Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Walaupun sunburn, tetap jugak seronok!

Haa..tajuk tu tak menahan. Semalam ialah hari beriadah bersama keluarga tercenta di Sunway Lagoon. Wehuuu! Pagi2 bangun awal dengar mama dah masak2 pung pang pung pang kat dapur, sediakan breakfast. Aku pun dah semangat keluarkan baju swimming muslimah, dari dulu mama belikan tak pernah pakai2 lagi, jadi inilah masanyaa (hikhikhik..gedik!).Sekaliiiiii, tetiba semua harapan & impian tuk menjadi model swimming suit muslimah punah ranah berkecai. Boleh pulak bendera merah datang. Adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Mengapakah ko datang time aku tgh eksaited ni (T_T). Nanges! Impian tuk naik gelongsor tertinggi di Asia dan juga berenang2 tenang di pantai buatan manusia terpaksalah dibatalkan. Redha jelah. Aku seorang perempuan sihat yg normal (eh..tetiba pulak kan.tihihi). Sebelum tu meh layan pic intro jap.

Peaceee!
Ngan Caca (adik bongsu) + Ammar ;)



Ngan mama sayang + my kakak. Ye..itu kakak saya. Memang kecik, tapi anak dua tauuuuu.Ala..mama buat muka serius pulak. Huhu



My sis happy fam. Baby Iman dah ngantuk2 dah ni. Ammar mmg eksaited lebih. Tak sabar dah dia


Happy us ;) Tu cubaan Ammar tu buat adik dia senyum tu. Hehe



Burung Sunway Lagoon ni cam burung twitter plak kan. hoho

Lama gilaaaa tak pergi Sunway Lagoon nih. Last rasanya 10 tahun lepas, masa aku Form 4. Zaman hingusan nerd2 lagik. Jadi, memang banyak perubahan lah kat sini.Antaranya ialah..




Wristband dia dah canggih. Ala2 jam. Takde dah jenis2 kertas tu. Pastu dalam ni boleh isi duit ala2 e-wallet lah, so senang. Wallet simpan je dalam locker, pakai wristband ni je kalau nak beli makanan ke bayar sewa pelampung ke. Boleh scan je. Tiiittt! (bunyik scanner). Lepastu rule kat sini dah strict. Tak boleh bawak makanan. Dia geledah beg sorang2. Masa ni kitorang dah saspen, sebab kitorg ada bawak bekal meehoon goreng  mama yg sedap dari rumah. Apa lagi, before masuk tu, kasi balut tapau cantik2 dengan towel, pastu letak baju2 kiri kanan atas bawah. Orang tu check2. Akhirnyaaaa lepas! Wihihihi. Tak kantoi weh. Bagus2. Save budget. Dahla makanan kat dalam tu mahalllll gila. Standard international. Mee goreng secenonet harga RM11.Tak logik. Rela makan kat Sunway pyramid kalau camtu.

Masuk dalam tu mula2 terjah permainan kanak2 dulu. Bagi puas hati si Ammar & Caca yg eksaited. Paling tak boleh blah, si Caca rupanya penakut ya Rabbi. Boleh pulak naik kuda pusing2 tu dia jerit2 takut. Si Ammar steady je. Aku pun heran apa yg dia takut sangat. Mungkin gayat kot. Kelaka betul dak montel sorang tu. Ish..ish..



Haa..tengok Ammar. Steadyyy je..



Caca pulak beria peluk tiang kuda tu kuat2.Siap berpeluh2 bagai. Adehhhh..lawak betul la budak ni



Pastu naik burung raksasa ni pulak. Haha. Ammar maintan je. Ibu dia yg penakut.Huu



Pastu naik roller coster cowboy ni pulak. Mama pun join tau. Jangan memain. Habis je main,masa turun tgk muka mama pucat dah cam kering darah. Hahaha.Cian mama. Tapi mama saya berani!! Sayang mama. Pelok2! :)

Pastu aktiviti diteruskan ngan main gelongsor panjang & regata ape ntah (sumpah terkejut gila naik ni). Tapi aku, akak & suaminya je yg join. Yg lain duduk berehat saje.Bila dah puas pusing2 & main segala benda kat amusement park ni, kami berjalan ke wildlife park pula.Jumpalah segala jenis burung2, rerama segala. Ada petting zoo lagi. Banyak binatang2 berbulu yg comel yg buat aku geram! Rasa nak keronyok je sekor2..



