Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, August 03, 2009

Google your name!

Pernah tak korang menggoogle nama sendiri? Tetiba terlintas idea kat otak aku tuk google nama sendiri.ERINA ASMAWANI. And guess what? Daripada aktiviti menggoogle tadi, aku dapat pengetahuan yang sgt menarik. Yang sebelum ni aku sendiri pun tak tahu. First, ada lebih kurang 515 results for Erina Asmawani. Wow! Banyaknya. Mostly result tu dari blog aku sendiri, komen2 kat blog orang lain, facebook, friendster dan seangkatan dengannya lah. Then, aku google Erina sahaja.Berjuta results for Erina. Antaranya (aku susun dari ranking paling top)


1) Baru aku tahu kewujudan Erina Yamaguchi (femes gila minah ni!)


Korang kenal tak siapa dia? Serious aku tak kenal pun siapa minah ni.Aku nak kenalkan pun terasa segan. Hahaha. Mengikut Wikipedia, Erina Yamguchi is a (errr..errr..) Japanese big-breasted glamour model (kyonyu gravure model). Model tuk majalah Playboy Jepun.Kalau korang curious tahap mana ke"besar"an nya sampai dia dibagi label sedemikian rupa, korang google la sendiri gambar dia. Memang bersepah2 gambar dia kat internet.Aku yang tengok ni pun terasa mau fengsan lah. Wuu..yang lelaki tu bawak2 mengucap banyak2 la eh kalau tengok gambar dia. Tak pun sediakan tisu banyak2 tuk buat lap hidung berdarah nanti. Hahaha (astagfirullahalazim)

Then aku noticed, ramai gak model2 jepun yang guna nama Erina ni. Erina Matsui la, Erina Mano la, Erina chan la,Erina dalam game character Jepun la. Agaknya org Jepun mmg suka nama Erina kot? Ngehngeh..



2) Baru aku tau juga kewujudan tempat yang bernama ERINA.


Selama dekat nak 25 tahun hidup ni, baru aku tau wujudnya tempat yang sama nama dengan nama aku. ERINA. Tak sangka!! Unbelivable!! Tempat ni terletak dekat Australia.Tak jauh mana pun dari Malaysia, tapi kenapa aku tak pernah tahu tempat ni. Haih. Nasib google. Kalau tak, sampai ke tua kot tak tau ada tempat nama Erina.Ni aku copy dari website tersebut.











"Erina is Central Coast 's leading commercial centre boasting Erina Fair, established in 1987 as the largest shopping centre on the Central Coast .The name Erina means "a place where the initiation ceremony was held".The area was originally inhabited by the Garingai Aboriginal tribe.Erina has a very complex and fascinating history, the details of which can be found on the Gosford City Council website"


Garingai Aboriginal tribe ialah orang asli Australia.


Then, kat website tu jugak ada a brief story of Erina. Peristiwa2 bersejarah yang terjadi di Erina dari tahun 1825-1987. Antaranya, wujudnya Erina Height, Erina Creek dan Erina West. Dah namanya tempat yang yang pesat membangun, mestilah ada sekolah kan.



Wah! Erina High School? Korang ada high school tak? ;p



Ada shopping mall yang terbesar kat Central Coast tu.Namanya Erina Fair. Siap ada ice arena dalam tu.

Erina Fair




Jangan main2, Erina leagues pun ada tau. Kalah EPL. Haha


Rasa kagum pulak. Tetiba dah berangan nak pergi Erina. Honeymoon kat sana. Nanti dah kawen orang tanya, honeymoon kat mana? Kat Erina. Wahaha.Cool kan? ;p


3) Selain tu, ERINA jugak stands for Exploiting Research Infrastructure potentials in key Areas of ICT.The ERINA study analyses the mechanisms to bridge leading edge ICT infrastructures and innovation by extending the use of Research Infrastructures to e-Health, e-Learning and e-Government domains. Ala..apa ni? Boring2. Hehe. Tapi mcm best kan ada organization nama Erina.


Okla, cukuplah top 3 results hasil dari menggoogle nama sendiri. Results yg sgt suprising & exciting. Hee.Yang lain2 tu mostly nama2 orang . Tak menarik perhatian aku tuk explore lebih2. Dapat ilmu pengetahuan berguna tuk hari ni. At least tahu jugak siapa minah Erina Yamguchi tu & tahu ada tempat nama Erina. Yay! Sgt bangga. (bangga sebab apa ntah? Haha). Yang penting nama aku takde kaitan ngan ketiga2 info kat atas. Nama aku Erina bermaksud cantik. Asmawani maksudnya sabar tinggi. So, Erina Asmawani maksudnya cantik,penyabar dan tinggi orangnya. Itulah rahsia di sebalik nama aku.Lalalala~(kasi can perasan lebih)


Apa lagi, korang try la google nama sendiri ;)


4 comments:

aRaBeLLa said...

aku pernah beb..mase tu ade sorang mamat tu yg aku x kenai tetiba dia YM aku..dia siap bagitau yg dia Google untuk cari info pasal aku...*pehh lom jadi artis lagi nih org da Google..hahahha*

serammm siot terus aku remove kat memana social networking yg aku letak email aku..!!!!!

Erina Asmawani said...

wuuu..psycho gile stalker tu beb. Kalo jadik kat aku pun seram..

* tetiba aku pun insaf, terus remove email aku kat fesbuk..(perasan glemer.haha)

armouris said...

info tentang hidung berdarah kat sini - Hidung Berdarah

Anonymous said...

vab банк
vab банк
[url=http://globalist.org.ua/?p=19244]vab банк[/url]
http://globalist.org.ua/?p=19244 - vab банк









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015