Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label kuching. Show all posts
Showing posts with label kuching. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Cuti-cuti Kuching Part 2

Hai hai.Sambung aktiviti Cuti-Cuti Kuching hari yang berikutnya, Sabtu.Kekonon planning kami awal pagi nak keluar jejalan dah, tapi disebabkan syok tido, bergulingan bermalasan memasing atas katil, pukul 2 petang baru kami keluar. Kihkihkih. Disebakan dah lewat, ke Kuching City jela kami.Dari hotel ke City naik cab, RM15.

 We were in Kuching :)
Wajib tangkap gambar dekat cats statue ni, one of Kuching's landmarks.

Pusing2 dekat Wisma Tun Jugah & Sarawak Plaza.Mengimbau kenangan sungguh pergi tempat2 ni sebab masa study dulu, tempat2 ni yang paling top lah untuk student2 outing. Sekarang ni dah banyak dah shopping mall baru dekat Kuching. The Spring, The Hills dan yang paling latest Plaza Merdeka. Maju sungguh dah Kuching.  Lepastu terus kami beriadah ke waterfront.Ni pun tempat yang wajib dilawati kalau ke sini. 




Bangunan cantik belakang tu ialah Dewan Undangan Negeri Sarawak
One of the latest Kuching's landmark :)


Budak kecit yang happy :)

Bersama miaw2. Mujur kucing tu kayu nak..kalau awak naik kucing betul, mesti semput kucing tu terpenyek :p

Puas pujuk encek hubby nak naik perahu tambang nak ke seberang, tapi dia taknak. Alasan dia ialah malassss. Huhuhu. Alasan yang tak boleh diterima tau -_-. Ke sebenarnya takut nih?? Hihihi. Terjumpa pulak perahu tambang ni yang dibuat perhiasan ni. Encek hubby kata..haa..tangkap gambar kat sini je, buat kenangan, tak payah naik "the real" perahu tambang. Yela..yela..boleh lah. Asalkan ada dari takde :P



Sekali terjumpa pulak kembar Cik Lisa. Sebijik sejibon warna dia. Yang tak tahan Cik Lisa Kuching ni siap ada eyelashes yuuuuu.. ayu gitu. Hohoho

Kacaknya kitak..hiihihi :)


Ada beberapa tips kalau ke sini. Kalau berminat nak beli kek lapis Sarawak yang popular, recommended beli kek lapis basah tu dekat seberang waterfront ni. Boleh naik perahu tambang ni, tambang 50 sen je kalau tak silap.Boleh jugak naik kereta, tapi jauh sikitlah. Dekat seberang sana memang banyakkk kedai kek lapis. Macam2 pilihan. Kek Lapis Dayag Salhah, Kek Lapis Afifi dan Mira Cake House. Ni lah antara kedai kek lapis yang popular dekat Kuching.Memang sedap! Ada dua jenis kek lapis ni, satu yang sepeket RM10, satu lagi yang mahal sikit. Yang RM10 ni diperbuat dari marjerin dan yang mahal sikit diperbuat daripada butter, so lagi moist, lembut dan lagi sedap. 

Lagi satu kalau nak beli souvenirs macam fridge magnet, keychain, gelang 2 etc,beli dekat stall2 kecik sepanjang waterfront ni. Memang murah compared dengan main bazaar ( tempat famous yag menjual souvenirs Kuching). Kami beli fridge magnet dekat stall waterfront, 5=RM10 je, tapi bila pergi main bazaar, fridge magnet yang sebijik sama 3=RM10. Tapi kalau nak beli souvenir tshirt, beg, dan souvenir yang unik2 tu, boleh lah cari dekat main bazaar ni. Macam2 ada.Kena pandai pilih kedai sebab each kedai memang harga berbeza2 lepastu ada kedai yang boleh tawar harga, ada kedai yang tak. Memang akan habis banyak masa dekat main bazaar ni, banyak sangat pilihan sampai rambang mata.

