Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Riang Ria Aidilfitri 2012

Tahun lepas beraya dengan keluarga ipar tersayang maka tahun ni beraya dengan mama & ayah tercinta pula di Muar. Yeayy! Alhamdulillah, raya tahun ni memang sangat meriah bagi kami sebab buat pertama kalinya beraya dengan si anak. Raya pertama Aqil Hamzah.Memang lain perasaan & keadaannya beraya dah ada anak ni. Kalau dulu masa bujang happy gila bila dapat duit raya, sekarang lagi berganda happy nye bila anak yang dapat duit raya. Motip mama dia plak nak happy anak dapat duit raya?Hahaha. Lepastu kalau dulu pagi2 raya, busy kat dapur tolong apa yang patut, pastu baru siapkan diri dan suami. Sekarang bangun2 tido, siapkan anak dulu dan suami, baru lepastu siapkan makanan pagi raya. Dah settle semua baru siapkan diri sendiri. 

Aqil Hamzah encem di pagi raya. Ni tengah tunggu ayah balik solat raya ni.


Hari raya pertama kami bertiga. Raya pertama tema purple. Raya kedua mustard & yellow :)


Aqil bersama sepupu2nya.Dari kiri Abang Ammar, Abang Iman dan Kakak Intan :)
*Tengok tu tudung Kakak Intan siap ada mata lagi. Hohoho. Comelkan?*



 Dengan ayah & mama juga Caca tersayang :)



My beloved family :)
Gambar family haruslah wajib ada tiap kali hari raya kan. Tahun ni abang & family takde dalam gambar sebab diorang beraya kat Terengganu dulu.Kami tema purple, my sis & family tema green yellowish,family adik tema orange. Mama,ayah ngan Caca tema campur2 :D



 Hari raya kedua :)

Okla, tu je serba sikit cerita pasal raya. Nanti sambung cerita raya lagi ok. Bye :D





Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya :)



Aqil Hamzah nama diberi,
Budaknya bijak dan baik budi,
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Salah dan silap harap dimaafi.

Beg baju mama satu je tapi beg baju Aqil sampai tiga,
Kalau boleh mamanya nak bawak baju Aqil semua,
Maklumlah ini kali pertama Aqil beraya,
Aqil rilek je, mama yang over teruja.

Double check semua barang biar takde yang tertinggal nanti,
Excited nak beraya sampai jantung berdebar2,
Pandu balik kampung nanti berhati2,
Kalau stuck dekat jem banyak2 kanlah bersabar.



Hehehehe. Oklah mommies dan kawan2 tersayang sekalian. Selamat menyambut raya bersama family tercinta. Minta maaf kalau ada tersalah bahasa sepanjang berblogging  ni. Bye :D



Monday, September 26, 2011

Riang Ria Aidilfitri 2011 ;)


Salam ;) Lagi 4 hari nak habis raya baru saya sempat nak update entry pasal raya.Hehe. Susah betul nak kumpulkan mood untuk berblogging kali ni.Oklah,meh saya ceritakan secara ringkas pasal riang ria Aidilfitri saya tahun ni.  Tahun ni Alhamdulillah, tahun pertama saya beraya sebagai seorang isteri, menantu dan bakal ibu ;) Masa awal hari raya haritu saya dah 13 minggu, syukur sangat muntah2 dah tak ada, cumanya kekadang terasa macam mual sikit. Tapi..selera makan dah kembali. Memang puas lah saya makan time beraya haritu. Hee.

Tahun pertama kami beraya sebagai suami isteri.
Tema merah. Akhirnya jumpa juga baju kurung polka dot merah yg macam saya mengidamkan ;)


Raya pertama dan kedua saya beraya ni rumah mertua ;)
Memula macam nak sayu2, yela..first time beraya jauh dengan family sendiri kan tapi bila dah dekat2 nak raya perasaan sayu tu hilang.Saya sangat gumbira sambut hari raya dengan mereka ;) Raya dekat mana2 pun sama, family in law pun family saya juga. Jadinya, kita harus bergumbira.Hee.Syukurlah, takde pertumpahan airmata yg berlaku di pagi raya.



