Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Sunday, September 13, 2009

Apa yang patut aku nasihatkan?

Kawan aku seorang perempuan. Lisa namanya (bukan nama sebenar).Perhubungannya dengan si lelaki ( Azmi, juga bukan nama sebenar) dah masuk tahun ke enam. Awal tahun depan mereka akan bernikah. Masalahnya sekarang ialah si Azmi tu KAKI PEREMPUAN. Even Lisa ni dah tau si Azmi ada perempuan lain dibelakangnya, dia dah tak ambil peduli. Pada mulanya, diawal2 perhubungan, memang Lisa histeria bila dapat tau dia dimadukan. Tapi bila dah lama2, dia jadik tak kisah. Dah immune katanya. Diawal 3 tahun pertama, memang sikap kasanova Azmi menjadi2. Bukan setakat curang dengan seorang dua perempuan, tetapi ramaiiii termasuklah janda dan isteri orang. Lisa memang selalu makan hati, menangis siang malam dan banyak kali minta putuskan hubungan tetapi Azmi taknak lepaskan. Azmi terlalu sayangkan Lisa dan berjanji akan berubah. Lisa bagi peluang atas rasa sayang (kalau aku mmg tak lah!). Sikap Azmi semakin hari semakin berubah katanya. Semakin baik. Tak main perempuan lagi. Hubungan mereka bertambah baik. Keluarga masing2 dah rapat.


2 minggu lepas mereka menghadiri kursus kahwin. Habis sesi tengahari Azmi minta tolong Lisa untuk menjaga begnya sebab dia mahu ke tandas. Tiba2 telefon Azmi di dalam beg yang dipegang Lisa berbunyi. Tergerak hati Lisa untuk baca sms yg sampai. Sebelum ni mmg dia tidak pernah usik hp Azmi. Tapi kali ni tak tau kenapa, tergerak hati tuk baca msg yg sampai tu.Rupa2nya dari seorang perempuan. Gaya bahasa manja, bersayang abang. Berderauuu darah Lisa. Menggigil tangannya sewaktu baca sms perempuan gatal tu. Dibuka inboxnya. Penuh dengan sms dari perempuan tu. Kecewa teramat sangat. Dia tak sangka Azmi yang kononnya dah berubah selama ni, pasang lain dibelakangnya. Paling Lisa kecewa, dia telah diperbodohkan selama ini.


Lisa dah ambil keputusan untuk putus seputusnya dengan lelaki tak berguna tu. Setelah kantoi, Lisa paksa Azmi mengaku adakah selama ini dia setia. Azmi menjawab tidak. Dia meminta maaf bersungguh2 kat Lisa. Sekali lagi Lisa terasa amat bodoh dan perkara yang paling tak boleh diterima oleh Lisa, Azmi mengaku dah pernah terlanjur dengan beberapa orang perempuan sebelum ni.


Keluarga masing2 dah berbincang tarikh nikah. Ibu si Lisa dah war2kan kepada semua org yang anak gadisnya ini akan bernikah tak lama lagi. Baju nikah semua dah ditempah. Tapi akhirnya jadi macam ni. Lisa buntu dan malu. Tapi dia masih merahsiakan perkara ini dari keluarganya. Belum bersedia. Hanya dengan kawan2 terdekat diluahkan untuk mintak pandangan.


Azmi, macam biasa tetap merayu2 tuk Lisa terima balik cintanya dan sekali lagi berjanji dan bersumpah untuk berubah. Katanya selepas berkahwin akan tutup semua buku2 lama. Lisa tak tahu nak buat apa. Dia sudah memaafkan Azmi kerana terlalu sayangkan Azmi dan bersedia tuk terima Azmi kembali jika dia betul2 berubah. Azmi minta tolong Lisa tuk ubahkan perangainya.Tapi Lisa tak tahu sekarang adakah Azmi akan betul2 berubah dan bolehkah dia ubah perangai kaki perempuan selepas kahwin nanti.


