Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label baby carnival sale. Show all posts
Showing posts with label baby carnival sale. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Parenthood Expo 2012

Akhirnyaaa,ke sini juga kami setelah lamaaa tak ke expo barangan baby ni. Macam biasa, ramai tetap ramai walaupun bulan puasa.Dipenuhi dengan preggy mommies dan juga hot2 mommies.Preggy2 mommy ni kalau bab shopping automatik ada power berganda tau.Semangat berkobar2 time shopping tak kira lah masa bulan puasa pun.Hehe.Bercakap melalui pengalaman. Tapi walaupun ramaiiii..expo ni memang best!! 


Tips: Pakai carrier lagi senang dari bawak stroller kalau nak ke tempat ramai orang gini.
Gambar blur pulak.Tskk!

Kami ke sana awal pagi. Jam 10.30 dah sampai di MidValley. Walaupun baru setengah jam hall tempat expo ni bukak, dah mula ramai. Tengok kaunter register dah berjela orang beratur, so skip registration. Terus kami ke booth Whoopee dulu takut ramai orang.Sekali sampai tak ramai pun..sukaa! Maka boronglah 4 packs terus. 1 pack = RM25. Kalau yang dulu punya expo 1 pack, RM20 je, mungkin promotion price sebab Whoopee ni brand baru. Ohh, Aqil sekarang dah tukar daripada MamyPoko kepada Whoopee. Bagus diapers Whoopee ni, dahla murah,kualiti sehebat MamyPoko pulak tu. Serius. MamyPoko yang baru ni entahlah..macam dah kurenggg sikit kualitinya. Macam tak serap bau.Sorry MamyPoko. Huhu.

Lepastu terus ke booth Pureen pulak. Masa ni ayah Aqil duduk kat kerusi tepi hall je sebab Aqil tido. Jadi dengan sepantas kilat mama Aqil ni amik segala keperluan Aqil, wet tissues 5, liquid cleanser 2, detergent 2, baju lubang2 4, baju tido 2, towel 1. Terus bayar. Haaa..tak sampai 1/2 jam pun kat Pureen tu. Koser nak lelama kat booth tu. Semput mak nak berasak2 dengan orang ramai. Habis je mamanya shopping terus Aqil terjaga. Ayah Aqil hantar barang2 yang banyak tu ke kereta dulu. Maka berlegar2 kejap Aqil dengan mama dalam expo tu untuk cuci2 mata kejap.

Beli mainan Aqil sikit, stokin, pastu beli sabun Tropika jugak. Selalu nampak iklan sabun ni kat majalah Pa & Ma,sabun dari minyak kelapa dara, tanpa chemicals & steroids untuk baby yg berkulit sensitif dan ekzema. Menarik! Belikan untuk Aqil sebab kulit Aqil memang sensitif, tak boleh kena sabun.Pakai Sebamed pun tak jalan. Jadinya selama ni dia memang mandi tak bersabun, tak bersyampoo semua. Berbedak pun tak pernah. Kalau pakai nanti naik merah2 badan dia. Huhuhu. Ciannn.Tapi tetap mangiiii tau. Bau lemak masyam2. Nyumm!  Masuk harini dah 2 hari dah Aqil pakai sabun & baby oil Tropika ni badan dia ok je. Takde merah2. Mungkin serasi. Alhamdullilah :) Beli Auntumz nursing bra juga. 50% off. Memang murah gila! 


Sabun RM13.90, Baby Oil RM20
Tapi masa kat expo semalam beli 2 ni dapat RM28 je.



Detergent pun haruslah untuk baby yg berkulit sensitif.


