Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, November 06, 2012

Meet the mommies & babies :D

Alhamdulillah. Gathering bersama gojes2 blogger mommies berjalan dengan lancar sekali Ahad lepas. Cuaca pun elok je..kejap redup2, kejap panas, syukurlah tak hujan. Sesuai lah untuk aktiviti piknik2 kami. Firstime ok jumpa mommies2 ni semua, sebelum ni kenal di alam maya je. Akhirnya dapat juga jumpa diorang di alam nyata :D 

Puan Pinguu as event organizer kata aktiviti start pukul 10 pagi. 10 pagi katanyaaaa..pukul 10 pagi baru kami nak bertolak dari rumah. Huhuu. Singgah kedai kejap beli ais dan kek. Ada orang tu semangat berkobar2 katanyaaaa nak buat kek lah kapkek lah..last2 beli kek tunjuk2 je dekat kedai. Hohoho.Mahap2..tak berkesempatan nak membuatnya.Sesampai je dekat area tasik Shah Alam, masa tu dalam kereta,nampak sekumpulan mommy2 dekat tempat parking. Sekali nampak ada sorang baby girl tu pakai headband "Dhia". Terus excited suruh encek hubby masuk kat tempat parking tu. Dah jumpa dah diorang! :D 

Bermulalah sesi ice breaking. Kenal2.Masa ni ai malu2 kucen yuu.Hati debau2 sikit. Saspen. (Lebih kurang sama gak debaunya masa firstime jumpa Geng Memuah dulu).Hihihi. Turun je tempat parking, jumpa lah Umie a.k.a Puan Pinguu dan babynya Dhia. Izfanora (memula komfius ingatkan Nora ni Umie sebab dia tengah dukung Dhia..hiii), CikNaa & babynya Razin, Ika & babynya Ammar dan Anis & babynya Airiel. Lepastu barulah Wawa & baby Naila, Nurul & baby Daaliya & Erin & baby Aish datang.8 family yang join.Meriah! Tengok gambar dulu la :)

 Wawa, Umie, Anis, IkaCikNaa, Saya, Erin & Nurul.
Klik lah link2 ni kalau nak baca blog gojes2 mommies ni :D


Sesi bergambar baby2. Macam2 keletah ok. Dengan Airiel kena check lubang telinga, hidung dengan Naila & Daaliya. Lepastu tetiba rambut Naila kena tarik dengan Daaliya. Razin steady je sampai buat gaya bosan sembam muka dekat toto. Hahaha. Ammar dengan cheekynya, aktif nak berjalan dah dia. Dhia maintain ayu.Aqil jugak yang krik krik krik, dia ralit tengok SEMUT!! Hahaha..dia perhati je semut2 tu. Macam2. Masa ni Aish belum sampai lagi. Anis, Ena amik few gambar dari fb Anis tau.Boleh kan? :)


Aqil & Friends. Suka dia dapat jumpa kawan2. Tangkap gambar dengan Naila senyum pulak tu.Dah la sesama pakai kuning Amboi amboi2 :D


Comel2 belaka diorang ni. Geremmm! Rasa nak kenyek2 :P

Dah bergambar2 tetiba Aqil pulak ek ek ekk..cranky. Lapar sudah. Bagi makan dulu. Boleh pulak time tengah suap2 dia makan dia tertido. Alahai..cian anak mama. Dah ngantuk sangat. Adalah dia tdo dalam 45minit camtu, lepastu mata cerah balik. Eksaited jumpa kekawan takley tido lelama :D

Naila check Aqil..agaknya dia heran ngapelah kawan dia ni tutup mata. Hihihi. Ammar tengah check buggy Aqil. Berminat sungguh dengan buggy Aqil, nanti boleh suh mama ngan ayah beli ok :D

Bila anak masing2 dah kenyang, dah isi perut. Sesi mama2 & ayah2 pulak yang isi perut. Makanan2 memang superb!! Satay ada, nasi minyak ada, spagetti ada, sandwich, karipap, kek, keropok. Macam2 ada. Memang meriah la makanan2. Nasi minyak mak Nurul buat memang sedap. Rasa nak tambah2 je. Tihihi. Satay pun sedap. Memula amik 4 cucuk, makan..ehh sedapnya. Tambah lagi 3 cucuk. Dapnya!! Rasa nak tambah bercucuk2 je lagi. Umie order kat mana? Terbaiklah! Sandwich pun sedap, karipap pun sedap,spagetti pun sedap,kek roll pun sedap. Eh semualah sedap! Err..kek pisang (yang bebetul ada pisang dalamnya) tu sedap tak? Hiii..*maluuu..menyorok bawah tikar*

Nasi minyak kenduri Daaliya ni :D

Sambil2 makan, borak2 ngan mommies semua. Baru firstime jumpa tapi semua peramah. Sporting.Macam dah kenal lama je. Best2! Ayah2 pun pandai bawak diri borak2 sesama diorang :D


 Makan2, borak2, tangkap2 gambar. Syiok! :D

Sebelum bersurai, ada sesi tukar2 hadiah. I like this idea. Memang seronok! 

