Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label Perth. Show all posts
Showing posts with label Perth. Show all posts

Monday, December 28, 2009

I ♥ Perth (Part 5)

Mari ceria2 kan mata bersama si comel2 ini. Kembali ke Caversham Wildlife Park. Lepas puas beramah mesra ngan kangaroo2 comel, kami berjalan ke tempat burung emu pulak.


This is emu..(err..yg dlm sangkar tu eh ;p)

Emu ni spesies burung yg hanya terdapat di Australia. Spesies burung kedua terbesar lepas si ostrich. Features burung ni pun ala2 ostrich cuma bulunya lain sikit. Emu ni comel sgt..muka innocent je, rasa cam nak tarik2 je bulu dia tu! Emu boleh membesar sehingga 2 meter! Dulu emu ni mmg bersepah2 kat Australia, tapi skrg, disebabkan pembangunan yg pesat,emu ni hampir pupus. One of endagered species :(



With Blue Tongue Lizard


Perasan tak cicak tu?? Yee..lidahnya mmg berwarna biru. Tapi masa gambar ni dicaptured, cicak ni tak nak jelir lidah pulak. Malu lah tu nak tunjuk lidahnya tu.Zoo keeper tu yg pelik tgk lidah aku yg terjelir2. Wahaha. Cicak ni pun spesies haiwan yg boleh dijumpai di Australia sahaja.


(credit to Google)
Haaa..tengok2..biru kan? Cam mkn bubble gum yg membirukan lidah tu ;p




Burung hantu yg pandai berjoget. Ewah..ewah~




Hairy Nosed Wombat

Ya Allah..dalam banyak2 haiwan dalam wildlife park ni, haiwan ni yang palingggggggg aku geram! Rasa nak gomol2 je. Dahla duduk statik, muka takde perasaan. Eyyy..comel betul! Ni spesies wombat yg jarang ada kat Australia. Selalunya wombat yg kita tgk (kat tv ke kat magazine ke), hidungnya bulat kan? Tapi ni hidungnya agak pelik siikit. Ada bebulu. Hehe. Tapi yg pastinya wombat ni takde kaitan ngan ba alip ba ya tau ;)



Dengan Pink Parrot yg jinak..Quackk..Quackkk~
Rasa nak picit2 je!



Tasmanian Devil


Pic khas tuk Fid. Ko suka Tasmanian devil kan dik?? Ni lah dia. Sorrylah, pic agak blur sbb kena zoom. Tasmanian ni kena duduk dalam cage. Spesies ni pun hanya boleh didapati di Australia. One of endagered species jugak. Haiwan ni mmg bahaya. Even kecik je ( macam besar anak anjing) tapiii..kekuatan dia mmg sgt super power. Ganas!Perasan tak taring dia tu?? Sekali dia menggigit, dia takkan lepas. Gigit & carik2 kan mangsanya sampai lunyai. Biasanya, mangsanya ialah kangaroo. Huhuk. Poor kangaroo :( Tasmanian ni jugak ada keluarkan satu bunyi. Bunyi bising macam Tasmanian Devil dalam kartun Looney Tunes.



Koala ni posing khas tuk Arabella.
Comel tak?? Tido terselit celah pokok sambil tersengih
tunjuk gigi. Hohoho





Koala adalah sgt2 comel. Rasa nak dukung timang2 je. Tapi tak boleh nak buat sesuka hati gitu kan. Banyak tatatertib kena patuhi masa kat tempat koala ni. Nak belai dia, tak boleh pakai tapak tangan, kena pakai belakang tapak tangan..maksudnya kat kulit kita. Manja betul! Masa kami lawat ni semua koala tido..huhu. Koala ni mmg suka tido, dalam sehari, dia akan bangun 3-4 jam tuk makan. Masa lain tidooo je. Koala akan makan satu daun je iaitu daun eucalypt dan tak minum air sbb daun tu dah bekalkan air untuk badan dia.





