Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label I-city. Show all posts
Showing posts with label I-city. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Wordless Wednesday: Trick Art Museum @iCity :D

Errr..actually tak wordless pun. Hohoho.Nak menceritakan betapa bestnya trick art museum ni tak cukup dengan hanya gambar2 je, kena tambah ngan words jugak. Hari Isnin haritu kami ke trick art museum nih.Best gila trick art museum nih!! Terletak di iCity Shah Alam, area Old Town. Admission fee ialah RM5 sahaja :) Apa yang bestnya muzium ni?? Sebab lukisannya ala2 3D, so bolehlah korang posing bagai nak rak ikut creativity & imagination memasing. Kalau kena ngan angle yang betul..serius lukisan tu akan nampak macam 3D. Mohla mencuci mata dengan gambar2 kami :D


 Ehhhh ehhhh..nak tumbang pulak!

Aqil my little angel :)

Ke bilik rahsia. Jeng jeng jeng.

Ahhhhh...dinosor nak makan kitaaaa!! 


Meh kita bagi makan kat baby eliphant :)

Aaaaa..ada sharkkkk!! *Aqil pandai buat muka cuak* :P


Aqil nak bagi penguin makan fish :)




Ok..pic ni lawak sangat! Tengoklah muka Aqil ngan aksi ayah Aqil tu. Hahahaha. Terus tak jadi scene seram kena kejar ngan king kong. :D



 Fuhhhh fuhhh..mama tiup belon untuk Aqil :)


 Meh Aqil  kita kutip duit2 ni masuk dalam beg  :)


Aqil the Leornado Da Vinci junior :D


Mama & Aqil :)

 Aaa..ayah, ada buaya bawah tuuuu!!! 
*Serius nampak macam naik atas pelampung kan? Padahal lukisan ni flat je atas lantai. Nicee*


Wushhhh!! Mama tolong acik tu basuh baju.
*Cak! Aqil ngintai..hehe*

 Rezeki besar kita harini Aqil..syukurlah :)


 Mama!! Abang tu simbah air kat kita..meh Aqil cover mama pakai payung :)


Aqil blur ngape acik tu baling kasut kat mama, pastu mama happy pulak sambut kasut acik tu. Hahaa

Ni lah antara gambar2 kami dalam muzium tu. Ada banyakkkk lagi. Serius, kalau korang suka bergambar ( macam mama Aqil. Hihihi. Dan pencinta muzium tegar *jeling2 Kak Masy*. Wajib hokey pergi sini). Pastu kalau korang ada kamera yang super canggih, mesti gambar lagi supercantik. Kami pakai kamera biasa2 sajok, tu yang ada certain gambar tak nampak 3D nya, tapi kami memang enjoy gila! So apelagi korang, terjah lah!! Be creative & have fun!



Thursday, November 24, 2011

I-city berubah wajah.

Lepas jumpa little khalifah semalam, saya berjumpa dengan kawan kesayangan pula. Kawan kesayangan masa study sama2 dulu, nun jauh dari Sarawak beliau datang. Eee..rindu! Last jumpa beliau masa 5 bulan lepas tak silap.Memula sesi mengisi perut & "bergambeh" dulu, lepaskan rindu.

Meet my lovely friend, Maria ;)
at PapaRich, Seksyen 7. 
Shah Alam dah ada Paparich! Weeehuuuu!

Dah puas bercerita segala hot story, perut pun dah kenyang, kami ke i-city pula. Saja nak bawak Maria jejalan dekat sana,dia belum pernah jejakkan kaki kat sana lagi.Lagipun saya pun dah lama gila tak pergi i-city tu. Sampai je kat sana..Wahhh! Dah banyak berubah. Macam theme park dah. Kalau dulu penuh dengan pokok2 yg berlampu tu je,sekarang pokok2 tu dah kurang, banyak permainan2, dah ala2 macam Sunway Lagoon pun ada. Disebabkan kami pergi masa tu dalam pukul 5 petang, jadi tak ramai orang, boleh berposing tangkap gambar sesuka hati. Ramai orang suka pergi memalam sebab suka tengok pokok berlampu2 tu, kalau malam memang cantik! Tapi saya suka pergi siang.Entahlah, tak tahu kenapa saya dari dulu pun suka pergi i-city waktu siang, mungkin sebab malam terlampau ramai orang kot. Pening.Nak2 tengah cuti sekolah macam sekarang ni kan, kompem memalam sangat ramai..Oh, sekarang nak masuk i-city tu dah kena bayar parking, nak main permainanan semua2 tu pun kena bayar jugak, nak masuk snow walk pun kena bayar lagi. Semuanye lah berbayar.

Meh tengok wajah baru i-city.


Cuteness! 
Tema ala2 dalam laut gitu. 
Kalau pergi memalam mesti tak nampak cantik background tu dalam gambar kan. Gelap!