Pukul 1230 macam tu kami pun balik. Hebat tak? 2 jam je hokey dekat expo. Hehehe. Tak boleh lama2, takut terbabas beli barang2 yang takde dalam list pun.Sukurlah napsu serakah masih terkawal lagi. Memang membeli ikut list je walaupun gerammmm je tengok baju melayu corak comel2 kat sana.Arggghh! Masa tengok barang2 yg menggeramkan tu cepat2 beristigfar dalam hati, jangan ikut nepsu! Aqil dah ada 4 baju melayu (makcik2 dia bagi, tak beli pun. Murah rezeki anak mama nih), jadi tak perlu nak tambah lagi. Lebih dari cukup tu. Baju2 raya Aqil yang lain pun dah dibeli sebelum ni jadi memang takde shopping baju raya la. Beli baju2 lubang2 je sebab si Aqil ni memang kuat berpeluh.Baju lubang2 yang sedia ada ni pun dah kecit, dah tak muat kepala dia nak masuk. Hehehe

Baju lubang2 Pureen. RM10 je sepasang. Murah kann. Dah la kainnya lembut. 

Jadi kesimpulannya memang berbaloi2 la pergi expo kali ni. Dah la melambak2 booth yang best, barang2 pun banyak yang murah tapi macam breastpump & stroller tu still harga dekat online lagi murahlah. Kepada mommy to be sekalian, nak beli barang2 keperluan baby, pergi expo macam ni je ok. All u can get here. Senang.Sekali harung je shopping semua. Nanti nak buat entry pasal keperluan barang2 baby pulaklah, untuk rujukan mommy2 to be sekalian. Oklah, bye.


Monday, November 21, 2011

Sikit-sikit, lama-lama menjadi banyak.


Hari yang ditunggu2 telah tiba..eceh. Alkisahnya pagi Ahad semalam, akhirnya saya dan encek hubby telah ke expo Maternity & Children dekat Midvalley tu.Expo yg sangat ditunggu2 oleh kami ( lebih kepada saya sebenarnya. Hoho). Tips dari kawan2 yang dah pergi expo tu hari2 sebelumnya, diorang cakap..datang awallll!! Kalau tak susah nak carik parking! Breakfast dulu siap2, kalau tak nanti kelaparan masa nak shopping!Oleh yg demikian, lepas breakfast semua,seawal jam 10 pagi kami dah selamat sampai dekat Midvalley.Alhamdullilah..parking banyak kosong lagi time tu. Wee..happy2!

Excited mama & Ayah to be ;)

Teruslah kami tuju Exhibition hall tempat expo ni diadakan. Sesampai je kat sana hall tu pun belum bukak lagi. Tapi punyalah ramai yang dah menunggu kat luar. Macam lautan ibu2 mengandung. Bukak je hall tu, meluru semua masuk. Kami terus ke hall 1, cari booth MamyPoko sebab kawan kesayangan pesan belikan pampers saiz M untuk anak beliau. Sampai je booth MamyPoko tu ramainya yang dah beratur. Pantas betul diorang ni.Beratur punya punya beratur sampai je turn kami, nak pampers saiz M, habislah pulak!! Kecewa ni (sebab dah beratur panjang kan),kami pun belilah pampers saiz newborn,52 & saiz S, 48. RM25 je. Dapat free baby bolster pulak tu. Memang berbaloi :)


Open sesame..semua serbu!!

Then bermulalah perjuangan kami dari satu booth ke satu booth mencari apa yang patut. Hoho. Ramai tu memang dah tentu ramailah kan, dengan ibu2 mengandungnya, dengan ibu2 yang bawak bawak baby lagi. Memang padat. Tapi berbekalkan semangat yg kental, gigihkanlah jugak redah.Yang peliknya, selalu kalau jejalan lelama..semputttt. Tapi semalam terasa diri ini memang cargas. Tak terasa pun semputnya. Excited kan.Jalan2, jumpa baby rompers comel gila murah pulak tu, buy 5 free 2, beli. Baju tido baby sepasang siap seluar RM10 je, beli.Baby leggings RM5 je, beli.Bottle storage Autumnz 10=RM27, beli. Mittens &booties,baby detergent, baby wipes, napkin, harga memang murah sangat..beli..beli..beli.Dan dari beli sikit2 akhirnya penuh dah tangan encek hubby nak mengangkut semua2 barang tu.