Sekian cerita hari ke 2 kami. Nanti sambung lagi. Boboi :D *tetiba ending macam tergantung* hahaha



Thursday, December 06, 2012

Cuti-cuti Kuching Part 1

Hari Jumaat lepas, bermulalah episod percutian kami ke Kuching, Sarawak. Wehuu!! First time bawak Aqil bercuti naik flight ni.Departure pukul 640 petang, pukul 430 kami dah sampai LCCT. Sebelum tu dah web check in, jadi kami just check in baggage je. Settle semua kami terus carik tempat yang sesuai nak bagi Aqil makan. Kami ke KFC sebab tak ramai orang compared dengan restoran lain yang sangat2 padat! Bila Aqil dah kenyang, harapnya dalam flight nanti dia bolehlah tido lena :) 


Kita nak pergi mana ni mama?
*muka saspen*


Kita nak pergi holiday! :D

Kalau naik Air Asia, memang sangat2 diperlukan stroller or buggy untuk bawak baby sebab gate nak ke kapal terbang dari airport adalah jauh!! Dan jangan risau, kalau kita bawak stroller or buggy tak payah timbang pun, tak termasuk dalam berat cabin bag. (Cabin bag max 7kg je). Nanti sampai je dekat pintu kapalterbang, stewardess akan amik buggy tu, tolong simpankan :)

Bye bye. Aqil nak naik flight :D
*cantik kan flight tu corak dragon :)*

Duduk je dekat seat, Aqil eksaited tengok orang sekeliling. Terjengok sana, terjengok sini.Eh eh..nampak gaya macam tak ngantuk je ni haa..mama pulak yang saspen. Sebab risau takut dia nangis sakit telinga pulak masa flight nak naik.Sedangkan kita yang dewasa ni pun berdengung telinga masa flight nak naik tu kan, ni apetah lagi baby. Tapi bila dalam tu dah senyap, lampu dah malap, bagi je nenen kat dia.. terus mata kuyu2. Elok je flight berlepas, dia pun tido. Alhamdulillah. So tektik bagi makan 1 jam sebelum naik flight memang menjadi la. Dia kenyang dan cepat tido.Flight ke Kuching amik masa dalam 1 jam setengah. Sepanjang dalam flight dia tido je, sampai dekat aiport Kuching pun dia still tido lagi.Memang sangat lena. Fiuhhh. Hilang risau mama. Lega.

Gelagat budak kecit dalam flight & sampai airport.
Good boy Aqil :)

Dari Kuching International Airport terus kami ke hotel yang dah dibooking dari web AsiaRooms.com. Bagus web ni compared dari Agoda.com dan Booking.com sebab boleh guna debit card. I like.Sebab kami takde credit card. Hehehe.Dari aiport ke hotel kami, tak jauh pun, dalam 10 minit je. Naik teksi ke sana RM26. Memang kita kena beli kupon teksi dan bayar siap2 dari airport (ada kaunter untuk teksi).Nanti dah sampai dekat hotel, kita tak perlu bayar apa2 lagi dekat teksi driver tu. So, kita takkan kena tipu dengan driver pasal bayaran.

Inilah hotel kami, Mega Inn. 

Kami stay di hotel bajet sajok. Hohoho. Sebabnya encek hubby kata tak perlu nak stay dekat hotel mahal2 sebab nanti kita nak keluar jejalan sehari suntuk, tak duduk lama pun dekat hotel pun.Rugi je nanti bayar hotel mahal2 tapi just stay kejap je malam tu untuk tido. So asalkan hotel tu selesa, cukup facilities semua tu, kira oklah. Baiklah boss!  Browse dekat Asiarooms, hotel Mega Inn ni nampak macam ok. So proceed je booking. RM75 je 1 malam. Queen bed, lengkap dengan coffe maker, toilettries, towel, hot water, room service, bersih dan sangat selesa. Puas hati.Dekat dengan Kuching City pulak tu. Drive 10 minit dah sampai. Memang berbaloi lah dengan harga yang kami bayar. Kami stay 4 malam, jadi RM75 x 4 = RM300 saja yang perlu kami bayar untuk penginapan. Memang jimat banyak dah disitu :D

Elok je sampai hotel, ini budak banyak happy..
mana taknye, dah puas tido :)
*kusyuk tengok tv*

Oklah,next day punya aktiviti sambung ke next entry pulak ye.Boboi :D















Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015