Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label aidil. Show all posts
Showing posts with label aidil. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Selamat sudah ;)

Alhamdullilah, pagi semalam selamat sudah the one & only adik lelaki ku menukar status nya dari bujang ke suami orang. Mari kita lihat serba sedikit kronologinya sebelum bertukar status..

Malam sebelum nikah, gigih pasang inai kat 3 jari ni.Inai kali pertama,dia tak puas hati, pastu dia inai sekali lagi bagi hitam likat..

Aksi2 (senget) bakal suami orang..haha


Lepastu semangat praktis lafaz akad nikah.."Aku terima nikahnya..Aku terima nikahnya..." Tak habis2. Sampai aku pun dah naik hafal. Nerveous katanya. Taknak kantoi esok hari.



Pagi 16/09/10 (Hari Malaysia)
Lokasi : Dewan nikah Masjid Shah Alam

My family sedondon gitu. 
Very nice ;)
Masa ni tengah menunggu ketibaan saudara mara.



Adik aku dah tak tenteram dah. Tak senang duduk. Muka pun dah naik pucat time ni. Darah gemuruh dia dah mari. Hahaha. Kelakar aku tengok dia masa ni. Aku pun apa lagi, masa ni memang dok sakat2 dia je.



Alhamdullilah. Selamat sudah ;)
Dengan sekali lafaz je. Good job bro!
Tak sia2 praktis dari malam sebelumnya tu.


Tahniah adikku
Mohd Aidil & Norlily Suliza
Moga berbahagia ke akhir hayat ok 
(^_^)


Ko tengok betapa excited nya aku nak amik berkat pasangan ni.
Biar lepas ni cepat2 sikit giliran aku.Hahaha.Gila tak sabar kakak dia sorang ni ;p


Majlis nikah adik aku memang sangat simple yet very meriah & happening. Kitorang happy2 je, takde setitis airmata pun jatuh dari mata semua orang. Banding masa majlis nikah kakak aku dulu, mama nangis, ayah nangis, aku jangan cakaplah..nangis sampai mata bengkak2. Hmm.maybe tok kadi adik aku ni takde bagi ceramah2 yang menyayat hati. Masa majlis nikah kakak dulu, tok kadi tu mula berceramah je, air mata kakak aku pun dah mula mengalir. Bila air mata kakak aku dah mula mengalir, secara otomatiknya air mata aku pun turut mengalir juga. Tapi yg tak tahan, aku lagi over dari pengantin time tu. Sebak gila rasa. Wihihi


Yeahhh. Lepas ni giliran kami pula. Yay! :)


Ok, sekarang mari bercakap pasal makeup adik ipar aku pulak. Aku dengan baik hatinya telah mensponsor makeup tuk majlis nikah beliau. Masa memula tu jenuh jugak aku pergi website2 make up artist & mak andam tuk pilih mana yang sesuai. Sekali terlompat kat satu website makeup artist ni. Terus teruja. Cun gila hasil makeup dia. Cantiks!! Terus booking beliau tanpa was2 lagi! Hehe..


Wajah adik ipar sebelum disolek.



Wajah selepas disolek.
Amazing bukan?
Gorgeousss!







Terserlah kecantikan si pengantin ;)
Aku amik Day Makeup = RM150 sahaja.
Sangat cantik & berbaloi. Puas hati! ;)

Mula2 ingat nak amik pekej makeup nikah, sekali adik aku kata tak mau makeup heavy2, so aku tukar pekej day makeup. Day makeup pun dah cantik gini, kalo makeup nikah mesti lagi meletups. 

Sesiapa yang berminat.Ley jenguk website Cik Amy Ameera ni. Confirm lepas tengok terus nak booking.Cantiks gila boombastik hasil makeup dia.Pakej dia tawarkan pun sangat berpatutan. Dapat tau website cik Amy ni pun dari cik Zie kita ni. Thanks Amy & Zie ;) 



P/s: Sesape tanye giliran aku pulak bila..meh sini aku geget telinga orang tu. Penat berbuih dah mulut ni menjawabnya. Save the best for the last lah ;)


Tuesday, December 22, 2009

Tahniah Adik ku~











Tadaa...sebenarnya dah hampir sebulan majlis ni berlangsung tapi baru berkesempatan nak upload cerita ni. Hehe..bagus kan kakak ni. 2 hari lepas Hari Raya Haji haritu, telah berlangsungnya majlis pertunangan adik aku ni ngan centahati tercentanya. Gubahan2 kat atas tu hasil tangan ku, mama & kakak.Tema yg sgt simple.Cantik tak??



