Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label UiTMCS. Show all posts
Showing posts with label UiTMCS. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Mari belajar bahasa

Hari ini mari belajar beberapa perkataan Sarawak. Ini semua gara2 terjumpa seorang adik junior dari Uitm Sarawak, Fid membuatkan secara automatiknya aku rindu dekat sana, Sarawak tercentaa. Baiklah, mari kita mulakan.

1) Lawa
Jgn ingat kalau anda kena kacau dengan mana2 mat rempit kat sana dan anda tak layan mereka, pastu mereka panggil anda lawa, anda terus terasa bangga kembang2 hidung kerana menyangka mereka mengatakan anda cantik, hakikatnya mereka memanggil anda sombong!


2) Kacak
Jika anda seorang perempuan dan ada orang memuji anda kacak, tak kira lah yg memuji anda itu lelaki mahupun perempuan, anda jgn konfius. Jgn ingat muka anda kacak seperti seorang lelaki hensem. Anda patut merasa bangga kerana mereka memuji anda cantik.


3) Kemeh
Sesetengah negeri, kemeh ialah kemas kan? Tapi kalau kat sarawak lain. Kemeh ialah kencing. Jgn pulak ingat masa kat Sarawak, sedang anda menggunakan toilet awam sekali ada org diluar mengetuk2 pintu toilet anda dengan rakus sambil berkata dengan kuat "Cepat! Cepat! Nak kemeh!", anda ingatkan org tu nak mengemas. Wuhuhu..


4) Gago
Takde kena megena dengan tarian agogo. Gago bermaksud sibuk. Busy gila la tu. Sesuai jugak digunakan tuk org yng suka menyibuk. Gago lah kau!


5) Babo
Comel kan perkataan ni? Babobabobabo. Perkataan je la comel. Hakikatnya sesiapa yg babo tak comel pun. Babo ialah pelupa.


6)Nyaman
Takde kaitan ngan udara yg nyaman lagi segar. Nyaman kat sana bermaksud sedap! Khas untuk makanan2 sahaja


7) Ngegeh
Lebih kurang macam terhegeh hegeh tapi tuk lebih spesifiknya mengada- ngada. Perempuan gedik2 tu ngegeh la tu.Oppss!


8)Polah
Student mestilah rajin polah assignments. Polah ialah buat. Kalau nak tegur jiran sebelah..Yuuuuhuuuu..polah apa tu?? hoho


9) Mun
Bukan bulan. Mun ialah kalau. Mun ada umur panjang, esok kita jumpa lagi ;)


10) Motor
Disana motor ialah kereta. Yg motor bertayar 2 tu dipanggil motosikal.


Ok, smpai disini sahaja kelas kita pada hari ini. Kalau ada masa sambung lagi. Anak2 murid semua boleh bersurai sekarang.



P/s: Asuk dan pusuk. Anda tahu maknanya ;p?


Sunday, February 15, 2009

Just another wedding "kompang"

Buat pertama kali nya dalam hidup, aku stuck dalam jam selama 1 jam. Kejadian ini berlaku semalam, apabila aku ngan kawan2 aku nak gi wedding kawan kami, Arfah namanya kat Rawang, nak lalu highway Guthrie, tapi jalan kat situ kena tutup. Disebabkan apa? Accident? Bukan.Road block? Bukan. Ada manusia buat mogok? Bukan. Semuanya adalah kerana Le Tour De Langkawi. Yee...Punya barai kitorg dalam kereta. Dari kul 1230 tghari, time matahari tgh panas terik yg amat sampai pukul 130 ptg. Ciss..sampai kan driver2 dan penumpang2 dalam kerete, keluar duk melepak kat divider jalan sbb tak sanggup dah nak duk dalam kereta lama2. Tapi aku tetap gigih duk dalam kereta, ada air-cond, lagi sejuk dari lepak kat luar. Tapi tahap kebosanan kami mmg tak boleh nak kata apa. Aku rasa mcm nak je ketuk pintu kereta makcik sebelah pastu pinjam paper dia jap. Bosan gilaaaaaaa!! Dah la perut aku punyelah berkeroncong mak yong. Kreeuukkk..kreeeaakk..krriiukkkk~~


Apa yg kami buat dalam kereta tuk hilangkan bosan? Tgk aksi2 org yg melepak kat divider jalan, berangan2 jadik artis dan yg paling penting menangkap gambar. Hakhakhak..



~Aku, Kerol & Lan~
*Psst..Lan masih single..sape berminat sila gtau eh..haha



Lepas kul 130 ptg camtu barulah kereta boleh bergerak. Sampai tol Rawang lebih kurang kul 2 ptg. Nak mencari rumah pengantin pun mencabar gak. Sesat2. Huhu. Syukur jumpa gak akhirnya, masa tu dah pkul 2 lebih. Pengantin pun dah lepas makan beradap, tgh busy layan tetamu. Kami pas mkn (lauk kenduri Arfah sedap bangat! =p), bergambar2 ngan pengantin, balik. Penat woo. Walaupun penat tapi puas hati + happy sbb dpt attend wedding member. Member dah jemput, tak baik tak pergi. Kalau ada org yg tak pergi wedding member dia sbb nak celebrate valentine, meh sini aku siku dia. Apa daa..wedding member bukan hari2, celebrate valentine tu bukan penting pun. Dari wat benda2 yg tak berfaedah tu, baik gi wedding member. Dapat gak pahala. Hee. Cakap pasal valentine, best gak kan nikah + wedding time valentine, nanti org lain sibuk celebrate valentine yg ntahapa2 tu, Arfah & hubby celebarate anniversary dorang.Wee..sweetnya~




To Arfah & Hubby: Congratz! Moga berbahagia ke akhir hayat =)
*Arfah sgt tantek tau time wedding dia. Terpesona ngan matanya =p




Ambik berkat bergambar bawah pintu gerbang. Boleh? Haha..



Tuesday, January 13, 2009

Aku rindu saat2 ini. Sangat rindu!

Tarikh: 12/4/2006
Lokasi : Uitm Kota Samarahan Sarawak & Chicken Hartz, Sarawak Plaza

~The Sweetest Memory~

































Aku rindu diorang..
Aku rindu Uitm Kota Samarahan..
Aku rindu Mdm. Liew, Mdm. Khong, Miss Chin, Mdm. Tini, Sir Robin..
Aku rindu nak lepak Singgah Selalu & Bergambeh..
Aku rindu lepak kat U-floor..
Aku rindu tgk wayang kat Medan Pelita..
Aku rindu sotong goreng tepung kat kafe,
Aku rindu semuanya..
Aku rindu SARAWAK..
Rindu! Rindu! Rindu!








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015