Comel mmg comel tapiii..tengok kuku dia tu. Scaryyy tau! Mmg Stitch. Raw..rawwr! Ok guys, happy reading. Daaa ;)



Thursday, December 17, 2009

I ♥ Perth (Part 4)

Ceriakan pagi anda dengan mencuci mata melihat gambar haiwan2 comel ini ;). Hari ke empat ialah hari yg palinggng best."Hari Sayangi Haiwan Australia". Kami mulakan aktiviti dengan pergi melawat Caversham Wildlife Park. Yay!! Tempat ni mmg besttt bagi animal lover cam aku. Dahla haiwan2 kat sini semua comel2, rasa cam nak seludup sekor2 bawak balik Malaysia. Haha






Haa..tengok! Tengok! Ayam dia pun comelllll! Ni ayam tau, jangan confius pulak. Huhu. Comel sgt ayam ni, semua putih, siap kaki dia pun berbulu.




Sesampainya kat sini kami terus ke Molly's Farm tuk tgk farmshow. Best! Tapi yg tak syoknya masa kami terhad. Sebab banyak aktiviti lain nak buat lepas ni. Jadi tak dapatlah tgk show2 yg lain.Huhu

Disebabkan masa terhad, terkejar2 kami mencari haiwan2 Aussie yg rare tuk bergambar. Tempat ni dahla besar, pening gak kami nak mencari. 1st place to go mestilah tempat kangaroo kan.


Tadaaaaaa!! Welcome to Kangaroo Land

Hai Mr Kangaroo..nak makan daun ni tak?? Nak tak??

First time bertentang mata ngan kangaroo. Comel gila haiwan ni. Ya Allah, rasa nak dukung peluk kuat2. Haha. Tapi jgn haraplah boleh buat gitu kan, ada several rules lah kena ikut masa kat kangarooo land ni. Yg paling penting sekali jangan sesekali pegang ekor dia. Dia akan melibas!!! Ekor dia besar ok.



Baby kangaroo. Alololoh comeynya ko! Rasa nak picit2!




Ayah kangaroo. Macho je. Pijak kang!! Hiyahh! Comel2!
(tak dpat mengawal perasaan geram tgk haiwan2 ni..even dlm gambar)
;p



Beauty & The Handsome. Aww~




Masa ni sangat lawak. Masa ni, dua ekor kangaroo ni aku tengok macam tido je, aku pun pergilah bergambar kat diorang. Aku peganglah badan sekor tu, elok je lepas gambar ni di snap, kangaroo yg aku pegang badan dia tu pandang aku pastu terus tepis tangan aku (pakai tangan dia tula). Terkejutttttt ok! Garang gila kangaroo tu! Haha. Nasib ko kangaroo, kalo kucing aku dah piat2 telinga ko.




Masa ni cuaca agak panas. Jadinya banyak kangaroo bergelimpangan tido. Macam mati pun ada. Ko tonyoh daun kat hidung dorang pun taknak bangun.Huhu



Haaa..yang ni versi putih. Bukan albino tapi spesis lain sikit. Comellllll.Makanan kangaroo ni mmg diorang ni dah sediakan, diletakkan dalam satu tong besar. So, boleh lah ambik seberapa yg kite nak. Tapi mostly kangaroo kat sini buat tak layan je kalau kite bagi makanan tu, agaknya diorang dah kenyang ke dah bosan. Bagi daun jugak yg diorang layan.




Comel kannn?? Cuba tgk tangan dia tu..kecikkk je..ley bertinju ke?? ;p




Haaa..ini pulak ialah walabi. Spesis binatang berpoket jugak cam kangaroo tapi ni kecik & muka macam tupai sikit.




Ni mama kangaroo. Tengok tu aku dah bubuh makanan depan hidung dia pun tido mati gak. Huhu. Perasan tak poket dia tu?? Ada kaki!! Baby dia tdo terbalik. Haha. Comel betul!!




Alahai..sweetnya mama & baby kangaroo ni. Tenang je tengok diorang tido. Aloloh.