Mama & ayah berhari raya pertama & kedua tanpa anak2 disisi kecuali si bongsu, Caca. Kami yang lain beraya ni umah mertua masing2 dulu. Ni idea mama, sebab katanya dia nak anak2 nya semua berkumpul sama2 pada hari raya ketiga. Jadinya semua korum family kami nanti penuh, takde yang rompong2. Masa hari raya pertama mama kata sedih jugak sebab rumah sunyi je, tak meriah ngan suara anak2 & cucu2 macam raya sebelum2 ni. Hololoh..cian mama, dun worry ma, raya tahun depan InsyaAllah raya pertama mama kompem meriah dengan keletah anak2 & cucu mama ni, sebab tahun depan giliran kami pula beraya dekat rumah mama dulu. Wehuu ;)


Bergambar keluarga ;)
Hari raya keempat. Semua kami adik beradik2 dah balik ;)




Alhamdullilah. Tahun ni ahli keluarga kami semakin bertambah. Semoga semakin bertambah dan bertambah lagi pada tahun akan datang. Aminn ;)




Malam tu ada acara BBQ. Dah macam acara wajib setiap kali raya. Best! 




Tahun lepas ayah sponsor mercun @ bunga api 36 das, tahun ni up kepada 138 das! Haha. Memang terbaik..bila bakar je mercun ni, jadi tarikan 1 kampung.Dah macam malam merdeka je rasa, semua orang tertumpu dekat bunga api ni. Hehe


Ni je gambar bunga api meletus di udara yang termampu di snap oleh kamera saya.Haha.

Hmm..rasanya tu jelah kot serba sikit cerita pasal hari raya saya tahun ni. Serba sederhana tapi cukup meriah bagi kami. Bawah ni antara gambar2 feveret saya sepanjang berhari raya tahun ni.

Faris gumbira bersama bubble2 nya ;) Comelllllll!



Raya pertama Intan. Sangat jeles sebab dia dapat bayak duit raya. Mamacik dia seposen duitraya pun tak dapat. Haha


Intan Maisarah & Barney.Comellllll sangat!
Adorable baby! Raya tahun depan Intan boleh geng dengan baby mamacik ok :)

Sekian entry raya tahun ni. Mahap kalau bahasa ada sedikit skema. Haha. Penat tau nak mengarang ni. Sebelum terlambat (padahal memang dah lambat sangat..hee), nak ucapkan selamat ari raya kepada semua, maafkan salah silap diri ini terutama sekali buat rerakan blogger.Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna & diberkati ;)



Tuesday, September 14, 2010

Raya 2010

Menariknya raya tahun ini ialah:

1. Buat julung2 kalinya aku bagi duit raya kat family & sanak saudara  ;)
Syukur Alhamdulliah~




2) Ayah supply mercun.
Dan kami gila main mercun.
 Tapi bukan aku la..aku tukang tengok & sorak je ;p
Ni mercun merdeka 25 das!
Meriahhh satu kampung!




3) Ada mercun papan terpanjang di kampung kesang tasek jugak.
Memang panjangggg.Siap kena sangkut kat pokok.
POM!POM! POM!
Berdesing telinga!




4) Anak2 buah dah pandai bergaya ;)
Suke!
Biru anak abg & pink anak kakak ;)

Gaya 1






Gaya 2




Gaya 3




Gaya 4
Oh comelll! Geget kang nak?




5) Oh ye..ni menarik jugak nih.
Kereta raya ayah ;)


6) My sis & her family sedondon pakai pink.
Ohh..i'm loving it!
Sejuk mata memandang pink di pagi raya ;)



7) Menarik lagi raya tahun ni..
Raya terakhir adik aku beraya sebagai bujang.
Hari Khamis ni dah nak nikah dah.
Eh..ni menarik ke?
Buat aku tekanan adalah..
Hahaha..



8) Ni pun menarik jugak ni.
Paling menarik!
Raya tahun ni tempat duduk kat sebelah kosong.
Tahun depan mungkin tidak lagi.
Awww..suka ;D
InsyaAllah jika semua berjalan lancar 
dengan izin-Nya ;)


Aik? Raya family potrait mana? Tu next entry lah..gambar kat kamera abg. Belum transfer lagi. Muehehe. Raya anda bagaimana pula?


P/s: Hari raya pertama kalo tak kena serang sindrom ceri beri tu bukan raya lah namanya tu kan. Hee..