Dah banyak2 membeli tu, pusing jugak semua hall sebab nak carik breastpump. Pergi booth Avent, breatspump manual+ batteries, RM600, manual je RM200. Berminat dengan yang manual tu.Tapi jalan lagi pergi booth Medela,survey kat situ pulak. Macam2 jenis ada, swing la, freestyle la, range dari RM300-RM2000. Hmm..hmm..tengok Spectra 3 pulak. Harga kat internet lagi murah pulak dari yg kat situ. Hmm..hmm.Nak beli skrang ke nanti? Lepas bincang2 dengan encek hubby, kami amik keputusan beli kat internet jela nanti sebab kat internet sekali ngan pekej2 yg best.Lagipun bak kata mama, tunggu masa pantang nanti je beli. Masa pantang tu baru kita tahu susu kita ni banyak ke tidak, kekadang setengah orang ni susu tak banyak, jadinya kalau beli awal2 pun nanti guna sekejap je,lepas tu tersimpan je, sayang.Hmm..baiklah mama, saya mengikut nasihat! :D

Dah dekat 2 jam dalam tu, akhirnya baru terasa penat kaki ni. Terus kami amik keputusan untuk balik sebab takut lagi lama kat situ lagi memacam nak dibelinya. Yang tak tersenarai dalam list pun nak dibelinya sebab harga semua murah2, lagipun excited baby first kan, semua pun nak beli. Rambang mata. Hehe.Keluar je dari expo terus carik bench..nak dudukkkk! Lenguh kaki. Dan2 kaki lenguh kan..sepanjang2 berpusing dalam tu gigih je pula, takde rasa lenguh2 kaki pun. Hehe.

Dan hasilnya yg dibawa pulang..bermula dari sikit-sikit..

Akhirnya menjadi banyak!

Fuhhh! Tak sangka rupanya banyak yang kami beli. 
Tapi yang penting memang puas hati. Lepas ni dah taknak shopping barang2 baby dah (boleh caye ke ni? Hehe). Rasanya macam dah cukup . Tinggal nak beli toiletries je. Tu nanti2 pun boleh.Dan sekarang tiap kali tengok je barang2 baby ni rasa happy. Bahagia je ;). Semoga segalanya berjalan lancar.

Oh..dan dapat banyak free gift juga!

Pampers, baby book comel, strecth mark krim, topi baby..macam2 lah.
Rezeki si baby. Syukurlah ;)

^_^

Thursday, November 17, 2011

24 minggu.


Alhamdullilah. Dah masuk usia 24 minggu dah si khalifah kecil ni. Lebih kurang 6 bulan. Terasa cepat betul masa berlalu. Betul lah kata orang2 berpengalaman, kalau teruk mabuk2 masa trimester pertama dulu terasa lambatnya la masa berlalu, masa tu nak cepat2 masuk trimester kedua. Tapi bila dah masuk trimester kedua, bila mabuk2 semua dah hilang, terasa sangat kejap. Tetiba terasa..eh eh..kejapnya dah 6 bulan.Banyak perkembangan positif yang saya lalui sepanjang trimester kedua ni. Antaranya ialah:

  • Alhamdullilah, selera makan dah kembali. Takde masalah nak pilih2 makan lagi. Semua pun makan. Tapi tak boleh makan sekali harung banyak2. Perut cepat rasa kenyang. Makan terlebih banyak pun bahaya, boleh mengundang muntah. Jadinya,saya makan sikit2 tapi kerap sebab sekarang memang cepat rasa lapar juga.
  • Berat terkini dah masuk BMW 7 series. 72 kg. Ye..pencapaian paling berat sepanjang hidup. Tapi saya bersyukur sebab berat naik tidak secara mendadak dan kesihatan saya dan baby juga takde apa2 masalah.Kalau berat tak naik2 lagi buat saya risau.
  • Semakin bertenaga. Ada je benda nak buat. Tak boleh duduk diam. Memang beza sangat dari trimester pertama dulu yang sangat lembik, nak buat apa2 pun takde tenaga. Tido je. Zzzz.
  • Suka berjalan2 & shopping2. Bila terasa semakin bertenaga ni suka pulak nak berjalan2. Tapi..cepat rasa penat pulak lepastu. Lepas jejalan, balik tu kompem tido kepenatan macam orang baru lepas lari pusing padang 3 kali. Fuhh..memang terasa penatnya.Berjalan pun dah slow, memang macam ibu2 mengandung. Takdenye nak jalan laju2 dah (apetah lagi nak berlari atau melompat kan. Haha). Encek hubby pun dah belajar jalan slow sekarang.Barulah seiring sejalan :D Kalau tak masa memula dulu saya asik kena tinggal je, semput nak berjalan laju ikut dia.
  • Perut pun makin membulat.Dah obviously nampak perutnya. Kalau dulu time duduk je baru nampak, sekarang time berdiri pun dah nmpak perut yang comel itu. Tapi bukan saja perut, semua pun lah membulat.Especially hidung (muehehe..)
  • Little khalifah pun semakin aktif. Kalau pagi2, dia yang yg akan kejut mama dia ni. Tendang2. Dan tendangan & tumbukan dia pun makin padu sekarang. Memang terasa gedebuk! macam tu. Kalau baring, time dia bergerak, boleh nampak perut saya pun beralun2 bergerak. Dia pun dah boleh respon dengan haba, kalau saya atau encek hubby letakkan tangan dekat perut mesti dia akan bergerak.Comelll! Membesar dengan sihat ye sayang mama ;)
  • Kerap buang air kecil. Pergi jejalan shopping mall sekarang ni harus melawat toilet dulu. Padahal tak banyak pun air yg keluar..sikittt je tapi memang tak boleh tahan2. Baby dah membesar kan, jadinya ruang untuk pundi kencing pun makin mengecil. Kalau over ketawa & terbesin pun boleh terkucil. 
  • Tido berbunyi. Bukan berdengkur tau. Tapi bila baring tu bunyi nafas saya memang kuat. Macam orang kena semput. Tapi bila berdiri & duduk takdela pulak bunyi tu bila bernafas.Saya perasan, nafas saya pun sekarang pun macam makin pendek. Cepat betul mengah kalau naik tangga ke angkat baju ke.
  • Dah terasa dah susahnya nak tido malam. Mengiring ke kiri tak lena, mengiring ke kanan tak lena.Serba serbi tak kena.Jadinya sekarang ni memang saya elak tido petang, biar malam tu saya betul2 ngantuk, senang sikit nak tido. Kalau duduk lama2 dalam kereta pun rasa tak selesa, sakit pinggang.
  • Emosi semakin stabil, semakin ceria dan gembira :D
Hmm..itu jelah kot perkembangan & perubahan diri ini sepanjang trimester kedua ni.Lagi 4 minggu akan masuk trimester ketiga pula.Alhamdullilah.Semoga kesihatan saya & baby terus baik sepanjang mengandung ni. Tinggal 16 minggu je lagi.InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segalanya.Aminnn ;)

Gambar terbaru. 24 minggu ;)
Dah ada baju kurung mengandung dah. Weee.

Oh oh..sebelum terlupa. Mommy2be sekelian, weekend ni ada expo baby dekat MidValley. Moh le kita serbu tuk survey2 & beli apa yang patut.InsyaAllah kalau takde pape hal saya akan pergi sebab sementara masih larat ni lah nak bershopping kan :) 

2nd maternity & Children Expo
18th-20th November 2011
10am-9 pm
Midvalley Exhibition Center


Monday, November 07, 2011

Baby & Children Carnival Sale ;)