Nak share sikit info dengan kamu semua pasal haiwan comel ni, kangaroo membesarkan anak dia di dalam kantung. Kiranya macam mengandung di dalam kantung.Ini kerana, dia melahirkan anaknya waktu kandungannya sebulan, yang mana waktu tu babynya hanya sebesar kacang merah je & baby ni terus akan masuk ke dalam kantung mama dia. Kat dalam kantung tu la baby ni akan menyusu & membesar selama 9 bulan. Lepas 9 bulan barulah baby ni boleh keluar sekejap2 dari kantung tu. Dan lepas 18 bulan barulah baby ni boleh cari makanan sendiri.


(image credit to Google)

Inilah rupa baby kangaroo yg baru lahir. Kecik sgt kan?? Merah.Mata pun takda lagi. Ni tengah menyusu dalam kantung mama dia. Unik betul ciptaan Tuhan ni. Subhanallah ;) Oklah, nanti sambung cerita pasal haiwan lain pulak. Bye


P/s: Baby kangaroo is called joey ;)

Wednesday, December 16, 2009

I ♥ Perth (Part 3)

Hari ketiga adalah hari menguji kesabaran. Sepatutnya activity kami start pukul 8.30 pagi tapi atas sebab2 tak boleh di elakkan (salah satu dari group kami sesat..huhu), jadinya semua aktiviti tertunda sampai pukul lebih kurang 1 ptg. Aku punyalah excited pukul 8 pagi dah siap, tunggu punya tunggu, tak datang2 jugak, sampai aku tertido dalam kereta. Excited nak pergi jalan punya pasal sampai tak nak keluar dari kereta.Huu.Geram memanglah geram tapi tak boleh nak salahkan sesiapa, bukan dorang mintak nak sesat pun kan. Chill lah ;)

Bila semua dah berkumpul, kami terus ke Fermantle. Bergambar2 sakan dekat war memorial park.



~Fermantle War Memorial Park~


Then, berdesup kami ke E-Shed markets. Tmpat menjual souvenir yg terkenal kat Perth ni. Kat sini lah kami borong segala souvenir tuk fam & member2 tersayang. Borong sakan memasing. Kami memborong kat satu kedai je, owner kdai tu Indonesian. Price barang2 kat situ murah banding kedai2 lain. Masuk2 kedai tu mmg aku rasa dah macam kat Malaysia je la sbb mostly customer yg membeli kat situ ialah warga2 Malaysia & Indonesia. Rambang mata masa kat sini weh, rasa cam nak borong banyak2 tapi memikirkan AuD 3.16 kali ganda RM, terpaksa sekat2 belanja. Sekat belanja pun habis AuD 100 gak kat sini ;p


~E-Shed Markets~



Dah penat memborong, kami semua ke King's Park. King's Park ni ada botanic garden and one of war memorial park jugaklah. Pemandangan kat sini mmg sgt2 cantik. Tak tau nak describe apa lagi, enjoy the pics je la eh.


~At Botanic Garden~




Our L.O.V.E
Tapi V tak berapa nak jadik. Haha..



Our L.O.V.E lagi..



Dari King's Park ni, boleh tengok pemandangan yg amat2 indah Perth City.Susah nak cakap perasaan masa ni camne. Terlalu indah sampai terus bercita2 " One day I will bring my parents here". Murni kan cita2 ku itu ;)



Kalau malam ni lagi heavenly cantik~




Biar hatiku menangkap pemandangan indah ini. Feeling jiwang dah mari..





Ni ialah tugu peringatan yang mana belakang dari "penjara" tu tersenarai nama2 warrior yg terkorban masa perang tu.





