Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Sesukar mana kehidupan, jangan sesekali berputus asa.

Hari ni belajar pasal Six Sigma, histogram, Pareto chart segala. Dah macam budak engineering dah rasanya dan hari jugak ialah hari beremosi. Tapi emosi tahap ringan2 jela. Ringan2 pun perasaan sebak tu still ada. Pertama sebab dapat sms dari mama yang puppy tu dah ditangkap oleh MBSA.Terus cepat2 call ayah nak tanye kisah lebih lanjut. Pagi tadi MBSA datang dan tangkap puppy tu, dahla masa kejadian berlaku depan ayah. Ayah baru balik jog.Siap bawak makanan lagi tuk puppy tu.Ayah cerita memula orang MBSA nak tembak puppy tu dengan ubat pelali tapi ayah cakap tak payah, just tangkap je. Ayah pun campak makanan dekat2 orang MBSA tu dan puppy tu meluru lari dekat orang MBSA. Pastu leher puppy tu terus kena jerut dengat alat penangkap anjing tu. Terus bawak masuk dalam lori. Sedihnyaaa! Lepastu ayah siap cerita lagi yg puppy tu jenis bijak, everytime dapat makanan dia akan gali lubang dan tanam makanan tu. Lepastu kalau kucing datang dekat ngan makanan tu, puppy tu akan halau.Huuu.Maksudnya ayah suka perhatikan telatah puppy tu .Dan sekarang, puppy tu dah takde (T_T) Ishhh..sedihnye! Patutnya aku rasa gembira sebab puppy tu dah ditangkap & dibawak ke tempat yg spatutnya, harap2 yg lebih selesa, tapi bila dengar ayah cerita. Rasa sedihhh (T_T). Tapi aku pelik kenapa MBSA yg datang bukan pihak PAWS, tapi ayah cakap, orang MBSA tu kata..puppy ni akan dibawak ke PAWS. Harap2 betul lah, jangan nanti puppy tu kena suntik racun bagi mati sudah. Huhuhu..harap2nya tak lah kan.




Babai puppy comel. Moga awak ditempatkan di tempat yg selesa dan dapat ramai kawan. Terima kasih sebab jadik kawan & bodyguard ayah even tuk sekejap je.
(T_T) Ishh..sebak..sebak! Sob sob sob




Lagi satu yang membuat aku emosi ialah lepas tonton video ni. Sebak.Video yang dishare oleh guest speaker kami pagi tadi. Dan sekarang aku sharekan kepada kalian semua. Sharing is caring rite? Sila tonton video ni dengan penuh rasa bersyukur.












Jangan sesekali putus asa ok ;)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015