Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, April 21, 2011

Outdoor ;)

Masa dekat majlis belah encek hubby, petang tu lepas habis kenduri, bergambar sakanlah kami. Dah tentu kereta kesayangan dia yang comey lotey tu pun join sekali (Perghh..sekali jadik pantun pulak daa..). Ni memang impian encek hubby dari dulu lagi, katanya nanti kalau kami kawen nak jadikan keretanya tu kereta kawen kami dan jugak nak mengabadikan sekali keretanya tu dalam gambar kawen kami. Buat kenangan ;) Dah puas2 tangkap gambar dengan kereta comel tu, aku rekues nak bergambar kat tempat lain pulak. Takkan lah semua gambar nak bergambar dengan kereta je kan, dah macam potoshut cover majalah kereta K-Kompak pulak.Hehe. Dah pakai baju pengantin cecantik, mestilah nak feeling2 romantik sikit. Nak tangkap gambar kat tasik ke, taman ke.Barulah outdoor potoshut namanya. Kita dah bayar OP  (Official Photographer) mahal2, jadinya gunakan bakat beliau sehabis baik. 




Kredit to Yusdi. Our OP :)


Us & our "baby" ;)


 Kredit to Aie. Kawan encek hubby ;)


Disebabkan majlis tu berlangsung dekat Keramat, encek OP tetiba suggest buat outdoor dekat Pavillion. Homak aihh! Grand nye tempat. Mengapa Pavillion yang ekau pilih wahai encek OP? Huhu. Katanya sebab shopping mall, lain dari yang lain.Hmmm..good idea.Tapi kami tak ke Pavillion pun, better pergi area dekat2 je, takut kang stuck kat jem ke apa ke kan, dah membazir masa disitu. Dahla badan dah letih masa ni.Jadinya kami sebulat suara memilih WangsaWalk sebagai lokasi outdoor photoshut kami kali ni. Yeahh! 

Memula bergambar tu sumpah segan sebab yela..shopping mall pulak, semua mata tengok kita. Tapi bila dah lama2, dah tak segan dah. Terus posing bagai. Macam potoshut majalah kawen pulak rasanya. Yang tak tahan, bukan encek OP & kawan encek hubby si Aie tu je yang tangkap gambar kami, orang lain yang kat situ pun tangkap gambar kami jugak. Hehe. Terasa macam model pengantin kejap ;p



Saya comel macam kucen.Yang gumuk. Hehe
Kopipes tapi ubah sikit ayat kak Masy ;p





Ohhh niceee~
Suka bangat pic nih walaupun tangan encek hubby dah ala2 usop wilca. Kita bako..kita bako! Lol


Kesimpulannya best jugak outdoor dekat shopping mall ni. Memang lain dari yang lain. Kalau outdoor belah perempuan dah ala2 romantik dekat taman tasik kan, dekat belah lelaki bagi happening sikit outdoor nya. Barulah bervariasi gambarnya nanti ;) Tak lah sepesen je kan. So, bakal2 pengantin luar sana, outdoor potoshut nanti cuba lah yang lain dari yang lain eh. Meh nak bagi idea sikit, kalau jenis otak gegila kan, pi outdoor kat I-City Shah Alam nun.Tak pun dekat Pusat Sains Negara, dengan dinosor2 kat situ. Kompem gempak! Hehe. Apa2 pun, terpulang kat kome lah nak bergambar kat mana ye, asalkan kome enjoy. Hari wedding tu ialah hari kamu, jadinya, gunakan lah & enjoy sepenuhnya hari bersejarah itu ok :)

7 comments:

Bapak said...

wah menariknye outdoor photoshoot kt shopping mall!

Bapak ngan Orang Rumah Bapak dulu kt pantai & taman tasik je...

anyway tahniah ye Erina!

Linda Musa said...

RIRIN...GAMBA LAST YG RIRIN SUKA TUE, MMG LAWOOO...I LIKEEE JUGAK.... ::)

pRincESs_N said...

cool babe gmba2 outdoor..

Masy said...

dr aritu dh agak dh kr wangsa walk hahaha. tp tmpt tu ok... x ramai sgt org kot.. pastu mcm cantek gak kt situ.. mujur x gi jusco AU2, kot tak bole berposing kt rumah kaca budak2 AF tu hehhehehe

sweethOneY said...

eeee comel suka sangat gambar last tuuuuu!! walaupunnn.. (tgn amir gitu) hik3. yg penting kebabommm

sukalah idea posing kt shopping mall

Erina Asmawani said...

Bapak:
menarik kan? Ena nasib lah jauh dari pantai,kalau x teringin jugak nak buat outdoor kat pantai..mesti cun..

Mekasey Bapak ;)

Linda:
Kannnnn..suka sangat.Kreditto aie ;)

Erina Asmawani said...

N:
thank u ;)

Kak Masy:
Pergh..kat JJ Au2 tu dah ramai gila orang kak,jam terus kat situ, dengan pasar malamnye, dengan AF nye. Mau semput kalo nak bergambar kat situ. Hehe..

Wangsawalk aritu boleh tahan ramai gak kak. Weekend kan.Kami wat xtau jela. Hehehe

Izza:
Maceh yunk.nanti izza wat la gini gak masa outdoor :)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015