^_^
Saya sebenarnya excited nak naik yang atas tu. Macam roller coaster mini. 2 seated, siap ada pengayuh lagi macam basikal.Tapi ofkos lah big no no dari encek hubby kan.Hehe. Jangan nak mengada. Masa kami pergi semalam benda tu bergerak je, kosong takde orang naik.


The biggest marry-go-round I've ever seen!
2 tingkat tu.Geram nak naik jugak. Tapi kali ni big no dari Maria pulak. Jangan nak mengada kata dia. Haha. Pasrah.


Sama je perut dengan si biru tu :D


Mario bross! :)


Love this pic! Macam ala2 dekat oversea la pulak kan :D

Pusing2 dalam ni kejap je sebabnya hujan dah mula turun tapi puasla bergambar.Masa nak balik tu (dalam kereta), sempat pusing2 dalam i-city lagi. Nampak kapal besar yang berpusing macam dekat Sunway Lagoon tu, buaian banyak2 yang berpusing macam dekat Genting tu pun ada. Ada indoor funfair lagi. Tapi macam banyak lagi permainan yang still in progress.Wuiyoo..ni semua tarikan sempena cuti sekolah lah ni. Meriah2. Sesuai la bawak adik2 dan anak2 ke sini masa cuti sekolah ni. Kedai makan pun dah banyak, dah ada KFC, 7 eleven, bank. Kalau dulu harap gerai2 makanan tepi jalan tu jela.Best2! Boleh datang sini lagi bawak si Caca :D


Monday, March 22, 2010

I-City Baby :)

Minggu lepas 3 malam berturut2 aku pergi I-City.Terpesona punya pasal. Haha. Lagipun 15 minit je dari rumah.Malam Sabtu haritu pergi beramai2,with my fruitbabies, my bloved mommy, Caca & my bro with his fam :) Excited la si kecik2 ni tgk lampu, mak ayah nye pun excited jugak. Yela..sgt cantik lampu2 kat sini. .Enjoy the pics la k..


~Happy faces ;)~



I'm loving it..paparappapaaa :)



Peaceee! Saya dah pergi I-City, awak da pergi ke? Lalala..




Faris & Ammar, happy kids ;)





Mickey2 yg kehausan.comey2!
Cekak telinga Mickey berlampu tu dijual ngan harga RM5 satu. Cekak tanduk syaitonnn pun de jual jugak. Huhu.Haram ok org Islam memakainya,jgn main suka suki pakai (info tambahan)


Nak share serba sikit info pasal I-city ni..
1) Terletak di Seksyen 7, Shah Alam.Agak tersorok sikit I-City ni. Tapi jangan risau, banyak singnbord tuk ke sini, 90% tak akan sesat. Hehe

2) Merupakan tempat tarikan terbaru di Shah Alam.Sebelum ni Shah Alam just ada muzium, dataran Shah Alam, tasik, wetworld, kiranya ni tempat baru tuk family beriadah ;)

3) Kerajaan Selangor membelanjakan lebih kurang 1.5 billion tuk I-city ni je. Yang lampu2 ni just taman nya sahaja, I-City ni ada lebih kurang 200 kedai, pejabat2 (which is belum bukak lagi)

4) Buat masa sekarang, belum ada restoran atau kedai makan yg bukak kat sini, yang ada pun gerai2 tepi jalan (yang jual air dalam balang & bebola cucuk2 je), so dinasihatkan makan dulu sebelum ke I-city. Kang kelaparan. Tak pun tapau la apa2 pastu buat piknik kat situ. Syiokkkk ooo! ;)

5) Dinasihatkan jangan pergi masa hari minggu. MasyaAllah! Umat manusia teramatlah ramai, 10 kali ganda dari hari biasa, nak parking pun susah. Ini akan menyusahkan family2 yg ada bawak anak kecik, nanti terpksa parking jauh beribu batu.Huu. (kalau pergi siang, better)

6) Dinasihatkan juga, jangan pergi selepas waktu hujan. Tanah2 kat situ akan berlecak secara dasyat dan sekaligus menyusahkan kita tuk berhuha huha. Tambahan, kasut kita akan kotor, lagi teruk,takut akan tergulek tergilincir. Huhu. Sadisss (-_-") Sangat bahaya tuk kekanak!

7) Oleh itu, tuk mengelakkan kesesakan, pergi waktu awal2 pagi atau petang, tak ramai sgt berbanding malam.Waktu siang pun cantik I-City ni, penuh pokok warna warni, terasa macam dekat wonderland ;) Aku lagi prefer pergi siang dari malam. hehe

So guys, pe lagi..Jom..jom..jom..kita heboh2.Jom..jom..jom..kita gi I-City ;) Anda pasti teruja!










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015