Lisa minta nasihat aku. Apa yang patut aku nasihatkan? Aku sayangkan kawan aku ni dan tak mahu dia menyesal dengan keputusan yang dia buat nanti. Memang kalau ikutkan perasaan, aku nasihatkan dia tinggalkan je jantan tak guna tu. Bodoh betul! Gerammmmm aku! Tapi kalau ikut akal, aku tahu bukan senang bagi Lisa. Kalau boleh dia tinggalkan Azmi mmg dari dulu lagi dia buat.Dia teramat sayangkan lelaki tak guna tu dan dia pun kena fikirkan perasaan orang lain jugak. Sebab perkara ni melibatkan banyak pihak. Keluarga terutama sekali. Hmmm..Kalau terjadi kat kawan korang. Apa korang buat??







P/s: Lisa bagitau yang dia akan betul2 tinggalkan Azmi jika Azmi HIV positif. Hmm..


13 comments:

momentinlife said...

kawen, bkn utk sethn dua.. so just forget him~

perempuan baik, utk lelaki yg baik..
klu dh buat sekali, mmg akn cendrung utk buat berkali2..

mmg susah... tp jgn menyiksa diri..

sweethOneY said...

urm.. tabahnya lisa tu.. klo owg ena, takleh terima dah.. nak2 lagi dah terlanjur ngan pompuan lain.. ishhhh.. xleh terima la..

rasanya baik lisa share dengan mak dia.. mna taw, pendpt org tua lagi baik kan..

kalau ikutkan org, suh putus je.. she deserves a better guy kan.. :)

aim-a said...

tinggalkan azmi...ramai lagi lelaki lain.....

zonaku said...

soh dia solat istikharah, n jumapa semua aweks azmi tu, bukan serang, but jumpa n berkawan ngan diorg. if lisa x tinggalkan azmi n azmi buat perangai lagi, tau la mana nak cari....

bincang ngan keluarga, baik kansel awal or just postpone dulu... harap keluarga kedua pihak paham n bagi masa kat diorg betulkan apa y dah jadi.. or at least, sampai lisa tetap hati...

takat batal majlis, bukan masalah besar, maunya hari sanding ada pompuan datang nagn perut, x parah? mana lagi malu?

jgn takat test HIV jer.. test gak penyakit kelamin si azmi..mana tau, terjangkit kat mana2

ni sekadar nasihat x rasmi.... n boleh jugak rujuk pakar kat jais...

hansuke said...

sebenarnya kalu tak tanya org len pon ko dah tau jawapan to this problem. kalu kita syg pada seseorg tu walaupon pahit tapi kena gak bagitau kau2 punye walaupon its hard.

aku sgt stuju ngn zonaku, nasihat dia to solat istikharah, only Allah can help her now, and it's a great time to seek The Almight at this moment. kawin bukan perkara main2 dan seorg suami adalah ketua keluarga dan pembimbing dunia akhirat.

lisa harus let go this azmi. she deserve a better man in her life. it's most likely that azmi will cheat on her again after marriage sebab walaupon berjanji akan berubah, tak berubah2 jugak. nnti yg kecewa n merana si lisa n anak2.

cume 1 je persoalan aku pada kawan ko lisa ni, adakah dia penah jugak terlanjur dgn si azmi ni? sebab dia sgt susah nk let go..hm..

wallahualam.

John Iverson said...

Setuju gak dengan cadangan sister Zonaku... Tapi bukan senang tau kalau kita dtempat perempuan tu... mcm kamu ckp la... bnyk hati nk kena jaga... lagipn kasih sayang ni satu perkara yg kita x boleh nk rungkai... mmg lelaki tu banyak buat hal tapi sayang perempuan tu x pernah berubah... tp pada pendapat saya, perkahwinan tu perkara lama.. bukan kawin hari ni cerai esk.. mcm mana dengan anak2 nnt... lagi bnyk la kerosakan berlaku dlm masyarakat... lgpn bnyak lelaki baik lg... jgn sempitkan fikiran... fikir sewarasnya... all the best utk kawan kamu ya sis...

aRaBeLLa said...

kesilapan pertama dia sbb dia masih terima laki tu jugak walaupon lelaki tu da banyak kali wat ,now dah sampai terlanjur..takkan nak terima lagi babe..
1 more thing jgn pecaye la janji2 manis lelaki yg kate nak berubah lepas kawen,tolonglah alasan lapuk!
banyak perempuan d atertipu dgn alasan camni..lastnyer cerai!