~Mama menyarungkan cincin ke jari bakal menantu ;)~


Alhamdullilah, majlis berlangsung dengan lancarnya. Sempurna dah satu bab. Tahniah adik ku. Tahniah banyak2.




Inilah tunangan adik ku. Lily namanya. Sgt sweet orangya. Baik. Pandai masak. Terer buat choc chips. Hehe. Umur 23 tahun, muda setahun dari adikku.




~Sesi bergambar dengan saudara mara~

Adik aku tak dapat snap gambar ngan tunangnya sbb masa tu dia sgt selekeh.Hoho.Mama tak bagi. Ada ke patut, pakai baju cam nak gi mancing. Pastu sempat lagi masa org semua berbincang, dia gi memancing kat lombong belakang rumah Lily ni. Ish..ish..kalau dah kaki mancing tu, kat mana2 pun nak mancing. Dia tak kisah. Nasiblah Lily dapat bakal suami kaki mancing ;p


Tengok tu..sgt selekeh kan budak ni ;p


Bisalah, bila ada majlis2 camni, confirm lah aku diserang dengan soalan2 cepucemas oleh makcik2 aku kan. Haishhhh!! Penat dah menjawab. Kalau dah jodoh adik ku sampai awal, biarlah dia teruskan dulu. Ku tak kesah. Memula dulu sentap lah jugak kan, tapi sekarang dah tak kesah dah. As kakak, aku sentiasa doakan yg terbaik tuk adik ku ni. Tapi yg penting, hadiah langkah bendul,kakcik nak blackberry bold eh. Hohoho ;p



Tak kesah lah, langkah bendul ke, langkah tunggul ke. Yg penting, bila jodoh ku dah sampai, turn aku pulak kan. Rileks lah ;). Sygg, jgn risau..cintaku hanya tuk mu. Ku takkan carik lain. Heheh


Buat adik ku, moga korang bahagia sampai ke jinjang pelamin & bahagia ke akhir hayat. Jangan lupa hadiah langkah bendul ok. Haha~


Sunday, December 21, 2008

Gambar masa kecik2 #01

Semalam tolong mama kemas stor, tetiba terjumpa banyak album2 lama (Hmm..album2 lama simpan dalam stor? huhu). Aku pun bukak la 1 album ni. Belek2. Gamba adik lelaki aku masa kecik2. Comel. Yee..dia mmg comel masa kecik. Macam anak cina. Kulit putih. Sekali aku nampak 1 gamba ni. Aku terus ketawa terkekek2. Kelaka sgt. Dah lama gila aku tak tgk gamba ni. Dulu masa kecik2 gamba ni selalu kena jadik bahan adik beradik.

~Aku & Adik lelaki aku~

Yee..itu ialah aku. Ahahaha. Sumpah kelaka. Masa ni aku 3 tahun lebih, adik aku tu setahun lebih kot. Aku ngan comotnya, ngan hitamnya, ngan rambut pendeknya, dah macam budak laki. Adik aku yang putih tu, kena ikat jambul cenggitu, terus nampak cam budak pompuan. Mama aku cakap, aku masa kecik mmg suka pakai bedak2 byk sebab nak kasik sama putih macam adik aku. Lol. Padahal muka je putih kot. Tangan still hitam. Haha. Budak kecik, suka buat benda kelaka2 asalkan diri sendiri puas hati. Suka tgk gambar lama2 ni. Kenangan...

Kami yang sekarang
Adik aku dah no longer putih. Barulah sama warna kulit kami (Eh..tak2 aku cerah sikit dari dia sekarang..Dalam gambar ni je kami sama2 gelap..haha). Barulah nampak cam adik beradik sejati.Haha..takpe, wlaupun kami tak berapa nak cerah, tapi kami sweeeeet tau. Itu yang penting. Lalala..










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015