d.jpg)
Semalam last operasi Fradoo kat G39 ( Gerai 39) lepas lebih kurang 5 tahun beroperasi kat sana. Adehh..tetiba rasa sayu. Yelah..5 tahun tu bukan kejap tau, kalau ada anak, dah boleh masuk tadika dah anak tu. Banyak gila kenangan kat G39 ni. Kenangan melayan karenah macam2 jenis ragam customer, kenangan gerai banjir bila hujan lebat gila..aaa..banyak sangatla kenangan. Yang penting, aku bersyukur sangat pada-Nya kerana melimpahkan rezeki yang tak putus2 sepanjang berniaga kat gerai ni, even masa mula2 nak berniaga tu kena berdepan ngan macam2 masalah.
Aku ingat lagi, 1st time aku "part time" kat Fradoo masa tahun 2006. Lepas habis study kat Sarawak, masa nak tunggu sambung degree, aku gigih dah tolong ayah kat gerai. Mula2 memanglah rasa pelik, tak biasa. Ditambah pulak lepas tu aku dapat sambung study kat uitm sini, cabaran gak la memula tu sbb tak reti nak bahagikan masa study ngan tolong ayah kat gerai. Berserabut kejap kehidupan. Tapi bila dah lama2, semua dah biasa. Rasa seronok. Seronok dapat tolong ayah. Bila lagi aku nak berbakti ngan ayah kan. Nak bagi duit tiap2 bulan tak mampu lagi. Kekadang rasa kesian tengok ayah, yelah..beliau bukan muda lagi, tapi gigih kerja kuat, berdiri lama2, pastu nanti sakit kaki.Huhu.(Haih..ayah..ayah..sila banyak berehat pasni ok).Fradoo ni pun berjaya mengeratkan silaturrahim aku ngan ayah aku. Bukanlah maksudnya sebelum ni aku tak rapat ngan beliau, rapat..tapi hari2 tolong beliau jadik makin rapatlah.
Jadinya pagi tadi bermula lah segala operasi mengangkut meja2,kosongkan gerai lama. Balik kelas tadi pusing jap tengok gerai.Huuhuh..sedih.Semuanya telah kosong. =( Tapi kenangan kat gerai ni tak kan pernah kosong dari sanubari ini.*Jiwa2 sekejap
.jpg)
.jpg)
*hukhuk
.jpg)

Ok, cukuplah episod jiwa2. Sekarang ke episod happy yippie plak. Memandangkan gerai lama dah dikosongkan. Maksudnya Fradoo akan berpindah ke gerai baruuuuuuuuuu...YAY!! Seperti yang di warwarkan sebelum ni. Gerai Fradoo baru terletak di.......
.jpg)
Senang je nak carik medan selera Prima 2 ni. Betul2 depan sekolah menengah seksyen 2, pastu ada KFC gedabak tercongok depan medan selera ni. KFC paling besar kat Shah Alam kot.
.jpg)
Walaupun gerai baru Fradoo ni taklah sebesar gerai lama, tapi persekitarannya jauh lebih bagus dari gerai lama. Lagi selesa. Lagi bersih. Lagi cantik. (Tempat baru memanglah semua bersih dan cantik.Lama2 nanti sama je cam lama.Haha). Dan yang paling penting, aku ngan ayah tak payah menghadap muka laki bini yang busuk hati itu lagi hari2 (eh..eh..siapa pulak ni? shhh..). Biasalah, orang Melayu ni, kalau berniaga mana boleh tengok orang lain lagi maju dari dia, ada je yang mendengki. Ok2. Cukup. Taknak buat cerita sensasi.
Haa..pengumuman, gerai baru Fradoo akan beroperasi pada Sabtu ni, 11/4/09. Kawan2 semua, silalah datang beramai2 eh =)
Oh ye, jangan risau, walaupun dah berpindah ke tempat baru, ABC Fradoo tetap SUPERB seperti biasa ye. Lazat sehingga menjilat2 sudu. Haha
*promote itu wajib! haha..