~ miss femme fabulosity ~ said...

Erina, first of all.. aku fhm perasaan syg Lisa pada Azmi. Tapi, selain perasaan sayang tu, sanggup ke dia berdepan dgn sikap Azmi yg belum tentu akan berubah slps kahwin? Tak semestinya kalau sayang kita kena kahwin dgn org tu. Kita sorg je beriya syg dia bagai nk rak sampai tak boleh let go, sedangkan si lelaki tak heran pon even x appreciate pon dgn perasaan syg menggunung tuh..

Well, to be honest my ex boyfriend penah kena mcm nie. Gf dia terkantoi ngan dia main ngan kwn baik sendiri. Tp family lelaki x tahu. So my ex bf nie terima je la gf dia sbb family dah suke n mmg dah nk kawen. Last2,kantoi kali kedua. Ex bf aku nie dah tak leh terima. Lagi2 kantoi bile 2 bln lg dorg nk kawen. Hish. Ade jgk pempuan cenggitu. Sedap main semua org, tahu pulak dia nk lelaki kaya yg baik.

Hm,last2 ex bf aku let go gf dia. Even gf dia merayu camne skalipun dia xnak lagi. Ex bf aku nie pon discuss la ngn family hal nie, and yes.. family support dia.

So I think Lisa shud do the same. Just consult her family. Ask for their opinions.

Tp kalau Lisa nie pon dah main ngan si Azmi nie, no wonder la dia x nak let go Azmi. Sbb by hook or by crook, Azmi kena bertanggung jwp. Err.. tp sanggup ke bersuamikan lelaki yg dah main ngan ramai wanita.. euuw.. silap2 Azmi x anggap wife kot.. anggap sama je cm pempuan lain.. nauzubillah..

Anonymous said...

terpanggil aku untuk mengomen disebabkan entry ni panjang berjela.

pada pendapat aku, berkongsilah perkara ini dengan ibu dan bapa, berterus terang dengan mereka tentang apa yang berlaku. Ini kerana mereka amat sayangkan kamu, dan sudah tentunya keputusan mereka adalah yang terbaik buat kamu. Memang malu tetapi ini adalah untuk kebaikan masa depan, biar malu dengan ibu bapa je skrang dari kita malu dengan orang ramai kerana cerai-berai, ditambah pula dengan kehadiran anak. Sudah tentunya bermasalah.

Apakah si Azmi ni kemaruk seks? Sehinggakan mak janda, gadis ataupun bohsia pun dilayannya. Adakah anda mahu bersuamikan lelaki yang gila seks seperti ini?

Lelaki mulut manis ni memang susah dipercayai, bayangkan sekarang ini anda belum berkahwin pun berani untuk curang, apatah lagi bila berkahwin nanti.

Tutup buku baru, dah bukalah buku lama. Ramai lagi lelaki di Malaysia yang lebih baik.

"Azmi kerana terlalu sayangkan Azmi dan bersedia tuk terima Azmi kembali jika dia betul2 berubah. Azmi minta tolong Lisa tuk ubahkan perangainya." Ini adalah ayat seorang kasanova. Kenapa lelaki mesti memerlukan org lain untuk mengubah dirinya sendiri. Aku pun pelik mana satu insan yg lemah, mana satu yg menjadi ketua.Jangan mudah cair dengan pujuk rayu lelaki penggoda jenis ini. Tidak ada faedahnya. Kalau rasa sanggup tempuh ujian getir, silakan. Kalau tidak, fikir masak-masak sebelum terbabit dengan orang yang jenis ini.

Ada lelaki yang dirinya tidak baik, kaki zina, kaki arak dan kaki perempuan atau kaki maksiat, tetapi bila hendak berkahwin ia mau cari anak gadis yang baik dan beriman.

Namun Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:

“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.” [An-Nur:3]

Fikir sendirilah wahai yang mengadu, adakah anda juga perempuan yang berzina dan musyrik? Jika bukan, Azmi bukanlah untukmu.