Friday, September 10, 2010

Happy Hari Raya ;)



Biasanya kalau malam raya, handphone mesti tak henti2 terima sms raya. Macam2 pesen sms raya. Ada yang jenis pantun, gambar2, tak kurang jugak yang hantar mms.Tapi baru kejap tadi aku terima lain dari yang lain punya sms raya. Memang tak agak2.Kreatip bukan main.Bikin saspen kejap masa aku baca.Camni sms nya..


" Bang,masuk tu pelahan2 sikit ye. Masuk biar betul kat lubang. Jgn sampai terpancut kat luar. Leceh. Nanti kena lap pulak.Lepas tu bila nk tarik keluar pastikam dh habis pancut tau, nanti rugi!! Terima kasih kerana mengisi minyak di Petronas. Sila datang lagi. Berhati2 di jalanraya & selamat menyambut hari raya. Maaf zahir batin"


Hahaha. Kreatip bukan? Apa2 cara sekali pun kite sampaikan ucapan raya atau minta mahap, yang penting ikhlas. Dan dengan itu, dari hati yang ikhlas seikhlasnya, diri ini ingin memohon ampun maap kepada semua.Semua ye. Kita hanyalah manusia biasa yang memang tak lari dari buat silap kan. Kekadang kesilapan tu kita sedar, tapi yg paling takut kesilapan yang kita tak sedar. Tetiba je menyinggung hati dan perasaan orang lain. Minta maaf ok. Oklah, Happy Hari Raya semua. Jaga diri :)

Tuesday, September 29, 2009

Kronologi Riang Ria Aidilfitri 2009

Cerita pasal Aidilfitri lagi. Ala..bagi canla nak buat entry lebih2 sikit pasal Aidilfitri. Kata raya sebulan tul tak?? Ok, macam biasa setiap tahun sambut hariraya, ketupat wajib dibuat. Kitorang tak pakai ketupat instant, anyam sendiri barulah feel hariraya. Tahun lepas banyakkkk ketupat yg dianyam oleh aku, tapi tahun ni 3 biji sahaja. Wahaha. Buat sebiji, senget benget, longgar sana sini, kali kedua cam banyak cacat cela lagi, kali ketiga, okla not bad ketupatnya. Pastu mood dah lari terus buat kerja lain. Taknak anyam ketupat dah. Biasalah, anyam ketupat setahun sekali, lupa dah.





Biskut raya tahun adalah sangattttttttt banyak. Yang dibuat sendiri ada 4 jenis je. Tapi yang kawan2 mama bagi..punyalah banyak. Macam2 jenis2 ada. Jadi semuanya ada 34 jenis biskut raya campur dengan kerepek2 sekali. Banyak gila kan? Fuiyooo. Rezeki2. Alhamdullilah. Pastu susun semua banyak2 kat atas meja, tak payah transfer dalam balang kuih. Tetamu datang diorang pilih je mana diorang suka, letak dalam pinggan. Ala2 sistem buffet gitu. Senang.


Antaranya; Batang buruk Sabah, biskut Arabian night, biskut strawberry coklat, biskut short bread (yg ni sgt sedap!), badam suji, caterpillar, dahlia. Ooo..banyak lagi la, boleh bukak kedai biskut raya.





Gambar kat atas ni aku bersama kakak & adik ku. Ye..tu kakak aku. Kakak kandung, bukan kakak angkat mahupun kakak kutip. Muahaha (keji punya adik). Muka dia mmg lain dalam adik beradik. Dah la lain, putih pulak tu. Dah putih kurus gla pulak tu (pujian campur unsur dengki sikit). Dia ikut muka ayah. Kitorang yang lain semua ikut muka mama.Comell. Yang lelaki tu adik aku. Adik ye, bukan abang mahupun pakcik. Walaupun muka mmg ala2 orang dah ada anak 2 tapi terimalah kenyataan yang dia baru berumur 23 tahun. Wohoho



Hari raya ke 3 pulak, kami pergi ke rumah terbuka MB Johor. Datuk Abdul Ghani Othman. Sesiapa orang Johor yang tak kenal, meh aku sekeh kepala tu. Memang aktiviti tiap2 raya la ni. Tapi kalau rajin lah, kalau tak rajin memang tak pergi jugak. Haha. Ni kat kediaman tak rasmi beliau. 10 minit je dari kampung aku.