Kawasan kat sini memang luas. Penuh dengan rumput karpet yg menghijau tu. Warga2 Aussie ramai yg beriadah kat sini. Berpiknik. Baring2 sambil baca buku. Kanak2 bergulek2. Baring2 sambil beromantika ngan pasangan sendiri, siap pakai sleeping bag lagi.Diorang tak kesah pun. Kami pun apa lagi, mestilah tak nak lepaskan peluang baring2 kat sini. Haha. Bila lagi weh,tempat boleh baring sesuka hati, kita baring2lah. Rilek2 santai. Cuba kalau buat kat mana2 taman kat Malaysia, confirm di pandang pelik & kena ngumpat. Yela, not our culture kan..


Peeeewittttt~
Sambil2 baring, sambil tgk langit biru. Syiokkk!!Tapi sebenarnya kami segan jugak..yelah, tak pernah berbaring2 di public kan sebelum ni. Tak kuasa lah.Tihihi..



Last sekali, nah terimalah gambar comel dari kami khas tuk korang.

Haha. Layan je la.


Monday, December 14, 2009

Sedap dipeluk!!

Apakah binatang ini???





Ciri2 fizikal: Gumuk, montok, gebu, berbulu lembut, comel!



Langsung tiada kaitan dengan babis, beruangs, mahupun koalas.
Halal tuk disentuh dan dipeluk.
Hehe..
Cepat teka cepat ;)

Sunday, December 13, 2009

I ♥ Perth (Part 2)


Ishh..ish..sorry guys. Have been so busyyyyyy lately. Busy dengan dunia baru. Tihihi. Dunia apekah itu?? Can not be reveal at this moment ;p Haish..Rindu gila dengan blog, 2 minggu tak usik, bagaikan 2 bulan lamanya, siap dah bersawang2.Rindu dengan bloggers juga. Adakah anda semua sihat?? ;)

Neway, this is backdated entry, sambungan dari entry lepas. Still about Perth. Even dah lama tp memori indah itu still terpahat dihatiku.Eceh..

Hari kedua, kami melawat dua universiti di Perth. Hasil jasa baik Abg Sham yg drive & bawa kami meronda2, akhirnya kaki kami terjejak jugak dekat Western Australia University (WAU)ni. Antara uni yg paling lama dekat Perth. Wow! Tgk bangunan uni ni pun dah cukup buat kami teruja. Very classy!! Jom cuci mata tgk gambar jom ;)





~The University of Western Australia~



Indah bukan??




Mencari ilham di bawah pokok kononnya..




Music dihatiku..



Then, after semua dah berkumpul kami terus gerak ke AQWA ( The Aquarium of Western Australia). Hmm..sama macam Aquaria KLCC tu. Tempat ikan2 comel beriadah. Tuk org yg dah pergi dua kali ke Aquaria KLCC tu cam aku, bila pergi ke AQWA ni rasa cam biasa je. Mmglah ada sikitttt rasa excited tapi takde apa yg boleh dibanggakan. Dalam tu semua lebih kurang sama je ngan aquaria, so bagi aku agak membazir duit jugak pergi sini. Excited lagi pergi sunday market. Tihihi. Tapi nak buat camne kan, ini semua dah ada dlm tentative program, nak tak nak, kena ikut jugak. Pasrah jo lah..





In AQWA

We are The Outsider geng





Rilek2 santai..





Beramah mesra dengan Mr Ray. Dalam gambar ni nampak cam berani, hakikatnya aku gerun weh..ikan ni sangat ramah sampai macam dia nak terbang & makan tangan aku. Huhu..mungkin imaginasiku terlalu tinggi..










Dengan buaya darat..ku tak gentar..hohoho



One of my fav pic!! Indah bukan ciptaan Tuhan ni?? Subhannallah..



Lepas dah boring tengok ikan, ikan pun dah boring tgk kami..kami semua gerak ke Sorento Quay untuk lunch. Hanya berjalan kaki sebab jaraknya dengan Aqwa dekat je. Kami lunch di Fish & Chip. Lepas cuci mata tengok ikan, isi perut dengan ikan jugak. Mungkin hari itu wajar dinobatkan sebagai hari "Sayangilah Ikan Sedunia". Haha..