Eh..eh..rabbit comel comolot ;p



Ni apa ntah name.Lupa. Tapi ada dog dog lah. Geram! Pijak kang!

Dah letih tengok binatang2, misi menyegarkan badan pula. Walaupun aku tak boleh mandi, seronok jugak tgk orang lain mandi. Apakah? Haha. Aku pasrah jelah duduk ngan mama sambil makan2 meehon goreng sedap mama sambil2 snap pic diorang. 



Cuaca amat terik!



Baby Iman mandi tempat redup2 je ;)



Si hero nih, orang lain dah lembik..dia tetap energetic. Semua jenis gelongsor dia pergi naik.
Memang kanak2 Dutch Lady. Hehe

Pukul 4 camtu kami pun beransur balik. Tak larat dah. Penat. Sampai rumah semua fengsan.Walaupun penat tapi seronok babe. Seronok gila! Yang tak tahan,aku tetap sunburn, even dah tonyoh sunblock bagai & tak mandi pun. Dasar kulit manje. Ni dah merah2 idung & pipi cam udang bakar. Sabar je lah.Yang penting kita enjoyyy! ;)


Monday, December 28, 2009

I ♥ Perth (Part 5)

Mari ceria2 kan mata bersama si comel2 ini. Kembali ke Caversham Wildlife Park. Lepas puas beramah mesra ngan kangaroo2 comel, kami berjalan ke tempat burung emu pulak.


This is emu..(err..yg dlm sangkar tu eh ;p)

Emu ni spesies burung yg hanya terdapat di Australia. Spesies burung kedua terbesar lepas si ostrich. Features burung ni pun ala2 ostrich cuma bulunya lain sikit. Emu ni comel sgt..muka innocent je, rasa cam nak tarik2 je bulu dia tu! Emu boleh membesar sehingga 2 meter! Dulu emu ni mmg bersepah2 kat Australia, tapi skrg, disebabkan pembangunan yg pesat,emu ni hampir pupus. One of endagered species :(



With Blue Tongue Lizard


Perasan tak cicak tu?? Yee..lidahnya mmg berwarna biru. Tapi masa gambar ni dicaptured, cicak ni tak nak jelir lidah pulak. Malu lah tu nak tunjuk lidahnya tu.Zoo keeper tu yg pelik tgk lidah aku yg terjelir2. Wahaha. Cicak ni pun spesies haiwan yg boleh dijumpai di Australia sahaja.


(credit to Google)
Haaa..tengok2..biru kan? Cam mkn bubble gum yg membirukan lidah tu ;p




Burung hantu yg pandai berjoget. Ewah..ewah~




Hairy Nosed Wombat

Ya Allah..dalam banyak2 haiwan dalam wildlife park ni, haiwan ni yang palingggggggg aku geram! Rasa nak gomol2 je. Dahla duduk statik, muka takde perasaan. Eyyy..comel betul! Ni spesies wombat yg jarang ada kat Australia. Selalunya wombat yg kita tgk (kat tv ke kat magazine ke), hidungnya bulat kan? Tapi ni hidungnya agak pelik siikit. Ada bebulu. Hehe. Tapi yg pastinya wombat ni takde kaitan ngan ba alip ba ya tau ;)



Dengan Pink Parrot yg jinak..Quackk..Quackkk~
Rasa nak picit2 je!



Tasmanian Devil


Pic khas tuk Fid. Ko suka Tasmanian devil kan dik?? Ni lah dia. Sorrylah, pic agak blur sbb kena zoom. Tasmanian ni kena duduk dalam cage. Spesies ni pun hanya boleh didapati di Australia. One of endagered species jugak. Haiwan ni mmg bahaya. Even kecik je ( macam besar anak anjing) tapiii..kekuatan dia mmg sgt super power. Ganas!Perasan tak taring dia tu?? Sekali dia menggigit, dia takkan lepas. Gigit & carik2 kan mangsanya sampai lunyai. Biasanya, mangsanya ialah kangaroo. Huhuk. Poor kangaroo :( Tasmanian ni jugak ada keluarkan satu bunyi. Bunyi bising macam Tasmanian Devil dalam kartun Looney Tunes.



