
Kat penang je makan meriah gini. Hehe. Alhamdulillah..memang good boy je dia spanjang kat sana

Erina Asmawani said...

Aty:
Penang syurga makanan..hehe

Betul2.Dah besar sikit senang nak bawak dorang jalan :D

Kak Masy:
Akak makan mi sotong ke? Kitorang macam tak tertarik nak gi ke padang kota lama tu..LC lagi menarik tertarik the bomb! hhoho

Erina Asmawani said...

Izzati:
Ena menu wajib ke LC ialah nasi kandar ayam gorengnyaaa..sedappp!! Oh, cendol pun memang kick! :D

Erin:
Ada family member kat sana lagi syok jejalan. Betul2, tunggu besar sikit baru best jejalan :D

Mr n Mrs Zaidi said...

wahhhh bestnya gi bercuti....dh lme nk gi sne, tp tak tahu bila...last pergi zaman sekolah dlu kot...awal bulan 4 lps ingt nak gi tp mse tu dah sarat sgt kot...huhuhuuh..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015