Apa yang penting adalah perkahwinan itu diberkati, bila kahwin tidak berkat mudahlah hati pecah dan retak. Perkara kecil boleh dipertengkarkan hingga jadi besar. Bila sudah selalu sangat bergeser, maka suami pun mula luntur kasihnya pada isteri. Mulalah suami nampak perempuan lain lebih cantik dan lebih baik dari isterinya. Apabila bila perut isteri sudah memboyot ada suami yang pikat gadis lain berpinggang ramping. Di pihak isteri pun begitu juga. Mula rasa suami tidak hebat. Lelaki di tempat kerja lebih baik dan bergaya dari suami. Bila masing-masing tidak bersefahaman maka jalan keluar yang paling cepat ialah berpisah.

Inilah gara-gara perkahwinan yang tidak berkat. Ada campur tangan syaitan yang menyebabkan rumah tangga sering berada dalam kegoncangan dan kepanasan.

Sepatutnya setiap perkahwinan di antara dua insan, syaitan akan menangis, akan kalahlah syaitan, tetapi sebaliknya syaitan yang menang dan gembira akibat kita membelakangkan syariat dan ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Wallahua`lam

:: p R i n c E s S _ N :: said...

ishh...selisih jmpe org cani....hopefully lisa ni discuss gn mak die dlu...mntk pndgn org tua lg bgs kott...

HEMY said...

kalau aku erina...kena gunakan hukum utk kuatkan lagi sebab utk tinggalkan mamat ni..

ikut hukum agama mamat tu dh byk kali disebat tau..then dia ptut kawin dgn org yg terlanjur tu

jadi sbg kawan..kalau aku..nasihat je putus...bukan senang nk ubah orang..takpelah tak jadi kawin..lgpn mak ayah dia leh terima kot kalau bgtu sebabnya mcm tu

mak ayah mana yg sanggup nk biar anak dia kawin ngan org cmtu

CAHAYA KETUHANAN said...

erm salam erm perkara dah berlaku nak buat camner jdikan pengajaran dan minta maaf kepada orang yang dia terlanjur to...supaya dia memaafkan segelanya,,,,erm sekarang mudah sajer,,,selami diri dengan allah allah allah agar kita dapat ketenangan menyeluruh....erm kita duk bicara pasal orang jer ..tengok diri kita nie ,,setiap masa melakukan dosa,,,duk cakap orang ni buat dosa kita lupa kita nie sentiasa setiap saat buat dosa....erm sekrang kita lihat diri sendiri...erm pikirla,,,,xyah duk kata orang ,,,,barula tiada perbalahan..barula kita sentiasa dalam kedamaian dan ketenangan menyeluruh,,,allah lebih mengetahui atas seluruhnya...!

Eater said...

salam

tinggalkan je la azmi. kalo b4 kawin pun dah macam tu, dah kawin nanti ntah2 lagi teruk. b4 kawin romen dgn janda, bohsia, lepas kawin ntah2 romen dgn makcik cleaner kat ofis. serius, laki kalo dah b4 kawin kata nak berubah, sah2 lepas kawin dia TAKKAN berubah.

lagi satu, takkan ko nak anak2 ko dapat bapak kaki zina? nanti anak2 ikut perangai bapak. kalo anak tu laki ok lagi, kalo anak tu pompuan, tak pasal2 dapat cucu free..

tp kepade semue yg memberi komen dengan menggunakan keyboard ini, alangkah mudahnya memberi komen. kalo korang kat tempat si "lisa bukan nama sebenar" sure pening kepale dia pasal kenduri semua dah nak siap, org pun dah tahu.. tapi ketahuilah lisa, sebaik2 penceraian adalah berlaku sebelum perkahwinan.. kalo cerai lepas kawin lagi seksa badan ko, serius..

dan akhir sekali, kepada cahaya ketuhanan, (aku rasa name ko nur rabbi kot, kan kan? haha) komen ko tak masuk topik. kalo ko nak muhasabah diri ko, baik ko tulis dekat blog ko jer.. apsal ko nak capub (cari publi, kepade org2 yg tak paham) kat sini?

ok selamat menunaikan ibadat ramadhan dan selamat hari raya.

p/s: kepada tanpa nama, mak bapak ko bagi nama baik2 apsal ko tak taruk nama? dasar baling batu sembunyi tangan.. takde telo kot..

haha









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015