Koala ni posing khas tuk Arabella.
Comel tak?? Tido terselit celah pokok sambil tersengih
tunjuk gigi. Hohoho





Koala adalah sgt2 comel. Rasa nak dukung timang2 je. Tapi tak boleh nak buat sesuka hati gitu kan. Banyak tatatertib kena patuhi masa kat tempat koala ni. Nak belai dia, tak boleh pakai tapak tangan, kena pakai belakang tapak tangan..maksudnya kat kulit kita. Manja betul! Masa kami lawat ni semua koala tido..huhu. Koala ni mmg suka tido, dalam sehari, dia akan bangun 3-4 jam tuk makan. Masa lain tidooo je. Koala akan makan satu daun je iaitu daun eucalypt dan tak minum air sbb daun tu dah bekalkan air untuk badan dia.





Comel mmg comel tapiii..tengok kuku dia tu. Scaryyy tau! Mmg Stitch. Raw..rawwr! Ok guys, happy reading. Daaa ;)



Monday, November 30, 2009

I ♥ Perth (Part 1)

Akhirnya, ada masa tuk post new entry. Hari2 sebelum ni amat busy like a bee. Sebelum lupa, Selamat Aidiladha semua ;). Seperti yang semua dah tahu, ku baru balik bercuti dari Perth.Sebenarnya, ku join aktiviti ni : Program Anak Angkat dan Lawatan Sambil Belajar “Australia Academic Tour & Cultural Interchange 2009 (AusTIc'09) di Perth, Western Australia yg telah diadakan oleh pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Kolej Perdana), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Pasca-Siswazah Malaysia-Western Australia (MyPSA-WA). 14 orang peserta (student UTM) yang join program ni termasuk 3 orang outsider (aku salah sorangnya). Tihihi. Mekasey bebanyak kat cousin ku yg tercenta.



Berbaju hijau tu la cousin ku. Nama manje Why.
Final year student. Bakal cikgu ;)
Blog dia tekan sini.


Bertolak pukul 11.50 malam dan sampai di Perth lebih kurang pukul 5.30 pagi. Btw, waktu Malaysia dengan Perth adalah sama GMT 8.00. Cuma yg beza, kat sana siang nye panjang. Pukul 3.30 pagi dah subuh, pukul 5 pagi dah cerah macam pukul 11 pagi kat sini. Lebih kurang 6 jam dalam flight mmg sgt tak selesa. Kekonon boleh tido, tapi hampa. Seat Air Asia X amatlah sempit dan tak boleh nak "baringkan". Kau akan statik duduk berbadan tegak sepanjang 6 jam tu. Huhuk. Patah pinggang akak. Ku kesian tgk foreigner2 yg berbadan tegap dan berkaki panjang, mesti diorang lagi super tak selesa. Mm..adakah ini sesi komplen Air Asia??. Haha.Takpe2, janji tiket murah.(murah ke??). Everyone can fly katanya.


Sesampai nya kat Perth International Airport, lepas cop pasport bagai, kena beratur pulak lagi, pihak kastam sana sangat2 strict! Gila babeng punya strict. Ayo..habis digeledahnya semua orang punya luggage. Geledah sampai terbarai isi perut luggage tu. Kalau jumpa makanan2, diorang rampas. Nasiblah kumpulan kami diorang tak geledah, scan je, kalau tak mmg jenuh menunggu lagi.


Suai kenal dengan para2 family angkat


Keluar2 je dari pintu ketibaan, kakak2 & abang2 angkat (MyPsa) kami dah menunggu. Memang sgt excited. Dari mengantuk terus jadi segar bugar. Sebelum penyerahan kami kepada family angkat masing2, ada sikit briefing dari Abg Fareed selaku presiden MyPsa. Sepanjang program ni di jalankan, kami akan stay di rumah family angkat masing2. Best!



~Sue, Kak Ain, Saya~


Inilah kakak angkat saya ;) Kak Ain.Kecik molek je orangnya. PhD candidate from Murdoch University. A mom for a cute 4 yo boy, Akmal. Mostly kakak & abang angkat kami ialah PhD candidates kat Perth cuma universiti je lain2. Aku stay dengan Su, bakal cikgu jugak cam Why. Sesampai je rumah Kak Ain,makan2, tido. Huhu.Memanglah malu, datang2 rumah orang terus tido tapi kak Ain mmg memahami kami. Dia suruh kami rehat2 dulu.Dia tau kami letih.I love u la kak Ain. Thanx for everything kak ;)





Dalam pukul 1 petang camtu, kami dibawa oleh abg Sham, pusing2 Murdoch University. Murdoch university ni terkenal dengan course veterinary science. Siap ada klinik haiwan sendiri handle by student2 diorang. Tetiba teringat masa kecik2, cita2 nak jadik doktor haiwan sebab suka gila kucing. Hmm..demand tuk vet kat Ausie & mana2 negara barat mmg tinggi sebab diorang layan pets diorang mcm anak sendiri. Jauh beza dengan Malaysia. Kat sini vet demand tak tinggi pun.Huhu