Sebelum masuk kena cuci tangan dulu, siap ada imbasan suhu lagi. Baguslah, sbb tempat reramai camni macam2 boleh jadi. So, kenalah ambil langkah berjaga2. Memang ramaiiiii la warga2 Johor kat rumah terbuka ni. Tak kira apa bangsa. Semua ada.1 Malaysia katanya. Rumah terbuka MB sebelum ni, masa nak balik baru bersalaman dengan beliau. Tapi kali ni, alang2 dah cuci tangan bersih, masa masuk dah bersalaman dengan beliau. Jadinya, agak jam la masa nak masuk tu.





Masa tengah beratur masuk, tetiba mataku tertumpu kepada seorang lelaki ni. Siapa tak kenal, sila hantuk kepala kat keybord sekarang. Ye..beliau ialah Datuk Chua Soi Lek "itu". Beliau tgh buat press conference. Pasal apa? Ntahla. Kagum aku sebab beliau mmg sangat fasih berbahasa Melayu, sikit pelat Cina pun takda. Memang cara cakap macam orang melayu betul.




Time nak balik, sempat jugak lah snap gamba MB kesayangan ni. Terima kaseh datuk.Tahun depan saya datang lagi ;p





Hari raya ke 4 pulak, aktiviti berjalan2. Maklumlah, poket dah kembung dengan duit raya. Alhamdullilah, tahun ni murah rezeki. Dapat banyak duit raya.Semua duit besar2 pulak tu. Aww..sukanya saya. Haha. Siapa cakap dah besar tak dapat duit raya? Makin besar umur, makin besar jugaklah duit rayanya. Hoho. Nampaknya, tahun ni last aku dapat duit raya, tahun depan aku pulak kena bagi duit raya gamaknya. InsyaAllah~





Pergi ke Dataran Pahlawan, Melaka. 45 minit je dari kampung. Tapi disebabkan haritu banyak kereta, 1 jam jugaklah jadinya. First time datang sini. Wohoo..teruja. Ingat lagi masa dulu kat sini tempat kereta lembu je, pastu banyak tempat jual souvenir, ada keychain boleh letak nama sendiri tu, sekarang dah berubah menjadi tempat best tuk bershopping. Best2~



Raya ke lima, kami pergi makan ikan bakar kat sini. Terbaikkk. Terima kasih kakak ku kerana membelanja. Orang belanja memanglah sedap kan.Tihihi. Raya ni memang makan, makan dan makan je. Kesannya?? Lu pikir lah sendiri..hohoho




P/s: Seluar semua makin ketat (T_T)

Monday, September 28, 2009

Dari 5 jadi 7 jadi 12

Salam Aidilfitri (Wah! still dalam mood raya lagi ni ;p). Macam mana dengan raya kamu semua?? Raya ku tahun ni best! Best macam raya2 sebelum ni jugak. Walaupun hariraya pertama agak sunyi sepi sebab kami berlima je, kakak & abang aku raya rumah mertua, tapi tetap best jugaklah sebab dapat jumpa ramai saudara mara makcik pakcik sepupu sepapat semua. Mehla layan gambar dulu. Idea belum mari tuk update panjang lebar lagi. Hoho



Ni hariraya pertama. 5 orang ahli keluarga je~

Ohh..kami raya takde tema2..masa kecik2 dulu je. Dah besar tema bebas ;p
(ala..bencila blogger ni, pesal gambar cantik2, bila upload jadi buruk..huhuhu)



Ni hariraya ke 3. Weeehuuu..Kakak dengan abangku sudah balik. Jadinya sudah lengkap ahli keluarga. 7 orang~~



Dari 7 sudah berkembang menjadi 12 orang ahli keluarga.Tahun ni beraya ngan orang baru. Baby Iman yang comel! InsyaAllah,tahun depan mungkin bertambah lagi seorang ahli keluarga ni..kalau tak seorang, dua orang terus.Muahaha. Syukurlahh ;)



P/s: Tak puas hati tgk gambar2 ni.Macam mana nak uplod gamba bagi cantik ni?? Dah resize dah.Kawan2, please share some tips ;)


Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri


Dah nak balik kampung dah. Kat Muor. Hehe. Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin.Kepada sahabat handai yang kenal diri ini, minta maaf bebanyak atas semua salah silap ok. Raya nanti jemput datang rumah. Moga Syawal kali ni beri seribu kenangan manis pada semua ;). Blog ini akan bercuti seminggu, begitu jugak dengan Fradoo. InsyaAllah. Jumpa lagi nanti. Have a safe journey. Take care ;)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015