Oh ye..wedding planner yang dimaksudkan di sini ialah sebuah buku ye, bukannya orang. Kalau orang tak perlulah DIY kan.Hehe. Setiap B2B wajib kena ada buku ni, untuk jot down semua pasal wedding kita nanti.Wedding checklist. Dari segi persiapaan, budget, resit2, semualah bubuh dalam buku ni. Buat macam ni supaya persiapan kita nanti lebih teratur. Kita nampak apa yang dah buat, apa yang belum, apa yang terkurang. Majlis kahwin bukan macam buat majlis harijadi ye kawan2. Jadi, planning itu amatlah penting supaya tak serabut2 di saat2 akhir ;)
Bulan lepas ada dapat buku journal 2011 dari prudential BSN. Termasuk ini dah ada 3 journal 2011. Tapi journal yang ni amatlah menarik perhatian, sebab ianya bewarna merah. Sangat comel2! Sangat sesuai tuk dijadikan "My wedding planner book";). Nak hiaskan bagi nampak lagiiii comel dan bila dah lagiiii comel, kompem lah lepas ni kita akan lagiii rajin untuk membelek si wedding planner ni kan.Apa yang diperlukan untuk mencomelkan ia hanyalah..
Journal comel berwarna merah, gam dan gunting.
Calendar lama. Gunting ikut corak sukahati untuk tempek dekat
tulisan prudential tu.Kasi coverline sikit ;)
Haaa..kan molek tu dah takde tulisan prudential.Tapi logo "red indian"
tu orang still nampak la kan.Takpe. Small matter je tu.
Belilah sticker2 comel timbul2 ni tuk mencomelkan lagi si
wedding planner ni. Lepastu, lekatlah ikut sukahati.
Dan hasilnyaaaa..
Tadaaaaaa!!
Comel tak??
Misi 2 APRIL
Yeayy!!
Wedding plannner versi kanak2 ribena.Haha
Nanti dah ada anak boleh buat jadi buku ABC pulak kan.
Hoho
Jom intai2 kat dalam dia..
Holohholoholoh ;)
Bubuh pic cute ni supaya semangat berkobar2 tiap kali
jot down something dalam ni.
Checklist . Bayaran. Tarikh. Semua kena catit tau
Resit2 pun semua tempek sekali dalam ni.Penting sangat resit2 ni. Nanti kalau TERjadik apa2 hal yang tak disangka (mintak dijauhkan lah kan), kita ada simpan bukti.
Kos mecomelkan wedding planner ini ialah
Sticker comel timbul2 RM1.20 x 4 = RM4.80 je
(^_^)
Lagi 12 minggu nak tukar status, baru buat wedding planner? Tihihi. Sebelum ni ingatkan macam lama je lagi, sebab terasa macam baru sangat je menjadi tunangan orang, sekali tengok wedding ticker tu dah tukar 2 months depan dia, mau tak cuak. Tapi cuak2 happy sebenarnya ;D. Takpelah, better late than never kan. Ngee.Seronok bila belek2 buku ni. Dah sepuluh kali belek pun tak jemu2 jugak. Ada je benda yang nak ditulis. Camni rupanya rasa orang tengah planning nak kahwin ye. Penuh dengan macam2 perasaan. Hehe. Oklah, mahu sambung baca blog kahwin2. Tu kat bawah tu dah ada bloglist B2B. Best baca blog diorang, boleh dapat banyak idea. Nanti banyakkk lagi projek DIY nak buat ni. Tungguuuu..Lalala~
P/s: Nanti ley bagi anak cucu baca buku ni ;D