Then, abg Sham bawa kami pusing2 Perth City pulak. Perth mmg sebuah bandaraya yg sgt bersih dan tak sebusy Melbourne atau Brisbane (macam aku pernah pergi kat sana pulak ;p) Maksudnya, Perth ni bandar kecil je. Weather masa hari tu tersangatlah sejuk weh. Even nak masuk summer, matahari tegak kat kepala, tapi aura2 spring masih ada.Badan aku pun konfius ngan weather kat sana. Angin kuat sangat. Tudung semua jadi senget benget. Layanlah gambar masa kat Perth city ni sampai muntah ye ;p


~The Bell Tower~



Sejukkkkkk...










~City of Perth~


~Eye on Perth~


Time in Perth is 7 hours ahead of Amsterdam...



~Abg Sham, aku ke tu??, Haizun, Aina~


Haa..itulah abg Sham yg banyak tolong kami. Ayah Abang angkat Haizun & Aina. PhD candidate from Murdoch juga. Beliau mmg banyak tolong kami kat sana. Drive & bawak kami kat tempat2 best. Melayan karenah makcik2 4 orang ni. Haha. Nasib abg Sham ada, kalau Haizun yg drive confirm sesat barat (akak gurau je yunk ;p). Si Haizun ni pun salah sorang dari outsider gak, mmg brutal tapi kerja nurse. Awww! Kagum akak ngan ko dik. Kami baru je kenal tapi mmg sekepala sebab otak dia mmg gila2 cam aku jugak. Tahniah dik..kita boleh jadi team. Sorang lagi adik ku yg comel (eceh, terus ngaku adik) ialah Aina. Budak kecik ni mmg kelaka. Adoi..sakit perut akak bila teringat masa ko kejar pelican tu dik oi.


Malam tu, Kak Ain bawa kami (aku ngan Sue) ke K-mart. Kira cam Tesco versi Aussie la. Tapi kat sini coklat adalah murah.Murah berbanding Malaysia. Wahh..sgt heaven. Kak Ain kenalkan kami dengan coklat cadbury katak. Kat Malaysia mmg takde lagi coklat ni. Jadi harus borong banyak2 tuk bagi souvenir kat family. Tapi nama coklat ni kelaka. Ala2 nama Fradoo (which means nama Fradoo tu klaka jugakla sebenarnya ;p)



Tadaaa..Freddo the choc frog.
Siapa nak angkat tangan!!!


Selesai borong coklat, Kak Ain bawak kami makan di Kardinya Kebab House. Rugilah kalau datang Aussie tak makan kebab kan. Oh, cakap pasal makanan, kat Perth ni mmg senang cari makanan halal. Kebab houses, fish & chip restaurants are everywhere. Halal buthers pun ada, so tak susah nak cari daging2 halal. Kebab kat sini mmg jauh beza la ngan Malaysia. Besar gedabak, penuh dengan isi daging + salad. Mmg terbaikkk! (tetiba perut lapar teringat kebab sana..huhu). Tapi, aku belajar makan makanan baru kat sana..


Bapa BOREK, anak rintik
Wihihihi..


Kami pilih yg Sucuklu tu. Sodappp..ala pizza + murtabak, jadilah borek sucuklu ni. Dengan ini, tamatlah kisahnya aktiviti di Perth tuk hari pertama. Selamat membaca semua ;)



P/s: Semput nak buat entry ni, internet slow gila.Huhuk


Wednesday, November 25, 2009

I'm home..

I ♥ Perth


6 days in Perth:

- got sunburned
- gained 3 kg
- 873 pics taken
- happy+happy+happy
(^_^)


P/s: Update secara marathon lepas ni..sabar eh


Friday, November 13, 2009

Ku akan terbang jauh..