Lepas konyang perut, kami para2 gadis melakukan aktiviti jejalan di Sorrento Quay, manakala para2 jejaka ke msjid berdekatan tuk solat Jumaat.


Berposing ala2 flying high beybeh.Di depan Sorreto Quay ada pantai yg sgt best. Masa ni angin pantai sgt sejuk. Even dalam gambar tu nampak cam panas, hakikatnya sngat sejuk menusuk tulang. Tapi still gak sun burn.Huhu. Masa ni aku tersangatlah gayat.Gigil2 kepala lutut nak duduk atas batu tu. Sebabkan kat Perth, gigh jugak aku turun bergambar, kalau kat Malaysia ni, kirim salam jo lah.Gayat beb..gayat.


Destinasi seterusnya kami ke Edith Cowan Unirversity (ECU). Universiti kedua yg kami lawat pada haritu. Kalau WAU tadi penuh dengan ciri classy, ECU ni pulak penuh ngan ciri2 moden. Memang cantik & kagum. ECU ni terkenal dengan course biotech engineering & bussiness.


Tapi sebelum ke ECU kami singgah ke masjid Al Majid dulu tu para2 gadis menunaikan solat. Sila abaikan tudungku yg penyek akibat ditiup angin dingin tu. Untuk pegetahuan, masjid ni di bina hasil sumbangan para hartawan Indonesia. Indonesian kat Perth sngat ramai. Boleh jumpa mereka kat mana2 je. Bila melangkah masuk masjid ni je, rasa bangga kejap sebab semua bahasa digunakan dalam masjid ni ialah bahasa Melayu. Melayu Indonesia. Contohnya dekat tempat ambil wuduk ada notice "Jangan bazirkan air". Terasa macam kat Malaysia je ;)



Inilah dia Edith Cowan University. Kami berlatar belakangkan bangunan business (if I'm not mistaken) which the building is like "kapal terbalik" shape. Smart gila kan??Separuh dari building tu diperbuat dari kayu. Cantik bangat!




Kami dibawa ke computer lab, library & hostel di ECU ni. Staff di ECU ni very welcoming, sgt friendly, siap bagi beg ECU & lollipop sorang satu lagi for free. Universiti kat Malaysia ada tak buat gini? Tihihi..


Masa balik tu kami singgah di park berdekatan tuk minum petang. Ku tak ingat nama park tu. Disebabkan banyak gila burung parrot jinak, boleh tak aku namakan park tu "Parrot Park'. Haha. Sukati aku je kan. Tak kisah lah, yg penting kat situ mmg banyak gila burung,semua jenis ada, merpati, parrot, itik,semua ada. Kita bawak makanan je kat dorang, pastu semua duk menyerbu kita. Wahh..bestnyaaa..rasa cam puteri burung pulak~





Itik kat situ sangat notty ok. Dia gi sodok kaki aku. Agaknya dia geram aku asik fokus kat parrot je bukan kat itik. Haha


Haaa..u see..u see..ada bakat jadi puteri burung kan?? ;p




Aha..masa nak balik tu terserampak ngan triplet babies ni. Mereka sgt adorable. Yg pnting mereka kembar ok!! Dah la kembar 3, unik pulak tu sbb notice tak rambut diorng, semua lain2, it's their original hair colour..said the mom. Waahh..memang rare.Senanglah mak diorng nk bezakan each other. Kawaii~


Destinasi terakhir pada haritu ialah berjalan2 area Hey Street area Perth City. Masa ni memasing energy dah flat se flat bateri kamera memasing. Especially aku lah, kamera bateri dah habis, haruslah aku duk diam2 kan. Tapi sempat jugak pinjam kamera si Haizun yg dah nyawa2 ikan baterinya tuk snapkan pic aku ni.


Gambar terakhir tuk entry ini.Terimalah..

Me and a bronze statue of well loved street entertainer, Percy Button.


Sekian. Terima kasih ;)


P/s: Bloggers tersayang, souvenir korng de lagi kat tangan aku..lum sempat nak post. InsyaAllah in this week ok ;)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015