Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label intan. Show all posts
Showing posts with label intan. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Bergumbira di Kid's e World! :D

Terima kasih kepada Ummi Aqilah, Puan Sue, sebab bagitau pasal tempat ni. Memang best! Disebabkan teruja, semalam jugak kami ke sini. Wihihi. Pergi dengan adik ipar,Lily dengan anaknya Intan. Bertempat di Ikano Power Center, level 2, sebelah Toys r Us. So let the picture tell the story!! :D

Here we go..
Kid's e World. It's an indoor playground :)

Macam2 ada dalam ni. Ada dua bahagian, dekat luar khas untuk babies & toddler sebab permainannya semua yang selamat dimain oleh si kecit2 ni. Dekat dalam untuk kanak2 dari 3 tahun sampailah 12 tahun. Extreme sikit games dalam tu, slide tinggi2, swing, bouncer castle..eh..macam2 lah. Oh ye,admission fee adalah RM30 for toddler & kids (weekdays), RM50 (weekend). And for babies is FREE! Yeahh! Its FREE!Wihihi. Tapinya,kami ingatkan Intan tak kena bayar,disebabkan dia dah pandai jalan,so consider as toddler, jadi kenalah bayar RM30. (tak aci tau)! Parents tak dikenakan apa2 bayaran.So mommies yang ada baby kecit boleh lah bawak diorang main2 kat sini sebab free, nanti bila diorang dah boleh jalan dah kena bayau. Hohoho. Lagi satu, wajib pakai stokin. Kalau tak, beli stokin kat sana..RM5.

Aqil dalam lautan bebola!! Masa ni dia tengok2 je keadaan sekelilng.
Tak ramai pun..ada lah 2-3 orang budak lain jugak. Yela kan..weekdays.


 Kusyuk tengok kakak Intan main :)


Wee!! Happy betul kakak Intan. 
Aqil semua bola nak dimasukkan dalam mulut.



 Seronok kakak! Aqil buat muka apa tu sayang? :P


 Elehh..senyum kecit :)


 Jom kakak, kita lumba!


Crawling2! Weee..



Ok steady naik keta..steady2.


 Naik ayam pula. Jom ayam...kita jejalan!
Aqil sekarang kalau kita panggil suh tengok kamera dia buat donno jee..posing pandang ke lain. Ala2 model lettew, geget nak? :P

Hari Ahad haritu naik kuda besau kan, nah..harini naik baby pony je. Barulah sesuai dengan Aqil.Hee


Pon! Pon!! Hai awek..nak tumpang kite tak? :P 


Alaaa..awek taknak tumpang kita lah..
*muka pasrah* 


 Eh ehh..awek nak cakap2 dengan kita lah mama...
Comel sangat baby girl ni,mix omputih..muka dia macam doll! :)

Sesi ramah mesra pulak Aqil dengan babygirl comel tu..hehe
Ooo..awak amik topi kita eh..kita amik kasut awak!

Dah puas main dekat luar, kami masuk dalam pulak. Main tangkap2 belon la..main dalam terowonglah..memandangkan tak banyak games untuk baby dalam tu, so tak berapa best macam kat luar.Kamera pulak habis batt, tak sempat snap games bahagian dalam.Huhu.Aqil dah cranky..penat.Pergi ke baby room dulu isi tank.Baby room Ikano sangat comel! Dekat je dengan Kid's e World ni. (Sejak jadik mama ni teruja betul tiap kali masuk baby room. Tihihi). Kakak Intan still bertenaga main2 lagi. Dah puas main, dua2 pun dah flat, pulanglah kami. Memang seronoklah. Anak2 seronok, mama2 pun seronok! :D

So, lepasni senanglah untuk those mommies yang nak shoping moping kat Ikea or Ikano, bolehlah letak anak & ayahnya main2 kat sini. Hehehe. Sekian review tentang Kid's e World. It's a fun & safe place for your kids! :D

Monday, August 15, 2011

Saya puteri baru dalam family ;)


Assalamualaikum. Hai..nama saya Intan Maisarah Bt Mohd Aidil. Saya anak buah baru Puan Erina, saya panggil beliau macik je, singkatan kepada mamacik. Saya lahir pada 31 Julai 2011 haritu, maksudnya sekarang saya dah berumur 14 hari. Masa lahir tu berat saya 3.48 kg, tapi sekarang dah naik 4.13 kg. Hehe. Montelkan saya?



Ini ummi dan ayah saya.Besarkan perut ummi saya masa ni? Kalau tak silap ni 2 minggu sebelum ummi saya lahirkan saya. Ummi saya ni sangat aktif dan rajin masa mengandungkan saya. Macam tak berat je kendong saya ke sana ke mari.Alhamdullilah, hasil keaktifan ummi, saya dilahirkan normal ;).Betul la cakap orang2 tua, sebelum nak bersalin,kena rajin2 berjalan, InsyaAllah senang masa melahirkan. Tapi saya dengar ummi cerita dekat macik pengalaman masa lahirkan saya, bukan lah perkara yang senang. Sakitya hanya Allah saja yang tahu. Sebak saya dengar, Terima kasih ummi sebab sanggup bertarung nyawa tuk lahirkan saya di dunia ini.Alhamdullilah,semuanya selamat. Tempat ummi di Syurga nanti.Intan sayangggg ummi.

Sepanjang ummi saya berpantang, ayah saya & atok mama yang banyak tolong ummi untuk uruskan saya. Memula atok mama yang mandikan saya, masakkan untuk ummi,tapi dah lama2 sikit ayah yang amik alih tugas tu. Ayah yang mandikan saya, basuhkan u'uk saya, masakkan untuk Ummi. Percayalah, ayah saya pandai masak tau. Sedap tak sedap tu tak tahulah tapi ummi saya makan berselera je.Hehe.Terima kasih ayah. Bersyukur saya dapat ummi & ayah yang penyayang ;).Kerja saya, minum susu,tido, minum susu, tido.Bestnya! 


Baju ni ayah yang belikan. Comel kan? Intan sayangg ayah!

Untuk pengetahuan semua, saya cucu perempuan pertama atuk ayah & atuk mama.Sepupu2 saya semuanya lelaki, 3 orang.Jadinya, saya ni special :) Saya harap nanti baby macik pun perempuan, barulah saya ada geng. Nak main masak2, main make up2. Seronok! Tapi saya tak kesah sangat lelaki ke perempuan, janji kesihatan macik & baby baik sepanjang  6 bulan mendatang ni.Aminnn ;) Macik saya sekarang pun dah bertambah sihat, dah tak pening2 & muntah2 lagi. Alhamdullilah. Semoga dipermudahkan perjalanan macik tuk menjadi seorang mama.Oklah, saya nak tido, doakan saya supaya dikurniakan kesihatan yang baik,membesar dengan sihat,menjadi anak yang solehah & cerdik pandai ye. Bye ;)


P/s: Intan suka blog macik sekarang, ceria & putih bersih je :D









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015