Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Wednesday, December 05, 2012

Monday, October 12, 2009

Mari belajar bahasa

Hari ini mari belajar beberapa perkataan Sarawak. Ini semua gara2 terjumpa seorang adik junior dari Uitm Sarawak, Fid membuatkan secara automatiknya aku rindu dekat sana, Sarawak tercentaa. Baiklah, mari kita mulakan.

1) Lawa
Jgn ingat kalau anda kena kacau dengan mana2 mat rempit kat sana dan anda tak layan mereka, pastu mereka panggil anda lawa, anda terus terasa bangga kembang2 hidung kerana menyangka mereka mengatakan anda cantik, hakikatnya mereka memanggil anda sombong!


2) Kacak
Jika anda seorang perempuan dan ada orang memuji anda kacak, tak kira lah yg memuji anda itu lelaki mahupun perempuan, anda jgn konfius. Jgn ingat muka anda kacak seperti seorang lelaki hensem. Anda patut merasa bangga kerana mereka memuji anda cantik.


3) Kemeh
Sesetengah negeri, kemeh ialah kemas kan? Tapi kalau kat sarawak lain. Kemeh ialah kencing. Jgn pulak ingat masa kat Sarawak, sedang anda menggunakan toilet awam sekali ada org diluar mengetuk2 pintu toilet anda dengan rakus sambil berkata dengan kuat "Cepat! Cepat! Nak kemeh!", anda ingatkan org tu nak mengemas. Wuhuhu..


4) Gago
Takde kena megena dengan tarian agogo. Gago bermaksud sibuk. Busy gila la tu. Sesuai jugak digunakan tuk org yng suka menyibuk. Gago lah kau!


5) Babo
Comel kan perkataan ni? Babobabobabo. Perkataan je la comel. Hakikatnya sesiapa yg babo tak comel pun. Babo ialah pelupa.


6)Nyaman
Takde kaitan ngan udara yg nyaman lagi segar. Nyaman kat sana bermaksud sedap! Khas untuk makanan2 sahaja


7) Ngegeh
Lebih kurang macam terhegeh hegeh tapi tuk lebih spesifiknya mengada- ngada. Perempuan gedik2 tu ngegeh la tu.Oppss!


8)Polah
Student mestilah rajin polah assignments. Polah ialah buat. Kalau nak tegur jiran sebelah..Yuuuuhuuuu..polah apa tu?? hoho


9) Mun
Bukan bulan. Mun ialah kalau. Mun ada umur panjang, esok kita jumpa lagi ;)


10) Motor
Disana motor ialah kereta. Yg motor bertayar 2 tu dipanggil motosikal.


Ok, smpai disini sahaja kelas kita pada hari ini. Kalau ada masa sambung lagi. Anak2 murid semua boleh bersurai sekarang.



P/s: Asuk dan pusuk. Anda tahu maknanya ;p?


Sunday, July 12, 2009

10 perkara best tentang Sarawak

1) Ada cat statue yang comel lagi besar gabak dekat tengah2 bandar Kuching








2) Ada waterfront yang indah. Siap ada bot tambang lagi








3) Ada cultural village yang sgt happening! Rugi kalau gi Sarawak tak pergi sini.

















Faris pakai baju tradisional kaum Iban. Kawaiiii!



4) Ada pantai Santubong yang seriously sgt cantik













5) Ada Taman Sahabat yang menarik lagi tertarik







6) Ada Singapore Chicken Rice yg super duper nyamannnn!







7) Tak lupa jugak ngan mee kolok. Mee kolok dekat Heritage cafe, Satok mmg terbaikla! Pergh!







8) Ada ikan terubok masin yang segar lagi murah. Tempat lain tak dapat punya.







9) Bersepah2 patung2 unik lagi pelik dan seksi. Kehkehkeh ;p











Ooopss! Budak kecik sila totop mata


10) Last sekali, paling best. Gambir. Lalala ;p




bagus tuk ubat sakit gigi ni.hihi


Thursday, July 09, 2009

Sunday, February 01, 2009

Tunggu aku di Kuching..Meeowww!!


Tiket dah booked. Bulan 7 nanti. Murah gila!! RM138 pergi balik naik MAS. Thanks Mama kerana men"sponsor" anakmu ini. Wahaha..bestnya gi holiday kat sana. Sesungguhnya aku sgtla rindu kat Kuching. Jom korang gi Kuching jom..=)


P/s: Sik sabar aku tok eh!!! Ngehehe...








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015