Salam Aidiladha semua ;) Ni nak share sikit info pasal baby carnival sale. Ada 2 tempat.1 dekat Ikano Power Center dan 1 lagi dekat Puchong. Hari Sabtu lepas sempat pergi yang dekat Ikano, barang2 baby macam baju,mittens & booties, beg baby, stroller semua banyak. Harga pun boleh tahan. Takdelah murah2 sesangat tapi still murah compare ngan actual price. Macam diskaun dalam 30% gitu.Actually, tak tahu pun ada baby carnival sale kat situ, encek hubby tetiba je cakap nak bawak jejalan Ikea sebab katanya saja nak bawak birthday girl ni jejelan (Yup, last Saturday was my birthday. Hehe). Yang kita ni teruslah excited, walaupun jejalan Ikea je kan, tp disebabkan lama nau tak g jejalan, excited nya tu melampau :D

Excited beday girl ;)

Sesampai je kat Ikea, encek hubby kata nak g jejalan Ikano dulu, saya ikut je ;). Jalan punya jalan sampai tingkat atas sekali, sekali ternampaklah tempat baby sale carnival ni. Rupanya beliau memang dah tau & plan nak bawak saya pergi sini. Hololoh.Macam suprise la kiranya ni.Comel je ;) Dia kata dapat tau ada baby carnival ni dari member dia. 

Baby Carnival Sale,Ikano
Tingkat atas sekali  (sebelah Pet Zone)
28 Oct- 7 Nov (Harini Last!!)
10 am -9 pm

Dan sebabnya encek hubby bawak saya ke sini, beliau nak hadiahkan saya bantal ajaib ni. Hehe. Memang dah lama kami cari bantal ni sebab sekarang perut dah membulat, tido pun kena mengiring. Jadinya kekadang memang tak selesa nak tido dan selalu sakit pinggang kalau bangun dari tido T_T. 


Inilah bantal ajaib tu.Nurturing pillow ;)
Khas untuk ibu mengandung.
Boleh juga digunakan untuk breastfeed & dijadikan bantal tuk baby nanti.

Ini lah bentuk bantalnya. Melengkung macam bulan sabit. Selesa sangat. Alhamdullilah so far tido dengan bantal ni,takde masalah sakit pinggang lagi pagi2 ;)

Boleh diikat jadi camni. Boleh baby guna nanti ;)
Untuk yang tertanya,harga bantal ni ialah RM104. Murah compare ngan price dekat internet yg mostly dekat RM300.

Ingatkan dah dapat bantal ni terus lah nak bayar, sambung pergi jejalan lagi, sekali pusing2 dalam tu, tak boleh tahan tangok baju baby comel2 dan murah. Ikutkan memang taknak beli lagi baju2 baby ni sebab awal lagi tapi seriusly cannot tahan. Pastu bila fikir balik takut tak dapat jumpa lagi kat tempat lain nanti kan, tanya encek hubby boleh tak kalau nak beli? Dia kata boleh,teruslah tangan ni tercapai 2-3 items.Hehe

Inilah barang2 yang buat saya tak tertahan2 tu.
Set of 3 baby rompers (Polo tau.Hehe) = RM18
Set Mittens & Booties, Cap & Bib = RM 15
Baby blankets, 2 for RM 15.Murah kan? :)
Oh, dengan buku resepi berpantang & pasal breastfeeding juga.Memang puas hati & happy. Yela, festime dapat beli barang baby kan, sebelum ni takde perasan nak beli lagi.Sekali dapt beli few items pun dah seronok semacam.Hehe. Bebetul excited mom to be ni.Thank u sayang for those lovely items. Suka! :D

Lagi 1 baby products sale ialah dekat Puchong.Ni belum sempat pergi lagi. Last day harini!Ada baca dekat few blog mom-to-be yang dah pergi dekat sini, semua kata price untuk katil baby, carseat & stroller adalah murah gila! Bukan murah sikit tapi murah banyak.Hmm..kalau sempat nak pergilah harini, nak survey2 price untuk baby carseat. Stroller tu semua nanti dulu lah, tunggu baby dah lahir & besar sikit baru beli ;)


Apa lagi, for mom to be sekalian, silalah terjah baby warehouse sale ni ok. Harini last tau.
(^_^)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015