Mesti semua wanita pernah mengalami masalah ni kan especially mommies yang ada baby.Kalau baby dah pandai menyembur2 tu, jaga2 lah..mesti rambut mamanya akan start gugur. Ni memang masalah biasa yang mommies kena hadapi sebab badan mengalami perubahan hormon lepas bersalin dan membuatkan rambut2 kita gugur dengan banyaknya. Sobs.
Mama Aqil tengah mengalami masalah rambut gugur yang sangat kronik sekarang ni. Memang sangat2 banyakkkkkk rambut yang gugur especially kalau lepas mandi. Memang penuh lah lubang air dekat lantai bilik air tu dengan rambut. Memang sedih sangat tengok keadaan rambut yg semakin hari makin menipis ni. Macam2 jenis shampoo khas untuk masalah rambut gugur ni dah cuba. Dove, Pantene, Rejoice..semua sama je. Tak nampak perubahannya. Rambut tetap gugur dengan jayanya. Kekadang rasa macam takmo syampu rambut je sebab tak sanggup nak tengok rambut gugur..huhu.Tapi 2 hari tak syampu rambut pun dah tak tahannnn sebab kelemumur pulak muncul dengan banyaknya. Gatal gila kulit kepala ni. Ergh!! Masalah berganda. Memula masa rambut ni baru2 gugur macam tak risau sangatlah sebab memang normal lah lepas bersalin rambut gugur,tapiiii..kalau dah kronik sangat ni rasa risau. Takut botak pulak. Huhuhu
Orang kata kalau rambut pendek kurang sikit rambut gugur tapiii..dah serik nak gunting rambut pendek sebab tak sanggup nak tahan rimas, tak boleh ikat. Lagipun encek hubby lagi suka isteri dia ni berambut panjang.Tapi kalau berambut panjang tapi makin menipis..haru jugak tu kan. Huhu T_T. So, ada any sugestion untuk syampoo yang sesuai or any petua ke tips ke untuk atasi masalah rambut gugur yang sangat kronik ni? Please share ok :)
Pasrah T_T
9 comments:
ena masih gugur lagi ke? ada org ckp suh pakai minyak kelapa yg buat sndiri tu.. ciknaa lepas bape bulan dh oke dh.. kalo dulu mmg teruk smpai kene gunting rambut. papa razin bising sbb rambut penuh kt tilam.takut anak die mkn rambut..heeee..
kenkadang org kata bila anak dah pandai menyembur memang rambut mak akan gugur banyak. tak tahu lah itu org tua lah kata.
cer gi Yun Nam nengok..jumpa pakar (hewhewhew) rasa nak lempang tak dgn sharing tips momy cha ni? kuikuikuikuikui!
Hi erina...cube try shampoo bawang...dulu pernah mengalami maslah yg sama disebabkan stress yg melampau..rambut gugur tak hengat sampai nipis gile rambut...then try pakai shampoo bawang yg utk kelemumur..alhamdulillah habis je sebotol...rambut jd lebat, hitam malah mslah kelemumur pun tak de...bau die busuk sikit kal tak biasa..tp lame2 da familiar wangi je...bau herba2 cina... ^^
Ciknaa :
Yela cik apa,still gugur lagi.sobs..minyak kelapa eh? Bau minyak kelapa lah mama Aqil nanti, tp boleh try nanti. Tenkiu CikNaa :)
Mommy cha:
Hohoho..terus gi Yun Nam tu x tahan..tapi memang kalau baby menyembur,dalam usia 3 bulan gitu,.time tu jugak badan mamanya tengah mengalami perubahan hormon. Tu yg rambut gugur. Org dulu2 xde explain secara saintifik tp memang kalau baby dah pandai menyembur tu, rambut mama nye akan gugur .hehe
Akmar:
Berkesan eh? Nak try lah nanti..Tenkiu Akmar :)
tp org kata tue normal dan akan pulih sendiri kan? wah, ayat mcm dh jd mommy plak..
erina, mar pon mengalami rambut rambut gugur kronik...5 tahun sejak raihanna lahir lg....rambut yg tebal n banyak dh menipis dah...
baru2 ni tinggal kat ganu baru dapat solution dia...dalam seminggu bt la 2 atau 3 kali minyakkan rambut dengan minyak kelapa (tanak sendiri taw)...hehe
alhamdulillah....berkesan....yg semula jadi jugak yg ngam ngan mar :)
Mar:
Lama jugak tu Mar, sampai Rihanna dah 5tahun. Tulah, ramai yang bagi petua minyak kelapa ni.Wuishh!! Tanak sendiri tu yang nak kena ada semangat kental..
Nanti Ena nak try jugaklah.Sedih tengok keadaan rambut sekarang. Thank u Mar :)
Salam
Saya ada produk mengatasi keguguran rambut yang terbaik kerana
1. Produk keluaran tempatan berasaskan herba (tanpa bau herba)
2. Diiktiraf HALAL dan duanugerahkan sijil Good Manufacturing Product (GMP)
3. Mempunyai pusat rawatan sendiri di Puchong Utama (sebarang masalah boleh merujuk terus dengan kami)
4. Harga rawatan dan produk yang sangat munasabah (bawah RM1000 untuk keseluruhan 10 sesi)
5. Kami hantar terus ke rumah anda (pos)
6. Testimonial pengguna yang berjaya
7. Hadiah misteri (sila nyatakan anda mendapat info ini dari blog ini)
Fifee
0177020178
whatsapp 0167450303
Post a Comment