First of all, ku sangat2 berterima kasih dengan pandangan & advice kamu2 semua tuk entry sebelum ni.Baru aku dapat pandangan yg jelas pasal Vads ni. Ditambah dengan komen abg aku (Si Ptit tu), terus aku 100% yakin dengan keputusan aku. Thanx bro. Tapi pasal KPLI tu mmg no more intake. Tapi takpe, kerja lain banyak lagi.Lecturer?? ;p Hmm..so I decided NOT to take this job. Betul tu, ku belum se"desperate" itu tuk memilih kerja ni. Customer service streamyx?? Mesti confirm kena marah je kan..aku dah la lemah longlai bab kena marah2 ni. Ish..can not. Can not. Bagus lagi aku jadik customer service merangkap supervisor merangkap cashier kat Fradoo. Lagipun, elaun ku dapat lagi tingggiii woo. Hehe. Jadinya, sementara mencarik & dapat kerja yg betul2 sesuai dengan aku, aku akan terus tolong ayah tercenta kat Fradoo. Kira kerja jugak tu kan ;) Insyaallah, kalau dah rezeki kita, kat mana2 pun ada. Tol tak?? Kekadang macam nak bukak bisnes sendiri pun ada jugak..best tau bisnes2 ni, ku suka, dapat duit hari2 ;p


Aku tak kan menyesal tolak job ni sebab ku tau ada job yg lebih bagus tuk aku. Yg penting aku dah ada experience interview, so lepas ni aku tau lah nak prepare apa & takdelah ku blur2 sgt. Ok, cukup cerita pasal kerja, sekarang mari kita peri HOLIDAY!!!! Ingat lagi tak entry pasal "Sinaran Pasport Kegemilangan ni?? Hehehe..Ramai yg teka aku pergi Indon eh?? Tapi ada jugak yg teka betul. Bravo!! Dengan ini aku umumkan yang aku akan pergi bercuti ke sini...




AUSTRALIA
The land of koalas & kangaroos

Weeee..comelnya ko!!



To Shira, Bro John & Ell, sebab korang teka betul, tunggu souvenir dari sana nanti k ;p Tuk blogger2 kesayangan ku yg lain jgn merajuk tau. Hehe. Aku pergi 18hb-24hb ni ke Perth. Sebenarnya aku tak expect pun nak pergi bercuti kat sini. Thanks a lot to my cousy yg cun lagi bijak ni. Sebab dialah aku dapat gi sana. Ni adalah program universiti dia,buat lawatan kat sana. Dia ajak aku, memula aku taknak, sekali lepas dah inform dengan mama, mama suruh aku pergi. Mama cakap peluang camni bukan senang nak dapat. Wow! Parents dah bagi greenlight, apa lagi kan?? Mestilah happyy!!! Kiranya ni bukan holiday semata2, tapi lebih kepada holiday sambil belajar sebab nanti kami akan pergi melawat university2 kat sana jugak. Bestt kan?? Kami akan stay rumah fam angkat kat sana nanti.Excited ni!! Haa..begitulah kisahnya.Oklah, ni entry last aku sebelum aku pergi bercuti. Kamu semua doakan kami selamat & semuanya berjalan lancar kat sana nanti ok. Jumpa lagi nanti selepas aku balik bercuti. Bye ;)



P/s: Esok nak serbu career fair dekat PWTC. Moga peluang kerja kat sana lagi best~


P/s 2: Counting days..1..2...3..4..5. 5 more days to go!! Yay!


Sunday, November 01, 2009

Sinaran Pasport Kegemilangan

Eceh..tajuk tak menahan. Tak ada kena mengena dengan rancangan hiburan zaman ku kecik2 tu, sebenarnya entry ni berkaitan dengan pasport. Ye..sekarang aku dah ada pasport. Kalau dulu just ada pasport warna biru je, khas tuk pergi Borneo, tapi sekarang aku dah ada yg warna merah. International. Yay~~




Aku buat pasport ni minggu lepas dekat Jabatan Imigresen, PKNS, Shah Alam.Sekarang buat pasport adalah murah. Just bayar rm100 je tuk 2 tahun dan boleh siap dalam masa 2 jam je. Walaweiii. Memang berbaloi2. Ketiadaan passport tuk pergi bercuti bukan masalah lagi. Sudah ada pasport, maksudnya akan pergi BERCUTIIIIII. Yay yay~~


Excited gila! Sebab pertama kali nak pergi vacation jauhhh ni. Ni pun plan last minute. Tak expect pun nak pergi bercuti dalam masa terdekat ni, tapi bila mama & ayah dah bagi greenlight dan offer yang datang pun mungkin sekali seumur hidup,so I decided to go. InsyaAllah, kalau takde apa2 hal, 18hb ni akan terbanggggg ke sana.Ke mana??? Rahsiaa..dulu ;p




Yang penting bukan kat sini lah..

BIG NO!


P/S: Siapa dapat teka aku bercuti kat mana aku hadiahkan dia souvenir best dari sana nanti. Nak tak ?? ;)








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015