Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, April 19, 2011

Jejalanmoon di Teluk Batik ;)


Hari Jumaat lepas, kami berempat, aku, encek hubby, mama & Caca ke Teluk Batik. Actually, mama ada urusan kerja kat sana dan beliau dengan baik hatinya telah membooking satu lagi bilik untuk kami. Jadinya berjejalanmoon la kami di sana. Yeayyy! ;)

Petang Jumaat gerak, dalam pukul 9 macam tu sampai kat sana.Kami stay di Teluk Batik Resort. Nice place. Asalkan dengan encek hubby, pergi memana sekarang pun nampak nice je tempat tu. Hehe. Lepas dah check in segala, kami bertiga terus berdesup carik tempat makan sebab perut memasing dah berkeroncong. Mama tak join sebab beliau ada meeting. Pusing2 cari gerai makan, akhirnya ke restoran ikan bakar ni. Menarik sebab tepi pantai. Sambil makan sambil layan angin laut. Terbaikk!


Sup cendawan,kailan ikan masin, sotong goreng tepung & mestilah wajib ada ikan bakar. Nyam nyam.Sedapnya.Kailan ikan masin tu memang sedap sangat. Sampai repeat order. Hehe



Hasil yang memberangsangkan.Tetiba je ada banyak pinggan kosong. Haha.Nampak sangat banyak tambahnya tu. Harga kat sini pun not bad. Tapi sorry eh,kami terlupa pulak nak tengok nama restoran ni, excited sangat nak makan. Hmm..dekat2 dengan Marina Cove.

Lepas konyang dah perutnya, pusing2 la kami dekat kawasan Teluk Batik tu.Jejalan amik feel bayu laut. Sekali sampai dekat jeti baru yang nak ke Pangkor tu pulak. Dah buka dah jeti tu. Cantik sangat tempatnya. Ingat nak turun tangkap2 gambar,tapi disebabkan dah malam & mat rempit pun ramai berpeleseran kat situ, kami batalkan jela hasrat tu. Huhu. Bergambar dekat jambatan depan jeti Lumut ni pun jadilah.Dari jauh dah nampak macam jambatan Pulau Pinang.


Nice~ Feeling obersi jap ;p

Aktiviti esok paginya pulak lagi best. Lepas breakfast, tetiba Caca request nak jejalan naik basikal pulak. Kat resort kami tu memang ada sewa basikal, jadinya kami layankan la permintaan dia tu. Sewa sorang satu basikal. 1 jam,RM5. Ok sangatla tu kan. Sebenarnya aku pun excited jugak nak berbasikal sebab dah lamaaa gila tak naik basikal. So nak asah skill balik ni.Hee..



Si Caca dengan encek hubby tengah kusyuk memilih basikal. Caca nak yang cantik je. Aku? Pilih basikal yang paling rendah sekali.Haha.Tu yang kuning depan tu. Takut la nak naik basikal tinggi2. Huhu


Yeaahhh! Bersiap sedia tuk berbasikal. Si kakak tu yang excited lebih sebenarnya ;p


Kami pusing2 dekat area2 resort tu je.Depan resort ada pantai & Dataran Hadhari, sesuai sangat untuk berekreasi.Cantik sangat dataran tu. Mehla kami bawak anda semua pusing2 kat Teluk Batik ok. Enjoy the pics ;)


Hnss..hnsss..*Hidung kembang kempis kembang kempis. Budak bangga dapat naik basikal.


Padahal masa memula kayuh tu senget2 benget bawaknya. Tak stabil, lama2 kayuh baru stabil.Hehe. Teruslah kami berbasikal ke pantai, kenonon nak feeling romantik berbasikal sambil hirup udara segar pantai kan, sekali bila dah sampai kat sana, tak boleh nak kayuh basikalnya..tayar basikal mendap dalam pasir. Hahaha.



2 orang budak yang kusyuk tengok ketam.

Disebabkan tak boleh nak berbasikal tepi pantai,jadinya kami berbasikal dekat dataran Hadhari tu je. 

Selamat datang ke Dataran Hadhari, Teluk Batik ;)














Kat sana ada Muzium Siput, tapi baru pukul 9 masa ni..muzium tu pun belum bukak lagi. Huhu. Posing2 dekat luar muzium tu pun jadi lah.











Muziumnya yang ala2 rumah kampung. Cantik ;)


 3 budak gengster. Kononnnn..haha


Disebabkan masa ni awal pagi lagi, lengang je dataran ni. So tak segan nak buat aksi bebas.Lalala ;p



 Jom sayang!!Kita merempit..ai pelok u ketat2 ok.
Tengok la muka encek hubby tu..semangat sungguh. Ngeee..

Aww..fes time naik basikal ngan encek hubby. Seronok..seronok! Kekonon romantik la ni ala2 fullhouse kan. Padahal encek hubby dah semput mengayuh nak bawak isterinya yang seberat baby panda ni.Haha


Rehat jap. Penat2. Pheeeww~
Boleh turun 3 kg.

Then balik bilik, sambung rehat sambil tangkap2 gambar guna lappy.Idea si Caca la ni.Dia guna application yang bila bergambar boleh buat muka jadik macam alien la, empat segi la,hidung besar lah, muka berombaklah. Macam2. Kami bergambar sakan lepastu gelak tak hengat tengok kehodohan muka masing2. Hahaha.Lepas tangkap gambar, gelak, pastu gelak lagi. Hadoiii..sesak napas. Terus jadi lagi penat.Tapi gumbiraa! Lebih kurang pukul 1 camtu kami checkout & pulang. Bye bye Teluk Batik.Ok, sekian sahaja jejalanmoon kali ni. Next month nak pergi candat sotong kat Terengganu pula. Wee..cant wait!


We had a really great time. 

(^_^)


P/s: Ek eley..banyak berpeace2 pulak tangan aku tu.

7 comments:

zonaku said...

sweet........

HEMY said...

ko kata baby panda?? terasa masy....ahahahahaha

best kan kawinnnnn

Izzatul Azma said...

hihi, so sweet tau naik basikal sama2!!

apsal tak duduk mengiring ala2 pompuan melayu terakhirr?? :P

Masy said...

bongok ah anul hahahhahhaha

Erina Asmawani said...

Kak zona:
:) maceh kak~

Hemy:
woitttttt! bukanlah..huhu..baby tu merujuk kepada anak..jadinya..anak panda..hehe

bestttttt~ ;)

Erina Asmawani said...

izza:
syok yunk..pas kawen x segan nak wat pape..hehe..kose la nek beasikal gitu..ai bukan nye lemah lembut gitu..hehe

Kak Masy:
hahaha...MOK mmg gitu kak.hehe

pRincESs_N said...

sweet r nek basikal bonceng2...









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015