Terbongkok2 memasing kutip nombor masa cabut undi.Semua berharap dapat nombor 8 sebab nak kan food feeder tu. Hahhaha. Aqil dapat nombor 4!! Best jugak hadiahnya..numbers foam. Aqil buat lekat2 kat dinding masa mandi. Metacey pada yang bagi hadiah ni kat Aqil :D

So overall, memang best gathering ni.Dapat jumpa kawan2 baru. Share pengalaman & pendapat memasing. Mekasey bebanyak dekat Puan Pinguu sebab organize gathering kali ni, mommies semua sebab bawak makanan2 best2 & sporting. Ayah2 pun memasing sporting jugak. Seronok lah!! Cuma 1 jela yang tak seronok masa piknik ni, tetiba dicemari oleh birds dropping!! Seluar encek hubby kena, kecepek!! Taik burung gagak yang bertenggek2 atas pokok tempat kami piknik tu.Ayoo..bahaya betul! Next gathering bolehlah buat indoor pulak as suggested by daddy Aish. Ramai2 lah join. The more the merrier :D



P/s: Mommies2 share la link blog,boleh menambah2kan kenalan :)



16 comments:

Aty Fared said...

okeh..jeles...

SUHAIDA said...

Sronoknye..aqilah nk jmp aqil..tp xde rezki plak

ieza ashaari said...

terbaik, siap bg link mommy2 tue.. senang den nk terjah..

ok, serius xtahu gathering ni utk MOMMY.. ingtkan sesiapa shja yg bergelar blogger.. sampai sna, oh mak ko, sume dah ada baby.. hahaha.. xpe, amik berkat.. :)

erin said...

seronok jumpa ena, ramah ;p, ooo kek beli ke, ingatkan buat sendiri,..hahahaha. siap ckp dgn hubby..hmm pandai ena ni buat kek :D

Mimy Hamid said...

hai mummy...mummy jugak ni..tak dapat join gathering tu sbb husben keje ..

CaDLyNN said...

oo takleh join..takde baby lg..kikiki

mommychaa said...

amboih meriah sakan. hajat nak join tapi kudratku tak terdaya. morning sickness in the making! hadoiyai!

Unknown said...

kherlasss... entry daku jek de karangan...kah3...

HEMY said...

aqil dh macam barang pameran masa dalam buggie tu.kiki

Erina Asmawani said...

Aty:
Janganlah jeles Aty,nanti nest gathering join k. Ena pun ingatkan Aty join haritu..semangat nak jumpa Qaleef

Sue:
Aqil pun nak jumpa Aqilah. Huhu. Takpelah..nanti ada rezeki kita jumpa k :)

Erina Asmawani said...

Izfanora:
Ena pun baru tau yang Nora sebenarnya blogger yang selalu komen blog Ena. Masa jumpa tu tak tau pun. Kalau tak dah borak bebanyak dah. Heheh.

Takpe2..amik berkat. Ena doakan Nora cecepat dapat baby :)

Erin:
Hehehe..ramah tamah dengan org yg ramah je. Buat dekat kedai je kek tu.Hahaha

Erina Asmawani said...

Kak Mimy:
Hai kak..baca gak blog akak tru blog mommy cha :)

Lynn:
Hehehe..boleh juge kalau nak join. Amik berkat :D

Erina Asmawani said...

Mommy Cha:
Tertunggu2 jugak abam lom Mikha..huhu.Takpe2 mommycha..nanti mommycha dah sihat kita jumpa k. Take care :)

CikPingu:
Entry Umie entry bergambar..hehehe

Hemy:
Barang baikkk.hehehe

Unknown said...

bestnya..teringin nak join..

Mr n Mrs Zaidi said...

daaliyaa asyik buli orang jer..mcm mne la nak suh jaga adik nanti...hover adik bru 5 minggu dlm perut dah fikir nak suh daaliyaa jaga... kenduri Daaliyaaa??? hamboi nk suh maknya cepat benor tua yek... bila mau jupe lagi yek..

diary_ciknaa said...

yeay! akhirnya dapat jgak diri ini membace entry kamu wahai ena.. hehe. sonok kan? rase cm tanak balik je time tu..hehe.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015